Monday, April 11, 2016

ENCHEM

Selamat hari jadi enchem ayah....
Moga membesar menjadi insan yang berfaedah....
Kalau jadi pemimpin jangan makan rasuah.....
Tak de lah nanti kena sumpah seranah...

Eh!Pantun 4 kerat?
Marvelous.......marvelous!
Hehhhhh.....

Thursday, November 26, 2015

PUTERI CINTA HATI

25/11/2015....
Ebiberdey puteri cinta hati ayah....
Moga membesar menjadi anak yang solehah...
Aminnnnn....

Sunday, February 22, 2015

2



18 Februari...
Genap 2 tahun mak pergi...
Hanya Al-Fatihah yang dapat aku bagi...
Harap mak tenang bersemadi....
Aminnnnn.....

Tuesday, February 18, 2014

MAK

18 Februari 2013

Mak senyum. Muka mak bersih. Nampak putih. Tak macam masa mak sakit dulu. Masa sakit dulu muka mak berubah. Macam muka orang lain. Nampak pucat. Nampak letih. Nampak tak larat.
Masa belum sakit dulu mak kuat. Kalau setakat demam biasa mak masih boleh buat kerja-kerja rumah. Kalau setakat demam selsema mak masih boleh pergi mengail ikan kat sawah. Kalau setakat sakit kepala mak masih boleh naik skuter keliling kampung sambil buat tak kesah. Tapi kanser celaka tu betul-betul kacau sistem tubuh mak. Betul-betul buat mak jadi lemah. Betul-betul buat mak kalah.
Aku cium dahi mak. Kelopak mata mak. Pipi mak. Tak ada respon. Mak diam. Sejuk. Aku peluk mak. Kuat-kuat. Erat-erat. Air yang bergenang kat kelopak mata aku tahan. Orang kata, tak elok air mata jatuh atas jenazah. Tapi jatuh jugak setitis dua atas lengan. Aku kesat pelan-pelan.
Mak pergi dengan tenang. Syukur aku ada di sisi mak. Sempat melakukan apa yang terdaya sebelum mak pergi. Sempat membisikkan dua kalimah syahadah di telinga mak. Sempat menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Hari ni genap setahun mak meninggal. Genap setahun jugak aku hilang salah seorang insan yang paling aku kasihi. Terlalu banyak jasa mak yang tak mungkin mampu aku balas. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang mak tinggalkan. Dulu kalau aku ada masalah, mak lah tempat aku mengadu. Kalau gundah gulana mak lah yang aku bagitahu. Tapi sejak mak tak ada ni prepaid aku tak habis-habis, nak telefon sapa pun aku tak tahu.
Apa pun, aku harap mak sentosa kat sana. Tiap kali lepas solat aku tak lupa doakan mak. Mintak mak diampuni. Mintak mak dirahmati. Mintak mak diberkati. Mintak mak tenang sentiasa. Moga Allah mencucuri rahmat yang tak terhingga ke atas arwah mak aku, Rodziah binti Junus.
Aminnnnn……….

Wednesday, January 23, 2013

ABAH & MAK

Hari ni genap 12 tahun abah takde. Genap 12 tahun jugaklah aku jadi anak yatim. Abah meninggal lepas kena 2nd stroke. Kali pertama dia kena masa 1991, sekaligus buatkan dia disable separuh badan selama 10 tahun.
 
Abah meninggal sebulan lepas aku bertunang. Bermakna abah tak sempat tengok aku kawin sekaligus tak sempat tengok anak-anak aku. Maksudnya anak-anak aku yang dua orang tu memang tak tahu sapa tok wan depa.
 
Hari ni aku rasa rindu sangat kat arwah abah. Aku nak balik ziarah dia malam ni. Boleh jugak aku tengok mak yang makin uzur. Mak dah tak cergas macam dulu. Mak kena kanser hati tahap 3….mungkin dah tahap 4. Doktor kata dah takde harapan, kecuali transplant.
 
Aku nak balik cepat. Nak peluk mak kuat-kuat. Harap-harap kalau aku balik mak akan suka hati dan tambah sihat. Aku harap aku dapat membahagiakan dia walaupun masa kian singkat. Harap-harap aku sempat.
 
Aminnnnnn…….


Hapdate:

Condition mak agak lemah, agak tak larat. Nak jalan pun kena pakai tongkat kaki empat. Makan pun sikit-sikit je, sekadar buat ubat. Mujur ada anak sedara aku yang baru habis diploma yang jadi jururawat. Nampaknya raya Cina ni aku kena balik lagi....

Monday, January 21, 2013

ROKOK UNTUK SEMUA

Hari tu Jumaat, 11 Januari, pagi. Aku memandu santai di highway DUKE menuju tempat kerja. Nak cepat-cepat pun tak boleh juga. Dari Gombak menuju Bangsar memang sesak gila. Tak kiralah jalan mana yang aku pilih. Jalan Kuching ke, Jalan Gombak ke, DUKE ke…..semuanya sama saja.  Dia punya sesak memang sendat, padat, melekat, tak hengat. Sambil-sambil layan radio, aku toleh kiri kanan, jengah-jengah pemandu sebelah menyebelah. Manalah tahu kalau-kalau selisih dengan Siti Nurhaliza, boleh jugak ucap hepi bestday ke apa. Tak pun tukar-tukar no talipon ke.Heh!

Bosan mengusha pemandu sebelah menyebelah yang langsung tak ada rupa macam Siti Nurhaliza, aku cilok mencilok sampailah kat belakang sebuah MyVi putih, yang drivernya seorang wanita. Dari cermin pandang belakang keretanya, aku boleh nampak jelas muka dia. Walaupun tak ada iras-iras Siti Nurhaliza, tapi kira ok la. Agak-agak dalam awal 20-an je umurnya. Memang dah sesuai kalau nak buat bini, aku rasa. Dengan dressing macam setiausaha, dengan rambut ada kaler-kaler, dengan cermin tingkap terbuka, sekali dia petik puntung rokok keluar kereta. Huh! Kalau aku bujang memang aku dah reject serta-merta.

Ikut cermin pandang belakang kereta aku, aku jeling kereta belakang pula, sebuah Satria lama juga dipandu seorang wanita. Dengan spek hitam yang sama besar dengan kepala, siap bertudung macam Yuna, aku rasa akak ni dalam lingkungan 40-an umurnya. Kalau ditelah dari dressingnya, nampak macam mak datin pun ada. Sesekali dia sedut rokok ditangan sebelum petik abunya keluar ikut tingkap yang ternganga. Wah! Sekarang ni mak datin pun hisap rokok juga? Moden sungguh dunia sekarang rupanya. Lelaki wanita dah tak ada beza. Umur dan latar belakang bukan lagi batasannya. Aku tak pasti kempen ‘TAK NAK’ Pak Lah dulu jadi apa? Rokok Untuk Semua!

Hehhhhh…….

Friday, January 18, 2013

SEKSA DAH HABIS

Azab dah tamat…sekarang aku nak rehat-rehat…
Dah empat tahun setengah aku penat…nak berblog pun tak dapat….
Tapi susah jugak kalau dah lama berhenti…sekarang idea belum mari…
Mungkin nanti-nanti…
Hehhhhh….

Tuesday, October 16, 2012

INGAT

Wife aku penah kata...kalau kita asyik ingat kat sesorang tu, maknanya orang tu pun mesti tengah ingat kat kita...Tak kesahlah dia ingat kita dulu ke, kita ingat dia dulu ke....Mula-mula dulu aku memang tak percaya langsung menda-menda luar tabii ni...Tapi bila tiap kali aku ingat kat mak aku (tapi aku tak tepon pun dia) secara otomatiknya mak aku akan call aku....teringat sangat katanya....bukan sekali dua...tapi dah pat lima kali menda tu jadi...start dari tu, aku slow-slow jadi percaya....
 
Tapi tu takpe la...mak aku! Aku kenal dari aku lahir lagi....aku selalu tengok muka...selalu cium tangan...selalu mintak duit raya (masa kecik la), selalu kena marah...kena pelangkung kalu buat salah...pasal dia mak aku!Tapi la ni bila aku asyik ingat kat akak ni...aku jadi pelik! Aku tak penah jumpa...tak penah dengar suara...nak bersalam mintak duit raya lagi la payah...nak tengok gambar dia pun susah walaupun dia ada camera mewah....
 
Pasal dah lama tak tulis blog, dah lama tak baca blog kawan-kawan yang selalu aku lawat, aku jadi lost...Mula dulu aku ingat nak stop kejap je, tapi beban final year ni betul-betul buat aku tak ada masa, last-last aku stop lama-lama....sampai aku tak tahu cerita semua...
 
Semalam, atas dasar ingat yang berkobar-kobar, aku google sini sana....lalu akhirnya aku jumpa dia...Sepanjang ‘kehilangan’ aku dari dunia maya ni rupanya ada dugaan yang dia tanggung...ada kesedihan yang dia pikul....Sabar ye kak....kita doakan yang terbaik untuk Nina...harap segala perancangan berjalan lancar...harap segala ikhtiar beroleh kejayaan...
 
Aminnnnn!

Tuesday, January 3, 2012

38

Percayalah.....

Masa umur korang menjangkau 38 tahun korang akan dapati bahawa bukan bulu-bulu di kepala korang sahaja yang akan beruban, bahkan bulu-bulu di lubang hidung korang juga....Tak percaya???

Percayalah.....Aku dah kena bai...heh!!!!!

Thursday, December 1, 2011

SEPARUH

“ Di dalam melayari kehidupan rumahtangga, tanggungjawab utama suami adalah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Oleh itu suami perlulah bekerja dengan gigih bagi mencari nafkah untuk menunaikan amanah itu. Walaupun tidak diwajibkan, namun si isteri boleh memberi sebarang sumbangan berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga bagi meringankan beban si suami. Ini kerana pasangan suami isteri adalah melengkapi di antara satu sama lain, di mana masing-masing adalah merupakan separuh daripada ikatan perkahwinan itu”.

Selamat harijadi yang ke 32 buat wife aku. Terima kasih kerana sanggup menghabiskan separuh umurnya mengenali + hidup dengan aku. Terima kasih kerana  rela memperjudikan nasib memilih aku sebagai separuh dari pelengkap hidupnya. Terima kasih kerana sudi berkongsi separuh dari tanggungjawab hidup ini bersama-sama aku.

Terima kasih juga kerana meringankan separuh dari bebanan yang aku tanggung. Terima kasih kerana menjadi separuh dari kekuatan aku ketika menghadapi musibah. Terima kasih kerana menjadi separuh dari tiang yang menyokong di waktu aku hendak jatuh. Juga terima kasih kerana menjadi teman hidup dan separuh dari nyawa aku.

Er…..hadiah birthday kali ni kongsi sorang separuh boleh ke? Anak nak masuk sekolah ni banyaklah pulak belanjanya. Hehhhhh……

Sunday, November 27, 2011

KAHWIN

Hari ni......27/11/2011
Umur Qistina genap 2 tahun 2 hari
Rasanya awal lagi kalau aku nak bukak tender, untuk dia cari bakal laki
Walaupun dah ramai jiran tetangga dan sahabat taulan yang cuba-cuba riki
Pasal kahwin, budak sebesar itu apalah yang dia reti?

Hari ni jugak......27/11/2011
Umur Danish belum pun masuk 7 tahun lagi, tapi aku dah bagi dia masuk jawi
Rasanya tak lama lagi dia mesti merengek kat aku, mintak cari bini
Walaupun rasa ngilu bersunat tak hilang lagi
Pasal kahwin, budak-budak sekarang ni bukan boleh kira sangat dia punya tabii

Hehhhhh......

Wednesday, July 20, 2011

PENGEMIS KOPORAT

Bahana periksa datang dengan pelbagai cara.Kadang kala dia boleh buat kita tersalah baca.Kadang kala dia buat kita terlupa.Pagi tu masa pergi ofis, sehari lepas habis final exam, aku terbawak brukband dalam beg sandang.Beg sandang tu selalunya aku isi dengan stationary, external hard disk, pass ofis, jajan dan macam-macam benda lagi termasuklah nota-nota study yang tak pernah aku ulangkaji, tapi tetap jugak aku bawak hari-hari.
Masa kat ofis hari tu aku tak pasti pulak samada aku ada keluarkan ke tidak brukband tu.Tak ingat pulak samada aku tersimpan brukband tu dalam laci meja ofis aku ke tak.Tapi yang pasti aku memang ada terbuang something yang aku ambik dari beg sandang tu, ke dalam tong sampah kat sebelah meja aku.Benda yang aku buang tu pulak, aku isi dalam beg plastik Jaya Jusco yang aku tak periksa pun isi kandungannya.Jadinya macam mana aku nak ingat apa benda yang aku buang tu.
Balik rumah malamnya, bila nak check e-mail, baru aku sedar yang brukband tu dah tak ada.Habis satu beg sandang tu aku selongkar, tapi tak jumpa. Yang aku jumpa cuma, beberapa benda yang tak berfaedah, macam toyol yang dah lunyai-banyai (yang aku bawak masuk dalam final exam), mata pensel kayu yang dah patah, tiket-tiket parking, dawai kokot yang bercerai-berai, pen yang dah habis dakwat, pembaris plastik yang sumbing-mumbing, beberapa ekor semut hitam yang dah arwah, gelang getah, plastik pembalut gula-gula Kopiko, Panadol Soluble yang dah expired dan macam-macam benda lagi yang tak sepatutnya aku ceritakan kat sini.
Lepas puas gelidah beg sandang tu, dan masih tak jumpa, aku buat kesimpulan bahawa aku dah tersimpan brukband tu dalam laci meja ofis aku.Atau nak lebih teruk lagi, benda yang aku buang dalam beg plastik, kat ofis siang tadi tu, adalah brukband tu.
Pagi esoknya benda pertama yang aku tuju kat ofis, adalah laci meja aku.Habis selak sana sini, brukband tu masih tak dapat aku cari.Cepat-cepat aku jeling pulak tong sampah kat sebelah meja.Alamak!Tong sampah dah clear.Bergegas aku cari kakak cleaner kat ofis aku tu.Selalunya dia akan kumpul semua sampah dalam beg plastik hitam besar sebelum buang dalam tong sampah besar kat bawah.Kalau nasib aku baik mungkin dia belum buang lagi sampah-sampah tu.
“Aku dah buang semua sampah tadi dalam tong sampah besar kat bawah sana”,jawab akak tu bila aku tanya dia.Aduih!
“Eh!Aku ada terbuang kertas lukisan engkau ke ape?”,tanyanya pulak dengan muka gelabah bila dia tengok muka aku frust semacam.
“Tak tak!Tak pe kak”.Tak berlengah aku tuju pintu keluar, mencari tong sampah besar, kat bawah.
Tong sampah yang tak  jauh dari pondok pak guard tu ada 3 semuanya.Nak tak nak aku terpaksa selongkar satu-satu untuk cari beg plastik sampah hitam besar macam yang akak cleaner tu guna.Lepas tarik nafas dalam-dalam; sambil tahan nafas aku selak tutup tong sampah pertama.Dengan sebelah mata tertutup aku jengah ke dalamnya.Takde pun kelibat plastik hitam besar yang aku nampak.Cepat-cepat aku tutup tong sampah tu sambil menghela nafas, mencari oksigen.
Sekali lagi, lepas tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas lama-lama dan sambil tutup sebelah mata, aku bukak tong sampah yang kedua.Serta-merta aku nampak dua bijik beg plastik hitam besar yang saling tak tumpah macam yang akak cleaner tu guna, kat dalamnya.Cepat-cepat aku angkat beg-beg plastik tu keluar sambil tutup tong sampah tu laju-laju.
Dengan style yang sama, (tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas lama-lama, sambil tutup sebelah mata) aku bukak tong sampah ketiga.Yes!Takde beg plastik hitam pun kat dalam tong sampah tu.Jadi memang ‘confirm’lah beg plastik hitam 2 bijik itu datangnya dari ofis aku.
Lepas lipat kedua belah lengan baju kemeja aku sampai atas paras siku, aku bukak beg-beg plastik hitam tu.Dalam beg plastik pertama aku jumpa kertas-kertas dan drawing-drawing terpakai, uncang-uncang teh, kulit limau, bekas polistrin, pembalut Sneakers, tisu-tisu yang dah diguna (tak pasti dia orang lap apa, harap-harap bukan hingus dan najis lainnya),beg-beg plastik kecil perlbagai jenama, tapi tak ada yang Jaya Jusco punya.Tak puas hati punya pasal aku tuang semua sampah tu keluar.Lepas selak sini sana, confirm tak ada beg plastik Jaya Jusco yang aku jumpa.Ala!Nak tak nak aku terpaksa selongkar beg plastik hitam yang kedua.
Dalam beg plastik yang kedua macam-macam sampah lagi ada.Tak ingat aku kalau nak cerita satu-satu.Najis mughallazah, najis muqaffafah, semua ada.Berbekalkan modus operandi yang sama dan tak nak panjang cerita; aku tuang semua isi perut beg plastik tu.Lepas terkuis sana terkuis sini, akhirnya aku nampak beg plastik Jaya Jusco yang aku cari-cari.Aku punyalah happy tak payah nak cerita.Dia punya feel sama macam orang takde gigi terjumpa gigi palsu, masa nak makan rendang ayam tua.
Dengan perasaan meluap-luap dan dada yang berdebar-debar, macam orang dapat kad gores dan menang, aku bukak beg plastik Jaya Jusco tu.Aik!Takde pun brukband yang aku cari-cari tu.Yang ada cuma slip bil-bil lama dan sehelai dua kertas yang aku conteng-conteng. Aduih!Mana pergi brukband aku nih?
“Cari apa tu cik?”,sapa pak guard yang entah sejak bila tercegat perhatikan tingkah laku aku; dari pondok guard berdekatan.
“Cari barang”,jawab aku pendek.
“Eh!Cari barang sampai ke dalam tong sampah cik?”.Aku senyum kelat.
“Kau diamlah!Kau mana ada hilang brukband”,jawab aku dalam hati.
Aku sarungkan beg plastik Jaya Jusco tu ke tangan, macam sarung tangan dan kutip balik semua sampah yang dah aku taburkan tu.Celaka betul!Sia-sia sajalah nampaknya aku jadi pengemis koporat hari ni; selongkar tong sampah siap pakai kemeja slack bagai.Habis semuanya aku kutip, aku ikat beg-beg plastik tu ketat-ketat dan campakkan semula dalam tong sampah besar tu.
Lepas cuci tangan sebersihnya kat toilet, aku masuk ofis balik.Kembang kempis hidung aku cuba meneutralkan bau sampah yang aku hidu tadi.Spray parfume setengah botol pun tak hilang bau ni.Pelan-pelan aku duduk kat tempat aku.Manalah aku letak brukband tu pun aku tak ingat.Lupa sungguh-sungguh dah ni.Dalam duduk-duduk bodoh macam tu aku jeling beg sandang yang aku letak kat atas meja.Eh!Sejak bila pulak beg sandang aku ni ada zip kat bahagian tepi?Laju je aku capai beg sandang dan bukak zip tu dan…..tu dia…..brukband aku sembunyi kat situ rupanya.Apa pasal yang aku boleh tak nampak zip ni semalam?
Setelah aku berpeluh di dalam dan di luar, di atas dan di bawah, di alur dan di celah, bergelumang sampah pelbagai bau, menyentuh tisu-tisu terpakai yang ada najis apa pun aku tak tahu, rupa-rupanya brukband itu bersembunyi di situ?Di dalam beg sandang yang dah aku jarah tiap inci tubuh badannya itu?Mungkin aku dah semakin dah tua; makin hari makin pelupa.Itu pasal yang tak jumpa.
Cehhhhh……...

Tuesday, July 12, 2011

TOL

Semester lepas betul-betul bagi aku pressure.Walaupun result aku masih lagi tahap dewa, tapi sem lepas punya bahana bikin hidup aku kucar-kacir jugak la.Tak menang tangan nak handle life, kerja, study, blog ni semua.Makan minum, mandi manda semua aku buat ala kadar saja sebab selalu kejar masa.Sambil mandi boleh lagi dok hafal formula.Sambil makan pun boleh lagi buat kerja.Sampai pernah sekali tu aku tersuap nasik pakai kalkulator.Memang huru-hara life aku jadinya.

Kalau manusia ada kuasa macam Ben 10 memang aku mintak jadi Four Arm; yang ada tangan extra lagi dua.Sebelah kanan atas makan nasik, sebelah kanan bawah buat kerja.Sebelah kiri atas korek hidung, sebelah kiri bawah korek telinga.Dah tentu nanti aku boleh save banyak masa.Tapi susah jugak pasal otak aku cuma ada dua belah saja.Mungkin nanti aku boleh jadi confius, jadi pelupa .Lepas korek hidung takut nanti tangan itu yang aku guna untuk suap nasik pulak.Lepas korek telinga, takut nanti tangan itu juga yang tekan kalkulator.Susah jugak ya!

Satu hari tu aku ada periksa sebelah petang, so malam sebelumnya aku study macam nak gila.Pagi-paginya dengan mata rabak, merah menyala dan susah nak buka, aku drive wife dan anak-anak aku pergi Gombak macam biasa.Sebab taksub sangat nak periksa, aku terlupa nak topup kad Touch n’ Go dalam kereta; sekaligus memaksa aku gunakan laluan tunai saja.Lepas saja masuk tol Rawang dan ambik tiket tol dari awek jaga tol yang boleh tahan cun nya (tapi terpaksa aku pandang sebelah mata pasal wife aku ada); aku besit kereta laju-laju macam Mark Webber.Bawak pelan-pelan kalu takut nanti aku terlena.

Berbekalkan pacuan satu empat, satu lima; tak sampai 5 minit lepas tu aku dah exit ke tol Sungai Buloh dengan jayanya.Kalau ikutkan syarak dan hukum hakamnya; dari tol Rawang ke tol Sungai Buloh baru kena dua ringgit saja.Oleh kerana aku ni jenis pemandu berhemah yang tak nak kereta belakang tunggu lama-lama; maka aku sediakan siap-siap duit tol yang aku cedok dari kotak duit syiling kat tengah-tengah kereta.Satu-satu aku kira sampai cukup dua ringgit nilainya.Sampai saja giliran aku nak bayar tol, aku turunkan cermin sisi kereta dan serahkan duit syiling sejumlah dua ringgit itu pada awek jaga tol yang tengah hulurkan tangannya, sambil kaki dah ready nak tekan minyak, tak mahu tunggu lama-lama.

“Tak cukup encik”, tiba-tiba awek jaga tol itu bersuara perlahan, antara dengar dengan tidak, sekaligus memaksa aku mem’free’kan grear.Macam mana boleh tak cukup pulak ni?Rasanya aku dah kira betul-betul tadi, memang ngam-ngam je dua ringgit.Pelan-pelan aku tunduk ke bawah dan aku nampak banyak duit syiling bersepah kat tepi kereta aku.

“Alamak!Jatuh pulak.Kejap ye”,aku kasi tahu awek jaga tol tu sebelum bukak pintu kereta dan cepat-cepat kutip duit-duit syiling yang entah bila masa jatuhnya itu.Sekali-sekala aku angkat-angkat tangan pada tuan punya kereta belakang yang dah mula tekan-tekan manja hon keretanya.

“Nah!”,aku hulurkan duit-duit syiling yang aku rasa lebih daripada seringgit itu pada awek tol tu.Pelik sungguh!Takkanlah sampai banyak sangat duit syiling aku yang jatuh?Rasanya aku dah kasi duit syiling tu dengan cara yang cukup terpuji tadi.Malah dia ambik duit syiling itu pun dengan cara yang membatalkan air sembahyangnya dan aku (Baca: dengan bersentuhan tangan).Jadi, macam mana boleh jatuh?Ye dak?

Awek tol tu senyum; sebelum pelan-pelan bertanya, “Encik cari apa encik?”

“Kutip duit la.Tadi kata tak cukup kan?Ni duit syiling jatuh banyak ni”,aku jawab panjang lebar sambil jeling-jeling jugak kalau-kalau ada lagi duit syiling yang aku tak kutip.

“Saya mintak tiket tol encik, bukan mintak duit.Itu duit syiling orang lain yang jatuh tu”

Muka aku merah tiba-tiba, namun aku control seboleh daya.“La mintak tiket tol ka?Ingatkan tak cukup duit tadi”,cepat-cepat aku capai tiket tol yang memalukan aku itu dan hulur pantas pada awek tol yang masih tersenyum itu.Masa palang tol terbuka, awek tol itu masih lagi tersenyum dan aku terus membesit laju menuju Gombak tanpa menghiraukan pemandu kereta belakang yang masih lagi menekan-nekan manja honnya.Kalau dia tekan kuat-kuat memang aku turun terajang no. plat dia.

Cehhhhh..............

P/s: Lepas ni kalau aku lalu kat laluan tunai lagi, memang aku turun kutip duit syiling yang berterabur kat pondok tol tu, buat bayar tol.Pergi jahanamlah dengan pemandu berhemah ni semua!

Wednesday, April 6, 2011

BILA MAK TIDAK BERBAHASA MALAYSIA

Mak aku dah agak berusia.Tahun ini umur mak dah masuk 62.Walaupun dah berusia tapi mak masih boleh uruskan dirinya.Sungguhpun dia dah tak boleh buat kerja laju-laju macam masa dia muda, tapi dia masih boleh lagi handle semuanya.

Adik lelaki aku yang kerja bank Cimpeng kat kampung tu, duduk satu family dengan dia.Walaupun ada anak menantu dan cucu-cucu duduk sama, tapi mak tak susahkan depa.Memasak, membasuh, mengemas, mak buat semua.Anak-anak adik aku tu pun mak aku yang jaga.

Mak belajar cuma setakat sekolah rendah saja.Walaupun tak masuk sekolah menengah tapi mak boleh membaca; baca paper contohnya.Paper yang mak baca pula terhad kepada yang berbahasa Malaysia saja, Harian Metro terutamanya.Kalau nak baca paper Bahasa Inggeris mak memang tak terar. Tapi kalau Bahasa Cina dan Tamil jangan kata dia; aku pun sama; tak paham apa.

Walaupun mak tak terar Bahasa Inggeris, tapi dia bukan tak terar semua.Ada jugak ayat-ayat speaking basic yang mak tahu sepatah dua; yes & no contohnya.Mak belajar Bahasa Inggeris cuma dari perbualan anak-anak dia saja.Bila mak dengar perkataan yang anak-anak dia guna dan dia rasa dia faham maksudnya, maka mak akan guna dan praktikkan masa berbicara, walaupun sebutannya sedikit berbeza.

Antara beberapa perkataan yang kerap kali mak gunakan masa berbicara adalah seperti last minute dan stupid umpamanya.Pernah sekali perkataan bull shit pun terkeluar sama.Entah dari anak yang mana dia belajar; aku pun kurang periksa.Mungkin dari aku agaknya.

Namun korang jangan salah sangka.Perkataan bull shit yang mak aku gunakan tu nyata tersasar jauh dari maksud sebenarnya.Mak ingat bull shit itu ertinya orang bodoh yang berkepala jingga, padahal ia sebenarnya merujuk kepada taik lembu betina.Eh!Ya ka?Entahlah, aku pun tak berapa paham maksudnya.

Hari tu, masa aku balik kampung, mak leka bercerita tentang anak-anak dia.Dia kata abang-abang aku yang duduk kat KL tu semua dah lupa kat dia.Tiap-tiap minggu pergi sini sana tak apa.Tapi kalau nak balik kampung nak jenguk dia pun sikit punya seksa.

Adik dan adik ipar aku yang ada kat sebelah dia pun menyampuk sama.Bercerita perihal abang aku yang duduk kat Pandan Perdana pergi bercuti senyap-senyap ke Melaka; siap upload gambar dalam facebook semua, tapi dekat mak dia orang tak cerita apa.

“Hah!Kau pun selalu awning bubuh gambaq dalam spacebuk jugak ka?”,tiba-tiba mak aku bertanya.

Aku terdiam; agak blur seketika.Aku pandang muka adik aku, dia pandang muka wife dia.Wife aku yang ada kat sebelah aku pun terkedu sama.Masing-masing berkerut dahi cuba memahamkan apa yang mak aku maksudkan sebenarnya.

“Er, online kot mak, bukan awning”, pelan-pelan adik ipar aku bersuara setelah masing-masing terdiam, agak lama.

“Hah!Salah ka?”,soal mak aku dengan muka sedikit terpinga-pinga sedang kami semua dah tergelak sampai nak terbalik dunia.

Hehhhhh........

P/s: Saya sayang mak saya......anda bagaimana?

Monday, April 4, 2011

PRIHATIN

Prima Sri Gombak.Tengahari Sabtu.Aku lepak dalam kereta dengan tingkap terbuka, sambil baca paper sementara tunggu Danish keluar tusyen, kelas bacaan.Bosan selak paper yang tak habis-habis cerita pasal klon ahli politik yang dah tukar profesyen bikin video seks, aku keluar kereta.

Cuaca sekitar panas membahang.Matahari bersinar garang.Langit yang luas, biru terbentang.Awan berarak jarang-jarang.Pelan-pelan aku dongak ke langit dengan mata berkunang-kunang.Terasa pedih seluruh pandangan menentang langit yang terang benderang.

Dengan mata separa tertutup aku renung langit biru.Serta merta aku nampak ada banyak bola-bola kecil yang bertali-tali, bersimpang siur pantas dan laju macam gerakan sel, di dada langit.Bila aku pandang ke kiri, bola-bola itu ikut ke kiri.Bila aku pandang kanan, bola-bola kecil itu turut ke kanan.Ke atas dan ke bawah, bola-bola itu mengekor tak sudah-sudah.Apa benda tah.

Agak lama jugak aku mendongak sebegitu.Layan pulak rasanya main kejar-kejar dengan bola-bola kecil bertali-tali yang aku tak pasti apa kebendanya itu.Bila urat-urat tengkuk mula terasa lenguh, aku tundukkan kepala.Sepantas itu jugak aku perasan ada 3-4 orang berhampiran aku turut mendongak sama.Masing-masing sibuk tercangak-cangak, sebelum tunduk memandang aku dengan muka tertanya-tanya.Prihatin sungguh rakyat Malaysia ni rupanya.

Hehhhhh.........

Wednesday, March 30, 2011

TIDUR

Selain daripada bizi mengadap kerja dan study, kebelakangan ini aku jugak agak bizi memikirkan gaya tidur anak dara aku sorang ni.Ini gaya orang frust tak dapat susu ke ataupun gaya belajar solat ni?



Hehhhhh.........

Thursday, March 10, 2011

PTPTN

Siapa-siapa yang ada saudara mara yang kerja kat PTPTN tolong kasi tahu aku dengan kadar segera ye!Kalau tak dapat ketua eksekutifnya, yang kerja kerani biasa pun tak apa.Kalau tak dapat pegawai atasannya, yang kerja jaga kaunter pun jadi la.Tapi kalau dapat pegawai yang kerja kat bahagian bayaran balik pinjaman tentu lagi afdal rasanya, tentu lagi bersesuaian dengan maksud, niat dan agenda.

Daripada dia orang berhabis puluh-puluh ribu buat iklan kat paper dan tivi, belanja ratus-ratus ribu untuk hantar surat amaran dan notis terkini , bayar juta-juta untuk link dengan Imigresen dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, membazir ratus -ratus juta lagi untuk buat meeting kat kabinet sambil menghabiskan karipap dan kopi, semata-mata nak pastikan peminjam bayar hutang dan tak lari gi oversea; ada baiknya dia orang call je no. ni.

Yang kasi pinjaman boleh senang-lenang goyang kaki, tunggu payment tiap-tiap hujung bulan, masa orang tengah gaji.Yang meminjam pulak dengan rela hati terbayar hutang tanpa dia orang sedari.Ini cara halus, cara lemah lembut, cara terpuji.Tak perlu ugut mengugut, tak perlu saman menyaman, tak perlu keji mengeji.

Cuma; feenya agak mahal sikit la.1 jutaan saja.Tapi berbaloilah jika nak dibandingkan dengan ratusan juta yang dibuang hanya untuk buat meeting makan karipap saja.Er!Ada berani ka?

Hehhhhh.............

Tuesday, March 1, 2011

MUDA

Dah sebulan lebih dah aku tak update blog rupanya.Nak buat lagu mana; aku sibuk betul sekarang ni haa!Kadang tu sampai nak korek hidung pun aku kena pikir 3 – 4 kali; takut terbuang masa nak siapkan kerja.Pernah sekali tu aku rasa sesak nafas semacam je, ingatkan aku ada penyakit semput ke apa; taik hidung banyak rupanya; sampai susah nak bernyawa.Ceh!

Tapi dalam sibuk bekerja dan belajar sekaligus sempat jugak aku entertain family sebelah wife aku yang datang dari Penang hari tu; masa raya Cina.Dia orang datang KL saja nak jalan-jalan; nak ronda-ronda.Hari pertamanya dia orang pergi Melaka; berjimba-jimba, berhuha-huha.Tapi aku sefamily tak follow pasal aku banyak kerja.

Hari keduanya pulak dia orang cadang nak pergi Nilai 3.Adik ipar aku dari Penang tu khabarnya sampai dah naik histeria nak pegi Nilai 3.Sampai nak makan pun takde feel, asyik ingatkan kain cadar.Tidur pulak asyik meracau-racau je, ingatkan pasu bunga.Mandi pun selalu sipi-sipi je, asyik teringatkan kain ela.

Entah apa khabar palsu yang dia dengar pasal Nilai 3 tah sampai dia jadik gila betul nak pergi sana?Mula-mulanya aku macam malas je nak pergi sama; tapi pasal takde sorang pun family belah wife aku yang tahu jalan nak ke Nilai 3; hatta pak mentua aku sekalipun, maka terpaksalah aku jadi GPRS dia orang untuk ke sana.

Hari tu buat pertama kalinya aku pakai t-shirt Batman yang baru aku beli kat Down Town Shah Alam 2 - 3 minggu lepas.Murah je t-shirt tu; t-shirt Siam.Lepas budak tukang jual tu tolak diskaun 3 ringgit, dapat la aku 15 ringgit harganya.Heh!Diskaun konon; padahal aku beli t-shirt Superman kat situ 2 bulan lepas, memang 15 ringgit je pun harganya.

Masa aku sarungkan t-shirt Batman tu ke tubuh, baru aku sedar yang t-shirt tu bersaiz M rupanya.Walaupun t-shirt tu memang masih muat untuk aku pakai, namun tak pernahlah dalam sejarah hidup aku dah tua-tua ni pakai t-shirt yang melekat-lekat ke dada sampai susah nak dimasuki udara.Tapi memandangkan aku dah terbeli t-shirt tu, takkanlah aku nak buang macam tu saja; pakai aje la.

Kebetulan; aku baru je potong rambut, hari sebelumnya.Bila dah pakai t-shirt kecik yang ketat di dada; dipadankan pula dengan jeans lusuh yang agak sendat di paha; dengan kasut Converse buatan Amerika, penampilan aku memang agak berlainan; aku rasa.Agak muda, agak ceria; tapi itu yang aku rasa.Orang lain pulak mungkin rasa nak muntah tengok aku dressing mengalahkan orang muda.Heh!

Kat Nilai 3 orang tak berapa nak ada.Kedai pun banyak yang tak buka.Maklum la; raya.Masa lalu kat sebelah kedai jual t-shirt Siam yang beraneka rupa, aku nampak t-shirt Superman yang sebijik macam aku punya, tapi bersaiz budak; bergantungan dalam kedai tu.Wah!Kalau aku belikan sehelai untuk Danish barulah nampak macam boria.Ye tak?

Cepat-cepat aku tarik tangan Danish, capai sehelai dan acukan ke badannya; besar sikit tapi kira muatlah!Lepas check condition t-shirt tu lebih kurang, tanpa banyak soal aku tuju cashier dan terus bayar; 10 ringgit saja harganya.Nyonya kedai yang aku agak tua sikit dari aku tu tersengih sambil masukkan t-shirt tu ke dalam beg plastik, sebelum bersuara, “Wa!Lu banyak baik aa?Beli baju untuk anak buah ka?”

Celaka ini nyonya.Punya la seksa aku nak mendapatkan si Danish ni sampai keluar peluh jantan betina; dia boleh kata Danish tu anak buah aku ka?Lepas berisgtifar dua tiga das dalam hati, dengan nada tenang aku jawab,”Ini bukan anak buah, ini saya punya anak”.

Dahi nyonya tu berkerut lima, matanya sedikit terbeliak lagak orang tidak percaya.”Wa!Lu nampak manyak muda meh?”.

“Betul!Ini saya punya anak.Yang kecik tu pun saya punya anak”,jawab aku pula sambil menunding ke arah Qistina yang laju berlari keliling kedai sambil dikejar oleh wife aku.

“Betul la!Lu nampak muda lor”,katanya lagi sambil menghulurkan beg plastik berisi t-shirt Superman.

Aku senyum sambil ucap terima kasih.Nyonya ni betul ikhlas ke atau cuma nak ‘pancing’ aku beli t-shirt lagi sehelai dua?Entahlah!Mungkin dia ikhlas kot; aku memang nampak lebih muda bila pakai t-shirt ketat melekat ke dada.Tapi lepas aku fikir-fikirkan semula dengan rasionalnya; aku rasa ‘ayat’ nyonya tu lebih hala ke taktik nak ‘pancing’ aku beli t-shirt lagi sehelai dua je.Dah 37 pun muda lagi ke?

Hehhhhh……………

Thursday, January 27, 2011

BETIK BURUNG

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Anak-anak kecik biasanya dalam umur setahun dia dah boleh berjalan ataupun dah boleh bercakap; maksud aku bercakap bahasa pelat.Kalau ikut pengamatan aku; anak-anak yang boleh bercakap dulu biasanya lambat nak boleh berjalan.Yang boleh berjalan dulu pulak biasanya lambat nak boleh bercakap; Qistina jatuh dalam kategori yang boleh berjalan dulu sebelum dia boleh bercakap.

Anak dara aku tu memang pantang nampak handphone; mesti dia nak capai dan letak kat telinga sambil eksyen bercakap dalam bahasa Jerman yang aku tak faham.Kalau ada ayat yang betul-betul aku boleh faham pun cuma, ‘ayah’ dan ‘nak’ je.Ayat-ayat lain termasuklah ‘ibu’ tak pernah pulak dia sebut; sekaligus membuatkan wife aku berbulu satu badan dan hidung aku pulak kembang setaman.

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Ada petua orang tua-tua kalau nak kasi anak-anak kecik petah bercakap; maksud aku dari bercakap bahasa Jerman ke at least bahasa pelat yang boleh kita paham.Caranya cukup senang.Cuba cari buah betik yang dah dimakan burung lepas tu kasi budak tu makan; maksud aku buah betik yang masak di pokok dan dah dimakan burung.InsyaAllah dia akan jadi makin petah dan bahasanya pun kita makin boleh faham.

Mula-mulanya aku ingat petua ni karut-marut ada pengaruh setan.Apa kena mengenanya betik burung dengan percakapan?Tapi lepas 2 orang anak buah aku yang bercakap bahasa Jerman; sorang dekat Gurun, sorang dekat-dekat Kampung Kuantan, diberi makan betik burung ni; Alhamdulillah kedua-duanya jadi lancar bercakap bahasa kebangsaaan.Magik sungguh kan?

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Mungkin ada yang akan tanya; kenapa aku tak kasi Qistina makan betik burung, kalau betul petua tu berkesan?Sebenarnya bukan aku tak nak, tapi aku takut lepas aku kasi dia makan betik burung tu dia terus bagi salam dan mintak Blackberry sebagai permainan.

Hehhhhh..........

Monday, January 24, 2011

MENU

Ayam Penyet AP.Prima Sri Gombak.
Lupa pulak aku nak tanya mamat waiter kat situ, nama chef yang tengah masak telur tu.
Hehhhhh..........

Wednesday, January 12, 2011

BARU

Amacam?Ada nampak macam blog orang yang sibuk bekerja tak?
Hehhhhh......

Monday, January 10, 2011

TEH SINGA

Sejak bila pulak akak ni terlibat dalam bidang IKS ni?
Takde bagitahu apa2 pun...
Nak teh free boleh?
Heh!

Friday, January 7, 2011

KOPI

Masa balik ofis lepas lunch hari tu, aku nampak ada sebijik coffee maker kat pantry.Entah siapa bancuh kopi entah.Sedap betul baunya. Ada iras-iras bau Starbuck.Harum menusuk, sampai naik kembang lubang hidung.Memandangkan aku baru je lepas makan, maka aku biarkan saja kopi yang harum itu di situ.

Petangnya, masa aku ke pantry, nak ambik air, ada seorang ofismate cina perempuan kat situ, tengah leka basuh cawan.Coffee maker dan isinya yang berbau Starbuck itu juga masih ada di situ.Kelihatan menarik sekali dengan warnanya yang hitam, pekat dan melekat.

“Wa!Ada kopi meh?Siapa buat ni?”,aku tanya cina tu sambil buat-buat terkejut supaya tak nampak sangat aku nak mintak kopi tu.

“Oh!Ini saya buat ma!You mau minum ambik lor”,dia jawab ramah.

“Wa!You rajin meh!Apa brand ini kopi?”,aku tanya lagi sambil senyum, masih berbasi bahasa, sedang tangan aku cepat-cepat tuang kopi tu dalam mug aku.

“Ini kopi banyak sedap wo!Ipoh white coffee!”,dia jawab dengan intonasi dan nada yang bersungguh-sungguh sekali untuk menunjukkan kesedapan kopi itu.

Aku terdiam tiba-tiba.Teko kopi aku letak kembali ke tempatnya.Pelan-pelan aku pandang tepat ke muka cina tu sebelum tegas bersuara,”You banyak busuk punya orang hah!Nampak macam baik, tapi penipu!”

Muka cina tu berubah serta-merta, dari putih jadi merah menyala, agak terpinga-pinga.

“Er!Apa...apa pasai?Saya tipu you apa?”,dia tanya tergagap-gagap, dengan muka cuak macam tikus tertelan julap.

You cakap ini white coffee.Tapi apa pasai ini kopi hitam?Apa pasai?Tipu punya orang!”

“Haiya!You aaaaa...”

Tanpa menunggu ayat seterusnya cepat-cepat aku lari keluar pantry.

Hehhhhh.........

Monday, January 3, 2011

SEDAR

37 dah?Tak apalah!Masih ada kira-kira 1095 hari lagi dari 40!
Hehhhhh......

Tuesday, December 28, 2010

BENAR


Sebenarnya aku pun tidak pasti siapakah orang yang berkebenaran itu dan sebenar manakah kebenarannya di dalam membenarkan orang memasuki premis TNB ini.

Kebenarannya juga, aku agak kurang pasti sama ada beliau benar-benar perlu wajib menghadirkan diri sekaligus menemankan sesiapa sahaja yang ingin masuk ke premis tersebut.

Namun apa yang aku benar-benar pasti adalah, orang yang bertanggungjawab menentukan penggunaan bahasa di papan tanda milik kerajaan ini sebenarnya benar-benar tidak layak dibenarkan untuk memberikan kebenaran ataupun kelulusan kepada penggunaan papan tanda tersebut.

Dan sebenarnya aku benar-benar kecewa dengan orang yang berkebenaran itu.

Hehhhhh........

Monday, December 20, 2010

O.K.U

Dua minggu lepas adik aku sefamily datang bercuti kat sini.Wife adik aku, merangkap adik ipar aku kata dah lama dia mengidam nak jalan-jalan kat Melaka dan naik Menara Taming Sari.So, dia orang ajak aku ikut sekali.Aku sebenarnya malas nak pergi pasal aku dah tak ada cuti.Tapi bila mengenangkan yang dia orang jarang-jarang sekali datang sini, akhirnya terpaksa jugak aku turuti.

Kalau dah bawak adik aku sefamily ke Melaka, untuk jalan-jalan pulak lagi, korang ingat wife aku nak ke duduk bodoh kat rumah; sementelah dia tengah cuti sekolah?Dah tentulah aku terpaksa jugak angkut family aku sama ke Melaka.Pendek cerita, kita orang pergi dua kereta.

Perjalanan ke Melaka selama kira-kira dua jam, ditemani desiran ekon kereta yang dingin membuatkan aku rasa nak terkucil sejak dari Seremban lagi, tapi ku tahan Jebat.Malah sepanjang perjalanan itu aku kental mempraktikkan hikmat kemutan sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Ismail Thamby, bagi mengawal kekucilan ku itu. Namun penahanan kekucilan ku itu akhirnya menjadi semakin kritikal setibanya kami di Dataran Pahlawan, Melaka.

Dah siap parking semua, kita orang cepat-cepat cari public toilet kat area Dataran Pahlawan tu.Lepas handover Qistina kat wife aku, aku cepat-cepat menapak ke toilet lelaki.Elok saja aku melangkah masuk dalam toilet tu, manusia punyalah ramai tak ingat.Semua toilet full dowh!Kalau ada yang kosong pun cuma toilet untuk orang kurang upaya je.

Kalau di dalam situasi biasa, sebagai seorang warganegara yang prihatin aku memang tak akan guna toilet O.K.U tu.Namun apabila ianya melibatkan situasi kritikal seperti antara hidup dan mati, ataupun antara batu karang dan pecah pundi, maka aku pun masuk ke toilet tu tanpa toleh kanan dan kiri.Sementelah di sekitaran toilet tu tak ada seorang O.K.U pun yang aku temui.

Sebaik sahaja selesai men’settle’kan kekucilan ku itu, aku pun melangkah keluar dengan wajah lega.Belum sempat aku melangkah jauh, seorang brader dalam lingkungan umur 40-an yang tengah tunggu turn kat toilet sebelah, tegur aku, “Tu toilet untuk O.K.U kan?”,soalnya dengan nada dan air muka yang agak sinis, bila dia nampak aku tak macam O.K.U.

“Betul bang”,aku jawab sopan sambil tersenyum.Takpe, tempat orang, kasi can.

Pantas, dia pandang aku dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, sebelum bersuara lagi, “Nampak macam normal je?”,masih dengan nada dan air muka yang sinis macam tadi.

Pelan-pelan aku jawab, “Saya pun orang kurang upaya jugak bang”, masih lembut, masih tersenyum.

Cepat-cepat, dia angkat kening sambil mengerutkan dahi.“Apa yang kurang upayanya?”,dia soal lagi.Kali ini dengan bunyi macam orang tak puas hati.

“Saya kurang upaya tahan kencing!Boleh?”,aku jawab lantang sambil menjegilkan mata, sebelum blah meninggalkan brader tu terkulat-kulat menahan kencing.Apa dia ingat aku takut!

Hehhhhh.............

Tuesday, December 14, 2010

DOKTOR

Klinik Kulit Dharan, Rawang.

Aku bawak Danish jumpa doktor kulit pasal masalah ruam kat bahagian pelipat badan dia makin kritikal.Ruam-ruam yang selalunya timbul di kaki, tangan dan leher dia kini dah menjalar ke muka; sampai dia selalu tenyeh-tenyeh mata pasal gatal-gatal.Kawan wife aku kata Dr. Dharan ni bagus, so aku cuba jelah.

Dulu masa Danish kecik dah merata klinik aku redah.Sampai siap bawak dia jumpa doktor pakar kat Hospital Sg. Buluh, tapi tak jalan. Doktor tu cuma kasi ubat sapu je tak habis-habis.Kalau aku sapu dia kurang la.Tapi bila dah habis ubat, ruam halus tu mesti datang balik.

Masa masuk consultation room, Dr. Dharan takde.Yang ada Cuma Dr. Maha; aku tak pasti dia Maha apa.Maha dewi tak mungkin pasal dia lelaki.Maha mulia pun tak boleh pasal dia bukan raja.Maha raja lagi tak logik pasal dia rakyat biasa.Juga pastinya bukan MAHA kat Serdang yang baru habis 2 minggu lepas tu.Mungkin Mahadevan kot, Mahalinggam ke, Mahamurthu ke, Maha entahlah.

Lepas check condition ruam kat badan Danish, dr. tu kata kulit anak aku tu sensitive.Kena pakai sabun special macam Sebamed ataupun Oilatum ke.Kokak-kokak pun pakai Johnson & Johnson milk bath ke, Dove ke.Tak boleh pakai sabun cikai-cikai ataupun sabun berubat macam Dettol.Takut nanti jadi lagi teruk.

Selain daripada sabun banyak jugaklah yang doktor tu tazkirahkan pasal sensitive skin ni.Makan kena ingat-ingat.Kena yang berkhasiat.Yang seafood-seafood tu kenalah pantang, tak boleh kerap sangat.Krim pelembab kena sapu selalu tak boleh ngelat.Kalau tak nanti ruam tu jadi melarat.Badan pulak tak boleh peluh-peluh sangat.Pakai baju pun tak bolehlah ketat-ketat, takut nanti berpeluh cepat.Wah!Banyak sungguh dia punya amanat.

“Ye doc! Baik doc! Ok doc! TQ doc!”, adalah antara ayat-ayat yang aku cuma boleh cakap untuk mengiyakan kata-katanya.Maklumlah dia kan doktor, macam mana aku nak lawan.Waktu aku bangun nak balik dan bersalam dengan dia pun, masih tak habis-habis lagi amanat dia sampaikan.Maha ramah nampaknya doktor ni.

Masa berjalan menuju pintu keluar Danish yang sedari tadi asyik memerhatikan perbualan aku dengan doktor tu tiba-tiba bersuara, “Ayah!Nama dia dog ke?.

“Tak!Nama dia doktor!”,jawab aku cepat.

“Oh!Danish ingat ayah panggil dia dog.Dog tu kan anjing”.

Aku tarik tangan Danish dan laju-laju bukak pintu bila aku nampak muka Dr. Maha tu dari ramah dah jadi merah.Takde lesen betul mulut anak aku ni.

Hehhhhh.........

Friday, December 10, 2010

MENIRU

Isnin minggu lepas seksaan aku untuk semester Julai dah habis.Soalan Hidrologi yang macam celaka tu aku belasah jawab ikut sedap kepala.Rasanya semester inilah yang paling seksa, selama aku sambung study balik ni.Dengan assignmentnya yang berlambak-lambak.Dengan projectnya yang tak agak-agak.Dengan subjek r.c design yang memang aku meluat sejak azali.Ditambah pulak dengan bizinya aku kat ofis.Balik tak pernah cepat.Datang confirm lambat.Kadang-kadang aku rasa kan bagus andai sehari itu ada 48jam.

Masa kat SCG dulu, aku sibuk dengan projek Jalan Segamat-Tangkak dengan kebizian tahap cipan.Aku ingat bila aku keluar SCG bolehlah kasi slow down sikit tahap kebizian aku tu.Rupa-rupanya aku silap.Kat ofis baru ni, aku lagi sibuk menghadap projek terminal minyak dekat ‘Pinggang’ dengan kebizian tahap Gaban berlawan dengan Gorkom di ruang angkasa setan.Kedua-duanya projek Johor.Kalau lepas ni orang-orang Johor tak berterima kasih kat aku, memang aku bakar je jalan dan terminal minyak tu.

Menjadi seorang pekerja dan juga pelajar sekaligus bukanlah tugas yang mudah macam makan agar-agar.Dia punya semangat mesti mahu tegar.Jati diri pulak mesti kasi gegar.Tubuh badan pun mesti mahu segar bugar.Barulah ilmu boleh masuk lancar.Menyesal jugak bila aku kenangkan yang aku masa muda-muda dulu tak mahu belajar; bila dah tua-tua ni agak ‘kurang ajar’.Tu pasal aku hantar Danish pergi tadika dari umur dia 3 tahun lagi; supaya dia tak jadi ‘kurang ajar’ macam aku.

Masa aku bizi periksa hari tu Danish pun tak terkecuali; hari-hari dia ada periksa.Tapi haram aku tak pernah nampak dia selak buku ke, menelaah ke, apa ke.Kalau menelaah kartun depan tivi ada la.Satu malam, masa aku terbalik awal; aku duduk kat sofa sambil belek-belek paper lepas makan malam.Danish macam biasa leka mengadap tivi, sambil baring-baring atas bantal besar, padahal esok dia ada periksa lagi.Atas dasar prihatin seorang ayah aku panggil dan suruh dia duduk kat sofa sebelah aku.

“Tadi Danish ada periksa?”, tanya aku memulakan kata.

“Ada”, dia jawab laju-laju sambil mata tak lekang dari tivi; layan kartun Tom & Jerry.

“Senang ke susah?”, aku tanya lagi.

“Senang je”, jawabnya pula dengan muka sedikit eksen.

“Boleh buat?”.

“Danish boleh buat!Kawan Danish yang tak boleh buat”.

“Mana Danish tahu?”.

“Tadi masa teacher keluar, dia tiru kawan Danish punya kerja”.

“Habis tu Danish buat apa?”.

“Danish marah la dia.Tapi dia tiru jugak”.

“Dah tu Danish kasi tahu teacher ke?”, tanya aku sambil mengharapkan Danish melakukan tindakan yang wajar.

“Tak.Danish tiru la dia balik”.Jawapan yang membuatkan aku terkedu sambil mengurut dada.

Cehhhhh...........

p/s:

Selamat hari jadi untuk anak dara aku; Nur Qistina Asfa yang genap 1 tahun pada 25/11/2010 aritu.Nanti ayah beli kek ye....tak sempat!

Selamat hari jadi jugak buat wife aku; Suhaila Mohd Shukor yang genap 31 tahun pada 01/12/2010.Nanti share kek dengan baby ye....

Hehhhhh..........

Thursday, November 4, 2010

ANDAI SEHARI ITU ADA 48 JAM

Bukan password hilang.
Bukan leptop kong.
Bukan brukband kena potong.
Cuma masa tak ada kosong.

Tuesday, October 12, 2010

SHORT

Susah jugak ye kalau nak tengok tv atas moto.Mana nak pegang aerial lagi, mana nak cover ketiak lagi.Kalau kena hujan, silap-silap boleh short circuit.Kalau kena petir, silap-silap boleh short umur.
Hehhhhh.......

Friday, October 8, 2010

BERSEMBANG DENGAN NEGRO DARI ZIMBABWE

Tengahari semalam; time lunch.Macam biasa; aku malas nak keluar.Sebenarnya aku dah pesan pasembur dengan member ofis.Dia kata pasembur kat Petronas Jalan Maarof tu ‘cara’ jugak rasanya.So aku mintak dia tapaukan saja.Sementara tunggu dia balik, aku ‘beramah mesra’ dengan p.c yang aku guna.

Tengah leka menggodek-godek tu datanglah sorang negro Zimbabwe tegur aku.Mamat ni kira pangkat besar jugak la kat ofis aku ni.Peramah jugak orangnya.Tapi dia punya ‘slang’ boleh tergeliat telinga mendengarnya.Payah jugaklah nak memahamnya.

Cerita-cerita pasal kerja, last-last dia bagitahu yang company aku ni baru je dapat satu project, buat port.Kiranya project ni banyak melibatkan kerja-kerja infra dan structural design, yang memerlukan penglibatan aku.

Where is the location of the site actual?”,tanya aku pulak kemudiannya dengan ‘slang’ British; selepas dengan susah payah cuba memahamkan apa yang cuba negro tu sampaikan.

“Oh!Actual it's in Malaysia; at Pinggeng”.

Dahi aku berkerut serta merta.Pinggang?Apa kejadah nama tempat macam tu?

Where?”,aku tanya lagi, takut-takut aku salah dengar ke apa.

“Er….Pinggeng.It’s in Johor”,dia jawab dengan riak muka sedikit berubah.Aku tak pasti pulak sama ada muka dia dah merah belum.Aku nampak gelap je.

Pinggang, Johor?Pinggang?Pinggang.....

Is it Pengerang?”.

“Ya!Ya!It is Pinggeng, pinggeng.Er….What is it?”.

Puas aku tahan gelak sampai naik keras muscle-muscle perut.Er!Apa yang best kat Pengerang ye?

Hehhhhh……

Thursday, October 7, 2010

MACAM MANA AKU BOLEH LUPA

Isnin.Hari baru, minggu baru dan hari first aku ke ofis baru.Walaupun jaraknya dari rumah mak mentua aku agak jauh berbanding ofis SCG dulu, tapi kira ok la pasal time masuk ofis baru aku ni fleksibel; dari 8.30 sampai 9.30 am.Jadi aku tak adalah terkejar-kejar sangat walaupun jalan nak ke Bangsar tu memang terkenal dengan jemnya.

Dalam 7.15 am aku dah bersiap bagai dengan slack dan kemeja lengan panjang yang dah aku lipat sampai ke siku, untuk ke ofis.Tugas hantar Danish ke sekolah aku serahkan pada pak mentua aku.Hari first kerja mana boleh lambat.Tak kan lah aku nak masuk ofis pukul 9.30 am macam yang aku selalu buat kat SCG dulu.It will drop my water face on the lovely morning you know.

Time-time 7 lebih ni jalan kat Gombak memang tengah mula sedap-sedap nak sesak.Nak drive keluar dari rumah mak mentua aku tu je pun kereta dah berbaris panjang macam kat drive-thru Mekdi.Terhegeh-hegeh saja jalannya.Time ni kalau lawan lumba lari dengan kura-kura pun mahunya aku kena tinggal 7-8 tiang.Nak lepas simpang depan saja dah makan masa dekat 20 minit.

Tak boleh jadi; aku kena cari jalan alternative kalau macam ni.Dari simpang depan aku peletok ke Gombak Permai menuju Kg. Laksamana seterusnya ke Jalan Sg. Tua.Mujur pilihan aku tepat; jalan lapang dan clear.Aku senyum sorang-sorang.Kalau macam ni mahunya setengah jam je aku dah boleh sampai kat Bangsar.

Selang 5 minit lepas tu aku dah pun sampai kat Medan Selayang dan terus peletok masuk ke parking.Macam biasa macha kat gate masuk tu cuma angkat kepala.Tak payah nak ambik-ambik tiket parking.SCG dah bayar parking aku tiap-tiap bulan apa?Masuk je kawasan parking, kereta pun tak banyak lagi.Heran!Selalunya kalau aku sampai, parking kat bawah tu memang dah sedia pack.Aku tengok jam sekilas.Patutlah; baru pukul 7.45 am rupanya.

Eh!Tiba-tiba aku rasa macam ada benda yang tak kena.Patutnya kalau ikutkan bajet aku tadi, aku sampai ofis baru dalam pukul 8 lebih kan?Ni macam mana boleh aku sampai awal sangat pulak ni?Cepat-cepat aku pandang keliling, cuba me'refresh' memory.

Astghafirullahhalazim!Aku kat bawah ofis SCG rupanya, bukan kat Bangsar.Celaka!Dengan sumpah seranah yang berjela-jela atas kesengalan diri, aku drive laju-laju keluar dari parking menuju highway Duke.Mujurlah berkat ilmu yang aku tuntut dari Michael Schumacer masa kat litar Spa itu hari, akhirnya aku sampai kat Bangsar dalam pukul 8.15 am.Alhamdulillah!

Hehhhhh……

Tuesday, October 5, 2010

FAREWELL

Khamis lepas.Hari last aku berkhidmat kat SCG Consultant selepas hampir 3 tahun kerja kat situ.Hari Rabu sebelumnya, ada jamuan hari raya merangkap farewell untuk aku.Aku tak pasti farewell pasal suka aku blah atau pasal sedih.Yang pasti cuma boski je ada; bosnita puasa katanya.Aku kurang periksa pulak sama ada puasa Syawal atau puasa ganti.Tapi dari segi pengamatan aku, orang yang dah hujung-hujung rentang macam tu tak mungkin puasa ganti.Heh!

Meskipun aku ni nampak macam garang (walau tak segarang Dr. Singa), kasar tingkah laku mahupun tutur bahasa, tapi kalu bab-bab farewell maxwell ni aku lemah sikit.Terus dalam hati ada taman tiba-tiba.Susah nak cakap apa yang aku rasa.Tambah-tambah bila dapat pulak 2-3 hadiah perpisahan.Wa tacing beb!Wa tacing!

2-3 minggu sebelum nak berhenti hari tu aku macam tak cukup kaki tangan.Mana sibuk dengan kerja, mana nak hadap test dan study, mana nak pergi open house lagi.Nak memblog jauh sekali.Jadi kerja-kerja ofis aku siapkan setakat yang termampu.Walaupun tak 100% aku habiskan, at least ada something yang aku tinggalkan.Tambahan pulak replacement aku pun dah ada (tapi aku tak sempat jumpa), jadi biarlah dia yang sudahkan.Kalau semua aku nak kena siapkan, nanti dia masuk nak buat kerja apa pulak?Ye dak?Heh!

Apa pun aku rasa aku dah tinggalkan segalanya dengan sejahtera; dengan baik.Cuma tinggal 1-2 benda je lagi yang perlu dibereskan; dan aku percaya, protégé aku mampu settlekan semuanya.Dia pekerja yang baik, rajin, pandai, bukan budak-budak lagi, dah cukup besar, malah lebih besar dari aku; cuma kurang keyakinan diri.Aku harap replacement aku tu mampu bimbing dia dan bukannya sibuk nak belajar dengan dia.Chaiyok Aspa!

Selamat tinggal buat staff-staff yang aku dah anggap macam adik-adik dan anak saudara.Yang sudi berkongsi makan dan minum; yang sudi berkongsi kerja.Yang sanggup membantu waktu date line hampir tiba; aku hargai dan tak lupa itu semua.Tak mampu aku nak balas budi baik semua.Walaupun aku dah tak lagi kerja kat sana, insyaAllah masih akan ada duit raya buat mereka; itu pun kalau aku masih kaya.Heh!

Selamat tinggal buat semua staff SCG.Terima kasih atas segalanya.Halalkan makan dan minum kiranya ada.Walaupun ada yang masih ‘berhutang’ dengan aku (sejak aku masuk kerja sampailah aku dah keluar ni), tapi tak apa lah; memang tak ada rezeki aku agaknya.Heh!

Aku mintak maaf atas segala kekasaran bahasa mahupun salah silap tutur kata.Jangan simpan dalam dada; silap-silap jadi dosa.Moga maju jaya hendaknya.Moga selamat semuanya.Moga SCG tambah sejahtera.Moga dapat bonus berganda-ganda.Moga semua jadi kaya-raya; termasuklah aku juga.

Selamat!Hehhhhh......

Wednesday, September 22, 2010

SEDUT GAS

Dah dekat 2 minggu dah kita raya.Walau dah start balik kerja, tapi mood raya tetap ada.Walau tangan kiri kanan sibuk dengan keyboard dan mouse, tapi sekali sekala tangan kiri terambil jugak kuih tat kat dalam bekas plastik sebelah meja.Sekali sekala tangan kanan ter'klik' jugak lagu Anuar dan Elina atau Saloma.Sebulan penuh puasa weh; sebulan jugak la mood raya.Ye dak?

Seelok saja cecah raya keempat hari tu, aku dah mula rasa gatal-gatal tekak.Kejap-kejap terbatuk.Kejap-kejap tersedak.Nak kata pasal minum ais banyak sangat, aku rasa tak.Tiga empat hari lepas tu, gatal tekak tak hilang-hilang jugak.Dia punya batuk pulak dah tak agak-agak.Siap dengan perit.Siap dengan kahak.

Klinik dan farmasi tak payah sebut.Semua aku pergi.Ubat batuk klinik dari yang jenis air, sirap, pil, tablet, hablur, semua aku sebat.Ubat batuk farmasi pulak tak payah cakap la.Bukan setakat cap Ibu dan Anak; cap Ayah Bapak, cap Nenek Emak, semua aku belasah.Bukan setakat cap Kelapa Laut; cap Kelapa Dara, cap Kelapa Pandan, semua aku telan; tapi tak jalan.

Letih layan batuk yang sekali sekala datangnya panjang-panjang, yang rasa macam tak puas, rasa macam nak tekeluar anak tekak, rasa macam nak krem tali perut, rasa macam nak pecah dada; aku singgah Klinik Ilham kat BTP masa balik dari ofis semalam.

Doktor bagi aku sedut ubat guna nebulizer dalam 15 minit.Lepas tu baru lapang sikit rasa dada aku ni.Batuk pun datang jarang-jarang.Dia punya rhythm pun dah start pendek-pendek rentak pop.Takde lagi goreng heavy metal panjang-panjang macam sebelum tu.Lepas ambik ubat makan biji 3 jenis dan bayar, aku balik dengan lega.

Masuk saja rumah; wife aku tuju bilik tingkat atas, Danish tuju ke kereta control dia dekat tangga dan aku tuju ke bantal besar depan tv, terus letak Qistina, sebelum aku lepaskan lelah atas sofa.Anak dara kecik aku ni sebenarnya baru dapat lesen kuda.Gian benar merangkak sini sana.Kalau tak dijaga habis bawah kerusi, bawah meja malah sampai bawah sinki dapur pun diredahnya.Ada harapan jadi macam Catz nampaknya anak dara aku ni; rajin meneroka dan mengembara.Heh!

Aku biarkan saja dia merangkak ke seluruh rumah.Habis segenap ruang tamu ditawafnya.Dari wing chair membawa ke kabinet tv, dia perhatikan satu-satu.Mungkin otak comel itu sedang ligat membandingkan saiz perabot-perabot itu agaknya.Bila dirasakannya tak ada yang menarik perhatian; lalu dari ruang tamu dia beralih ke meja makan.

Di meja makan pula dia leka memerhatikan tekstur kayu dan alas meja makan yang berjuntaian, dengan amat tekun.Mungkin otak cerdas itu sedang sibuk meneka asal usul kejadian benda-benda itu agaknya.Bila dia rasa jemu dengan meja makan dia merangkak pula ke dapur.

Sampai saja di depan pintu bilik air dapur, ditepuk-tepuknya alas kaki depan pintu bilik air dapur itu sambil meninjau ke dalam, agak lama dan kusyuk.Mungkin otak yang sedang berkembang itu sedang berfikir tentang kegunaan bilik air itu agaknya.Sambil mengukir senyuman, pelan-pelan dia merangkak, cuba masuk ke bilik air.Cepat-cepat pula aku berlari ke dapur dan dukung anak dara kecik aku tu.

Ya Allah dia punya bau!Patutlah siap senyum simpul nak masuk bilik air, dia dah melepas rupanya!Secepat itu pula aku terus terbatuk; tak tahan nak sedut gas dari bauan anak aku tu.Aku rasa macam nak pergi klinik balik; nak sedut oksigen!

Hehhhhh.........