Tengahari semalam; time lunch.Macam biasa; aku malas nak keluar.Sebenarnya aku dah pesan pasembur dengan member ofis.Dia kata pasembur kat Petronas Jalan Maarof tu ‘cara’ jugak rasanya.So aku mintak dia tapaukan saja.Sementara tunggu dia balik, aku ‘beramah mesra’ dengan p.c yang aku guna.
Tengah leka menggodek-godek tu datanglah sorang negro Zimbabwe tegur aku.Mamat ni kira pangkat besar jugak la kat ofis aku ni.Peramah jugak orangnya.Tapi dia punya ‘slang’ boleh tergeliat telinga mendengarnya.Payah jugaklah nak memahamnya.
Cerita-cerita pasal kerja, last-last dia bagitahu yang company aku ni baru je dapat satu project, buat port.Kiranya project ni banyak melibatkan kerja-kerja infra dan structural design, yang memerlukan penglibatan aku.
“Where is the location of the site actual?”,tanya aku pulak kemudiannya dengan ‘slang’ British; selepas dengan susah payah cuba memahamkan apa yang cuba negro tu sampaikan.
“Oh!Actual it's in Malaysia; at Pinggeng”.
Dahi aku berkerut serta merta.Pinggang?Apa kejadah nama tempat macam tu?
“Where?”,aku tanya lagi, takut-takut aku salah dengar ke apa.
“Er….Pinggeng.It’s in Johor”,dia jawab dengan riak muka sedikit berubah.Aku tak pasti pulak sama ada muka dia dah merah belum.Aku nampak gelap je.
Pinggang, Johor?Pinggang?Pinggang.....
“Is it Pengerang?”.
“Ya!Ya!It is Pinggeng, pinggeng.Er….What is it?”.
Puas aku tahan gelak sampai naik keras muscle-muscle perut.Er!Apa yang best kat Pengerang ye?
Hehhhhh……
9 comments:
Mamat black tu org zimbabwe eh? Jauh beno company ko amik org eh? Aku dgr ada tempat makan seafood dkt Pengerang bro.. sile makan!
aiyoh...projek apa oiii....kg aku tuh....
meloves: ye sis!zimbabwe gelap...import dr branch U.K tu...
faizah: buat pelabuhan jah...agaknya tak kena umah ko kot...heh!
ingatkan penang.. ikiki
haha..giler lawak..ok r tu..pengerang agak mencabar dy nk sebut..ak blurr pakcik dekat umah ak soh ak survey kt lorenjo perabot..penat ak memikir..rupenye lorenzo
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... kerana banyak hal yang perlu kami uruskan... nanti kami ceritakan ye..
Ok kami sambung lah persahabatan kita yang lama tak berkunjung ye...
ohhhh zimbabwe... adoiiiii apasal plak dian sebut jadi camtu... Pengerang ni kawasan jauh nun jauh... ade apa yang spacial kat sana... walau aku dok johor.... dah 5 taun aku tak gi pengerang tau...
aku kalau gi lagi kat sana mau aku sesat...
yup aku taun ni raya aku dapat tetamu dari nigeria lagi buat aku haru biru pasal aku tak mahir nak cakap dia bahasa om putih .... adoiiii dia faham aku cakap but aku tak tau nak jawab bila dia tanya...
me: kalau penang aku tahu...tapi yg ni pinggeng...heh!
amira: lorenjo?nama sepanyol tu..
afzainizam: nigeria ngan zimbabwe kan tak jauh?heh....
mamat hitam...
pangkat besar..
semuanya besar...
.
.
:)
dr: uikss....
Post a Comment