Tuesday, August 18, 2009

TOPENG

Pagi Jumaat.Memandu santai melalui laluan Kg. Laksamana menuju ofis.Kenderaan tak banyak sangat.Jalan tak sesak.Tak jam.Cuma beberapa buah lori yang diletakkan di bahu jalan secara ‘ikut suka mak bapak pemandunya’ itu, agak menyusahkan kenderaan lain untuk lalu lalang.Perlu juga aku ingatkan bahawa laluan ini turut mempunyai selekoh dan lopak-lopak maut yang mampu menguji tahap kecekapan anda untuk memandu secara rali.Kepantasan anda untuk mengelak jerangkap samar dan busut-busut semut juga amat ditagih dalam menyusuri laluan ini.Jadi aku nasihatkan, kalau kail panjang sejengkal, baik pergi pasar je.Tah apa jadah MPS buat tah?Tak reti-reti nak repair.

Cuaca di langit berjerubu.Awan berarak kelabu.Keadaan persekitaran memang agak tidak menentu kebelakangan ni.Khabarnya ada kebakaran hutan di Sg Tua.Terbakar atau dibakar, aku tak pasti.Diburukkan lagi dengan penularan wabak berjangkit H1N1.Sepatutnya langkah berjaga-jaga perlu dititik beratkan.Pemakaian topeng pencegahan pula seharusnya diwajibkan.Tapi sepanjang perjalanan merentasi laluan Kg Laksamana tu, tak kelihatan walau seorang umat pun yang pakai topeng.Semuanya selamber je, macam tak ada benda.Dia orang tak takut kena jangkit ke?Apa semua orang dah kebal ke?Jangan nanti bila dah sampai tahap menyondol lantai baru sibuk nak pakai.Masa tu kalau pakai topeng ‘Darth Vader’ pun dah tak guna.Lubang hidung pun dah jadi besar lubang hidung gajah, pasal asyik menyondol je.Dah tak hensem lagi dah.

Aku ’on’kan radio untuk matikan kebosanan dan menoktahkan segala persoalan yang datang simpang perenang.Aku tekan punat mencari siaran SinarFm, 96.70.Berita ringkas!Laporan terbaru mengatakan ada 4 lagi kes kematian berlaku semalam dan jumlah kematian meningkat kepada 56 orang.Huh!Ramainya!Apa benda yang dia orang buat ni?Sibuk keluarkan kenyataan kat media je ke?Ke sibuk buat press conference?Atau sibuk bagi nasihat pada orang awam?Oi!Turun padang la wei!Tengok-tengokkan sikit penderitaan pesakit.Kalau tak nak hulur duit pun, hulur-hulur la topeng ke apa ke.Ada berani?

Bosan!Aku tekan CD player.Tah CD apa yang last aku dengar aritu.
Tapi buka dulu topengmu
Buka dulu topengmu
Biar kulihat warnamu
Kan kulihat warnamu
Uiks! ‘Topeng’!Lagu Peter Pan rupanya.Kebetulan sungguh!Layan jelah!

Tengah hari.Masjid baru Sri Gombak.Solat Jumaat.Bilangan penopeng (pemakai topeng) cuma beberapa kerat.Anak aku yang cuma pandai bilang sampai sepuluh tu pun mampu kira.Aku?Walaupun aku tak bertopeng, at least aku cover hidung dan mulut aku.Tutup-tutup malu bila ada mana-mana mamat yang cuba-cuba membersinkan diri berhampiran aku.Masa keluar masjid, kalau tak salah tengok, aku ada ternampak seorang vokalis sebuah kumpulan yang gah dengan imej bertopeng kat Malaysia ni.Betul ke dia?Aku rasa memang dia.Tapi kalau salah orang, sorilah ye!Takde niat nak propa!

Masih terngiang-ngiang lagi lantunan ‘yeh yeh’ yang jadi treadmark kumpulan tu.Kalau masa buat persembahan memang dia dan ahli kumpulannya akan pakai topeng.Dah memang imej dia orang pun.Showmanship pun bagus.Tak nampak mengah walaupun perform sambil bertopeng.Tapi, kenapa dalam situasi havoc sekarang ni dia tak pakai topeng pun?Nak dapat mengah ke?Mungkin dia pun macam aku jugak kot.Ambik precaution walaupun tak bertopeng.Entahlah.

Sabtu.Bawak wife dan anak aku ke Nagoya, Plaza Warisan.Kat area Bus Stand Klang.Nak cari kain.Dah nak puasa ni.Baju Melayu pun tak tempah lagi.Nak pergi arkib Jalan TAR tak daya dah aku.Dengan sesaknya.Dengan payah nak parkingnya.Dengan nak menapak jauh-jauhnya.Wife aku pun dah makin besar muatannya tu.Ditambah pulak dengan cuaca yang tak elok ni.Baik shopping dalam aircond je.Senang.Safe.Kurang risiko.Wife aku pun dah siap beli topeng banyak-banyak.Dia kan salah seorang daripada orang yang berisiko tinggi untuk mendapat H1N1.Tambahan pulak dengan kerjaya cikgu sekolah yang kena berhadapan dengan macam-macam spesies budak.So baiklah berjaga-jaga.

Aku parking depan Taman Budaya sebelah Ibu Pejabat Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee, sebelum menapak menuju Plaza Warisan.Masa nak turun kereta, wife aku cuba pakaikan anak aku topeng.Punyalah payah, pasal anak aku tu kan penggeli orangnya.Nak mengikatkan tali topeng sikit punya seksa.Terkekek-kekek dia ketawa sambil menepis-nepis tangan wife aku.Akhirnya lepas aku janji nak belikan dia patung Ben-10, barulah senang sikit wife aku ikatkan tali topeng tu.

“Danish kena pakai topeng.Kalau tak, nanti Danish batuk.Tengok ayah dengan ibu pun pakai”,kata wife aku.Anak aku angguk.Mestilah angguk!Nak dapat patung Ben-10 kan!Pala hangguk betul.Kecik-kecik dah makan rasuah.

Sampai kat Plaza Warisan, kita orang terus ke Nagoya di tingkat 1 dan aku dapati cuma kita orang 3 beranak je yang pakai topeng kat situ.Hm!Masih kurang kesedaran lagi nampaknya rakyat Malaysia tercinta ni.Dah dekat 60 orang mati weh!Tak tahu lagi ke?Aku pusing-pusing sekitar Nagoya tu.Cari kain untuk baju Melayu, sementara wife aku menuju ke deretan kain chiffon, cari kain untuk baju raya dia.Anak aku pulak sibuk menawafkan diri ke sana sini tanpa arah.Biarkanlah!Kat rumah mana boleh tawaf jauh-jauh macam ni.Kawasan jajahan terhad.Sekali-sekala biarlah dia meluaskan pandangannya sambil aku mengawasi dari jauh.Asalkan dia tetap pakai topeng, aku tak kisah.

“Ayah!Ayah!”,laung anak aku tiba-tiba.

“Ye!Ye!”,aku tinggalkan kain yang leka ku belek dan bergegas ke arah anak aku.

“Ini pun topeng jugak ke?”,tanya anak aku dengan mata bulat dan ‘muka suci’ sambil menunding ke arah susunan baju dalam wanita yang terletak dalam rak berhampiran.

Sejak bila pulak Nagoya jual baju dalam ni?Cehhhhhh……..Apa aku nak jawab?

*Pakai topeng weh!Takde topeng, coli pun boleh!Hehhhhh……..
Situasi semasa Influenza A (H1N1) setakat 18 Ogos 2009, jam 9.00 pagi: 3 kes kematian dengan jumlah kematian keseluruhan 67 orang - sumber dari Laman Web Rasmi Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan Malaysia (http://h1n1.moh.gov.my/).

No comments: