Tuesday, December 14, 2010

DOKTOR

Klinik Kulit Dharan, Rawang.

Aku bawak Danish jumpa doktor kulit pasal masalah ruam kat bahagian pelipat badan dia makin kritikal.Ruam-ruam yang selalunya timbul di kaki, tangan dan leher dia kini dah menjalar ke muka; sampai dia selalu tenyeh-tenyeh mata pasal gatal-gatal.Kawan wife aku kata Dr. Dharan ni bagus, so aku cuba jelah.

Dulu masa Danish kecik dah merata klinik aku redah.Sampai siap bawak dia jumpa doktor pakar kat Hospital Sg. Buluh, tapi tak jalan. Doktor tu cuma kasi ubat sapu je tak habis-habis.Kalau aku sapu dia kurang la.Tapi bila dah habis ubat, ruam halus tu mesti datang balik.

Masa masuk consultation room, Dr. Dharan takde.Yang ada Cuma Dr. Maha; aku tak pasti dia Maha apa.Maha dewi tak mungkin pasal dia lelaki.Maha mulia pun tak boleh pasal dia bukan raja.Maha raja lagi tak logik pasal dia rakyat biasa.Juga pastinya bukan MAHA kat Serdang yang baru habis 2 minggu lepas tu.Mungkin Mahadevan kot, Mahalinggam ke, Mahamurthu ke, Maha entahlah.

Lepas check condition ruam kat badan Danish, dr. tu kata kulit anak aku tu sensitive.Kena pakai sabun special macam Sebamed ataupun Oilatum ke.Kokak-kokak pun pakai Johnson & Johnson milk bath ke, Dove ke.Tak boleh pakai sabun cikai-cikai ataupun sabun berubat macam Dettol.Takut nanti jadi lagi teruk.

Selain daripada sabun banyak jugaklah yang doktor tu tazkirahkan pasal sensitive skin ni.Makan kena ingat-ingat.Kena yang berkhasiat.Yang seafood-seafood tu kenalah pantang, tak boleh kerap sangat.Krim pelembab kena sapu selalu tak boleh ngelat.Kalau tak nanti ruam tu jadi melarat.Badan pulak tak boleh peluh-peluh sangat.Pakai baju pun tak bolehlah ketat-ketat, takut nanti berpeluh cepat.Wah!Banyak sungguh dia punya amanat.

“Ye doc! Baik doc! Ok doc! TQ doc!”, adalah antara ayat-ayat yang aku cuma boleh cakap untuk mengiyakan kata-katanya.Maklumlah dia kan doktor, macam mana aku nak lawan.Waktu aku bangun nak balik dan bersalam dengan dia pun, masih tak habis-habis lagi amanat dia sampaikan.Maha ramah nampaknya doktor ni.

Masa berjalan menuju pintu keluar Danish yang sedari tadi asyik memerhatikan perbualan aku dengan doktor tu tiba-tiba bersuara, “Ayah!Nama dia dog ke?.

“Tak!Nama dia doktor!”,jawab aku cepat.

“Oh!Danish ingat ayah panggil dia dog.Dog tu kan anjing”.

Aku tarik tangan Danish dan laju-laju bukak pintu bila aku nampak muka Dr. Maha tu dari ramah dah jadi merah.Takde lesen betul mulut anak aku ni.

Hehhhhh.........

14 comments:

J@J@ / Bini The Rock said...

kesian erk...belajar tinggi tinggi ke negara org, dpt kerja tak pepasal kena panggil DOG

eheheheh!

jgn mare ha sapa doc kat sini! err, tp siyes aku klu jumpa dokter mcm tak tergamak nak sebut DOC.. terus sebut TER sekaligus.

Anonymous said...

cerdas otak budak nih...

belajar pandai2 yer..

hantumakan said...

hahaaaaa, dah banyak kali dah anak kau tunjuk hebat nih, hahaaa, sah sah cerdas..

gadisBunga said...

hahaha....mmg bijak budak ni! besar leh jadi doctor ni. kikiki

Cik Lurpak said...

bagus anak ko bro! kepala dia mmg jalan laju.. i like!!

indahnyasisuria said...

bdk2 zaman skang mmg xde lesen mulut.. tp xpe, bdk lagi.. so nampak comel la.. kalau bapak budak of course dh dpt injection free dr dog, tu.. :D

Nashays said...

ahahhaa....kan muka dah maha merah..jg kulit bebaik ye danish...spesis kulit seken hen neh..

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. anak ko ni mmg petah bercakap ade ade aje lahhh bebudak ni....

DOG dengan DOC kan lain ejaannya.. tapi bebudak mana lahh tau kan

Faizah Jaafar said...

kuang kuang kuang....sib baik ko tak gi kenet Dr. Singa....

Pett Suhaimi said...

Sian doktor2 seluruh dunia. haha.

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

wooooo doctor tu bila dengar anak ko cakap cam tu nangis lahhh esok berhenti kerja tau... letak jawatan cari kerja menoreh getah

afendi ariff said...

jaja: tu la anak aku tu...takde insurance punya mulut...turun sapa tah?aku kot...heh!

anaon: harap dia tak 'kurang ajar' mcm aku!

hantumakan: cerdas....tp mulut laser tak igt ni!

g.b: harap2 jd mcm dr singa!

meloves: u like?i oso like!hhe....

cik mimpi: bapaknya takkan tergamak ckp bukan2 kat dr...kang tak psl kena inject kang!

nashays: kulit bawang kata org...heh!

afzainizam: sebutannya cam sama bro!

faizah: kalu tak aku awal2 lagi kena inject...heh!

pett: tu pasai...

afzainizam: anak aku tu lurus bro...dia sebut apa yg dia fikir je...heh!

DrSinga said...

aku karate kau..black belt punya kalau kau berani panggil aku macam tu..
.
.

afendi ariff said...

dr: ampun doc....er...kak!