Thursday, August 27, 2009

LALOK

Hari ni genap 4 hari aku demam.Panas dah kurang, tapi suamnya masih ada.Dah 2 buah klinik aku redah setakat ni.Check temperature.Check blood pressure.Check heart beat.Mujur jugak doktor-doktor tu sahkan aku bebas dari H1N1, wabak selsema babi tu.Selsemanya memang ada, babinya je yang belum.Hingusnya tak payah cerita, menyondol lantai je yang belum.Alhamdulillah.

Kebelakangan ni aku rasa kepala aku macam mat pet baru lepas kena dam.Lalok.Pening.Pusing-pusing.Meliau.Berpinau.Kalau berjalan, rasa macam penguin.Rasa macam tak pijak bumi.Rasa ringan, rasa melayang.Kalau tersepak semut pun mahunya aku jatuh terkangkang.Nak pulak lepas makan ubat selsema yang melalokkan tu.Mabuknya macam punjabi kena todi.

Aku selalu rasa situasi macam ni dulu.Terutamanya masa kerja dengan company India dulu.Pengalaman kerja dengan India (yang lahir kat Malaysia mahupun yang pure dari India) ni jugak banyak mengajar aku tentang kegunaan Panadol, Ponstan, minyak cap Kapak dan bam Harimau.Masa tu jugaklah aku mula kenal lalok,meliau,sakit kepala, migrin, stress, qofla jingga dan yang seangkatan dengannya.

Lecturer Visual Basic aku, Dr. Norhisham Bakhary (dulu, dia member sekelas aku masa kat Skudai) pernah tanya, kenapa programmer terhandal dunia selalunya berasal dari India?Tahu kenapa?Pasal, kerja-kerja programming selalunya memerlukan kita programme something kat atas, sebelum turun bawah, bergerak ke tepi, ke tengah, kadang-kadang berpusing dulu 3 – 4 round, naik atas balik, turun semula, baru sampai ke outputnya.Bersilarat.Up and down.Penuh simpang siur, traffic light dan roundabout.Dan kemahiran sedemikian selalunya hanya dimiliki oleh orang India saja.Senang cerita, dia orang ni memang spesis yang terrer cakap gulung-gulung.Tukang putar belit bahasa.

Kalau hari ni dia mintak korang design one part, esok paginya dia akan suruh korang ubah pulak for certain reason.Petangnya pulak dia akan mintak korang ubah lagi pasal yang pagi tadi punya design tak best.Lusa pagi pulak dia akan tanya korang balik, kenapa design macam petang semalam punya.Padahal design tu, dia yang request macam tu.Memang bangkai.

Selalunya, kalau satu-satu design tu ok; marvelous dan terbilang, maka dia akan kata, itu idea dia lah tu.Dia punya terrer.Dia punya pandai.Tapi, kalau design yang korang buat tu tak ok; salah, maka siap lah korang, walaupun design tu sebenarnya suggestion dari dia.Pendek kata, kalau design tu ok, maka pasal dia lah yang boleh ok tu.Tapi kalau salah, memang pasal korang lah yang salah tu.

‘Penggulungan’ sebeginilah yang banyak menyengsarakan hidup aku masa tu.Rutin harian yang seringkali membuatkan aku lupa benda lain.Lupa kehidupan sosial.Lupa nak berhu-ha-hu-ha.Lupa awek.Lupa masa remaja.Mujur aku bujang lagi masa tu.Kalau dah kahwin mahunya porak peranda hidup aku, sampai lupa anak bini.

Satu petang, dah lebih pukul 5.30 pun, aku bertekak dengan paknana yang handle bahagian Mainline tu.Bukan Murthi, tapi yang sekor lagi tu.Sampai sekarang aku masih tak ingat nama mangkuk hayun tu.Celaka punya macha.Asyik nak menyalahkan aku saja kerjanya.Padahal dia yang request macam-macam.Bila KTM dah argue, dah drop dia punya waterface dalam meeting, dia nak salahkan aku.Memang haram.Untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih buruk, aku bangun; packing bag dan file-file aku.Baik aku blah sebelum aku hilang pertimbangan.

“Pergi mampus la haram”’kata ku sambil melangkah meninggalkan macha tu terkulat-kulat.Hangin betul aku.

“Saya balik cik Din!Er, jangan tolong translate pulak kat mangkuk hayun ni.Biar dia cari sendiri dalam Kamus Dewan”,kata ku pada cik Din sambil menjeling pada macha tu.Cik Din cuma geleng kepala dan tersenyum.Dia tak apa la.Dia lain.Dia dah senior.Lagipun dia kuda kayu.Kuda kayu yang banyak experience.

Dengan telinga panas dan kepala berasap, aku menapak rakus ke tempat parking.Rasa macam terbang je masa turun tangga.Kalau aku jumpa macha tu kat luar memang aku tak teragak-agak bagi flying fox kat dada dia.Biar mampat semua nikotin kat paru-parunya.Biar padat semua karbonmonoksida kat jantungnya.Biar dia mampus.

Marah punya pasal, sedar tak sedar aku dah sampai kat parking lot seberang jalan, tepi jalan besar tu.Aku letak semua file aku atas bumbung kereta sambil tangan meraba kocek, mencari anak kunci, sementara tangan kiri memegang beg sandang.Sebaik pintu kereta terbuka aku campak beg sandang ke tempat co-pilot dan melompat masuk.

Aku bukak tingkap luas-luas.Pasang radio kuat-kuat.Dengan rakus aku capai kotak Dunhill 20 (yang aku beli sendiri, bukan pau Dodayah), dan renggut sebatang; nyalakan dan sedut nikmat.Charge nikotin sikit.Badan aku rasa letih tiba-tiba.Stress sungguh melayan kerenah India putar alam ni.Boleh kencing manis aku kalau kerja kat sini lama-lama.

Habis me’nikotin’kan diri, aku gerak pelan-pelan masuk ke jalan besar.Jalan jem.Biasalah.Petang-petang ni semua orang nak balik.Nak sampai cepat.Beberapa orang penumpang dalam bas Interakota di laluan sebelah memandang aku.Aku senyum.Rasanya tak ada muka yang aku kenal.Beberapa orang pejalan kaki di laluan kaki lima turut memandang aku sebelum bertukar pandang sesama sendiri.Aku angguk.Pun tak ada wajah yang aku cam.Beberapa orang pemandu dalam kereta di laluan sebelah juga memerhatikan aku, tak berkelip.Aku senyum lagi.Apasal ramai sangat yang pandang aku ni?Pelik!

Aku memandu masuk ke jalan besar.Sebuah lori melintas perlahan di sisi sambil membunyikan hon.Pemandunya siap menjenguk-jenguk sebelum berlalu dengan muka hairan.

“Ye!Jalan!Jalan!”,kata ku sambil menghayunkan tangan menyuruh dia memotong.Apa kes?Nak potong potong je lah.Yang buat muka macam tengok sarkas apasal?Tak cukup dengan tu, mamat-mamat motor yang merempit dan memotong kereta aku pun turut membunyikan hon masing-masing sambil tertoleh-toleh.Apa kena ni?

Aku amati persekitaran dalam kereta.Tak ada benda yang pelik.Aku tinjau meter dan dashboard.Tak ada lampu amaran ataupun hazard light terpasang.Aku toleh belakang kereta.Semua normal.Aku jenguk pula keluar.Kalau-kalau tayar kereta pancit ke ape ke.Takde.

“Bang!Ada benda atas bumbung”,kata mamat motor yang secara tiba-tiba menunggang perlahan di sebelah aku.

Atas bumbung?Alamak!File-file aku!Cepat-cepat aku bagi signal dan berhenti kat tepi.Mujur saja tak diterbangkan angin.Mujur jugak tak berterabur semuanya.Hehhhhh……..Memang lalok!

3 comments:

Anak Jawa said...

cepat sembuh, bro
teruk ting tongnya tuuu

kucingorengemok said...

sudah ada baik ka?

afendi ariff said...

AJ: tq bro...dah tua macam tu la...heh!

KOG: ada kurang juga...