Thursday, August 13, 2009

SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA

Malam tu panas tahap Sahara.Rasa macam tok Arab naik unta.Kipis siling berpusing tahap maksima.Kipas berdiri pun sama.Dua-dua aku kerah buat O.T dengan produktiviti optima.Tapi desirannya masih tak cukup untuk redakan kepanasan aku malam tu.Dah dua kali aku ulang masuk toilet; basahkan kaki tangan.Basahkan muka.Basahkan segala.Sejuklah sikit.Tapi kejap je.Dah lama-lama panas balik.

Aircond?Aku dah pesan kat kedai elektrik Selayang.Masalahnya tokey kedai kata takde stock.Kalau setakat 2 - 3 unit tu adalah.Dia tak mampu nak sediakan sebanyak yang aku order.Bukan banyak mana pun.10 unit je.Aku nak pasang 2 bijik untuk ruang tamu,2 bijik untuk master bedroom,3 bijik untuk bilik-bilik lainnya dan 3 bijik untuk bilik air.Itu pun dia tak mampu nak kasi.Aku malas nak datang ulang-ulang.Kalau boleh nak one shot je; senang kerja.Cokia betul kedai tu.Terus kensel nak beli.

Tak tahan panas, aku keluar.Walaupun budaya lepak tak best, tak world, tak one Malaysia; aku lepak jugak depan gate rumah aku.Apa ada hal?Makan angin kejap.Sayang, semuanya static; tak ada angin bertiup.Pokok-pokok tegak kaku, tanpa nafsu, macam gigolo mati pucuk; tanpa ransangan bayu.Sekitar rumah terasa kering dan berbahang.Haduih!Mana pergi semua angin malam ni?Dah pindah ke?

Aku dongak.Langit cerah.Bintang banyak; berselerak.Jumlahnya?Agaknya ampat tauwoun lagi pun belum tentu habis, kalau nak aku kira satu-satu.Bulan senyum; mengambang penuh.Awan berarak; tompok-tompok taik unta.Lemas.Rimas.Panas.Kalau tak mengenangkan ada jiran sebelah menyebelah, mahunya aku bercawat je saat tu.Tak pun berendam dalam kolam plastik anak aku sambil minum Twister oren.Fuh!Mesti best!

Aku toleh pada pokok-pokok sekeliling rumah.Pokok-pokok renek nampak kecut.Pokok-pokok bunga nampak tenat.Masing-masing tunduk malu.Lesu dan layu.Kesian!Dahagalah tu.Kiambang dalam pasu besar dah jadi kuning-kuning.Airnya pun dah tinggal separuh pasu.Dah nazak nampaknya pokok-pokok aku ni.Cepat-cepat aku capai getah paip.Bukak pili dan siram keliling halaman.Tak cukup siram pokok, pasu dan rumput yang ada, aku siram sekali pagar, tembok, tiang porch, dinding dan cermin tingkap rumah.Kasi sejuk sikit.

Habis siram dalam kawasan rumah, jalan luar kat depan rumah pulak aku tuju.Habis lencun semuanya oleh hujan buatan aku.Teksi pakcik sebelah yang parking kat luar tu pun aku siram.Biar basah; biar segar semuanya.Lagipun, rasanya tak luak pun 20m³ air free yang aku dapat tu.Sementelah, dua tiga menjak ni bil air aku tiap-tiap bulan pun negative je.Apa ada rugi?

Sambil-sambil siram sekeliling halaman, aku siram sekali kedua-dua belah kaki aku.Wa!Rasa sejuk.Siram lagi sampai paras lutut.Rasa dingin.Siram lagi sampai paha.Rasa best.Tak boleh jadi.Mandi terus pun ‘cara’ jugak ni.Akhirnya aku terus mandi-manda kat tengah-tengah halaman rumah tu.Fuh!Macam pergi hutan lipur Kancing dia punya feel.Angin pulak baru mari slow-slow; tuju-tuju rindu.Rasa segar satu badan.

“Ya Allah!Ni apa kes mandi kat luar ni?”,tegur wife aku di muka pintu.

“Siram pokok”,jawab ku ringkas.

“Siram pokok apanya siap mandi bagai?”,kata wife aku sebelum menghilang ke dalam.

“Dengki nak joint la tu”,kata ku dalam hati sambil terus bersiram.

Siap mandi semua,aku jerit kat wife aku, mintak towel.

“Kat dalam bilik air ni”,sayup-sayup aku dengar wife aku menyahut dari atas.

Kan betul cakap aku.Dia mesti dengki punya!Hehhhhh…….

2 comments:

kucingorengemok said...

salam singgah... hihihi, kelakar... malu² pulak dia mandi kat dlm ye!

afendi ariff said...

tq!takkan nak mandi 'bergu' kat halaman pulak kan?dah macam baywatch je.heh!