Thursday, December 31, 2009

TEPUK

Hari tu.Aku balik BTP lepas seminggu lepak kat Gombak.Dah rindu sangat dah kat rumah ku syurga ku tu.Sementelah mak mentua aku pun mungkin dah naik meluat kot asyik tengok muka aku hari-hari.So aku pun angkut wife dan anak-anak aku balik sekali.

Bila balik rumah memang banyak benda yang nak dibuat.Nak mengemaslah.Membasuhlah.Cuci itu ini.Sekali aku tengah sibuk basuh pinggan kat dapur; wife aku kat atas.Danish leka men'servis' kereta-keretanya yang kalau nak aku kira dah boleh beli Mamy Poko saiz XL/32, 4-5 bungkus.Qistina pulak nyenyak tidur atas tilam besar depan tv.

Tah apa mimpinya, Qistina menangis tiba-tiba.Mengigau kot."Abang!Tolong tengok adik jap",jerit aku sambil menoleh ke ruang tamu.

"Ok ayah",sahut Danish sambil pantas menerpa adiknya.Memang boleh diharap anak aku tu.Sejak dapat adik ni dia dengan otomatiknya dah bahasakan dirinya 'abang'.Jangan memandai nak panggil nama; tak dilayannya.Aku kembali mengadap pinggan mangkuk.Selang 4-5 saat; Qistina masih tak henti menangis.Danish ni buat apa?Aku jenguk kembali ke ruang tamu.

"La!Abang ni.Jangan la tengok saja.Tepuk-tepuk la adik sikit bagi diam",arah aku pada Danish yang bersila kemas merenung muka adiknya.

"Ok ayah",dia sahut lagi dan aku sambung sental bontot kuali yang kian menghitam.Pantang betul aku kalau periuk belanga berjelaga.Memang aku akan sental sampai boleh buat cermin tilik muka.

Pap!Pap!Pap!Bunyi tepuk apa yang kuat sangat tu?Aku cepat-cepat jengah ke ruang tamu.

"Abang ni!Bukan tepuk tangan la.Tepuk adik bagi diam",arah aku pada Danish yang sakan bertepuk tangan depan muka adiknya.

"Ok ayah",dan aku kembali ligat menyental bontot kuali.

Pap!Pap!Pap!Lain macam pulak bunyi tepuk ni?Aku tinjau lagi ke ruang tamu.

"Ya Allah abang ni!Bukan tepuk lantai la abang.Tepuk badan adik",arah aku pada Danish yang tengah berkerut muka menepuk karpet sambil mengagah adiknya.

"Ok ayah".Kali ni aku tunggu dan lihat.Pelan-pelan Danish tepuk-tepuk badan adiknya sampai budak tu diam.Huh!Letih jugak ye bila dah anak dua ni.

Hehhhhh..........

Thursday, December 24, 2009

LAPTOP

Kalut betul semejak dua menjak ni.Projek Jalan Tangkak - Segamat yang baru dapat ni memang kasi hidup aku porak peranda.Sekarang ni bukan lagi kerja 8 jam sehari; selalunya aku balik rumah pun biasanya dah pagi.Makan pun selalunya yang sempat cuma meggi.Kadang-kadang nak kencing pun tak jadi.Boleh senggugut aku kalau selalu macam ni.

Pen'design'nan jalan sepanjang 50 km tu memang mencabar minda dan jiwa.Compaq Presario yang aku pakai selama ni manalah larat nak cover layout jalan sepanjang tu.Dengan 80GB hard disk yang terpaksa aku topup lagi external 120GB (aku punya sendiri), 1GB ram, Intel dual core tahun 2006, skrin 14" cinonet yang boleh buat aku rabun ayam, yang kalau nak pan through pun berabad nak kena tunggu; memang cepat betul menipiskan iman aku.

Mujur jugak boski aku ni prihatin.Dia siap tolong pergi cari laptop yang high spec untuk aku.Aku agak kokak-kokak pun maunya 3 - 4 ribu harga dia.Lain macam betul handle laptop baru ni.Dengan latest Window7 nya, dengan Centrino duo processornya, 500GB hard disknya, 4GB ram, skrin besarrrrr punya 16"; memang lazat betul nak buat kerja.

"Pergh!Laju giler",aku bersuara sendiri masa handle drawing dengan laptop tu, tapi cukup kuat untuk buat member ofis kat sebelah menoleh.

"Pasal?",dia soal sepatah.

"Ni la laptop ni; laju giler.Aku belum tekan enter lagi kerja dah siap".

Ceh!

Friday, December 18, 2009

HENRIQUE CALISTO

Tahun Baru.Dalam perjalanan ke ofis aku singgah kat Pasar Borong Selayang.Hajat hati nak cari buah.Apa salahnya jadi Tarzan sekali sekala.Selalu sangat makan nasik pun boring jugak.On the way ke gerai-gerai jual buah tu aku lalu ikut pasar basah.

Manusia berselirat, majoritinya pendatang. Dengan Myanmarnya, dengan Laosnya, dengan Siam, dengan Vietnam dan dengan muka-muka yang seangkatannya; secara otomatiknya buat aku rasa macam sedang duduk kat Laos, tengok sukan Sea.

Aku tenung muka sekor-sekor.Macam mana nak bezakan dia orang ni pun aku tak tahu.Tapi firasat aku mengatakan kalau mamat yang aku usha tu tunduk tak berani bertentang mata, tapi masih lagi boleh tersenyum; itu mesti Laos punya orang.

Tapi kalau mamat yang aku usha tu tunduk rapat dengan muka masam tak panggung kepala; itu dah mesti mamat Vietnam punya.Dah la kalah bola.Player sendiri pulak tolong score untuk Malaysia.Hehhhhh…………

* Pesan aku buat Henrique Calisto: Cakap besar tak guna!Lu balik Portugal jelah!

Tuesday, December 15, 2009

TEH TARIK

Balik dari ofis semalam tekak aku tiba-tiba gatal mintak teh tarik; dengan rasa mengidam yang maksimum; tanpa kompromi.Rasa mengidam yang tak ubah macam anak dara mintak kawin.Tak boleh tidak mesti nak jugak.Kalau tak kasi kawin dia ugut nak buat anak.Heh!

Hasutan tekak akhirnya membawa aku ke Restoran Taqwa, Sri Gombak.Masa aku sampai orang takdelah ramai.Malam pun masih muda.Aku duduk sebelum disapa seorang pekerja yang aku rasa memang pure dari India pasal muka dia ada iras-iras Dodayah.

“Minum?”,dia soal pendek.

“Teh tarik kurang manis sama roti kosong satu”,aku jawab acuh tak acuh sambil mata lekat kat tv; tengok bola.Malaysia lawan Laos.Mamat tu angguk dan berlalu.

2-3 minit layan bola dengan Malaysia masih draw 1-1 sama Laos; teh tarik aku sampai.Aku ucap terima kasih sambil mata masih tak lepas dari tv.Sekilas pandang aku capai teh tarik, baca bismillah dan teguk nikmat.Cuma yang hairannya sekali dengan teh tarik tu ada pulak segelas ais kosong dibawaknya.Ah!Pedulik.Mata aku masih leka layan bola.

5-6 minit berlalu; roti yang aku order tak jugak sampai.Takpe!Tarikan bola kat tv masih mampu melalaikan perut aku.8-9 minit berlari; budak-budak Malaysia mula main macam palat seiring perut yang mula meronta-ronta.Mana tahan layan teh tarik je.Masuk angin pulak kang.

Aku angkat kepala sambil melilau mencari ‘Dodayah’ tadi.Itu dia!Leka mengelap meja tak jauh dari aku.

“Macha!”,aku jerit sambil melambai.Dia pantas menghampiri.

“Roti kosong mana?”,aku soal; ringkas.

“Roti kosong?”,dia soal balik; dengan lebih ringkas.

“Ya!Saya suda order roti kosong satu tadi”,kata ku lagi.

“Mana abang ada order makan pun abang?”,dia soal dengan muka suci.

“Kan tadi saya order teh tarik kurang manis sama roti kosong satu?”aku soal pula dengan muka ketat.

“Ada order ka abang?Saya tada tanya abang mau makan apa pun tadi abang?”.

Celaka.Aku sudah sikit hangin.Kalau aku ikutkan perut aku yang lapar,saat tu jugak aku terajang ‘Dodayah’ tu balik India.Secara otomatik aku mula sedar kenapa ais kosong tu hadir tanpa aku order.

“Ini ais kosong apa bikin?Mau kasi mandi?Saya mintak roti kosong bukan ais kosong!”,kata aku sikit keras, sambil mengoyak-ngoyakkan tisu kat atas meja.Kasi dia seram.

“Ayo!Roti kosong ka abanggggg…..Bukan ais kosonggggg?”,soalnya sambil menggelengkan kepalanya ke atas dan ke bawah sebelum berlalu.

Cehhhhh……..mujur jugak Malaysia menang malam semalam.

Wednesday, December 9, 2009

SEGAMAT

Semalam.
Seharian di Johor.
Menawaf dari Tangkak ke Segamat.
Dari Segamat ke Tangkak.
Tak ada yang menggoda.
Tak ada yang istimewa.
Kedai makan yang sedap pun tak jumpa.
Yang ada hanya masjid dan pusara.

Insaf jugak seketika.Hehhhhh..........

Monday, December 7, 2009

JAUNDICE

Minum susu kambing, dah.
Mandi air buah keranda, dah.
Mandi air paku karat yang dibakar sampai merah, dah.
Lumur ubun-ubun dengan aloe vera, dah.
Jemur bawah matahari, er....belum!
Hujan!

Thursday, December 3, 2009

BERJAGA

Petang.Ofis.
Mata rasa berpasir.Kejap terang.Kejap gelap.
Badan rasa sakit-sakit.Sengal sana.Sengal sini.
Dah lama tak rasa macam ni.
Teruk jugak penangan anak kecik ni.

Hehhhhh………

Wednesday, December 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY


Dulu, 11 April 2005, dia hadiahkan aku dengan seorang zuriat lelaki.Hadiah yang sesungguhnya telah menceriakan hidup aku.

Hari tu, 25 November 2009, dia hadiahkan pula aku seorang zuriat perempuan.Hadiah yang sesungguhnya telah melengkapkan hidup aku.

Semalam, 1 Disember 2009, aku hadiahkan dia sekeping kad dan sebijik kek Chezze Choc yang aku beli kat Secret Recipe, sempena besdaynya yang ke 30.

Hadiah yang sesungguhnya dia tak berapa boleh nak makan pasal dia dalam pantang sekarang ni.Cehhhhh…….

*Selamat hari lahir untuk wife aku, Suhaila binti Mohd Shukor.Semoga dia dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan kesanggupannya hidup dengan aku selama ni.Hehhhhh.........

Tuesday, December 1, 2009

NUR QISTINA ASFA

Maksudnya, cahaya keadilan yang suci.
Ni koman-koman pun boleh jadi lawyer atau tuan mejestret nih!Hehhhhh..........

Thursday, November 26, 2009

ALHAMDULILLAH

Telah tiba yang dinanti.25 November 2009, 11.31 pagi.
Nama aku belum kasi.Aku ingat-ingat nak letak Angelina Jolie @ Shilpa Shetty.
Nantilah aku buat istiqarah lagi sekali.Hehhhhh........

*Hapdate.....
Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua!Sape nak datang raya tolong bawak hamper baby besar2 ye....

Wednesday, November 18, 2009

NASI KANDAR

Dulu; lama dulu.Masa aku kecik; masa budak-budak.Belum pandai baca Quran; mengaji Muqaddam pun merangkak tahap cipan.Belum pandai bawak kereta; bawak basikal pun tunda-tunda.Rambut pakai Code 10 bekas biru; sikat sentiasa dalam saku.Muka bersih suci; jerawat batu jangan nak cari.Pendek cerita; darjah dua.Aku bersekolah di SK Guar Chempedak; sekolah kampung yang banyak lopak.

Sebelah kiri sekolah ada deretan kedai emas; ada kedai basikal.Ada kedai gunting rambut; merangkap kedai nombor ekor haram.Ada kedai kopi, ada restoran Cina, ada jugak kedai runcit Ah Gan.Dulu; deretan kedai-kedai inilah Bintang Walk kat Guar Chempedak.Takde tempat lain dah yang paling meriah; paling happening; melainkan deretan kedai-kedai tu.Dapat lepak depan kedai runcit Gan; main tikam pun feel macam lepak depan Sogo.

Kedai kopi Cina sebelah kedai emas tu orang panggil kedai Chakok.Jangan tanya aku mana datangnya nama Chakok tu; tapi aku pun macam korang jugak; aku suspek itu nama tuan kedai.Mungkinkah nama penuh taukenya Chan Ah Kok?Atau Cha Kok Heng?Ataupun Chan Kok Seng?Entahlah!Tiunaseng; malas aku nak pening-pening.

Masa tu; kedai Chakok merupakan tempat lepak rasmi warga tua.Bukan port untuk Pakcik Chong yang selalu pakai pagoda berlubang tu saja; malah Pak Ngah Deraman, Pak Long Jusoh, Pak Su Park (nama asal Jaafar ye, bukan Linkin Park) - hanya memetik beberapa nama; pun selalu lepak situ jugak.Itu belum kira Pakcik Bala ngan Pakcik Rama lagi tu.Pendek kata Guar Chempedak yang kampung ni, dari dulu lagi memang dah united dah (apa ko ingat united tu untuk Machenster United saja?).Semua bangsa lepak kedai Chakok; menunjukkan konsep perkongsian budaya dan etnik memang dah diterapkan sejak dari dulu lagi.Takde pun nak kecoh-kecoh.

Tak macam sekarang ni; baru 2 - 3 menjak ni je sibuk pasal 1Malaysia; bersatu sana, berdua sini, bertiga sinun; lembab gila!Korang ingat senang ke nak bersatu bagai ni?Ingat boleh guna air liur?Setidak-tidaknya kenalah tahu konsep, kena tahu nilai.Integriti nasional kena betul; hala tuju biar jelas; kena kenal paksi.Apabila keutuhan budaya dan moral dapat dirangkumi, maka barulah penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi; yang menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam hidup masyarakat etnik dapat direalisasi.Nama je menteri; takkan itu pun tak reti!

Masa tu jugak kat kedai Chakok ada sorang mamak tua yang aku agak dalam lingkungan umur 50-an; jual nasi kandar. Biasanya mamak tu start meniaga dari lepas subuh membawa ke tengahari.Lauk-pauk nasi kandar tu pulak memang ala kadar je; sekadar ambik syarat dengan kari ikan, kurma daging, sotong dan udang sikit-sikit; tapi yang bestnya rasa nasi kandar tu marvelous gila.Tiap hari kedai Chakok memang pack, pasal ramai yang datang makan nasi kandar mamak tu; tak terkecuali budak-budak sekolah aku ni.Harga nasi kandar mamak tu pulak memang murah dan boleh cecah serendah 30 sen je sebungkus (baca: harga tahun 80-an ye!Kat Kedah pulak lagi.Sekarang jangan harap).

Sebagai seorang budak yang berumur 8 tahun, aku tidak dibekalkan dengan duit belanja yang banyak; paling loaded pun cuma 50 sen je.Itu pun masa hari pertama aku masuk darjah 1.Hari-hari lain aku cuma dapat 20 sen je; sementelah aku ada bawak bekal mak aku yang lazat-lazat.Tapi bak kata bijak pandai; kalau hari-hari melantak keepsi ngan pizahat saja pun jemu jugak kan?Mana tahan asyik cium aroma kari dengan kurma je?Sekali-sekala nak jugak ambik rasa.

Biasanya duit bekal 20 sen tu aku buat beli air sama jajan je hari-hari.Nak buat beli nasi kandar memanglah tak cukup.Nak kumpul?Kalau nak disimpan duit tu, tak merasalah pulak aku mainan Tora Mat Sentul ataupun makan cinggam Bublegummers yang colourfull tu.Tak dapatlah jugak aku nak merasa main tikam kat kedai Gan yang bagi hadiah best-best tu; kalau nasib baik, boleh dapat kereta control woo.Dah tu macam mana?

Kebetulan masa tu duit syilling plastik 10 sen dan 20 sen banyak terdapat di pasaran; dengan rupa dan warna yang sebijik macam duit syilling betul, cuma dia ringan sikit je.Aku pun lupa motif kehadiran duit syilling plastik ni untuk apa, tapi kalau tak salah aku, duit tu biasanya budak-budak perempuan buat main jual beli pucuk ubi ngan pucuk paku je; buat main masak-masak.Huh!Tak membina minda langsung; tak macam budak-budak perempuan sekarang ni yang kecik-kecik lagi dah pandai chating atau masuk facebook.

Suatu pagi; lepas subuh, dengan persekitaran yang masih gelap; aku sampai awal kat sekolah.Setelah beberapa lama menahan gejolak bau kari dan kurma yang memanggil-manggil; berbekalkan sekeping duit syilling 20 sen betul, yang mak aku kasi untuk untuk buat belanja hari-hari; sekeping syilling plastik 10 sen dan sekeping syilling plastik 20 sen, yang aku dapat masa main tikam kat kedai Gan; aku beranikan diri ke kedai Chakok. Dari jauh lagi aku nampak mamak tu dah siap bukak kedai macam biasa.

“Pakcik!Nak nasik lima kupang”,aku order dengan dada dup dap dup dap.

“Apa lauk mau?”,tanya mamak tu.

“Er…bagi la apa pun”,aku jawab agak gugup.First time buat jahat ni beb!

Masa hulur duit nak bayar, tangan aku menggigil.Buatnya mamak tu perasan yang 30 sen dari 50 sen tu syilling palsu; memang nahaslah aku.Masa dia ambik duit tu, aku tahan nafas.Dalam persekitaran yang baru nak terang-terang tanah dan suram tu; dia pandang sekilas, sebelum campak duit syilling tu ke dalam laci yang terbuka.Lepas ucap terima kasih, cepat-cepat aku blah tanpa toleh-toleh lagi.

Masa rehat hari tu rakan-rakan sekelas aku semuanya kagum tengok aku makan nasi kandar dengan lauk sotong dan kurma daging.Hehhhhh.......

*Macam mana aku nak bayar balik 30 sen tu kalau mamak tu dah takde?Hidup ke mati aku tak sure.Ustaz sekolah aku cakap baik sedekah kat masjid je.Harap-harap dosa aku diampunkan semua.Amin!

Tuesday, November 17, 2009

WTF

Pagi yang tenang.Aku memandu sendirian dari Batu Caves menuju Sri Gombak dengan naiwaitu suci; nak ambik anak aku balik dari kelas.Tangan kiri leka menekan butang radio mencari buletin pagi sementara tangan kanan mengcontrol stereng dengan ranggi; nak kasi signal pun main kuis dengan hujung jari.

Jalan Batu Caves yang sedang direnovate tu sememangnya tak mampu mengundang pemanduan macam Kimi Raikkonen bawak Ferrari.Jangan berangan nak cecah 1-4, 1-5 kalau lubang-lubang yang berupaya mempunahkan absorber menunggu di sana sini.

Tengah sedap melayan lagu “Nazareth - Love Hurts” dari Sinar.fm; tiba-tiba sebijik motor memintas rapat dan laju di sisi kiri; sekaligus memporak-perandakan gaya pemanduan santai ku.Arahan automatik otak memaksa tangan memaut stereng ke kanan sekaligus tanpa sedar menjerumuskan aku ke dalam sebuah lubang yang seterusnya menghasilkan gegaran ke seluruh kereta dan badan.

What the f***…….”,makian spontan bernada orang putih; sisa penangan test MUET itu hari; terlontar lancar dari mulut.Cilanat punya motor.Nyaris lagi aku nak langgar side mirrornya.Kalau aku tahu ada lubang kat kanan tadi memang aku himpit je motor tu; biar dia tergolek.Bergegar otak aku dowh!

Sekali imbas aku scan no plat motorsikal besar berlogo BMW tu.Tah model ape tah.Memang dari dulu lagi aku bukannya into sangat pasal motor-motor ni.

Huh!Patutlah bawak macam sial……WTF hapa tah no platnya.Memang what the f*** betul………

Thursday, November 12, 2009

TAMAT

Sengsara untuk semester ni dah habis dengan penyudah yang tak memberansangkan; dengan penutup yang tak menggiurkan.

Tiada lompat bintang.Tiada tawa riang.Harap-harap keputusannya tak begitu mengecewakan.

Harap-harap!Hehhhhh..........

Friday, November 6, 2009

SENAMAN

Selasa.Blok H, UTM Semarak.Bilik kuliah yang boleh muat 40-50 orang tu aku kongker sorang sambil menelaah secara solo lepas habis test Computer Programming pagi tadi.Sememangnya kalau try study lepas test, amatlah tidak best mood dan perasaannya.Ekon yang sejuk tu pulak cepat betul buat aku kuyu; ditambah lagi dengan mata yang rasa berpasir pasal tak tidur sejak pukul 9 pagi semalam.

Nota Statistik yang aku belek sejak ½ jam lepas dah nampak macam paper Tamil Nesan; dari huruf rumi dah bergulung pelan-pelan jadi tulisan Urdu yang sukar aku nak faham.Dari kedudukan duduk tegak aku tukar ke posisi cakar harimau dengan mendagu ke meja; cuba mencari konsentrasi.Huh!Mata masih dalam mode nak pejam.Tak boleh jadi ni.

Aku bangun.Capai air mineral atas meja.Minum seteguk dua.Tuang sikit atas tapak tangan dan renjis-renjis kat mata.Dia punya segar rasa kejap je.Kejap lepas tu dah rasa mengantuk balik.Kalau nak minum tongkat Ali; baru tadi aku minum 1 tin Longjack Orang Kampung, 1 tin Extra Power Root dan 1 tin Red Bull; tapi masih tak ‘bulleh’ jugak kasi terang mata aku ni.Malas dah aku nak minum sampai 4 tin.Takut nanti asyik nak menyondol je.Dari berdiri aku mencangkung; sebelum regangkan kaki kanan pelan-pelan.Habis kaki kanan aku tukar kaki kiri; habis kaki kiri aku berdiri.Heh!Ada improvement.Ada rasa cergas sikit.

“Kena bersenam kalau macam ni.Baru boleh segar betul-betul”, aku cakap dalam hati.Aku duduk mencangkung semula; sebelum bangun dengan pantas dan buat lompat bintang.

“Waa!Cergas!Cergas!”,kata aku dengan rasa teruja.Cepat-cepat aku duduk mencangkung lagi sebelum bangun sepantas mungkin; lebih pantas dari tadi; dengan membuat lompatan bintang yang juga lebih tinggi dari tadi.

“Waaa……”,aku jerit keterujaan.Dua orang student perempuan yang entah dari mana, secara kebetulan berjalan perlahan di koridor; tertoleh-toleh ke arah aku; sebelum senyum-senyum sambil berbisik-bisik sesama sendiri.

“Hish!Lalat ni!Mana datang pulak banyak-banyak ni?”,kata aku kemudiannya sambil cepat-cepat mengibas tangan ke udara tanpa memandang ke arah aweks berdua tu.Cehhhhh…….ada orang la pulak!

*Esok aku ada test MUET lagi.Kalau pak guard tu sound pelik-pelik lagi memang aku tak kan teragak-agak kasi flying fox 2 – 3 biji…….Esok test writing, reading dan listening.Harap-harap aku tak pening!

Wednesday, October 21, 2009

MUET

Aku ada test Bahasa Inggeris hari ni; Malaysian University English Test (MUET) - test speaking.Apa yang nak aku ‘speaking’kan pun aku tak sure.Sementelah aku ni tengok CSI pun harap sarikata lagi.Apatah lagi kalau nak layan Discovery Channel dengan Animal Planet.Tengok dokumentari kambing gurun berlawan pun mati-mati aku ingat dia nak mengawan.Kalau dia orang tak tulis kat bawah tu haram aku tak tahu kambing-kambing tu tengah berlawan.Berlawan apanya kalau main angkat-angkat kaki manja macam nak mengawan.Ceh!

Walau macam tu, aku tak de la gerun sangat bab-bab nak berkomunikasi dalam bahasa penjajah ni.Walaupun bukannya hari-hari aku berabuk speaking; tapi aku rasa aku dah well prepared.Well you know!Dari minggu lepas lagi aku dah start dengar Hitz.fm dengan Traxx.fm.Mana class dengar Sinar.fm dan Hot.fm!Sekali sekala aku layan Mixs.fm.Bosan kalu aku tuned pergi Reds.fm.Gamak boring aku kasi cool down sambil pasang channel Light and Easy pulak.Pendek kata semua channel radio aku dah setkan ke channel orang putih.Barulah aura MUET mari sikit.

Kalau cakap BI, lidah aku ni bukannya fasih sangat; tapi kira bolehlah walau slangnya memang lain macam sikit.Tahu-tahu je lah; lidah yang dari kecik makan belacan ni memang payah nak bentuk.Dah puas aku try sarapan roti dengan butter nak kasi lembut.Haram nak mahunya.Nasi lemak dengan roti canai memang dah lama aku tak jamah.Takut berlemak lidah; payah!

Selain daripada tu, aku turut topup artificial intelligent aku dengan baca paper.Paper ape?Metro?Apa barang baca paper Melayu?Headline je gegar.Cerita biasa-biasa je pun.Takpe.Takpe.Mari kita baca NST.Tak cukup NST aku selak The Star pulak; biasanya ruangan Classified je.Boleh jugak rikey-rikey kerja baru.Heh!Pendek kata aku memang tak rasa goyang la nak speaking-speaking ni.Cuma yang cilakaknya test MUET ni dia orang buat kat sekolah menengah.Hampeh betul.Macam dah takde ‘U’ nak dibuat test.Nama je Malaysian University English Test!Tapi buat kat sekolah.Aku kena test kat Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru.Dekat-dekat sekolah wife aku je tu.

Pukul 7.30 am.Diiringi lagu 'Sometimes' nyanyian Britney Spears dari channel Reds.fm (yang aku ikut menyanyi dengan lirik lintang pukang), aku drive masuk ke kawasan sekolah tu.Parking full.Aku letak kereta sesedap rasa, turun betulkan kemeja dan slack, sebelum melangkah pantas ke arah pak guard.Beberapa orang perempuan berhampiran (yang aku rasa berjawatan guru kat sekolah tu) saling pandang memandang ke arah aku.Cepat-cepat aku perlahankan langkah mengawal kemachoan.Heh!

“Assalamualaikum pakcik.Tumpang tanya.Tempat periksa MUET kat mana?”,sapa aku pada pak guard yang aku agak dah melebihi separuh abad tu.

“Waalaikumsalam.Tempat periksa?Kat sekolah ni ke?”,dia tanya aku balik.

Aku angguk sambil tunjukkan slip peperiksaan yang aku bawak.”Ni!Dia tulis SMK Darul Ehsan”,ujar aku lagi.

“Datang periksa bukan kena pakai baju sekolah ke?”,dia tanya lagi sambil memandang aku atas ke bawah.

Aku telan liur.Tahan sabar.”Pakcik!Ini periksa untuk calon luar.Calon universiti!Bukan untuk budak-budak sekolah”.Ayat “universiti” tu aku keraskan sikit.Kasi pakcik tu paham.

“Oh!Periksa universiti!Pakcik ingatkan periksa budak sekolah tadi”,katanya sambil menepuk dahi; sekaligus membuatkan aku tersipu-sipu.Heh!Rasa macam muda belia sangat pulak aku ni.Lepas bercakap dengan partner dia menggunakan walkie talkie; pak guard tu pun tunjuk arah block periksa MUET tu untuk aku.Lepas ucap terima kasih aku beredar.

Tapi ayat terakhir pakcik tu sebelum aku blah agak menyetap perasaan.Kalau tak mengenangkan dia yang tunjuk arah, mahunya aku flying fox je rusuk kiri dia.

“Dah tua-tua baru nak ambik periksa ‘U’ ye”,katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Cehhhhh........

*Masa aku teliti senarai nama calon tadi, memang aku yang paling tua.Hehhhhh.........

Monday, October 19, 2009

FINAL EXAM

Kalau malas; tolong bacakan Al-Fatihah!
Kalau rajin; surah Yasin tolonglah sedekah!

Kokak-kokak pun; ucaplah "Asthagfirullah"!
Hehhhhh........

Wednesday, October 14, 2009

HITAM

Masa aku sampai rumah malam tu, mamat tu dah ready melepak santai depan gate, memang nawaitu tunggu aku balik la tu.Dari jauh lagi aku dah nampak dia usha tajam bila terperasankan kelibat kereta aku.

Sebaik saja aku jejakkan kaki ke tanah dia terus tak kasi can; terus terkam sambil mulut tak henti-henti merayu mintak makan.Kaki seluar aku pulak dia cengkam kuat dengan kuku hitam tajam; tak berpotong.Kalau aku biarkan mahunya rabak seluar aku ni.

“Ape ni brader?Lu agak-agak la nak mintak makan pun.Apa siap cekak kaki seluar gua pulak ni?”,aku bersuara keras sambil merenung tajam.Dia undur beberapa tapak dengan mulut yang masih lagi berbunyi.Lapar benar nampaknya.

“Gua tahu la lu lapar.Ape lu tak reti nak tunggu ke?”,jerkah ku lagi sambil menjegilkan mata.Kali ni dia diam.Monyok.Tapi berbunyi jugak lepas tu.

Tanpa memperdulikan mamat tu, aku bukak pintu, pasang lampu, angkat barang-barang dan dukung anak aku yang terlena masuk rumah.Siap semua.

“Nah!Lu makan sampai kenyang”,kata ku kemudiannya sambil bukak tutup tuperware, kasi dia makan.Tak bertangguh dia jamah rakus, tanpa bacaan ‘Bismillah’.

“Lain kali lu tunggu la depan pintu rumah gua pagi-pagi.Ini masa gua nak gi kerja lu tak de.Merayap tah ke mana.Kan dah kebulur”.Dia diam.Terus mengunyah tanpa pedulikan aku.

Kalau ikutkan hati memang aku starlet je telinga mamat tu.Hehhhhh..........

Tuesday, October 13, 2009

SEMUT

Heran!

Antara balang kuih raya dan balang gula, kenapa semut pilih balang kuih raya?Balang gula pulak langsung tak diusiknya.

Aku suspek semut pun kenal bulan Syawal.

Hehhhhh……….

Wednesday, October 7, 2009

ROKOK NAIK HARGA?

Rokok naik harga lagi?Naik 20 sen sekotak?Eleh….baru up 1 sen sebatang.Apa ada hal?Kalau dulu rokok naik harga, mungkin aku turut terasa bahangnya.Dulu, mungkin aku akan jerit, “don’t break my heart” macam iklan rokok kat tv, kuat-kuat, berulang kali, sambil buat demo angkat sepanduk, dengan berlari maraton gaya perlahan dari Gombak sampai Rawang.

Kalau dulu, mungkin aku dah start kurangkan kuantiti rokok yang aku hisap sehari, sambil sembunyikan rokok aku dari pandangan member-member se'perokok'tan yang kaki pau.Mana-mana rokok yang tak sempat habis atau belum sampai line emas kat puntung tu, aku boleh recyle balik.Boleh simpan untuk masa-masa terdesak mahupun kesempitan.

Kalau dulu rokok naik harga,mungkin aku dah start rombak belanjawan dengan kurangkan bajet makanan dan kelengkapan.Mungkin beras Faiza Taj Mahal (yang mahal) dah tukar dengan beras hancur Super Tempatan (yang harganya, kira boleh tahan).Kicap cap Kipas Udang pun mungkin tinggal kipas je, udangnya dah hilang; diganti kicap Tamin.Minyak masak Seri Murni yang ada 2-3 kali pemeringkatan; dah tukar dengan minyak masak dalam pek plastik yang boleh digunakan 2-3 kali tanpa penapisan.

Dengan ilmu Sains Pertanian yang aku belajar masa tingkatan 3 dulu, aku boleh didik wife aku bela ayam telur.Takde duit nak beli lauk, boleh makan telur.Nak makan ayam?Boleh pilih mana-mana sekor.Daging lembu tempatan pulak takde hal; boleh tukar daging kotak.Ikan?Ya, ikan…boleh bela dalam akuarium.Tak cukup akuarium boleh korek kolam.Korang nak ikan ape?Puyu?Keli?Haruan?Flowerhorn?Semua pun boleh bela.Udang dan sotong?Jangan memandai nak suruh aku bela dalam akuarium.Nanti aku rejam sekor-sekor dalam itu akuarium.

Sayur?Sayur boleh tanam bang!Apa tak cukup lagi ke pokok pegaga, karipole, halia, lengkuas, pandan, cekur, peria pantai, sambung nyawa, pudina dan bunga kantan yang dah aku tanam tu?Kan ke semua tu ulam-ulaman tempatan.Mahunya awet muda, tak tua-tua aku satu family; hari-hari makan ulam.Buah?Aku bukannya keturunan Tarzan nak makan buah bagai.Cukuplah buah-buahan yang sedia ada tu; sama ada yang boleh dimakan ataupun yang tidak boleh dimakan; mahupun yang berbeza sama sekali penggunaannya.Heh!

Susu anak boleh ganti dengan milo ‘o’.Minum milo pun boleh membesar bagai johan jugak.Harap anak aku tak komplen.Loreal wife aku pulak boleh ganti dengan Temulawak pasar malam je.Hias cantik-cantik pun nak buat ape?Bukan nak pergi mengorat.Aku pun bukannya jenis yang bawak bini pergi open house, nak tayang-tayang.Pendek kata aku boleh 'save'kan setiap aspek kehidupan semata-mata untuk rokok.

Tapi sekarang ni semua tu dah tak penting bagi aku.Aku kini bukan lagi seorang perokok tegar yang mungkar.Korang naikkan la harga dia 20 – 30 hengget pun.Aku takde hal.Aku pedulik hape!Lagipun, merokok tu kan kerja membazir.Kerja setan!Korang nak jadi setan?Aku dah lama tinggal kerja-kerja setan ni.Sekarang aku berada di jalan keinsafan.Korang bila lagi nak tukar haluan?Takkan selamanya nak terapung di ruang angkasa setan macam Space Cop Gaban?Hehhhhh………

Monday, October 5, 2009

Thursday, October 1, 2009

GEGAR

Petang semalam.Ofis.Dalam area 6.20 pm.Aku kat meja; depan laptop.Kepala tiba-tiba rasa macam woody woodpacker jumpa batang pokok.Macam kena gegar.Rasa bergoyang-goyang.Mata pulak berpinau.Rasa macam naik buai.Macam nak muntah.Nak pitam.Apa hal tiba-tiba?Aku suspect mungkin sebab aku tak makan tengahari tadi, pasal leka meng’handle’ kerja yang kini cuma berkembar dua.

Dari duduk; aku bangun.Lantai rasa macam tilam.Beralun-alun.Mata masih berpinau.Meja rasa macam bergerak-gerak.Hati mula berdebar.Ini tanda-tanda nak kena stroke ke ni?Mintak dijauhkan Allah; pasal dalam sejarah family aku; memang abah meninggal pasal kena stroke.Budak-budak ofis pulak mula bersuara sesama sendiri.

“Ada rasa macam goyang-goyang tak?”,tanya seorang.

“Ha ah!”,jawab yang lainnya.

Huh!Nasib baik.Aku ingatkan aku sorang je yang rasa gegar.Sebelum muka aku masuk front page pagi esok; sebelum ofis runtuh, baik aku belah.Budak-budak tu pun masing-masing pakat-pakat balik.Aku ambik wife dan anak aku kat Gombak, dan dalam kereta menuju Rawang; dari buletin ringkas di radio, aku dengar ada gempa bumi kat Sumatera.Patutlah.Sampai rumah.Settle semua dan aku tertidur sebelum sempat TV3 tayangkan ‘Nightline’.

Entah pukul berapa aku terjaga pasal rasa badan aku bergegar kuat.Ya Allah!Rumah aku pulak kena gempa bumi ke?Dalam kegelapan dan mata yang terpisat-pisat aku bingkas duduk.

“Ayah!Nak susu".

Anak aku kasi gegar rupanya.Cehhhhh .……….

Wednesday, September 30, 2009

BIZI

Ada dua benda yang buat aku sibuk lepas raya.

Satu - Men’settle’kan kerja yang curi-curi beranak masa aku cuti raya.

Aku tinggalkan dia hari tu tanpa zuriat.Balik raya dia dah berkembar 4.Tah berzina dengan sapa.Tah bersalin masa bila.Kalau guna hikmat alam semesta tahap ke lapan pun belum tentu aku dapat siapkan semua.

Dua - Kira duit.

Aku dilantik dengan rasminya jadi menteri kewangan.Wife aku jadi timbalan.Duit raya anak aku ada la dalam RM300.Duit syiling tabung 'Nuri' belum habis kira.Duit syiling tabung ayam 'KFC' tak sentuh lagi.

Hari ni aku bawak uncang syiling datang ofis.Time lunch aku nak sambung kira.Hehhhhh………..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ni hari last aku kerja.Esok dah nak balik raya.Cuti pulak lama; sampai seminggu lepas raya.Rasanya eloklah aku mintak maaf dan ucap selamat hari raya pada semua.

Buat sesapa saja yang masuk blog aku ni.Yang masuk bagi salam atau yang masuk diam-diam.Yang masuk kejap-kejap atau yang masuk lama-lama.Yang masuk tinggal kesan atau yang masuk tapi aku tak perasan.Yang masuk dengan sengaja atau yang masuk tiba-tiba.Yang masuk ikut Facebook atau yang masuk ikut mana-manalah.

Selamat hari raya.

Buat orang kat ITIS, DBKL.Orang kat Puchong.Orang kat Taiping; kat Ipoh; kat Perak.Orang kat Kuala Selangor yang pakai server Universiti Teknologi Mara.Orang kat Ulu Tiram.Even buat orang yang pakai Maxis broadband, yang tak pernah bookmark blog aku, tapi masuk blog aku ni dengan hanya taip ayat "bosnita afendi" je kat Google.Orang kat Derbyshire, United Kingdom.Kat Mountain View, California.Kat in the countary atau kat oversea.Orang yang aku tahu atau yang aku tak pernah tahu.Orang kat mana-manalah.

Selamat hari raya.

Buat sesapa yang aku rasa dia orang best.Yang aku baca blognya atau yang aku comment ceritanya.Yang aku ikuti nukilannya atau yang aku jadi followernya.Korang memang best.

Selamat hari raya.

Buat sesiapa saja yang baca entry aku ni.Yang aku kenal atau yang aku tak kenal.Yang pernah terasa dengan aku atau tak rasa apa-apa.Yang aku ada buat dosa atau yang berdosa dengan aku.Yang ada aku berhutang (rasanya takde kecuali JPA dan bank) atau yang berhutang dengan aku.Yang aku terlanjur cakap atau terlajak taip.

Selamat hari raya.Aku nak mintak ampun dan maaf atas segalanya dan aku hargai korang semua.

Sebelum aku balik, aku nak pesan.Esok dah hari Jumaat, kan?Orang gila je kerja hari Jumaat, kawan!Hehhhhh........

Tuesday, September 15, 2009

PAHALA

Jumaat – 9/11.Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

“Ramadhan datang setahun sekali.Tapi keberkatannya menyamai seribu bulan.Pahala yang kita lakukan di bulan mulia ini juga akan dilipat gandakan.Pendek kata Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadat mencari keberkatan.Untuk mengejar pahala.Umpamanya macam kita kerja setengah mati untuk kejar bonus di hujung tahun.Kalau kita boleh kerja bersungguh-sungguh semata-mata nak mendapatkan bonus, maka begitulah halnya dengan puasa.Kita juga perlu berusaha menjaga puasa untuk mendapatkan pahala yang setimpal ”.Lebih kurang macam tulah bunyi khutbahnya hari tu.

Aku memang sayangkan pahala puasa aku dan kalau boleh aku memang cuba elakkan segala benda yang boleh mengurangkan pahala aku tu.Aku cuba hindari segala perbuatan la’qa yang kerap aku lakukan pada bulan-bulan lainnya.

Mulut yang kerap menuturkan bait-bait carutan, terutamanya ketika memandu; aku kurangkan.Walaupun kadang-kadang terlepas jugak terutamanya pada pihak yang berhak, yang cuba mengheret aku ke kancah perlanggaran.

Mata yang kadang-kadang tersasar ke arah yang tidak sepatutnya; aku ubah radar haluannya.Awek-awek yang lalu lalang menayangkan betis kat bazaar Ramadhan pun aku boleh buat dek je lagi.Datang la yang macam Angelina Jolie sekalipun, anak mata aku jarang sekali tertewas mahupun terkesima.

Telinga yang selalu didendangkan oleh alunan lagu yang melalaikan; aku gantikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi.Biar terang sikit hati aku yang dah berkarat ni.Pendek kata apa saja perlakuan yang aku rasakan tidak sejajar dengan ibadah puasa yang aku jalani ni, akan segera aku hindarkan.Aku nak pahala puasa penuh.Bukan separuh-separuh.

Selesai solat Jumaat; sebelum balik, aku sambung zikir-zikir sikit.Kasi topup pahala puasa aku yang terkurang masa nak datang ofis pagi tadi, pasal tertengok paha amoi naik kapcai.Ceh!

********************
“Haram jadah!”.Makian tanpa niat itu terlepas bebas dari bibir mungil aku tanpa sempat dikawal.

Entah mangkuk hayun mana tah sudah kebas selipar aku masa keluar masjid tadi.Hari-hari biasa tak nak pulak dirembatnya.Kenapa mesti di bulan Ramadhan?Kenapa mesti ketika aku tekun berpuasa?Memang celaka!

Mujur dalam kereta ada sandal spare.Kalau tidak, mahunya aku berkaki ayam bawak kereta.Dan aku tak tahu berapa banyak pahala puasa aku yang tinggal; dek carutan berhak yang aku lemparkan sepanjang perjalanan balik ke ofis.Aku suspect pahala puasa aku negative hari tu.Cehhhhh………

Thursday, September 10, 2009

HANG TUAH FAIL SPM

Aku qenggah gelak sampai qasa nak gulin-gulin tengok clip ni.

Teqisin-qisin aku soqang-soqang depan laptop.Hawaq betui!

Idea sapa la yang jinies sangat pi translate pi bahasa utaqa ni.

Aku salute la hang.Tak keqa la hang luluih SPM ka dak.

Hehhhhh...........

Friday, September 4, 2009

TETAMU CELAKA DI MALAM RAMADHAN

11.05 pm.

Kurang hajar betul!Dah la masuk rumah aku tak bagi salam, melilau-lilau pulak merata ceruk rumah.Ko ingat ni lawatan sambil belajar ke ape?Masuk pulak ikut sedap mak bapak ko je (Eh!Ko tahu ke yang mana satu mak bapak ko.Bukan ko anak haram ke?)Ko ingat rumah aku ni ape?Restoran?Rumah urut?Suka-suka hati ko je nak masuk.

Masuk tak bagi salam, aku tak kisah lagi.Tapi ini siap dengan memekaknya, menyalak bagai.Berdengung satu macam gegendang telinga aku ni dengar bunyi-bunyian ko (Habis trauma stereocilia cochlea aku ni, tahu tak?).Ko ingat rumah aku ni, disko?Kedai karaoke?

Masuk tak bagi salam, siap memekak bagai, pun aku boleh tolerate lagi.Tapi kalau sampai dah tahap nak minum pun tak tahu nak mintak, nak hilang haus pun main nak rembat je, nak pocah tokak pun main nak cilok hak milik aku je, dengan kekerasan pulak lagi; ko memang cari nahas.Ko memang tak sayang nyawa.Ko ingat rumah aku ni wellfare?

Pang!

“Mampus kau!”.Aku senyum puas melihat nyamuk yang aku kejar dari pukul 10.50 pm tadi, lumat atas tapak tangan.Hehhhhh.........

Thursday, September 3, 2009

T-SHIRT

Ahad malam.Lepas berbuka di restoran nasi kandar yang ‘masyuk’ tekak, aku bawak wife dan anak aku pergi Jaya Jusco, Bukit Tinggi, cari baju raya.Masuk je parking aku dah nampak kereta bersusun-susun macam kedai use car.Aku turunkan wife dan anak aku kat depan main entrance dan melilau-lilau jugaklah 2 -3 round sebelum berjaya dapat parking.Itu pun kat hujung-hujung dunia.Jauh dari pintu masuk.

Dalam Jusco, manusia ramainya tak agak-agak.Kalau setakat Melayu je yang ramai aku tak hairan lagi.Mungkin masing-masing nak shooping raya.Tapi ini siap dengan Cina, India, Kadazan Dusun, Dayak, Senoi, Negrito, malahan 1-Malaysia semuanya ada.Sorang-sorang pulak muka macam jutawan felda.Muka orang banyak duit.Asal berkenan capai.Asal suka bedal.Maklumlah, baru gaji.

Naik ke tingkat 2, wife aku tuju ke bahagian ibu mengandung.Aku dan anak aku pulak ke bahagian lelaki.Sambil monitor pergerakan anak aku, aku sempat jugak acu t-shirt sehelai dua.Hm!Kualiti bagus.Design boleh tahan.Tapi harga pulak tak padan.T-shirt round neck kosong saja dah cecah RM35.Huh!Aku ni manalah biasa pakai t-shirt mahal-mahal.Rasa membazir je kalau harga t-shirt tu lebih dari RM20.Kalau setakat nak pakai t-shirt round neck kosong macam ni baik aku beli pagoda je.

Lepas tu wife aku datang dan ajak pergi bahagian budak-budak; nak cari baju anak aku.Kita orang terus pusing cari brand ‘Miki’, pasal dalam banyak-banyak brand baju, aku rasa anak aku paling tampan dan macho bila pakai brand ‘Miki’.Heh!Aku carikan dia seluar dan wife aku carikan dia t-shirt.Sayang kat sini tak banyak sangat choicenya.Tak macam kat Sogo.Harga kain bajunya pun boleh tahan jugak mahal.Sama naik macam baju orang besar.

Lepas ½ jam aku berjaya carikan anak aku 3 helai jeans.1 brand ‘Miki’, 1 brand ‘Padini’ (Padini weh!Aku pun tak pernah pakai brand nih!) dan 1 brand ‘Sesame Streets’, dengan harga lepas diskaun kira-kira RM50 setiap satu, siap testing.Wife aku pulak berjaya carikan dia 4 helai t-shirt.3 color belang-belang dan 1 color putih.Aku angkat satu-satu dan acu-acu ke badan sendiri.Cantik-cantik colornya.Harga pun dalam area Rm25 – RM30 je.

“Ni apa t-shirt ‘Ben-10’ pulak ni?Macam design kat pasar malam je ni”,aku tanya sambil belek-belek t-shirt color putih tu.Wife aku diam sementara anak aku renung aku dengan mata bulat.

Aku belek pula tag harganya.”Mak ai!Sampai 40 ringgit?”.Aku pandang wife aku; dia diam.Aku pandang pula anak aku; masih bermata bulat.

“Dia yang nak.Siap melalak-lalak lagi”,jawab wife aku kemudiannya sambil menjeling anak aku.

Betullah kata orang.Bila dah berkeluarga ni, nak beli t-shirt yang harga RM35 untuk diri sendiri pun fikir banyak kali.Tapi kalau nak beli baju untuk anak sendiri, yang saiznya kecik je, yang harga RM40, yang design macam kat pasar malam, yang kalau nak disama nilaikan boleh dapat 8 pasang baju macam tu kat pasar malam; pun sanggup beli.Hehhhhh……………

Tuesday, September 1, 2009

MACHO

Jumaat.Kat ofis.Aku tekun menghadap kerja sambil jeling jam tangan.Baru pukul 3.00 petang.Lambat lagi nak balik.Perut rasa mendidih.Lapar la pulak!Sahur pagi tadi pun makan meggi ayam je.Tak selera nak makan nasi.Demamnya makin kurang.Cuma sekali sekala badan menggigil, seram sejuk.Tiba-tiba handphone kat atas meja bergegar.Bukan seram sejuk tapi ada ada call masuk.

“Nak masak apa petang ni?”,suara wife aku bernada ramah.Mana tak ramah, dia kat rumah.Cuti sekolah.

Aku diam, dongak siling sambil otak ligat menyusun menu.Makan ayam golek pun best jugak ni.Tak pun ikan bakar ke, sup daging ke, bubur lambuk, kuih sampan, roti jala, murtabak, air tembikai laici, etch.Segala mak nenek melintas benak aku macam slide show.Kalau ikut nafsu yang bersahurkan meggi ni, memang macam-macam aku suruh dia masak.Tapi nak membuat semuanya rasa macam membazir pulak.Yang nak melantaknya cuma aku laki bini.Anak aku pulak takat jamah-jamah hujung jari.Baik beli.

“Tak payah masaklah.Karang kita pergi tunjuk-tunjuk je”.

“Okeh”,sambut wife aku laju, kedengaran girang.Dua kali dengar bunyinya macam miang.Tepat 4.30 aku kemas laptop segala dan berdesup pulang.

Sesampai kat BTP langit hitam pekat.Nampaknya kena beli cepat-cepat.Gerai kat Pasar Ramadhan BTP ni pun takdelah banyak sangat.Tapi manusianya punyalah berselirat.Nak memilih juadah pulak seksanya amat.Selak orang baru nampak pengat.Kuis bahu baru nampak donat.Penat!

Lepas tapau ayam golek seekor, sup daging, gulai ayam, kuih sampan, popia basah dan lain-lainnya ikut sedap hawa nafsu, aku ajak wife aku balik.Menapak perlahan di celahan manusia yang berselirat, aku pimpin anak aku dengan tangan kanan sambil tangan kiri menjinjing juadah.Wife aku pulak mengekor kat belakang.

Hujan mula turun setitik dua.Namun makin lama makin kasar, lalu menjadi rintik.Kalau dibiarkan mahunya demam balik aku ni.Manusia pulak semacam tak berkurangan.Makin hujan makin ramai.Apa kalis air ke dia orang ni?Aku cuba cepatkan langkah tapi dilambatkan pula oleh 3 – 4 orang budak remaja bertopi senget yang sedang ‘gagah’ berjalan perlahan, meninjau juadah di depan aku.Rasa-rasanya dalam lingkungan umur 17 – 18 gitulah budak-budak ni.Baru habis sekolah.Masing-masing melangkah selamba sambil sekali-sekala mata meliar mengusha awek sebelum ber’swit-swit’ macam anak tikus.

“Haram macho budak-budak ni”,kata ku dalam hati yang panas tiba-tiba.

Aku tengok topi sekor-sekor menyengetnya satu macam je.Semuanya fesyen mengiring ke telinga.Ini trend baru ke ape?Apa ke bangangnya pakai topi cover telinga?Agaknya muka masing-masing ada kat telinga ke hape?Kalau diikutkan baran, memang aku das sekor-sekor biar tergolek.Tapi aku masih sayangkan pahala puasa aku hari tu.Jadi aku biarkan.

“Cepat aa.Hujan dow!”,tiba-tiba anak aku bersuara kuat sekaligus membantutkan pergerakan budak-budak tu.Aku dah tergelak dalam hati.Dia orang terkedu berhenti dan berpaling serentak.Muka masing-masing dah macam muka nak pecah rumah.Agaknya hangin kot kena tegur ngan budak-budak.Aku terus usha sekor-sekor sambil angkat kening sebelum mengerling ke arah anak aku.Cepat-cepat dia orang tersengih dan beranjak ke tepi memberi laluan.

“Lambat je!”,anak aku bersuara lagi dan budak-budak tu masih tersengih.Agaknya kalaulah dia besar sikit mahunya kena belasah budak-budak ni.Hehhhhh…….

Thursday, August 27, 2009

LALOK

Hari ni genap 4 hari aku demam.Panas dah kurang, tapi suamnya masih ada.Dah 2 buah klinik aku redah setakat ni.Check temperature.Check blood pressure.Check heart beat.Mujur jugak doktor-doktor tu sahkan aku bebas dari H1N1, wabak selsema babi tu.Selsemanya memang ada, babinya je yang belum.Hingusnya tak payah cerita, menyondol lantai je yang belum.Alhamdulillah.

Kebelakangan ni aku rasa kepala aku macam mat pet baru lepas kena dam.Lalok.Pening.Pusing-pusing.Meliau.Berpinau.Kalau berjalan, rasa macam penguin.Rasa macam tak pijak bumi.Rasa ringan, rasa melayang.Kalau tersepak semut pun mahunya aku jatuh terkangkang.Nak pulak lepas makan ubat selsema yang melalokkan tu.Mabuknya macam punjabi kena todi.

Aku selalu rasa situasi macam ni dulu.Terutamanya masa kerja dengan company India dulu.Pengalaman kerja dengan India (yang lahir kat Malaysia mahupun yang pure dari India) ni jugak banyak mengajar aku tentang kegunaan Panadol, Ponstan, minyak cap Kapak dan bam Harimau.Masa tu jugaklah aku mula kenal lalok,meliau,sakit kepala, migrin, stress, qofla jingga dan yang seangkatan dengannya.

Lecturer Visual Basic aku, Dr. Norhisham Bakhary (dulu, dia member sekelas aku masa kat Skudai) pernah tanya, kenapa programmer terhandal dunia selalunya berasal dari India?Tahu kenapa?Pasal, kerja-kerja programming selalunya memerlukan kita programme something kat atas, sebelum turun bawah, bergerak ke tepi, ke tengah, kadang-kadang berpusing dulu 3 – 4 round, naik atas balik, turun semula, baru sampai ke outputnya.Bersilarat.Up and down.Penuh simpang siur, traffic light dan roundabout.Dan kemahiran sedemikian selalunya hanya dimiliki oleh orang India saja.Senang cerita, dia orang ni memang spesis yang terrer cakap gulung-gulung.Tukang putar belit bahasa.

Kalau hari ni dia mintak korang design one part, esok paginya dia akan suruh korang ubah pulak for certain reason.Petangnya pulak dia akan mintak korang ubah lagi pasal yang pagi tadi punya design tak best.Lusa pagi pulak dia akan tanya korang balik, kenapa design macam petang semalam punya.Padahal design tu, dia yang request macam tu.Memang bangkai.

Selalunya, kalau satu-satu design tu ok; marvelous dan terbilang, maka dia akan kata, itu idea dia lah tu.Dia punya terrer.Dia punya pandai.Tapi, kalau design yang korang buat tu tak ok; salah, maka siap lah korang, walaupun design tu sebenarnya suggestion dari dia.Pendek kata, kalau design tu ok, maka pasal dia lah yang boleh ok tu.Tapi kalau salah, memang pasal korang lah yang salah tu.

‘Penggulungan’ sebeginilah yang banyak menyengsarakan hidup aku masa tu.Rutin harian yang seringkali membuatkan aku lupa benda lain.Lupa kehidupan sosial.Lupa nak berhu-ha-hu-ha.Lupa awek.Lupa masa remaja.Mujur aku bujang lagi masa tu.Kalau dah kahwin mahunya porak peranda hidup aku, sampai lupa anak bini.

Satu petang, dah lebih pukul 5.30 pun, aku bertekak dengan paknana yang handle bahagian Mainline tu.Bukan Murthi, tapi yang sekor lagi tu.Sampai sekarang aku masih tak ingat nama mangkuk hayun tu.Celaka punya macha.Asyik nak menyalahkan aku saja kerjanya.Padahal dia yang request macam-macam.Bila KTM dah argue, dah drop dia punya waterface dalam meeting, dia nak salahkan aku.Memang haram.Untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih buruk, aku bangun; packing bag dan file-file aku.Baik aku blah sebelum aku hilang pertimbangan.

“Pergi mampus la haram”’kata ku sambil melangkah meninggalkan macha tu terkulat-kulat.Hangin betul aku.

“Saya balik cik Din!Er, jangan tolong translate pulak kat mangkuk hayun ni.Biar dia cari sendiri dalam Kamus Dewan”,kata ku pada cik Din sambil menjeling pada macha tu.Cik Din cuma geleng kepala dan tersenyum.Dia tak apa la.Dia lain.Dia dah senior.Lagipun dia kuda kayu.Kuda kayu yang banyak experience.

Dengan telinga panas dan kepala berasap, aku menapak rakus ke tempat parking.Rasa macam terbang je masa turun tangga.Kalau aku jumpa macha tu kat luar memang aku tak teragak-agak bagi flying fox kat dada dia.Biar mampat semua nikotin kat paru-parunya.Biar padat semua karbonmonoksida kat jantungnya.Biar dia mampus.

Marah punya pasal, sedar tak sedar aku dah sampai kat parking lot seberang jalan, tepi jalan besar tu.Aku letak semua file aku atas bumbung kereta sambil tangan meraba kocek, mencari anak kunci, sementara tangan kiri memegang beg sandang.Sebaik pintu kereta terbuka aku campak beg sandang ke tempat co-pilot dan melompat masuk.

Aku bukak tingkap luas-luas.Pasang radio kuat-kuat.Dengan rakus aku capai kotak Dunhill 20 (yang aku beli sendiri, bukan pau Dodayah), dan renggut sebatang; nyalakan dan sedut nikmat.Charge nikotin sikit.Badan aku rasa letih tiba-tiba.Stress sungguh melayan kerenah India putar alam ni.Boleh kencing manis aku kalau kerja kat sini lama-lama.

Habis me’nikotin’kan diri, aku gerak pelan-pelan masuk ke jalan besar.Jalan jem.Biasalah.Petang-petang ni semua orang nak balik.Nak sampai cepat.Beberapa orang penumpang dalam bas Interakota di laluan sebelah memandang aku.Aku senyum.Rasanya tak ada muka yang aku kenal.Beberapa orang pejalan kaki di laluan kaki lima turut memandang aku sebelum bertukar pandang sesama sendiri.Aku angguk.Pun tak ada wajah yang aku cam.Beberapa orang pemandu dalam kereta di laluan sebelah juga memerhatikan aku, tak berkelip.Aku senyum lagi.Apasal ramai sangat yang pandang aku ni?Pelik!

Aku memandu masuk ke jalan besar.Sebuah lori melintas perlahan di sisi sambil membunyikan hon.Pemandunya siap menjenguk-jenguk sebelum berlalu dengan muka hairan.

“Ye!Jalan!Jalan!”,kata ku sambil menghayunkan tangan menyuruh dia memotong.Apa kes?Nak potong potong je lah.Yang buat muka macam tengok sarkas apasal?Tak cukup dengan tu, mamat-mamat motor yang merempit dan memotong kereta aku pun turut membunyikan hon masing-masing sambil tertoleh-toleh.Apa kena ni?

Aku amati persekitaran dalam kereta.Tak ada benda yang pelik.Aku tinjau meter dan dashboard.Tak ada lampu amaran ataupun hazard light terpasang.Aku toleh belakang kereta.Semua normal.Aku jenguk pula keluar.Kalau-kalau tayar kereta pancit ke ape ke.Takde.

“Bang!Ada benda atas bumbung”,kata mamat motor yang secara tiba-tiba menunggang perlahan di sebelah aku.

Atas bumbung?Alamak!File-file aku!Cepat-cepat aku bagi signal dan berhenti kat tepi.Mujur saja tak diterbangkan angin.Mujur jugak tak berterabur semuanya.Hehhhhh……..Memang lalok!

Wednesday, August 19, 2009

DODAYAH

Dulu.Aku pernah kerja dengan satu company India kat Sri Kembangan.Maksud aku, boss dia memang India yang lahir kat Malaysia, bukannya India pure dari India.Tapi, bila dah kepalanya India, maka majority staff kat company tu mestilah India jugak kan?Ye tak?Biasalah, kroni!Memang macam tu pun kan?Ada butul ka?Butul, butul (mengiakan sambil geleng-geleng kepala).

Company tu dapat part of design works untuk projek cadangan jalan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar.Memandangkan tenaga pro untuk design track sememangnya tak ramai kat Malaysia ni, dan sebagai antara nama yang boleh dikatakan well known jugak dalam bidang ni (huh!macam takbur je gaya tulisan aku ni) maka aku pun ditawarkan post designer, untuk assist seorang Senior Engineer melayu kat ofis tu.Namanya Zainuddin Omar dan aku panggil dia cik Din.Ada IR (professional engineer) mamat ni.Bukan calang-calang orang.Boleh sain drawing tu!Aku?Aku kuda kayu je.Sain attendance boleh la.

Projek keretapi tu projek turnkey dan contractor yang bertanggungjawab masa tu pulak contractor dari India.Yang ini memang pure India.Dari Ipoh ke Padang Besar yang sepanjang hampir 385km tu, dia orang pecahkan kepada 2 bahagian; bahagian Mainline, dari Butterworth ke Ipoh; dan bahagian Kedahline, yakni dari Butterworth ke Padang Besar.Design untuk Mainline aku yang handle dan untuk Kedahline, cik Din handle.

Ada 4 orang Project Manager yang bertanggungjawab untuk menyelia projek tersebut.2 orang di bahagian Mainline dan 2 orang lagi di bahagian Kedahline.Bila dah projek design and build macam tu, maka selalulah mamat-mamat India ni bertandang ke ofis aku untuk review dan guide aku bagi merekabentuk alignment dan profile untuk projek keretapi tu.

Aku memang tak boleh nak recall sangat nama-nama dia orang ni.Kalau tak salah aku Mainline di bawah seliaan Murthi dan seorang lagi paknana yang entah apa ke nama, sementara Kedahline under Dodayah dan juga seorang lagi yenadey yang aku tak ingat namanya.Dia orang ni memang habit suka datang time-time hujung rentang, bila dah dekat pukul 5.30 macam tu.Time yang sepatutnya aku dah boleh packing dan balik.

Kalau datang bawak buah tangan takpe jugak.Bawak kereta Porshe barang sebijik dua ke.Ini tak!Datang mesti bawak masalah.Survey tak matchlah.Nak proposed macam roller coaster la.Nak divert highway la.Itu belum lagi dikira bau badan dia orang yang kalau diberi mandi dengan Febreeze pun belum tentu hilang baunya tu.Memang tekanan jiwa.

Antara berempat tu, yang nama Dodayah tu lah yang paling celaka sekali.Bukan setakat datang bawak masalah je, tapi tiap kali dia datang mesti dia kasi tahu aku yang dia puasa.Bukan puasa makan pun.Melantaknya macam biasa jugak.Cuma kalau masa puasa ni dia orang tak boleh makan lauk yang berteraskan haiwan je.Yang lain-lain tu dia bedal srupa jugaa.

I’m vegetarian today!”,ayat common yang selalu dia gunakan supaya terlepas daripada belanja aku makan nasi lauk best-best macam kari kepala ikan ke, ayam tandoori ke.Nak tak nak, asyik makan sayur je lah tiap kali dia datang.Memang pundek punya alasan.

Selain daripada itu dia ni pun perokok jugak orangnya.Tapi tiap kali dia ajak aku hisap rokok (masa ni aku masih lagi jadi ahli perokok tegar yang mungkar) mesti rokok dia tinggal yang last kopek.Maksudnya jangan haraplah aku boleh pau rokok dia.Selalunya dia pau rokok aku lagi ada.Celaka!Memang licik dan kemut gila mamat sekor ni. Takpe.Aku kasi can.

Satu hari tu Dodayah datang sebelum lunch.Lepas pau rokok aku macam biasa dan cik Din pun dah habis entertain dia, aku ajak dia pergi lunch.

Nevermind!You go first.I’m a vegetarian today”,ujarnya seperti biasa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, sedang wajahnya kekal menghadap ke depan (cuba bayangkan).

Nevermind lah Dodayah!Today I’ll pay for you”,kata aku pula.
Oh!Great!Very well then!Very well!”.Huh!Laju je kalau aku yang offer diri nak belanja.

Aku pergi lunch berdua saja dengan dia.Cik Din sibuk nak siapkan design.Restoran mamak memang tak jauh sangat pun dari ofis kita orang.Satu kat seberang jalan, satu lagi kat shop lot bersebelahan.Aku syorkan kat dia untuk ke restoran yang kat shop lot sebelah tu je.Masakan nya?Bolehlah tahan!Takde lah best sangat.Cuma lokasinya lebih senang nak tuju.Lebih cepat!Dia setuju je.Dah aku yang nak belanja kan?

Sampai kat restoran mamak tu aku ambik lauk-pauk kaw-kawnya.Udang galah goreng berempah.Sotong masak kurma.Daging masak hitam.Sayur kacang panjang dengan kobis.Ayam tandoori lagi letak pinggan asing.Sebelum tu aku dah order air tembikai gelas besar.Pergh!Ini betul-betulnya melantak ni.

Wa!Even tough you’re so skinny, you do eat a lot huh!”,tegur Dodayah dengan dahi berkerut.

Why?You want some aa?”,aku saja-saja ‘pancing’ telegu tu.Tengok reaksi dia.Telan air liurlah kau tengok lauk-pauk aku.Dia diam, sambil menjeling sayur-sayuran lunyai yang diceduknya.

Er!I think I want to break my fast la”,dengan segan-silu dia kasi tahu aku.Haha!Aku dah gelak dalam hati.

Huh!Can aa?”.

It’s depends on my wish, brother.What I think best for me”,katanya sambil menggeleng-gelengkan lagi kepalanya beberapa kali.Betul geleng.Salah pun geleng.

Up to you lah!”.Heh!Lepas tu, aku tengok mamat tu siap ambik ketam dan kari kepala ikan lagi.Sakan sungguh!

Masa makan dia sibuk bercerita tentang kerja dia, tentang accommodation yang dia dapat kat sini, tentang macam-macamlah.Tersentap jugak aku dengar yang gaji tiap seorang Project Manager boleh cecah sampai RM25k, siap dengan kereta, rumah, utility bills, etch.

Naik kembang-kembang hidung dia bercerita tentang kepentingan dia kepada company dan taraf hidup dia kat sini yang ibarat langit dan bumi kalau nak di’compare’kan kehidupan orang kebanyakan di India.Kira mewah la telegu sekor ni hidup kat Malaysia ni.Serentak dengan itu juga tanduk jahat aku tumbuh mendadak.Huh!Loaded kau ye.Tunggu!

Dah habis makan semua aku bagitau dia aku nak ke toilet.Dia angguk sambil leka membelek NST.On the way ke toilet aku singgah kat cashier.

“Macha!Kasi Dunhill besar 2 kotak”.Mamak kat kaunter tu akur.Dunhill bertukar tangan.

You kira semua, lepas tu, itu bill kasi sama itu bai hia baju kuning”,kata ku sambil menunding pada Dodayah yang masih leka menyelak paper.

Dia angguk dan aku terus menghilang ke belakang kedai.Aku keluar ikut pintu dapur sebelum menapak kembali ke ofis.Sampai ofis aku hulur Dunhill besar sekotak pada cik Din.

“Apa ni?”

“Dodayah kasi.Dia belanja”.Cik Din pandang aku ke atas ke bawah, ke tepi ke tengah.

“Kau biar betul.Macha kemut tu belanja?”.Aku cuma sengih.Tak lama kemudian Dodayah sampai dengan muka ‘ketat’.

Eh!Dodayah!Sorry la I’ve to leave without telling you.Mr Zainuddin is calling me and asking for some urgent matters.That’s why I’m such in a hurry”,kata ku dengan muka pura-pura bersalah, sedang Cik Din pandang aku dengan mata bulat dan dahi berkerut.Dodayah diam.Masih bermuka ‘ketat’.

So how much aa for the lunch?”,tanya ku lagi.Cuba-cuba ambik hati.

Almost RM80”,dia jawab pendek sambil sibuk mengemaskan barang-barangnya.

Eh!I’ll pay you back lah”.Aku bangun sambil menyeluk poket seluar.

No lah.Nevermind!I’ve to go”,cepat-cepat dia blah tanpa bersalaman dengan kita orang.Aku dan Cik Din saling berpandangan sebelum terkekeh-kekeh ketawa.

Sejak hari tu Dodayah akan datang ofis kita orang dengan at least, Dunhill 14 yang masih penuh.Dan sejak hari itu jugak, dia tak pernah berpuasa lagi depan aku.Hehhhhhh………

Tuesday, August 18, 2009

TOPENG

Pagi Jumaat.Memandu santai melalui laluan Kg. Laksamana menuju ofis.Kenderaan tak banyak sangat.Jalan tak sesak.Tak jam.Cuma beberapa buah lori yang diletakkan di bahu jalan secara ‘ikut suka mak bapak pemandunya’ itu, agak menyusahkan kenderaan lain untuk lalu lalang.Perlu juga aku ingatkan bahawa laluan ini turut mempunyai selekoh dan lopak-lopak maut yang mampu menguji tahap kecekapan anda untuk memandu secara rali.Kepantasan anda untuk mengelak jerangkap samar dan busut-busut semut juga amat ditagih dalam menyusuri laluan ini.Jadi aku nasihatkan, kalau kail panjang sejengkal, baik pergi pasar je.Tah apa jadah MPS buat tah?Tak reti-reti nak repair.

Cuaca di langit berjerubu.Awan berarak kelabu.Keadaan persekitaran memang agak tidak menentu kebelakangan ni.Khabarnya ada kebakaran hutan di Sg Tua.Terbakar atau dibakar, aku tak pasti.Diburukkan lagi dengan penularan wabak berjangkit H1N1.Sepatutnya langkah berjaga-jaga perlu dititik beratkan.Pemakaian topeng pencegahan pula seharusnya diwajibkan.Tapi sepanjang perjalanan merentasi laluan Kg Laksamana tu, tak kelihatan walau seorang umat pun yang pakai topeng.Semuanya selamber je, macam tak ada benda.Dia orang tak takut kena jangkit ke?Apa semua orang dah kebal ke?Jangan nanti bila dah sampai tahap menyondol lantai baru sibuk nak pakai.Masa tu kalau pakai topeng ‘Darth Vader’ pun dah tak guna.Lubang hidung pun dah jadi besar lubang hidung gajah, pasal asyik menyondol je.Dah tak hensem lagi dah.

Aku ’on’kan radio untuk matikan kebosanan dan menoktahkan segala persoalan yang datang simpang perenang.Aku tekan punat mencari siaran SinarFm, 96.70.Berita ringkas!Laporan terbaru mengatakan ada 4 lagi kes kematian berlaku semalam dan jumlah kematian meningkat kepada 56 orang.Huh!Ramainya!Apa benda yang dia orang buat ni?Sibuk keluarkan kenyataan kat media je ke?Ke sibuk buat press conference?Atau sibuk bagi nasihat pada orang awam?Oi!Turun padang la wei!Tengok-tengokkan sikit penderitaan pesakit.Kalau tak nak hulur duit pun, hulur-hulur la topeng ke apa ke.Ada berani?

Bosan!Aku tekan CD player.Tah CD apa yang last aku dengar aritu.
Tapi buka dulu topengmu
Buka dulu topengmu
Biar kulihat warnamu
Kan kulihat warnamu
Uiks! ‘Topeng’!Lagu Peter Pan rupanya.Kebetulan sungguh!Layan jelah!

Tengah hari.Masjid baru Sri Gombak.Solat Jumaat.Bilangan penopeng (pemakai topeng) cuma beberapa kerat.Anak aku yang cuma pandai bilang sampai sepuluh tu pun mampu kira.Aku?Walaupun aku tak bertopeng, at least aku cover hidung dan mulut aku.Tutup-tutup malu bila ada mana-mana mamat yang cuba-cuba membersinkan diri berhampiran aku.Masa keluar masjid, kalau tak salah tengok, aku ada ternampak seorang vokalis sebuah kumpulan yang gah dengan imej bertopeng kat Malaysia ni.Betul ke dia?Aku rasa memang dia.Tapi kalau salah orang, sorilah ye!Takde niat nak propa!

Masih terngiang-ngiang lagi lantunan ‘yeh yeh’ yang jadi treadmark kumpulan tu.Kalau masa buat persembahan memang dia dan ahli kumpulannya akan pakai topeng.Dah memang imej dia orang pun.Showmanship pun bagus.Tak nampak mengah walaupun perform sambil bertopeng.Tapi, kenapa dalam situasi havoc sekarang ni dia tak pakai topeng pun?Nak dapat mengah ke?Mungkin dia pun macam aku jugak kot.Ambik precaution walaupun tak bertopeng.Entahlah.

Sabtu.Bawak wife dan anak aku ke Nagoya, Plaza Warisan.Kat area Bus Stand Klang.Nak cari kain.Dah nak puasa ni.Baju Melayu pun tak tempah lagi.Nak pergi arkib Jalan TAR tak daya dah aku.Dengan sesaknya.Dengan payah nak parkingnya.Dengan nak menapak jauh-jauhnya.Wife aku pun dah makin besar muatannya tu.Ditambah pulak dengan cuaca yang tak elok ni.Baik shopping dalam aircond je.Senang.Safe.Kurang risiko.Wife aku pun dah siap beli topeng banyak-banyak.Dia kan salah seorang daripada orang yang berisiko tinggi untuk mendapat H1N1.Tambahan pulak dengan kerjaya cikgu sekolah yang kena berhadapan dengan macam-macam spesies budak.So baiklah berjaga-jaga.

Aku parking depan Taman Budaya sebelah Ibu Pejabat Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee, sebelum menapak menuju Plaza Warisan.Masa nak turun kereta, wife aku cuba pakaikan anak aku topeng.Punyalah payah, pasal anak aku tu kan penggeli orangnya.Nak mengikatkan tali topeng sikit punya seksa.Terkekek-kekek dia ketawa sambil menepis-nepis tangan wife aku.Akhirnya lepas aku janji nak belikan dia patung Ben-10, barulah senang sikit wife aku ikatkan tali topeng tu.

“Danish kena pakai topeng.Kalau tak, nanti Danish batuk.Tengok ayah dengan ibu pun pakai”,kata wife aku.Anak aku angguk.Mestilah angguk!Nak dapat patung Ben-10 kan!Pala hangguk betul.Kecik-kecik dah makan rasuah.

Sampai kat Plaza Warisan, kita orang terus ke Nagoya di tingkat 1 dan aku dapati cuma kita orang 3 beranak je yang pakai topeng kat situ.Hm!Masih kurang kesedaran lagi nampaknya rakyat Malaysia tercinta ni.Dah dekat 60 orang mati weh!Tak tahu lagi ke?Aku pusing-pusing sekitar Nagoya tu.Cari kain untuk baju Melayu, sementara wife aku menuju ke deretan kain chiffon, cari kain untuk baju raya dia.Anak aku pulak sibuk menawafkan diri ke sana sini tanpa arah.Biarkanlah!Kat rumah mana boleh tawaf jauh-jauh macam ni.Kawasan jajahan terhad.Sekali-sekala biarlah dia meluaskan pandangannya sambil aku mengawasi dari jauh.Asalkan dia tetap pakai topeng, aku tak kisah.

“Ayah!Ayah!”,laung anak aku tiba-tiba.

“Ye!Ye!”,aku tinggalkan kain yang leka ku belek dan bergegas ke arah anak aku.

“Ini pun topeng jugak ke?”,tanya anak aku dengan mata bulat dan ‘muka suci’ sambil menunding ke arah susunan baju dalam wanita yang terletak dalam rak berhampiran.

Sejak bila pulak Nagoya jual baju dalam ni?Cehhhhhh……..Apa aku nak jawab?

*Pakai topeng weh!Takde topeng, coli pun boleh!Hehhhhh……..
Situasi semasa Influenza A (H1N1) setakat 18 Ogos 2009, jam 9.00 pagi: 3 kes kematian dengan jumlah kematian keseluruhan 67 orang - sumber dari Laman Web Rasmi Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan Malaysia (http://h1n1.moh.gov.my/).

Thursday, August 13, 2009

SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA

Malam tu panas tahap Sahara.Rasa macam tok Arab naik unta.Kipis siling berpusing tahap maksima.Kipas berdiri pun sama.Dua-dua aku kerah buat O.T dengan produktiviti optima.Tapi desirannya masih tak cukup untuk redakan kepanasan aku malam tu.Dah dua kali aku ulang masuk toilet; basahkan kaki tangan.Basahkan muka.Basahkan segala.Sejuklah sikit.Tapi kejap je.Dah lama-lama panas balik.

Aircond?Aku dah pesan kat kedai elektrik Selayang.Masalahnya tokey kedai kata takde stock.Kalau setakat 2 - 3 unit tu adalah.Dia tak mampu nak sediakan sebanyak yang aku order.Bukan banyak mana pun.10 unit je.Aku nak pasang 2 bijik untuk ruang tamu,2 bijik untuk master bedroom,3 bijik untuk bilik-bilik lainnya dan 3 bijik untuk bilik air.Itu pun dia tak mampu nak kasi.Aku malas nak datang ulang-ulang.Kalau boleh nak one shot je; senang kerja.Cokia betul kedai tu.Terus kensel nak beli.

Tak tahan panas, aku keluar.Walaupun budaya lepak tak best, tak world, tak one Malaysia; aku lepak jugak depan gate rumah aku.Apa ada hal?Makan angin kejap.Sayang, semuanya static; tak ada angin bertiup.Pokok-pokok tegak kaku, tanpa nafsu, macam gigolo mati pucuk; tanpa ransangan bayu.Sekitar rumah terasa kering dan berbahang.Haduih!Mana pergi semua angin malam ni?Dah pindah ke?

Aku dongak.Langit cerah.Bintang banyak; berselerak.Jumlahnya?Agaknya ampat tauwoun lagi pun belum tentu habis, kalau nak aku kira satu-satu.Bulan senyum; mengambang penuh.Awan berarak; tompok-tompok taik unta.Lemas.Rimas.Panas.Kalau tak mengenangkan ada jiran sebelah menyebelah, mahunya aku bercawat je saat tu.Tak pun berendam dalam kolam plastik anak aku sambil minum Twister oren.Fuh!Mesti best!

Aku toleh pada pokok-pokok sekeliling rumah.Pokok-pokok renek nampak kecut.Pokok-pokok bunga nampak tenat.Masing-masing tunduk malu.Lesu dan layu.Kesian!Dahagalah tu.Kiambang dalam pasu besar dah jadi kuning-kuning.Airnya pun dah tinggal separuh pasu.Dah nazak nampaknya pokok-pokok aku ni.Cepat-cepat aku capai getah paip.Bukak pili dan siram keliling halaman.Tak cukup siram pokok, pasu dan rumput yang ada, aku siram sekali pagar, tembok, tiang porch, dinding dan cermin tingkap rumah.Kasi sejuk sikit.

Habis siram dalam kawasan rumah, jalan luar kat depan rumah pulak aku tuju.Habis lencun semuanya oleh hujan buatan aku.Teksi pakcik sebelah yang parking kat luar tu pun aku siram.Biar basah; biar segar semuanya.Lagipun, rasanya tak luak pun 20m³ air free yang aku dapat tu.Sementelah, dua tiga menjak ni bil air aku tiap-tiap bulan pun negative je.Apa ada rugi?

Sambil-sambil siram sekeliling halaman, aku siram sekali kedua-dua belah kaki aku.Wa!Rasa sejuk.Siram lagi sampai paras lutut.Rasa dingin.Siram lagi sampai paha.Rasa best.Tak boleh jadi.Mandi terus pun ‘cara’ jugak ni.Akhirnya aku terus mandi-manda kat tengah-tengah halaman rumah tu.Fuh!Macam pergi hutan lipur Kancing dia punya feel.Angin pulak baru mari slow-slow; tuju-tuju rindu.Rasa segar satu badan.

“Ya Allah!Ni apa kes mandi kat luar ni?”,tegur wife aku di muka pintu.

“Siram pokok”,jawab ku ringkas.

“Siram pokok apanya siap mandi bagai?”,kata wife aku sebelum menghilang ke dalam.

“Dengki nak joint la tu”,kata ku dalam hati sambil terus bersiram.

Siap mandi semua,aku jerit kat wife aku, mintak towel.

“Kat dalam bilik air ni”,sayup-sayup aku dengar wife aku menyahut dari atas.

Kan betul cakap aku.Dia mesti dengki punya!Hehhhhh…….

Tuesday, August 11, 2009

FLIP FLAP

Masa on the way nak naik ofis pagi tu aku lalu kat sebelah kereta sorang draftperson perempuan ofis aku.Aku nampak kat dashboard kereta tu dia letakkan pokok comel.Pokok plastik.Ada daun besar dua helai.Bunga sekuntum.Daunnya siap boleh gerak-gerak lagi.Mengepak-ngepak.Waa!Sekali pandang, macam nak terbang.2 – 3 kali pandang dah macam ‘jari’ hantu kelakar dalam ‘Jangan Pandang Belakang’.

Sebenarnya itu bukan first time aku tengok pokok spesis macam tu.Kat pasar malam dah berlambak dah.Sepokok RM 10 je.Kalau pandai tawar menawar boleh la brader tu kasi RM 9.Tapi kalau nak murah lagi kau kawin dengan anak dara dia la.Asyik nak untung je.

Pokok ni ada macam-macam saiz.Macam-macam color.Ada jugak yang takde bunga.Cuma ada daun je.Tapi yang pasti semuanya pakai solar.Letak bawah cahaya dan dia terus boleh gerak-gerak.Tak payah pakai bateri.Tak payah siram.Free maintenance.Safe duit!

Aku rasa baru tahun ni je pokok ni masuk Malaysia.Kat oversea dah lama dah.Rasanya dari 2004 lagi dah ada.Tah ke awal lagi?Pokok ni dia orang panggil 'Flip Flap'.Tak sure pulak aku panggilan dia kat sini.Pokok solar kot?Entahlah.Aku jeling sekilas jam di tangan.Huh!Dah 9.30.Cepat-cepat aku naik atas.Dah lambat.

“Apasal aku nampak kereta ko macam terangkat ha?”,aku tegur draftperson tu masa nak ke pantri.

Dahinya berkerut.“Ko parking kat depankan?”.Dia angguk.

Aku tanya lagi,“Kenapa aku nampak bumper depan kereta ko macam terangkat sikit tadi?”.

Muka dia dah berubah.Cuak.”Betul ke?”,tanyanya tanda mushkil.

“Aa ah!Nampak terangkat semacam je.Mungkin pasal kat dashboard ada pokok sayap tu kot”,terang ku lagi sebelum mengepak-ngepakkan tangan ke pantri.

"Poyos!”.Hehhhhh……….

Tuesday, August 4, 2009

STATISTIC

Letih sungguh rasa badan aku ni.Kebelakangan ni sibuk sikit kat ofis.Sebagai designer yang berkaliber aku terpaksa handle 2 – 3 benda serentak.Mana nak design jalan keretapi temporary yang mencecah 80 buah location tu.Nak tengok jalan istana lagi.Itu belum dikira kalau ada komputer yang rosak atau kalau budak-budak ofis aku ada masalah dengan software dia orang lagi tu.Mesti aku jugak yang dicari.Mesti aku jugak yang nak kena settlekan.Itulah!Kadang-kadang aku pasrah dengan kelebihan yang ada.Susah jadi orang power ni.Heh!

Kalaulah aku ni terrer macam sesetengah OKU yang boleh menulis dan melukis dengan kaki tu, mahu saja aku request sebijik laptop lagi.Rasa macam nak buat kerja dengan kaki.Tangan design jalan keretapi.Kaki design jalan istana.Barulah nampak macam staff yang efficient!Barulah tak sia-sia boss aku bayar gaji mahal-mahal.

Balik dari makan malam aku sucikan diri.Siram kepala lama-lama bawah shower.Kasi segar.Kasi sejuk sikit kepala otak aku yang panas ni.Radiator kereta pun ada kipas beb!Lepas bersuci dan mata pun dah terang, aku duduk kat meja besar.Belek-belek buku sekolah dan nota-nota yang tak pernah aku selak kecuali hujung minggu.Dah jauh sangat nampaknya aku ketinggalan.Tak dan nak review.Statistic lah, Visual Basic lah, Geotechnic lah, Mechanical & Electrical lah.Haduih!Mana satu aku nak cekau dulu ni.

Dengan semangat berkobar-kobar aku capai buku Statistic dan terus tekun mentelaah.

1 minit; ‘The probability of an event occurring given that another event has already occurred is called a conditional probability’.Ok!Takpe!Agak blur tapi still boleh terima.

8 minit; ‘The probability distribution of a discrete random variable (sometimes called probability mass function) is a list of probabilities associated with each of its possible values’.Huh!Makin tough nampaknya nak memahamkan benda ni.

15 minit; ‘Binomial distribution is a discrete probability distribution.It is used when there are exactly two mutually exclusive outcomes of a trial and these outcomes are appropriately labeled as success and failure’.Argh!Apa benda yang aku baca ni?Ada probability dapat ‘failure’ aku kalau macam ni!Slow-slow aku tutup buku Statistic tu.Otak yang tadi sejuk, kembali panas.

Hand phone atas kabinet tv berbunyi.Bateri weak.Aku bangun.Capai telefon dan set alarm pukul 3.30 am.Pagi-pagi karanglah aku sambung study.Lepas tu aku capai charger dan cucuk kat plug.Kasi charge.Aku baring.Tidur dululah.Rest-rest sket.Kalau aku gagahkan jugak Statistic tu alamatnya ke laut lah.Buang masa saja karang.Baik aku rehat dan bangun awal pagi.Mana tahu kalau-kalau angin pagi mampu melancarkan semula otak aku nanti.

***********

“Abang!Bangun!Dah pagi ni”,samar-samar aku dengar suara wife aku.

“Dah pukul berapa ni?”,dalam keadaan terpisat-pisat tu aku gagahkan juga duduk.

“Dah 6.30”.

“Hah!Kenapa tak kejut pukul 3.30 tadi?”,tanpa menanti jawapan wife aku, aku bingkas bangun mencari hand phone.Rasanya aku dah set alarm malam tadi.Apasal tak dengar langsung bunyinya?.

Uiks!Hand phone aku mati.Skrinnya gelap.Kan aku dah charge semalam.Wayar charger pun aku tak cabut lagi ni.Tak puas hati.Aku periksa charger tu.Hampeh!Plug tak on!Cehhhhh………Memang failure!

Monday, August 3, 2009

GANGSTER?

BTP.Balik dari Gombak aku singgah kat salah sebuah kedai Acheh yang me’ngongker’ peniagaan runcit kat area rumah aku.Kalau nak aku hitung-hitung tak kurang dari 5 buah kedai runcit Acheh semuanya yang ada kat sini.Itu belum diambil kira kedai makan dan gerai-gerai dia orang yang entah berapa buah pulak lagi.Yang sakannya itu cuma dekat area Indah Height je tu.Belum kira Green Valley punya area lagi.Kadang-kadang aku rasa aku bukan macam tinggal kat Rawang; tapi kat Indon.

Sesampai je kat kedai Acheh corner lot, tu aku nampak ada 3 buah kereta yang parking melintang macam gampang.Parking lot tu dibuat 90°, tapi dia orang parking ikut sedap mak bapak dia orang je, menyerong 45°.Jadi, instead of 6 - 7 bijik kereta boleh parking, kereta 3 bijik tu dah pakai semua parking lot yang ada.Kehangin aku datang tiba-tiba.Betul-betul menyusahkan aku nak parking.Dah la kereta sekor-sekor besar gedabak.

Berbulu betul aku kalau bab-bab macam ni.Orang dah elok-elok buat kotak parking, masuk la betul-betul.Apa susah sangat ke ko nak masuk parking?Ke mangkuk-mangkuk tu semuanya fail masa test parking dulu?Takkan semuanya dapat lesen terbang?Inilah antara contoh manusia tak bertamadun, yang suka mementingkan diri sendiri.Ikut nak senang dia je.Biar orang lain susah payah tak pe, janji dia tak payah susah-susah.Memang macam haram.

Last-last’nya aku parking kat hujung sekali.Di luar kotak parking.Betul-betul depan simpang belakang kedai runcit tu.Situ je la yang boleh aku parking lagi pun.Salah sebuah daripada kereta tu ada driver kat dalamnya.Ada dalam baya aku jugak umurnya.Mungkin tengah tunggu bini dia beli barang kot.Aku turun; terus usha dia macam nak makan.

“Bangang!”,ucap aku sepatah sambil pandang mamat tu, sebelum menuju ke bahagian barang basah.Tah dia faham ke tak aku tak peduli.Terkebil-kebil je pandang aku dengan muka blur.2 – 3 orang customer yang tengah pilih ikan pun pandang aku.Salah seorang daripadanya aku agak adalah tuan punya salah sebuah daripada 3 buah kereta tu.Pasal kejap-kejap dia jeling aku; kejap-kejap dia pandang aku.“Pandang-pandang ape?Nak mampus?”kata ku.Dalam hati.

"Kereta sekor-sekor besar nak mampus.Otak kecik!Parking macam gampang.Menyusahkan orang!”,aku mengomel agak kuat dan mamat tu cepat-cepat pandang aku.Mujur saja dia diam.Tak de bunyi apa-apa.Kalau dia sound aku something, memangnya aku flying fox dia kat situ jugak.Lagipun dah lama aku tak bergaduh ni.Kaki aku pun dah rasa gatal-gatal je.Dah lama sangat rasanya tak tendang orang dan dah lama jugak aku tak kena tendang.

Tak lama lepas tu satu-satu kereta tu blah.Sekor-sekor aku usha dengan muka bengis, macam usha mat Indon yang lalu depan rumah aku time-time senja.Sekor-sekor buat muka tak bersalah walaupun ada riak cuak kat air muka masing-masing.Aku tunggu je kalau ada antara mangkuk-mangkuk tu yang berani nak sound aku.Memang cari nahas la.Tak de!Nasib baik!Kalau tak, mahunya teruk aku kena pukul malam tu.

“Tinnnnn……….”,tiba-tiba sebuah Nissan Vanette membunyikan hon panjang dari lorong belakang kedai Acheh tu.Alamak!Kereta aku sudah block simpang da!Cepat-cepat aku tinggalkan kailan yang sedang aku pilih dan berlari-lari anak menuju kereta aku sambil angkat-angkat tangan pada mamat Nissan Vanette tu.Cakap orang konon!Sendiri parking macam gampang!Hehhhhhh……..