Friday, July 31, 2009

DAULAT TUANKU

Sibuk tahap cipan.Aku dapat task untuk men'design' jalan ke istana baru sultan.Istana atas bukit kat Cendering, Terengganu.Dah nama pun atas bukit, mestilah 'route'nya tricky dan mencabar kredibiliti.Urgent pulak lagi!

Semua kerja lain aku terpaksa reject hari ni.Aku kena bagi seluruh perhatian.Kena fokus.Kena kerahkan segenap tenaga dan minda.Kalau jalan yang aku design ni runtuh siapa susah.Ini jalan sultan nak pakai tau.Kau ingat main-main?Aku tak mau kena daulat.

Telefon saku di pinggir meja bergegar.Ada panggilan masuk.Aku capai dengan malas; jeling sekilas.Ah!Call dari Bendahara.Mesti nak tanya bila aku boleh submit layout jalan la ni.Haduih!Sibuk woi!Aku stop dulu!

Daulat Tuanku!Hehhhhh.........

Tuesday, July 28, 2009

QUEEN

Best Bohemian Rhapsody ever, besides Freddie Mercury's version.

*Wah!Geniusnya aku!Dah boleh kuar video ha!Hehhhhh.......

Monday, July 27, 2009

JULIA RAIS, ISABELLA & DRIVING SCHOOL

Petang tu, lepas minum Extra Power Root Tongkat Ali, aku rasa ‘tenaga’ aku dah macam anak patung arnab dipasangkan bateri Duracell.Tanpa mahu membazirkan ‘tenaga’ artificial tu, dengan perasaan ‘gagah’nya aku kemas buku-buku dan file-file dalam library kecik rumah aku.Sedang leka menyelak dan menyusun file-file lama tu, aku jumpa beberapa helai kertas A4 bertampal keratan akhbar dan majalah.Keratan gambar wanita.Aku tenung gambar tu lama-lama.Aku kenal dia.Aku lalui usia remaja dengan wajahnya.Malah aku amat gilakan dia masa tu.

Namanya Julia Abdul Rais.Lahir pada 19 Februari 1971.Antara artis berwajah ‘pan-Asia’ yang seangkatan dengan Ramona Rahman.Diana Danielle?Masa ni Diana Danielle belum wujud lagi beb!Belum tahu kat mana benihnya.Masa umur 17 tahun Julia Rais jadi model iklan Rejoice yang masa tu baru nak masuk Malaysia, syampu yang mula-mula sekali memperloporkan konsep '2 in 1' di Malaysia.Syampu dan perapi dalam satu botol.Berkat ‘wajah’nya, ramai orang mula pakai syampu Rejoice, walaupun tak ramai yang kenal siapa modelnya.Aku?Walaupun aku pakai syampu Rejoice mak aku secara curi-curi masa mandi, aku kenal siapa Julia Rais.Mak aku?Pastinya mak aku tak kenal Julia Rais, walaupun dia yang secara terang-terangannya beli dan pakai syampu Rejoice.

1989.Kumpulan Search released album “Fenomena” dengan lagu maut "Isabella".Julia Rais jadi model video clipnya dengan aksi kat tepi pantai.Dan-dan tu jugak populariti “Isabella” terus mencanak.Search pulak menang triple award masa Juara Lagu ’89 dengan lagu tu.Satu ketika, malam raya puasa, aku duty kacau dodol bawah bangsal, kat luar rumah. Sekali TV3 ada pasang video clip "Isabella".Aku terus tinggal dodol tu macam tu saja dan masuk mengadap tv.Esoknya aku mintak maaf zahir batin ‘double’ dari mak aku, pasal dodol tu dah jadi terlebih hitam.

Masa tu jugak novel agama, "Isabella", novel kisah srikandi Islam di Cordova, Sepanyol terjemahan Abdullah Hussain dapat sambutan hangat.Pendek kata penangan Julia Rais memang hebat.Dengan lagu, dengan penyanyi, dengan buku, semuanya laris di pasaran; mungkin didorong oleh tuah ‘wajah’nya.

Tak lama lepas tu Julia Rais mula berlakon filem.Filem pertamanya “Hati Bukan Kristal”, diikuti “Mira Edora”,filem adaptasi karya Khatijah Hashim.Lepas tu dia makin kerap muncul di dada akhbar dan majalah.Kegilaan aku pada Julia Rais makin bertambah.Ada saja muka dia kat paper atau majalah, maka pasti compang-campinglah paper atau majalah tersebut aku kerjakan.

Satu hari aku jadi sesak 'dada' bila Julia Rais bukan saja muncul di 'dada' akhbar, tapi turut mendedahkan 'dada'nya, gara-gara aksinya di kolam renang dengan hanya berbikini, dalam filem “Driving School”.Fuh!Kalaulah aku berduit masa tu mahunya aku cari dia, terus ajak kawin.Kalaulah!

1991.Lepas berlakon filem “Isabella” dan “Suci Dalam Debu” Julia Rais terus menyepikan diri.Tak ada lagi berita mahupun gambarnya yang boleh aku lihat dalam akhbar mahupun majalah.Kalau ada pun cumalah sekali-sekala tayangan filemnya di tv.Itupun masa raya.Lepas beberapa ketika akhirnya tersebarlah berita dia dirisik kerabat diraja Pahang, dan terus menetap di London lepas sah jadi isteri kedua kerabat diraja tu.

Aku?Walaupun ada rasa nak jadi suami kedua Julia Rais dan ikut menetap di London, namun aku masih di Malaysia, mencari ‘Julia Rais’ lain yang sudi menemani aku.Dan kalau korang nak tahu, lagu “Julia” nyanyian Exist tu, akulah yang cipta; sebagai tanda ingatan dan kegilaan aku pada Julia Rais.Hehhhhh……..

Thursday, July 23, 2009

HAMSTER

1997, Sri Gombak.

Makwe aku (wife aku sekarang) suka bela binatang.Dari kucing membawa ke kura-kura, dari hamster hinggalah ke arnab, ikan laga, malahan iguana pun dia suka.Pendek kata sifat ke’binatang’an makwe aku ni memang terserlah sungguh (betul ke struktur ayat aku ni?).

Masa ni pulak aku masih guna public transport.Tak mewah macam budak-budak bujang sekarang.Masa ni mana ada beli kereta boleh dapat 100% loan.Mana boleh buat installment sampai 7 - 9 tahun.Downpayment pulak kokak-kokak mesti nak 10%.Itu belum kira nak kena check penyata KWSP lagi tu.Nak kena attach borang J lagi.Nak kena confirm kerja dululah.Macam-macamlah.Abang yang daif ni manalah mampu.Kasih sayang jelah yang terdaya abang curahkan.Heh!

Masa ni jugak bas Intrakota baru je mula beroperasi.Besarlah sikit ruangnya kalau nak di’compare’kan dengan bas mini yang sendat tu.Bas mini pulak dah mula dimansuhkan.Cuma yang tak bestnya ada antara kerusi bas Intrakota ni yang kena duduk menghadap antara satu sama lain.So bolehlah para penumpang tu bertentang mata.Menatap wajah.Mengusha-usha.

Pernah satu ketika keluar dating, makwe aku bawak sama 2 ekor hamster kesayangan dia.Seekor nama Cumi.Seekor nama Ciki.Cumi jantan.Ciki betina.Kalau dating naik bas, mana best duduk depan.Mesti nak duduk belakang.Kalau duduk depan belum tentu boleh pandang orang belakang.Tapi kalau duduk belakang pulak sudah semestinya boleh pandang orang depan.Barulah luas pandangan.Heh!

Hari tu hari Ahad.Agak-agak dalam tengahari.Orang pun tak berapa ramai.Cumi dan Ciki tu makwe aku letak dalam beg sandang dia yang tidak berzip.Kita orang duduk belakang sekali dan beg sandang tu makwe aku letak sebelah tingkap.Lelaki perempuan ni kalau dah jumpa mestilah jiwa bergelodak.Nafsu di dada pulak membuak-buak.Terus terasa nak buat anak.Eh!Tak!Tak!Terus lah leka berborak.Mana nak sedar apa hamster dua ekor tu buat.Ye tak?

“Ahhhhh!”,tiba-tiba kita orang terdengar satu jeritan kuat dari bahagian depan bas.Cepat-cepat aku berdiri sambil meninjau.Ingatkan ada kes ragut ke apa ke.Aku nampak seorang makcik yang duduk menghadap ke bahagian belakang bas, sedang bermuka cuak.Siap bertinggung atas kerusi dengan kain terselak.Tangannya pulak laju je menunjuk-nunjuk ke bawah.

“Uiks!Histeria ke makcik tu?”,tanya aku pada brader yang duduk kat seat depan aku.Brader tu menggeleng.Kurang pasti.

“Tikus!Tikus!”,jerit makcik tu bila tak ada seorang penumpang pun yang prihatin untuk menolongnya.

“Hah!”.Muka aku dah berubah.Pantas aku jengah dalam beg sandang makwe aku.Alamak!Cumi dan Ciki dah hilang.Cepat-cepat aku gerak ke depan menuju kerusi makcik tu.

Alahai!Hamster dua ekor tu siap bergomol-gomol macam filem Hindustan lagi kat bawah tempat duduk makcik tu.Hish!Tak kira tempat betul la menatang ni.Pelan-pelan aku tunduk dan capai kedua-dua ekor hamster yang langsung tidak memikirkan tentang ‘kemaluan’ tuannya itu.Korang ni dah la bukan muhrim.Nak berzina pulak tak kira port langsung.Asal mahu je, jadi.

“Mintak maaf ye makcik!”,kata ku perlahan dengan muka tebal, sambil disambut oleh bebelan makcik tu dan beberapa orang penumpang lainnya.Sepanjang perjalanan lepas tu aku sibuk bersyarah pada dua ekor hamster yang terus bergomol tanpa memperdulikan aku dan tuan hamster yang aku rasa macam nak gomol.Hehhhhh………

Tuesday, July 21, 2009

ATM

ATM Petronas Jalan Kundang – Rawang. Aku keluarkan kad CIMB wife aku dari dalam wallet. Aku cucuk ke mesin ATM.Uiks!Tak masuk?Aku cuba lagi.Macam ada benda block.Aku belek-belek kad tu.Ok je.Pin magnetiknya bersih dari hadas.Orientasinya betul.Aku masukkan ikut pin magnetik tu dulu.Saluran yang halal.Bukan luar tabii’.Apa yang tak kena?

Aku toleh pada budak kat cashier counter.”Boleh pakai ke ATM ni?”,tanya ku.


“Eh!Ok je orang guna tadi bang”,jawabnya sambil mengerutkan dahi.

Tanpa mahu bersoal jawab, aku cuba lagi.Gagal!Hampeh!Aku dah hangin.Apa kena mesin ni?Aku belek lagi kad ATM tu.Depan dia ok je.Aku terbalikkan pulak kad tu.Ceh!Macam mana boleh ter’double’ dengan kad Jaya Jusco pulak ni?Patutlah tak masuk.

“Ha!Dah ok”,kata ku kuat-kuat sambil berpaling pada budak cashier tu.“Tah apa pasal tah dia stuck tadi”,kata ku lagi sambil budak tu terangguk-angguk.Cover malu weh!Hehhhhh…….

Thursday, July 16, 2009

RESULT

Sistem Maklumat Pelajar....................
Login....................
Peperiksaan....................
Keputusan peperiksaan....................
Sesi/Sem: 2008/2009 – III/Mei....................
Papar....................


Haram!Mana result aku ni?Dah berpuluh kali aku check.Takkan 1 A ni je?Tak tenteram hidup aku macam ni.Duk-dak duk-daknya dah macam pengantin pompuan tunggu laki je lagaknya.

Logout....................

Cehhhhh…….

Wednesday, July 15, 2009

HOPEFULLY

Budak practical tu dah takde.Dah habis tempoh practise.Dah balik kampung.Harap-harap rumah dia kat kampung ada lagi, walaupun tak nampak dalam Google Earth hari tu.Hehhhhh……….

Tuesday, July 14, 2009

EMERGENCY CALL

Pernah dapat emergency call tengah-tengah malam buta?Tak kisahlah pasal kematian ke, sakit ke, hal-hal mudharat ke?Pernah?Aku baru dapat semalam.Mak aku telefon.Suruh balik urgent!Makan buah!Takde orang nak habiskan chempedak, durian dan rambutan yang berlambak-lambak.Aduyai!Mak aku ni……….pukul 12 lebih tu!

Friday, July 10, 2009

SARSI

Senja.Rumah mentua.Wife aku balik kerja dalam mengah.Menuju dapur mencari pengisi perut.Ada mee goreng dalam kuali.Diambilnya sepiring, terus ke depan.Duduk dan menyuap perlahan.

“Ok ke mee tu?”,tanya mentua aku sambil tersenyum-senyum.

“Ok!Kenapa?”,jawab wife aku, masih menyuap.

“Tadi masa mak masak, Danish tuang air sarsi suku botol dalam mee tu”.

Wife aku berhenti menyuap.Aku dah tergelak.Minat masak rupanya anak aku ni.Mee goreng sarsi.Hehhhhh…….

Wednesday, July 8, 2009

ENGLISH

Today I don't like to type so much.I have a test this afternoon.An English test.Wish me luck.Hehhhhh........

*Cik Rosidah a.k.a mimpi yang sempurna: What do you think?Warghhhhahahhahhaaa.......

Tuesday, July 7, 2009

ENTAHLAH

Aku tak tahulah ni gaya Spiderman ke gaya Rock Kapak.Tah mana dia belajar tah.Rosak anak aku weh!Hehhhhh........

Monday, July 6, 2009

PIMPLE

Sejak wife aku mengandung ni, dia ada macam-macam alahan.Ada macam-macam perubahan.Ada macam-macam transformasi. Mengidamnya pun boleh tahan.Mengidam itu ini.Tapi tak apalah pasal dia mengandung dan mujurlah aku pun tak mengidam sama.

Tiap-tiap pagi dia mesti muntah.Makan mesti empat kali sehari.Kalau tak cukup empat kali, mesti muntah.Lepas muntah baru boleh makan.Tapi tak apalah pasal dia mengandung dan mujurlah aku pun tak muntah sama.

Dia tak boleh bau orang menumis.Kalau bau orang tumis bawang putih contohnya, dia mesti nak muntah.Tak boleh bau benda-benda busuk, pun mesti nak muntah.Nasib baik jugak dia boleh tahan bau badan aku.Pasal aku wangi.Heh!Dan mujurlah aku pun tahan sama.

Muka wife aku pulak habis keluar ruam macam jerawat, sejak dia mengandung ni.Penuh satu muka.Berbintik-bintik.Berbintat-bintat.Tapi tak apalah pasal dia mengandung.Yang muka aku seumur hidup tak pernah naik jerawat, tiba-tiba ada jerawat ni apa kes?Sebijik besar pulak tu.Cehhhhh………

Wednesday, July 1, 2009

FROGGY

Masa tu senja.Aku tak sure tempat tu kat mana.Rasanya aku belum pernah sampai kat situ.Itu yang first timenya.Hutan banatnya merimbun.Pohon-pohon dilitupi lumut.Berjurai-jurai.Lembab dan melekit.Tak ada sorang manusia pun yang aku nampak.

Tiba-tiba deria bau ku menangkap bauan yang maha busuk.Dekat dan kuat.Serentak itu aku rasakan ada sesuatu merapati ku dari belakang.Dalam deruan dada yang kencang aku menoleh.Makhluk itu tinggi,berbulu hijau dan berbau busuk.Tanpa sempat aku berbuat apa-apa ia pantas menerkam.

“Ya Allah!”.Aku terjaga dengan dahi berpeluh.Mujurlah cuma mimpi.Namun bau itu masih ada.Masih dekat dan kuat.Masih busuk seperti tadi.Dalam kedudukan mengiring dan keadaan suram tu aku rasa ada sesuatu depan muka aku.Kecil dan berbulu.Sah!Benda itulah yang berbau busuk tadi.Pantas aku melompat bangun mencari suis lampu.

Cehhhhh!’Katak’ masam anak aku rupanya.