Friday, February 12, 2010

AKU TAK BELAJAR TESL; AKU BELAJAR CIVIL

Hari tu aku bawak Danish pergi mekdi Sri Gombak pasal wife aku teringin sangat nak makan prosperity burger.Masa tinjau-tinjau menu board kat atas kaunter tu aku tanya dia, "Abang nak ape?"; dan cepat-cepat dia tunjuk ke arah susunan kereta berbilang warna kat menu tu.

Aku baca sekilas nama menu yang boleh dapat hadiah kereta tu dan aku jadi serba salah tiba-tiba.Apa pelik benar nama menu makanan budak-budak kat mekdi ni?Apa dah tak ada nama lain ke dia orang nak letak?Dan perasaan serba salah tu makin menebal bila budak mekdi tu tanya aku nak order apa.

Aku diam sambil kepala ligat berfikir; kalau tak salah aku, masa aku baca komen Drsinga dalam entri aku sebelum ni;

Dia ada taip;
Gembira & Riang ria = Gay

Tapi setahu aku;
Gembira & Riang ria = Happy

Maka bolehlah aku simpulkan bahawa;
Happy = Gay?

Jadi;
Bolehkah aku order 'Gay Meal' dekat budak mekdi yang tengah tunggu order aku ni?

Hehhhhh.......

8 comments:

sid sienna said...

haha.. gay meal 2 set.. sure speechless..

DeLancrettLurpak said...

hahahah..confirm adik mekdi ternganga.. pastu mesti die ckp "aje gile org ni agaknye"..hihihihi.. try la order.. nak gak tau ape dikata oleh org mekdi itu..

Anonymous said...

hahaha, saja aje la tu nak buat pasal..
jgn bro, kang kena baling ngan fries kan

Anonymous said...

'ayah kepada 2 orang anak.amat fobia kepada lipas dan gay'
sure akan gelak every time baca ...

Faizah Jaafar said...

kah kah kah....nnt aku try order gay meal kat mekdonel laa....

afendi ariff said...

cik mimpi: heh!

meloves: tk smpai hati nk order...aku tunjuk je...

hantumakan: aku tak buat sis!heh...

dr: gay (baca: suka) la tu....

faizah: ko try la tgk...heh!

januskiez: bila masa aku ckp aku nak jual blog aku?

geraugebang said...

kak gerau selalu happy...takkan lah gayyyy gaya gaya gayaa ok gak....

afendi ariff said...

kak gerau: akak rasa akak gay ke?hehhhhh......