Monday, July 27, 2009

JULIA RAIS, ISABELLA & DRIVING SCHOOL

Petang tu, lepas minum Extra Power Root Tongkat Ali, aku rasa ‘tenaga’ aku dah macam anak patung arnab dipasangkan bateri Duracell.Tanpa mahu membazirkan ‘tenaga’ artificial tu, dengan perasaan ‘gagah’nya aku kemas buku-buku dan file-file dalam library kecik rumah aku.Sedang leka menyelak dan menyusun file-file lama tu, aku jumpa beberapa helai kertas A4 bertampal keratan akhbar dan majalah.Keratan gambar wanita.Aku tenung gambar tu lama-lama.Aku kenal dia.Aku lalui usia remaja dengan wajahnya.Malah aku amat gilakan dia masa tu.

Namanya Julia Abdul Rais.Lahir pada 19 Februari 1971.Antara artis berwajah ‘pan-Asia’ yang seangkatan dengan Ramona Rahman.Diana Danielle?Masa ni Diana Danielle belum wujud lagi beb!Belum tahu kat mana benihnya.Masa umur 17 tahun Julia Rais jadi model iklan Rejoice yang masa tu baru nak masuk Malaysia, syampu yang mula-mula sekali memperloporkan konsep '2 in 1' di Malaysia.Syampu dan perapi dalam satu botol.Berkat ‘wajah’nya, ramai orang mula pakai syampu Rejoice, walaupun tak ramai yang kenal siapa modelnya.Aku?Walaupun aku pakai syampu Rejoice mak aku secara curi-curi masa mandi, aku kenal siapa Julia Rais.Mak aku?Pastinya mak aku tak kenal Julia Rais, walaupun dia yang secara terang-terangannya beli dan pakai syampu Rejoice.

1989.Kumpulan Search released album “Fenomena” dengan lagu maut "Isabella".Julia Rais jadi model video clipnya dengan aksi kat tepi pantai.Dan-dan tu jugak populariti “Isabella” terus mencanak.Search pulak menang triple award masa Juara Lagu ’89 dengan lagu tu.Satu ketika, malam raya puasa, aku duty kacau dodol bawah bangsal, kat luar rumah. Sekali TV3 ada pasang video clip "Isabella".Aku terus tinggal dodol tu macam tu saja dan masuk mengadap tv.Esoknya aku mintak maaf zahir batin ‘double’ dari mak aku, pasal dodol tu dah jadi terlebih hitam.

Masa tu jugak novel agama, "Isabella", novel kisah srikandi Islam di Cordova, Sepanyol terjemahan Abdullah Hussain dapat sambutan hangat.Pendek kata penangan Julia Rais memang hebat.Dengan lagu, dengan penyanyi, dengan buku, semuanya laris di pasaran; mungkin didorong oleh tuah ‘wajah’nya.

Tak lama lepas tu Julia Rais mula berlakon filem.Filem pertamanya “Hati Bukan Kristal”, diikuti “Mira Edora”,filem adaptasi karya Khatijah Hashim.Lepas tu dia makin kerap muncul di dada akhbar dan majalah.Kegilaan aku pada Julia Rais makin bertambah.Ada saja muka dia kat paper atau majalah, maka pasti compang-campinglah paper atau majalah tersebut aku kerjakan.

Satu hari aku jadi sesak 'dada' bila Julia Rais bukan saja muncul di 'dada' akhbar, tapi turut mendedahkan 'dada'nya, gara-gara aksinya di kolam renang dengan hanya berbikini, dalam filem “Driving School”.Fuh!Kalaulah aku berduit masa tu mahunya aku cari dia, terus ajak kawin.Kalaulah!

1991.Lepas berlakon filem “Isabella” dan “Suci Dalam Debu” Julia Rais terus menyepikan diri.Tak ada lagi berita mahupun gambarnya yang boleh aku lihat dalam akhbar mahupun majalah.Kalau ada pun cumalah sekali-sekala tayangan filemnya di tv.Itupun masa raya.Lepas beberapa ketika akhirnya tersebarlah berita dia dirisik kerabat diraja Pahang, dan terus menetap di London lepas sah jadi isteri kedua kerabat diraja tu.

Aku?Walaupun ada rasa nak jadi suami kedua Julia Rais dan ikut menetap di London, namun aku masih di Malaysia, mencari ‘Julia Rais’ lain yang sudi menemani aku.Dan kalau korang nak tahu, lagu “Julia” nyanyian Exist tu, akulah yang cipta; sebagai tanda ingatan dan kegilaan aku pada Julia Rais.Hehhhhh……..

15 comments:

Anak Jawa said...

mmg dia antara model pan asian yg cantik... rasanya paling cantik lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

afendi ariff said...

heh!setuju......hell yeah......

Anonymous said...

Julia Rais:

- kelahiran Kota Bharu, Kelantan.
- dilahirkan pada tahun 1971.
- mempunyai seorang kakak, Zalina Rais atau lebih mesra dipanggil Nina ataupun Nicky yang sekarang bekerja di Cycle & Carriage Bintang Petaling Jaya.
- bekas penuntut SMK Taman Tun Dr Ismail dari tahun 1984 - 1988.
- dulu menetap di Damansara Jaya bersama ibu tirinya Laily Ibrahim & bapanya Abdul Rais Yeop.
- sepupu kepada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- sepupu tiri kepada pelakon Juliana Ibrahim.
- mempunyai seorang abang tiri, Rafizal & kakak tiri Fazlyn atau lebih mesra disapa Lyn.
- bapanya adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan.
- bapanya berasal dari Lenggong, Perak.
- ibu tirinya adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- ibunya adalah perkahwinan kedua bapanya.
- pernah bercinta monyet dengan pemain keyboard kumpulan Gersang iaitu Acis yang kini suami kepada Datuk Sheila Majid.
- kini menetap di Surrey, England.

afendi ariff said...

anon: wooo.....rupanya ada jugak 'penggila' Julia Rais selain aku.....heh!

Nerzhul said...

takde ke gambar terbaru beliau. masih cun lagi agaknye. hehe

afendi ariff said...

nerzhul: ko igt aku reporter ke bai?heh.....

Kak Wok said...

Gambar terbaru Julia Rais! (http://goo.gl/qucen)

Anonymous said...

julia rais + sofea jane adalah 2org artis oan asia yang cantik bagi aku..diana daniel tu xadalah selawa diorang

. said...

Cek instagram anaknya iman afzan

. said...

Cek instagram anaknya iman afzan

Anonymous said...

Jelmaan lady diana

Anonymous said...

Kakak beliau Zalina Rais telah pun meninggal dunia disebabkan oleh barah payu dara pada tahun 2012.

Ibu tiri beliau juga telah pun meninggal dunia pada bulan (kalau tak silap) November 2016 akibat beberapa komplikasi kesihatan.

Sama-samalah kita mendoakan AL FATIHAH buat mereka. Aamiin...

Unknown said...

kalau x silap, dia penah accident keta dengan susan lankester tak?

Unknown said...

Yup..

Unknown said...

Xda gambar julia kat ig anak2 beliau..kekal misteri