Thursday, July 22, 2010

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Hari tu ada kempen derma darah kat area ofis aku.Kiranya kempen besar-besaranlah yang melibatkan semua company yang ada kat area shop lot ofis aku ni.

Mari derma dare (bukan aku kata; Samy Vellu yang kata).

Rasanya aku ada nampak poster ni kat 2-3 tempat lagi kat area Selangor ni.Mungkin kempen ni dia orang jalankan serentak kot.Comelkan poster dia?Cuba rapat lagi.

Ya!Hari Jumaat lepas, kat ofis pemaju, dekat je dengan ofis aku ni.

Memandangkan aku memang dah lama bercita-cita nak derma darah; sementelah dari minggu lepas lagi dia orang dah datang ofis mintak nama, maka aku dengan paksa relanya mem'volunteer'kan diri (kerana selain daripada lipas dan gay aku juga agak fobia dengan jarum suntik) untuk jadi penderma.Sekali sekala jadi pemuda harapan bangsa apa salahnya.Heh!

Sebenarnya pagi tu aku ada meeting kat JKR pukul 10 am.Balik je dari meeting dalam pukul 12.15 pm, member-member seofis aku ni semua dah pakat derma darah belaka, tinggal aku sorang-sorang je yang belum.Leceh betul!Takde peneman la pulak.Tapi memandangkan niat aku memang suci, aku gagahi juga diri menapak ke ofis pemaju.

Masa aku sampai cuma ada 2 orang je yang tengah derma dan aku lah orang yang ke'last'nya.Lepas isi borang, dengan jawapan yang banyak 'TIDAK' dari 'YA' (ada ke tanya aku lahir kat Russia ke tak?) aku ke kaunter check jenis darah.Lepas timbang berat dan duduk, misi tu tanya aku macam-macam, laju-laju; dah pernah derma darah ke belum, ada makan ubat ke panadol ke, tidur cukup ke 5 jam apa ke; tiba-tiba jari aku bergegar.Entah bila masa dia cucuk jarum kat jari aku!Soalan-soalan tadi tu rupanya trick untuk buat aku leka je.Ceh!Berdenyut hujung jari.Sakit wo!

Dengan dua titis darah aku je, misi tu dah boleh tahu darah aku jenis AB.Huh!Terer betul dia.Kat mana dia belajar agaknya?Lepas check darah aku jumpa doktor pulak.Siap check blood pressure dan tanya soalan yang agak sama macam misi tadi.Angguk lebih kurang lepas tu aku ke kaunter last sebelum derma darah.Misi kat kaunter tu kasi aku sijil dan satu buku merah.

Ni champion punya.Tarak jual.Korang ada?Heh!

Lepas ambik sijil dan buku merah tu aku gerak ke katil derma darah yang hanya ada 2.Yang lain-lain dia orang dah lipat; 1 katil kosong untuk aku dan 1 lagi ada sorang amoi tengah lepak-lepak; baru habis derma darah.Dada aku dah mula dub-dab dub-dab laju; suspen!Misi yang entertain aku tu namanya Ainulasyikin; manis air mukanya tapi dari riak wajah macam dah kawin!Heh!Tutur bahasa dan perbuatannya pun lemah lembut; memang layaklah jadi misi.

Masa tunggu dia prepare segala jarum bagai untuk ambik darah aku, aku dah baca doa macam-macam.Dari Al-Fatihah membawa ke ayat Kursi, dari Qulhuwallah ke Alamnashyroh, pendek kata segala apa yang terlintas; semua aku baca.Neberss gila!Dah habis khatam segala surah, aku tegur amoi katil sebelah, kasi hilang gelabah.Amoi tu pun baru je first time derma darah.Muka dia nampak ok jer, jadi aku pun mesti ok kot, pelan-pelan aku tenteramkan hati.

Lepas eratkan lengan aku dengan alat yang selalu diguna untuk check blood pressure tu, kasi urat-urat aku timbul, pelan-pelan misi nama Ainulasyikin tu sapu lengan aku dengan antiseptic yang sejuknya rasa sampai ke tulang.

"Tahan sikit ye cik",katanya tiba-tiba sambil cucuk kulit lengan aku dan injek masuk angin kasi kulit tu gelembung.Pergh!Dia punya ngilu memang menangkap kalbu.

Saat aku nampak dia pegang jarum bertiub yang sebesar lidi sate dan terus cucuk ke urat di kulit yang gelembung tu, aku pejamkan mata rapat-rapat.

"Aduih!",jerit aku agak kuat bila aku rasakan jarum itu menusuk masuk ke urat lengan aku; namun cukup kuat untuk membuatkan semua staff kat situ memandang ke arah aku.

"Sabar cik sabar",kata Ainulasyikin dengan riak wajah cemas.

Cepat-cepat aku celikkan mata dan pelan-pelan sengih, "Heheh!Acah aje!", sebelum disambut dengan tarikan muka masam hampir kesemua staff kat situ.Huh!Dia orang ni semua stress agaknya.Nak melawak sikit pun tak boleh ke?

Sedang dia orang sibuk mengemas; aku baring santai sambil genggam-genggam paip PVC yang Ainulasyikin bagi, untuk pam darah kasi cepat keluar.Hampir 10 minit lepas tu cukuplah 1 pint darah aku masuk ke dalam beg darah lut sinar tu.Gila hitam darah aku.Entah boleh pakai ke tidak aku tak tahu.Lepas si Ainulasyikin tu cabut jarum sebesar lidi sate tu dari lengan aku, dia tekup lubang luka tu dengan kapas dan suruh aku rileks dulu 5-6 minit; takut-takut aku pening katanya.

Lepas tampal lengan aku dengan plaster luka dia iringi aku balik dengan senyuman; mungkin pasal dah lepas beban kerja dia orang untuk hari tu.Aku balik ofis dengan bekalan 100 Plus, roti dan nasik lemak free.Kepala takde pening, cuma bekas luka agak berdenyut-denyut, siap habis lenguh satu lengan.Sampai ke malam denyut dan lenguhnya tak hilang.Masa aku bukak plaster luka tu malam tu, aku nampak bekas luka aku tu pecah darah kat dalam, bengkak dan berdenyut.

Jadi tak salahlah aku terjerit siang tadi kan?Ni kira cedera parah jugak apa?

Hehhhhh.........

12 comments:

DeLancrettLurpak said...

hehhehe... misi mmg cenggitu eh, dia bebel2..tapi dlm bebel tu, cuppp..dia kasik cucuk..

mesti si ainulasyikin tu nebes masa ko jerit "aduhh".. bro, ko sebenonye sakit kan? tapi cover line..chaitttt!!!

Afzainizam said...

salam dihulur tanda persahabatan,
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhh kau derma darah ke... Eeemmmm kebanyakkan lelaki memang takut sikit ngan jarum ni... samalah ngan aku ni... pada mulanya memang aku amat takut sekali ngan jarum tapi setela nekad nak buat gak akhirnya aku berjaya gak... kini Alhamdulillah kalau ada kempen derma darah aku gi lah... banyak faedahnya rupanya... cuba ko baca buku merah ko tu bahagian belakang... Insya Allah kalau kita terdesak pun memerlukan darah... kita diberikan keutamaan mendapat bekalan darah... slain itu kat sini lah kita tau tahap kesihatan kita.. samaada kita darah tinggi ke darah rendah dan kategori darah jenis apa... kan banyak kebaikkannya kan... Dapat pahala lagi tu

Faizah Jaafar said...

yer yer misi menderma dare sudah bermula...maknanya raya dh nak dekat wehh....

terhingen gak menderma dare...tp keadaan x mengizinkan sekarang nih...

nas said...

takut jarum rupanya..hhehe

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

sempena nak raya ni tabung-tabung darah kat hospital dijangkakan kurang stock... jadi ini lah tanggung jawab kita semua.. untuk saling bantu membantu...

beb aku ziarah lagi blog ko ni...

si.ra said...

AB? uikss sama la kita..sy dah bbrapa kali derma darah tp tak pernah la lg jadi lebam sebegitu..mesti sakit + lenguh tangan..hehehe apapun, mmg best derma darah, boleh check tahap kesihatan secara tak langsung..so, lepas ni bleh buat selalu ya 8)

Dr Singa said...

pemuda berdarah AB laaaaagilah harapan bangsa dan negara...
susah sikit (sikit je...)nak cari AB ni...
ko tak baca doa makan sekali Bro?
:)

Anonymous said...

kemahin kau yer! siap hapal nametag Ainulasyikin tuh! hohh!

sengal2 tu sekejap aje kan?? esok lusa baik dah...
kira itu cuma cedera ringan je lah!

xD

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhh darah O tu darah orang
darah A tu darah ayam darah B untuk yang baik-baik aje..Darah AB darah amat baik.. darah S eehhh ade ke darah S mana da lah yang ada o,A, B, AB

Nashays said...

beravooooo...misi ynag ni pon x penah derma darah..tolong amik darah aje..ngeri siot :P

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

issshhh dari derma darah katnyamuk baik derma darah kat kempen cam ni... ada paedahnya

afendi ariff said...

meloves: cover2..heh!

afzainizam: heh!ko lagi awal rupanya

faizah: ko lepak2 je skrg...jaga kesihatan...tk pyh nak derma2!

nas: bkn takut bro...ngeri!

afzainizam: heh!tq2...

srar: kalu dgn misi yg sama tentu mahu...heh!

dr: doa qunut semua skali la kak....heh!

jaja: lu brani derma la tgk...heh!

afzainizam: mcm2 la ko bro...

nashays: amik dare org ko brani yek...derma la tgk...heh!errr...darah!

afzainizam: rajin betul ko ni bro...heh!