Thursday, July 23, 2009

HAMSTER

1997, Sri Gombak.

Makwe aku (wife aku sekarang) suka bela binatang.Dari kucing membawa ke kura-kura, dari hamster hinggalah ke arnab, ikan laga, malahan iguana pun dia suka.Pendek kata sifat ke’binatang’an makwe aku ni memang terserlah sungguh (betul ke struktur ayat aku ni?).

Masa ni pulak aku masih guna public transport.Tak mewah macam budak-budak bujang sekarang.Masa ni mana ada beli kereta boleh dapat 100% loan.Mana boleh buat installment sampai 7 - 9 tahun.Downpayment pulak kokak-kokak mesti nak 10%.Itu belum kira nak kena check penyata KWSP lagi tu.Nak kena attach borang J lagi.Nak kena confirm kerja dululah.Macam-macamlah.Abang yang daif ni manalah mampu.Kasih sayang jelah yang terdaya abang curahkan.Heh!

Masa ni jugak bas Intrakota baru je mula beroperasi.Besarlah sikit ruangnya kalau nak di’compare’kan dengan bas mini yang sendat tu.Bas mini pulak dah mula dimansuhkan.Cuma yang tak bestnya ada antara kerusi bas Intrakota ni yang kena duduk menghadap antara satu sama lain.So bolehlah para penumpang tu bertentang mata.Menatap wajah.Mengusha-usha.

Pernah satu ketika keluar dating, makwe aku bawak sama 2 ekor hamster kesayangan dia.Seekor nama Cumi.Seekor nama Ciki.Cumi jantan.Ciki betina.Kalau dating naik bas, mana best duduk depan.Mesti nak duduk belakang.Kalau duduk depan belum tentu boleh pandang orang belakang.Tapi kalau duduk belakang pulak sudah semestinya boleh pandang orang depan.Barulah luas pandangan.Heh!

Hari tu hari Ahad.Agak-agak dalam tengahari.Orang pun tak berapa ramai.Cumi dan Ciki tu makwe aku letak dalam beg sandang dia yang tidak berzip.Kita orang duduk belakang sekali dan beg sandang tu makwe aku letak sebelah tingkap.Lelaki perempuan ni kalau dah jumpa mestilah jiwa bergelodak.Nafsu di dada pulak membuak-buak.Terus terasa nak buat anak.Eh!Tak!Tak!Terus lah leka berborak.Mana nak sedar apa hamster dua ekor tu buat.Ye tak?

“Ahhhhh!”,tiba-tiba kita orang terdengar satu jeritan kuat dari bahagian depan bas.Cepat-cepat aku berdiri sambil meninjau.Ingatkan ada kes ragut ke apa ke.Aku nampak seorang makcik yang duduk menghadap ke bahagian belakang bas, sedang bermuka cuak.Siap bertinggung atas kerusi dengan kain terselak.Tangannya pulak laju je menunjuk-nunjuk ke bawah.

“Uiks!Histeria ke makcik tu?”,tanya aku pada brader yang duduk kat seat depan aku.Brader tu menggeleng.Kurang pasti.

“Tikus!Tikus!”,jerit makcik tu bila tak ada seorang penumpang pun yang prihatin untuk menolongnya.

“Hah!”.Muka aku dah berubah.Pantas aku jengah dalam beg sandang makwe aku.Alamak!Cumi dan Ciki dah hilang.Cepat-cepat aku gerak ke depan menuju kerusi makcik tu.

Alahai!Hamster dua ekor tu siap bergomol-gomol macam filem Hindustan lagi kat bawah tempat duduk makcik tu.Hish!Tak kira tempat betul la menatang ni.Pelan-pelan aku tunduk dan capai kedua-dua ekor hamster yang langsung tidak memikirkan tentang ‘kemaluan’ tuannya itu.Korang ni dah la bukan muhrim.Nak berzina pulak tak kira port langsung.Asal mahu je, jadi.

“Mintak maaf ye makcik!”,kata ku perlahan dengan muka tebal, sambil disambut oleh bebelan makcik tu dan beberapa orang penumpang lainnya.Sepanjang perjalanan lepas tu aku sibuk bersyarah pada dua ekor hamster yang terus bergomol tanpa memperdulikan aku dan tuan hamster yang aku rasa macam nak gomol.Hehhhhh………

2 comments:

Anak Jawa said...

mcm nk terbarai gelak baca entry ni...
pengsan melihat begitu byk unsur2 kelucahan. keh keh keh

afendi ariff said...

heh!lucah yg melucukan???