Thursday, February 11, 2010

BENDA AJAIB DI KLINIK

Jumaat.Seiring kulit yang mula ditumbuhi sisik, tepat pukul 11.00 pagi aku keluar ofis; menuju Gombak untuk ambik wife aku dan Qistina.Anak kecik aku tu batuk, selsema dan ada kahak.Kesian betul aku tengok.Baru je 2 bulan kenal dunia dah dapat 3 serangkai penyakitnya.

Macam nak menitik air mata aku tengok badan kecik tu terhinggut-hinggut pasal batuk.Sebak wo!Dah la badan kecik comel; termuncung-muncung pulak mulutnya melawan batuk.Kalaulah penyakit-penyakit tu boleh di'trade in' macam beli handphone kat kedai; tentu dah lama aku 'beli' semua penyakit anak aku tu.

Dari Gombak aku 'menjalar' laju menuju Selayang Jaya; mencari Klinik Kanak-kanak Chan.Member wife aku cakap kat situ ok rawatannya; cuma mahal sikitlah.Ah!Peduliknya mahal.Mahal lagi value anak dara aku seorang ni.Dah la nak mendapatkannya seksa; siap nak kena tunggu lama; siap berpeluh jantan betina (itupun kalau peluh ada jantina).

Qistina dengan fesyen rambut Man Bai; tengah nyenyak tidur.

Kita orang tak tunggu lama untuk jumpa dokter.Lepas check pernafasan dokter tu kata anak aku tu ada banyak kahak; takut nanti kena jangkitan kuman.So dia suggest anak aku ambik oksigen untuk kurangkan kahak.Ambik oksigen boleh kurangkan kahak ke?Apa selama ni anak aku tak ambik oksigen ke ape yang sampai ada kahak ni semua?Entahlah!Aku ni nama je anak Ariff tapi aku memang kurang arif pasal ilmu kedokteran; so ikut jelah; janji anak aku elok.

Lepas tu kita orang disuruh masuk ke bilik sebelah.Dalam bilik tu aku nampak ada sofa dan satu benda yang aku agak untuk supply oksigen.Misi tu cakap kena ambik oksigen dalam 5 minit, so aku kena pegang alat tu dan suakan kat hidung anak aku.Masa aku tekan benda tu dia siap keluarkan asap putih; sejuk dan bunyi berdesis (macam tahu-tahu je aku tengah mengular).

Aku suakan dulu benda tu ke hidung aku; mana tahu kalau-kalau asap putih tu gas beracun ke atau boleh kasi lalok ke ape.Sekali sedut je serta-merta aku dah rasa macam berada kat air terjun Gabai; nyaman dan fresh.Wah!Cepat-cepat aku suakan asap putih tu kat hidung anak aku.Mula-mulanya dia terkejut jugak, tapi tak lama kemudian terus kuyu mata anak tu.

Makin lama makin kecik matanya.
P/s: Putih-putih kat kepala tu bukan pasal asap putih tu ye; itu bedak sejuk.

Huh!Best gile benda ni.Tak payah susah-susah pergi riadah kat hutan rekreasi; tak perlu payah-payah pergi berkelah kat tempat tinggi.Sambil lepak depan tv layan Astro pun boleh dapat udara fresh lagi suci.Ajaib sungguh.Kalau buat bisnes benda ni kat site mahunya berebut-rebut Indon beli.Apa pasal sebelum ni aku tak pernah perasan benda ni kat farmasi?Macam maca nak beli?Ada jual ke ni?

Ke aku sorang je yang tak tahu?Maaf ye!Aku ni nama je anak Ariff.Hehhhhh.........

11 comments:

Anonymous said...

kihkihkih....
wahai anak Ariff,bapak Qistina...
terimakasih kerana telah menyenyumkan akaksinga ini..kebician jugak hilang..
kalau ada hasap putih..biasanya ada ventolin tu..plus oksigen..utk mengembangkan peparu..(KOG expert sedut2 ni..)
memang..memang rasa lapang...high..

kucingorengemok said...

aku dah kata, kalau sedut benda tu ngantuk, tapi dr singa tak percaya! aku pun dulu kuyuuu je bila sedut kat klinik, rasa macam nak tertidor sangat... tenaang, hiiighh, terbaaaangg...

Anonymous said...

chih korang nih, mcm citer apa aje.

:)

dok, kita slalu amik pil ventolin, awat dia pakat gigil lepas pulih?

afendi ariff said...

dr: ventolin?agaknya kat air terjun Gabai mesti byk mende ni kan?

k.o.g: betul2...rasa fresh...peelfresh...fresh & lovely

hantumakan: sedut ubat la...ko igt sedut hape?heh...

sid sienna said...

haha.. comey nye qistina.. tp mmg ade tpt yg bg oksigen treatment. x ingat plak kt mane.. harga pn ok la, x mahal sgt..

Anonymous said...

memang side effect dia gigigigilgilll....
debar2....
jalan pun macam goyang2 ...
ada yg nebuliser je...ada yg letak O2 je..ada yg combine..

afendi ariff said...

cik mimpi: memang ada ye?heh....rupa2nya mmg kurang pengetahuan sggh aku ni.

dr: qis ok jer...takde gigil2...alhamdulillah!

Nashays said...

tu nebulizer laa bai...kasik longgar kahak

afendi ariff said...

nashays: mana la aku tahu sis...heh!

geraugebang said...

Kesiannyaa...kecit kecit dah kena sedut benda tuuu. ..tak per laa...harap cepat baik.

afendi ariff said...

kak gerau: makasih kak...