Tuesday, May 18, 2010

TEKNIK MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Nak membesarkan anak-anak sekarang ni sememangnya tugas yang mencabar.Ditambah dengan kemodenan teknologi yang sukar dibendung; menjadikan tugas mendidik anak-anak suatu bebanan yang kadang-kalanya sukar ditangani oleh sesetengah ibu bapa.Tak ada bezanya antara anak lelaki mahupun anak perempuan dari segi kesukaran membesarkannya; tapi bagi aku, anak perempuan lagi sukar dijaga, pasal maruah dia lagi tinggi.

Anak lelaki kalau hilang teruna tak nampak sangat kesannya; tak ada orang nak check sangat pun; tapi anak perempuan kalau hilang dara memang 'besar' kesannya; 'besar' impaknya; malah 'besar' semuanya.Tu pasal aku kata anak perempuan ni maruah dia lagi tinggi dan perlukan perhatian yang lebih khusus berbanding anak lelaki.

Peningkatan golongan bohsia dan bohjan; khunsa mahupun pondan; mat dan minah rempit di jalanan;gay ataupun lesbian yang berpakaian jantan; sepatutnya memberikan kita banyak peringatan; betapa anak-anak tidak boleh diabaikan dan perlu diberi perhatian; demi kesejahteraan mereka di masa hadapan.Bagi aku tidak ada pendekatan yang paling sesuai sekali di dalam mendidik anak-anak melainkan dengan kembali kelandasan keimanan; yakni dengan berteraskan sunnah dan juga Al-Quran.

Jadi; salah ke kalau masa umur anak aku 6 bulan, aku kasi dia pakai tudung?

P/s: Genap umur dia setahun aku ingat nak hantar dia pergi belajar Iqra' pulaklah.Amacam?

Hehhhhh.........

6 comments:

sid sienna said...

erm, terpulang kepada ibu bapa mcm mane nk mendidik anak.. pakai kn tudung? kadang2 comel gak kn..

Dr Singa said...

tapi jangan pakai tudung dengan skirt tau Qis!!!

kucingorengemok said...

masuk 2 tahun pakaikan purdah!

kalau tak, time tengah comel-comel tu ramai pulak orang geram nanti :)

Anonymous said...

hahahaaa, kog komen tokleh belah.

aku doakan yg terbaik untuk keluarga kau, lelaki pompuan sama saja tahap risau ah.. kalau lelaki, pi berembun smpai pagi juer mengundang risau macam kes budak 15 tahun kena tembak itu.

cepat gila kau nak iqra' kan anak kau, yg sulung mcm tu jugak ke?

Faizah Jaafar said...

herrmm...bg aku lelaki @ perempuan sama susah nak mendidiknya...

klu gini ko didik anak pompuan ko...aku nak booked laa anak ko utk si keceet aku...muahahahaaa...

afendi ariff said...

cik mimpi: yup...ibu bapa yg mewarnakan anak-anak.

dr: tu ajaran sesat tu kak...heh!

k.o.g: jilbab okeh?

hantumakan: yg sulung lambat cakap so aku tak hantar kelas.
aku pasang cd iqra je!

faizah: sanggup ke ko nak berbesan ngan org sengal cam aku nih?heh!