Friday, December 10, 2010

MENIRU

Isnin minggu lepas seksaan aku untuk semester Julai dah habis.Soalan Hidrologi yang macam celaka tu aku belasah jawab ikut sedap kepala.Rasanya semester inilah yang paling seksa, selama aku sambung study balik ni.Dengan assignmentnya yang berlambak-lambak.Dengan projectnya yang tak agak-agak.Dengan subjek r.c design yang memang aku meluat sejak azali.Ditambah pulak dengan bizinya aku kat ofis.Balik tak pernah cepat.Datang confirm lambat.Kadang-kadang aku rasa kan bagus andai sehari itu ada 48jam.

Masa kat SCG dulu, aku sibuk dengan projek Jalan Segamat-Tangkak dengan kebizian tahap cipan.Aku ingat bila aku keluar SCG bolehlah kasi slow down sikit tahap kebizian aku tu.Rupa-rupanya aku silap.Kat ofis baru ni, aku lagi sibuk menghadap projek terminal minyak dekat ‘Pinggang’ dengan kebizian tahap Gaban berlawan dengan Gorkom di ruang angkasa setan.Kedua-duanya projek Johor.Kalau lepas ni orang-orang Johor tak berterima kasih kat aku, memang aku bakar je jalan dan terminal minyak tu.

Menjadi seorang pekerja dan juga pelajar sekaligus bukanlah tugas yang mudah macam makan agar-agar.Dia punya semangat mesti mahu tegar.Jati diri pulak mesti kasi gegar.Tubuh badan pun mesti mahu segar bugar.Barulah ilmu boleh masuk lancar.Menyesal jugak bila aku kenangkan yang aku masa muda-muda dulu tak mahu belajar; bila dah tua-tua ni agak ‘kurang ajar’.Tu pasal aku hantar Danish pergi tadika dari umur dia 3 tahun lagi; supaya dia tak jadi ‘kurang ajar’ macam aku.

Masa aku bizi periksa hari tu Danish pun tak terkecuali; hari-hari dia ada periksa.Tapi haram aku tak pernah nampak dia selak buku ke, menelaah ke, apa ke.Kalau menelaah kartun depan tivi ada la.Satu malam, masa aku terbalik awal; aku duduk kat sofa sambil belek-belek paper lepas makan malam.Danish macam biasa leka mengadap tivi, sambil baring-baring atas bantal besar, padahal esok dia ada periksa lagi.Atas dasar prihatin seorang ayah aku panggil dan suruh dia duduk kat sofa sebelah aku.

“Tadi Danish ada periksa?”, tanya aku memulakan kata.

“Ada”, dia jawab laju-laju sambil mata tak lekang dari tivi; layan kartun Tom & Jerry.

“Senang ke susah?”, aku tanya lagi.

“Senang je”, jawabnya pula dengan muka sedikit eksen.

“Boleh buat?”.

“Danish boleh buat!Kawan Danish yang tak boleh buat”.

“Mana Danish tahu?”.

“Tadi masa teacher keluar, dia tiru kawan Danish punya kerja”.

“Habis tu Danish buat apa?”.

“Danish marah la dia.Tapi dia tiru jugak”.

“Dah tu Danish kasi tahu teacher ke?”, tanya aku sambil mengharapkan Danish melakukan tindakan yang wajar.

“Tak.Danish tiru la dia balik”.Jawapan yang membuatkan aku terkedu sambil mengurut dada.

Cehhhhh...........

p/s:

Selamat hari jadi untuk anak dara aku; Nur Qistina Asfa yang genap 1 tahun pada 25/11/2010 aritu.Nanti ayah beli kek ye....tak sempat!

Selamat hari jadi jugak buat wife aku; Suhaila Mohd Shukor yang genap 31 tahun pada 01/12/2010.Nanti share kek dengan baby ye....

Hehhhhh..........

11 comments:

en_me said...

bizi kanns.. ehehe

sid sienna said...

no wonder la... superbiziman! happy birthday tuk Qistina n mrs!!

DeLancrettLurpak said...

huhh.. takpe, ini semua sementara.. after the hurricane, comes the rainbow.. kalau sehari ada 48jam, semua org yg belajar, dipendekkan waktu pengajian, dari 4 tahun ke 2 tahun, sama gak seksa bang oi! hehehhee

aliaaroslan said...

agree dengan CL. lepas pening2 baru boleh goyang kaki sambil makan agar2.

Anonymous said...

OK! aku wakil Warga Johor (bukan Wakil Rakyat!) org pertama nak ucap terima kasihhhhh la kat lu banyak2 sbb meng upgrade kan jln Sgmt - Tangkak dan juga main minyak di 'pinggang' tu..

xD

oh! hepi besday utk Qistina dan Mrs!

Ati Masrif said...

salam kenal.

ingat student bujang..hehe
student jarak jauh ke

selamat hari jadi buat Qistina
dan org rumah tu...kek tak ada
tak best tau!

Dr Singa said...

saya.. juga seorang warga Johor..
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Affendi Ariff yang memang arif dan telah berusaha keras untuk menjayakan projek jalan Segamat Tangkan dan projek minyak di Pinggang.

Faizah Jaafar said...

hoiitt...sebut betul2...PENGGERANG...hihihihii...mekasih en. pendi....

p/s: mmg genies heh anak ko tuh...

gadisBunga™ said...

hahaa...bijak Danish!

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam Ziarah buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
adoiiii sorry banyak tertinggal entry ko ni.... bussy sejak-sejak ni....

mmg bijak anak ko tu happy b.day to your qistina and mummy...

tengok gelagat anak ko tu aku gelak lah plak yerrr... budak sekarang mmg tak macam dulu2...

pada ko harap bawak bersabau yerrrr.... jawab aje solan tu betul salah belakang citer janji ko dah usaha yg terbaik

afendi ariff said...

me: ye me...tak cukup masa nak handle semua...

cik mimpi: tq sis!

meloves: ye lah..btl jugak...

aliaa: lambat lagi la kot!

jaja: tq...the very!

ati: wasalam...oh!dah kawin...student ujung minggu je...tq!

dr: heh!sama2!

faizah: seratus kali ko ajar pun negro mesti sebut pinggeng jugak!

g.b: tgk ayahnya la...heh!

afzainizam: tq byk2 bro!