Thursday, September 3, 2009

T-SHIRT

Ahad malam.Lepas berbuka di restoran nasi kandar yang ‘masyuk’ tekak, aku bawak wife dan anak aku pergi Jaya Jusco, Bukit Tinggi, cari baju raya.Masuk je parking aku dah nampak kereta bersusun-susun macam kedai use car.Aku turunkan wife dan anak aku kat depan main entrance dan melilau-lilau jugaklah 2 -3 round sebelum berjaya dapat parking.Itu pun kat hujung-hujung dunia.Jauh dari pintu masuk.

Dalam Jusco, manusia ramainya tak agak-agak.Kalau setakat Melayu je yang ramai aku tak hairan lagi.Mungkin masing-masing nak shooping raya.Tapi ini siap dengan Cina, India, Kadazan Dusun, Dayak, Senoi, Negrito, malahan 1-Malaysia semuanya ada.Sorang-sorang pulak muka macam jutawan felda.Muka orang banyak duit.Asal berkenan capai.Asal suka bedal.Maklumlah, baru gaji.

Naik ke tingkat 2, wife aku tuju ke bahagian ibu mengandung.Aku dan anak aku pulak ke bahagian lelaki.Sambil monitor pergerakan anak aku, aku sempat jugak acu t-shirt sehelai dua.Hm!Kualiti bagus.Design boleh tahan.Tapi harga pulak tak padan.T-shirt round neck kosong saja dah cecah RM35.Huh!Aku ni manalah biasa pakai t-shirt mahal-mahal.Rasa membazir je kalau harga t-shirt tu lebih dari RM20.Kalau setakat nak pakai t-shirt round neck kosong macam ni baik aku beli pagoda je.

Lepas tu wife aku datang dan ajak pergi bahagian budak-budak; nak cari baju anak aku.Kita orang terus pusing cari brand ‘Miki’, pasal dalam banyak-banyak brand baju, aku rasa anak aku paling tampan dan macho bila pakai brand ‘Miki’.Heh!Aku carikan dia seluar dan wife aku carikan dia t-shirt.Sayang kat sini tak banyak sangat choicenya.Tak macam kat Sogo.Harga kain bajunya pun boleh tahan jugak mahal.Sama naik macam baju orang besar.

Lepas ½ jam aku berjaya carikan anak aku 3 helai jeans.1 brand ‘Miki’, 1 brand ‘Padini’ (Padini weh!Aku pun tak pernah pakai brand nih!) dan 1 brand ‘Sesame Streets’, dengan harga lepas diskaun kira-kira RM50 setiap satu, siap testing.Wife aku pulak berjaya carikan dia 4 helai t-shirt.3 color belang-belang dan 1 color putih.Aku angkat satu-satu dan acu-acu ke badan sendiri.Cantik-cantik colornya.Harga pun dalam area Rm25 – RM30 je.

“Ni apa t-shirt ‘Ben-10’ pulak ni?Macam design kat pasar malam je ni”,aku tanya sambil belek-belek t-shirt color putih tu.Wife aku diam sementara anak aku renung aku dengan mata bulat.

Aku belek pula tag harganya.”Mak ai!Sampai 40 ringgit?”.Aku pandang wife aku; dia diam.Aku pandang pula anak aku; masih bermata bulat.

“Dia yang nak.Siap melalak-lalak lagi”,jawab wife aku kemudiannya sambil menjeling anak aku.

Betullah kata orang.Bila dah berkeluarga ni, nak beli t-shirt yang harga RM35 untuk diri sendiri pun fikir banyak kali.Tapi kalau nak beli baju untuk anak sendiri, yang saiznya kecik je, yang harga RM40, yang design macam kat pasar malam, yang kalau nak disama nilaikan boleh dapat 8 pasang baju macam tu kat pasar malam; pun sanggup beli.Hehhhhh……………

No comments: