Tuesday, September 15, 2009

PAHALA

Jumaat – 9/11.Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

“Ramadhan datang setahun sekali.Tapi keberkatannya menyamai seribu bulan.Pahala yang kita lakukan di bulan mulia ini juga akan dilipat gandakan.Pendek kata Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadat mencari keberkatan.Untuk mengejar pahala.Umpamanya macam kita kerja setengah mati untuk kejar bonus di hujung tahun.Kalau kita boleh kerja bersungguh-sungguh semata-mata nak mendapatkan bonus, maka begitulah halnya dengan puasa.Kita juga perlu berusaha menjaga puasa untuk mendapatkan pahala yang setimpal ”.Lebih kurang macam tulah bunyi khutbahnya hari tu.

Aku memang sayangkan pahala puasa aku dan kalau boleh aku memang cuba elakkan segala benda yang boleh mengurangkan pahala aku tu.Aku cuba hindari segala perbuatan la’qa yang kerap aku lakukan pada bulan-bulan lainnya.

Mulut yang kerap menuturkan bait-bait carutan, terutamanya ketika memandu; aku kurangkan.Walaupun kadang-kadang terlepas jugak terutamanya pada pihak yang berhak, yang cuba mengheret aku ke kancah perlanggaran.

Mata yang kadang-kadang tersasar ke arah yang tidak sepatutnya; aku ubah radar haluannya.Awek-awek yang lalu lalang menayangkan betis kat bazaar Ramadhan pun aku boleh buat dek je lagi.Datang la yang macam Angelina Jolie sekalipun, anak mata aku jarang sekali tertewas mahupun terkesima.

Telinga yang selalu didendangkan oleh alunan lagu yang melalaikan; aku gantikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi.Biar terang sikit hati aku yang dah berkarat ni.Pendek kata apa saja perlakuan yang aku rasakan tidak sejajar dengan ibadah puasa yang aku jalani ni, akan segera aku hindarkan.Aku nak pahala puasa penuh.Bukan separuh-separuh.

Selesai solat Jumaat; sebelum balik, aku sambung zikir-zikir sikit.Kasi topup pahala puasa aku yang terkurang masa nak datang ofis pagi tadi, pasal tertengok paha amoi naik kapcai.Ceh!

********************
“Haram jadah!”.Makian tanpa niat itu terlepas bebas dari bibir mungil aku tanpa sempat dikawal.

Entah mangkuk hayun mana tah sudah kebas selipar aku masa keluar masjid tadi.Hari-hari biasa tak nak pulak dirembatnya.Kenapa mesti di bulan Ramadhan?Kenapa mesti ketika aku tekun berpuasa?Memang celaka!

Mujur dalam kereta ada sandal spare.Kalau tidak, mahunya aku berkaki ayam bawak kereta.Dan aku tak tahu berapa banyak pahala puasa aku yang tinggal; dek carutan berhak yang aku lemparkan sepanjang perjalanan balik ke ofis.Aku suspect pahala puasa aku negative hari tu.Cehhhhh………

2 comments:

fiza said...

saya pun suka dgr bacaan quran dr Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi... subhanaAlah! sedap sgt suara dia..

afendi ariff said...

betul3x!