Tuesday, September 1, 2009

MACHO

Jumaat.Kat ofis.Aku tekun menghadap kerja sambil jeling jam tangan.Baru pukul 3.00 petang.Lambat lagi nak balik.Perut rasa mendidih.Lapar la pulak!Sahur pagi tadi pun makan meggi ayam je.Tak selera nak makan nasi.Demamnya makin kurang.Cuma sekali sekala badan menggigil, seram sejuk.Tiba-tiba handphone kat atas meja bergegar.Bukan seram sejuk tapi ada ada call masuk.

“Nak masak apa petang ni?”,suara wife aku bernada ramah.Mana tak ramah, dia kat rumah.Cuti sekolah.

Aku diam, dongak siling sambil otak ligat menyusun menu.Makan ayam golek pun best jugak ni.Tak pun ikan bakar ke, sup daging ke, bubur lambuk, kuih sampan, roti jala, murtabak, air tembikai laici, etch.Segala mak nenek melintas benak aku macam slide show.Kalau ikut nafsu yang bersahurkan meggi ni, memang macam-macam aku suruh dia masak.Tapi nak membuat semuanya rasa macam membazir pulak.Yang nak melantaknya cuma aku laki bini.Anak aku pulak takat jamah-jamah hujung jari.Baik beli.

“Tak payah masaklah.Karang kita pergi tunjuk-tunjuk je”.

“Okeh”,sambut wife aku laju, kedengaran girang.Dua kali dengar bunyinya macam miang.Tepat 4.30 aku kemas laptop segala dan berdesup pulang.

Sesampai kat BTP langit hitam pekat.Nampaknya kena beli cepat-cepat.Gerai kat Pasar Ramadhan BTP ni pun takdelah banyak sangat.Tapi manusianya punyalah berselirat.Nak memilih juadah pulak seksanya amat.Selak orang baru nampak pengat.Kuis bahu baru nampak donat.Penat!

Lepas tapau ayam golek seekor, sup daging, gulai ayam, kuih sampan, popia basah dan lain-lainnya ikut sedap hawa nafsu, aku ajak wife aku balik.Menapak perlahan di celahan manusia yang berselirat, aku pimpin anak aku dengan tangan kanan sambil tangan kiri menjinjing juadah.Wife aku pulak mengekor kat belakang.

Hujan mula turun setitik dua.Namun makin lama makin kasar, lalu menjadi rintik.Kalau dibiarkan mahunya demam balik aku ni.Manusia pulak semacam tak berkurangan.Makin hujan makin ramai.Apa kalis air ke dia orang ni?Aku cuba cepatkan langkah tapi dilambatkan pula oleh 3 – 4 orang budak remaja bertopi senget yang sedang ‘gagah’ berjalan perlahan, meninjau juadah di depan aku.Rasa-rasanya dalam lingkungan umur 17 – 18 gitulah budak-budak ni.Baru habis sekolah.Masing-masing melangkah selamba sambil sekali-sekala mata meliar mengusha awek sebelum ber’swit-swit’ macam anak tikus.

“Haram macho budak-budak ni”,kata ku dalam hati yang panas tiba-tiba.

Aku tengok topi sekor-sekor menyengetnya satu macam je.Semuanya fesyen mengiring ke telinga.Ini trend baru ke ape?Apa ke bangangnya pakai topi cover telinga?Agaknya muka masing-masing ada kat telinga ke hape?Kalau diikutkan baran, memang aku das sekor-sekor biar tergolek.Tapi aku masih sayangkan pahala puasa aku hari tu.Jadi aku biarkan.

“Cepat aa.Hujan dow!”,tiba-tiba anak aku bersuara kuat sekaligus membantutkan pergerakan budak-budak tu.Aku dah tergelak dalam hati.Dia orang terkedu berhenti dan berpaling serentak.Muka masing-masing dah macam muka nak pecah rumah.Agaknya hangin kot kena tegur ngan budak-budak.Aku terus usha sekor-sekor sambil angkat kening sebelum mengerling ke arah anak aku.Cepat-cepat dia orang tersengih dan beranjak ke tepi memberi laluan.

“Lambat je!”,anak aku bersuara lagi dan budak-budak tu masih tersengih.Agaknya kalaulah dia besar sikit mahunya kena belasah budak-budak ni.Hehhhhh…….

2 comments:

kucingorengemok said...

hahaha, anak beranak ganazzzz!

afendi ariff said...

bukan ganazzzz.....
macho!hehhhhhh.....