Thursday, December 1, 2011

SEPARUH

“ Di dalam melayari kehidupan rumahtangga, tanggungjawab utama suami adalah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Oleh itu suami perlulah bekerja dengan gigih bagi mencari nafkah untuk menunaikan amanah itu. Walaupun tidak diwajibkan, namun si isteri boleh memberi sebarang sumbangan berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga bagi meringankan beban si suami. Ini kerana pasangan suami isteri adalah melengkapi di antara satu sama lain, di mana masing-masing adalah merupakan separuh daripada ikatan perkahwinan itu”.

Selamat harijadi yang ke 32 buat wife aku. Terima kasih kerana sanggup menghabiskan separuh umurnya mengenali + hidup dengan aku. Terima kasih kerana  rela memperjudikan nasib memilih aku sebagai separuh dari pelengkap hidupnya. Terima kasih kerana sudi berkongsi separuh dari tanggungjawab hidup ini bersama-sama aku.

Terima kasih juga kerana meringankan separuh dari bebanan yang aku tanggung. Terima kasih kerana menjadi separuh dari kekuatan aku ketika menghadapi musibah. Terima kasih kerana menjadi separuh dari tiang yang menyokong di waktu aku hendak jatuh. Juga terima kasih kerana menjadi teman hidup dan separuh dari nyawa aku.

Er…..hadiah birthday kali ni kongsi sorang separuh boleh ke? Anak nak masuk sekolah ni banyaklah pulak belanjanya. Hehhhhh……

11 comments:

mokja said...

Cik Afendi,
Bertuah isteri .bukan semua suami tahu dan celik pada pengorbanan yang dibuat isteri.
50-50 juga jadi formula kami .Tapi kdg kdg kena top up bila the other half dah dok gigit jari.Apalah nak berkira suami isteri kan.
Selamat hari jadi buat puan Afendi.

Chik Att said...

Alhadulillah ... bahagia isteri baca ... Suami menghargainya ....

Afzainizam said...

Yupppp ni lah di namakan nikmat berkahwin..... Kongsi sama separuh

Alhamdulillah ... kita kalau hargai Isteri IsnyaAllah isteri akan lebih sayang pada kamu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

wakgelas said...

wak pon sayang bini wakk eeeew... eeeE wak dh datang nii nak komen komennnn...

kucingorengemok said...

weehh, separuh umur? korang kat sekolah bercinta je kejenya eh?

ps: selamat hari jadi, puan :)

sudipVSsenduk said...

perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik... Selamat Hari Jadi

Anonymous said...

aku pun kira mcm kog.. kau cinton cinton masa form 4 eeaa

(tolong jgn sula sebarangan, nanti separuh kamu mrajuk dan pergi, hehe)

selamat hari jadi ma'am, untung ma'am dapat hubby yg mengenang.. panjang umur dan bahagia.. amin

gerau said...

haaa,,baca perenggan awal tu...memang bagus gileerr,,,ko memang suami mithali....tiba tang hadiah...
Chiiittt porah chittt...

Afzainizam said...

Yuppp sapa yang tak sayang bini beb... untung lerrr isteri bila sang suami menghargai pengorbanan isteri... tabik pada ko...

selamat ulang tahun pada wife you ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

-budakmusyuk- said...

selamat hari lahir kat wife en fendi.... jue baru tahu yg en fendi dah lama bercinta dgn akak (mcm jue gak)... tu pun kak tie cite.. semoga bahgia hingga ke akhir hayat.

Afzainizam said...

isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.

tak gitu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Convert Enjin Daihatsu YRV