Friday, January 29, 2010

AQIQAH

Ibu ibu, bapak bapak, siapa yang perut lapar......

Saya mewakili tuan rumah Encik Afendi Ariff; ingin menjemput anda semua ke majlis aqiqah dan cukur jambul anak perempuannya, Nur Qistina Asfa pada 30/01/2010 bersamaan hari Sabtu ini dari pukul 11am - 3pm bertempat di Block Q, Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Datang jangan tak datang; ada kamben masak kuzi!Hehhhhhh......

P/S: Ini bukan ajak-ajak ayam ye!Ini ajak makan kamben!

THAIPUSAM

Maka rakyat pun keluarlah:

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang lumpuh datang bertandu,
Yang patah datang berpapah,
Yang pekak leka bertanya,
Yang kurap mengekor angin.

Yang bulat datang bergolek,
Yang pipih datang melayang,
Yang kecil terambing lintang,
Yang jarak bertolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau.

Yang jemnya aku!

Wednesday, January 27, 2010

KAMBING

Bizi gila.Penat kejar kambing pun tak habis lagi ni.Dia punya semput rasa macam hisap rokok sambil jogging.

Lain kali je lah baru cerita.Nak kasi tok janggut minum air garam kejap.

Hehhhhh........

Friday, January 22, 2010

KASANOVA

Petang semalam aku balik kerja awal walaupun paginya aku datang tak awal.Tapi aku balik awal pun pasal kerja jugak; nak pergi cari tali leher untuk sesi presentation kat JKR HQ hari ni.Sementelah sepanjang tempoh peng'kerjaan' aku selama ni mana pernah aku datang ofis pakai aksesori orang koperat tu.Sedang beruk kat zoo pun tak pakai tali; apa jadahnya aku nak pakai tali pulak? Buang tebiat?

Tapi mengenangkan permintaan boski aku masa previous presentation yang ingatkan aku supaya berpakaian rapi, gosok baju letak kanji, rambut siap belah tepi, kasut mesti berkilat boleh suluh dahi; maka aku turutkan jugak dengan berat hati demi kesejahteraan kompeni.

Baliknya aku bawak wife dan anak-anak pergi Jusco Wangsa Maju; malas aku nak pergi sorang.Kesian pulak kat wife dan anak-anak aku yang asyik terperap je kat rumah tiap-tiap minggu masa aku pergi kelas.Sampai kat Jusco, orang tak berapa ramai; mungkin pasal yang lain semuanya leka kerja tak ingat nak datang Jusco.Apalah dia orang ni.Kerja, kerja juga tapi ikatan kekeluargaan nak kena jugak ambik kira.Malam Jumaat pulak lagi.Macam aku ni lain la; malam Jumaat ke tak Jumaat ke; puasa tetap puasa.

Sampai kat bahagian tali leher dan tali pinggang; mata aku jadi rambang tengok tali leher macam-macam jenis; macam-macam warna; macam-macam harga.Kalau ikutkan selera, aku rembat je yang macam kulit ular sawa; senang!Semua warna ada; semua baju boleh match.Tapi wife aku tentang keras; takut nanti aku kerja mengular je katanya.Ceh!Ada ka?

Lepas men'try' dekat 10 utas (@ pasang?@ helai?Aku tak sure apa penjodoh bilangan sebenarnya.Pergi tanya cikgu jawa!) tali leher; aku beli je yang kaler biru bintik-bintik putih; yang wife aku pilih.Dekat RM 30 jugak harganya.Kalau beli t-shirt, dah tentu boleh tutup seluruh badan.Ini beli tie cuma boleh tutup celah dada dan pusat je?Kalau pakai meleret sikit barulah boleh tutup yang bawah.Huh!Sungguh tidak berbaloi aku rasakan!

Penat pilih tie, aku bawak family aku makan kat Mr. Teppanyaki. Aku order ikan, wife aku order ayam; untuk Danish aku order air suam.Kejam?Bukan kejam.Dia dah kenyang.Qistina pulak dah tertido dalam stroller.Masa tunggu order sampai, aku berborak kosong dengan wife aku dan Danish pulak leka bermain dengan 'ular' yang dibuatnya dari kertas tisu; diiringi mulutnya yang tak reti diam.

Tak lama lepas tu ada satu family datang dan duduk kat meja sebelah kita orang; sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan umur 3 tahun; comel!Mula-mula aku tak ambik port sangat dengan kehadiran family tu, tapi bila Danish tiba-tiba jadi diam, bersopan dan tak berbunyi sikit pun, aku mula jadi pelik.Aku pandang Danish dan rupanya dia tengah leka meng'usha' budak perempuan kat meja sebelah tu.

"Oit abang!Usha awek ye?",sergah aku perlahan sambil mencuit bahunya; dia terkejut serentak mengulum senyum, sedang wife aku cuma tersengih.

"Ayah nak tengok muka hensem tak?",tanya Danish kemudiannya sebelum menaikkan keningnya 5 - 6 kali dengan pantas sambil merenung aku.

"Yelah!Hensem sangatlah!"

Mana tah dia belajar!Hehhhhh............

Tuesday, January 19, 2010

PENGALAMAN SAYA MEMBELI PAMPERS DI GIANT

Balik dari ofis semalam aku peletok kejap ke Giant Batu Caves.Nak cari pampers yang wife aku pesan.Qistina yang baru nak masuk 2 bulan tu dah tak muat pakai saiz S katanya.Rasanya anak dara aku tu belum pun cecah 5 kg lagi, walaupun saiz dia besar sikit.Agaknya sebab tu lah bila dia pakai saiz S tu nampak macam pakai bikini je gayanya.

Tapi pelik betul.Kalau nak diikutkan kat plastik pampers tu tulis untuk bayi dari 3 - 8 kg. Memang sah-sah kompeni pampers ni nak menipu.Apa kaitannya saiz budak dengan berat badan?Dia orang ingat anak aku tu dumb bell ke apa?Saiz kecik tapi berat?Pengelat betul.

Sampai kat dalam Giant yang besar tu manusia tak ramai.Maklumlah tengah bulan, gaji pun lambat lagi.Hanya insan-insan loaded macam aku saja yang gagah ber'shopping' waktu-waktu macam ni.Heh!Dengan santai aku tuju ke rak pampers; capai Pureen Premier saiz M macam yang wife aku cakap dan berlalu.

On the way ke cashier aku capai berus gigi Oral-B satu, pasal berus gigi aku yang kat rumah mak mentua aku tu dah tak macam rupa berus gigi.Sekali imbas dah macam berus kaki.Kembang dan berdaki.Masa capai berus gigi tu aku terpandang seorang mamat tak jauh dari situ tengah pilih sabun mandi.

Gaya pakaian macam CEO; dengan slack dan kemeja lengan panjang siap pasang butang.Kalau tak CEO pun busuk-busuk mesti eksekutif jualan ke apa mamat tu.Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan aku yang pakai jeans dan t-shirt tak ada butang ni.Aku agak-agak umur dia dalam lingkungan 27, 28 macam tu.Muka memang macho habis; lagak macam model.Kalau aku ni anak-anak gadis mahunya aku pergi mintak no telepon; tak pun mintak email atau facebook.

Tengah leka aku usha mamat tu, sekali dia pusing dan pandang kat aku; siap senyum.Aku balas segan-segan sambil tunduk; buat-buat belek berus gigi yang aku pegang.Masa aku panggung kepala, mamat tu masih pandang kat aku; kali ni siap senyum simpul.Huh!Dia kenal aku ke?Rasanya mamat ni tak pernah aku jumpa.Nak kata member masa kat U; aku memang takde member muka macho macam ni.Kalau ada yang muka macho pun tak lain tak bukan mesti muka aku la tu.Heh!

Dalam keadaan berfikir-fikir macam tu aku nampak dia melangkah menghampiri.Ah!Sudah!Aku kerah otak supaya berpusing ligat; cuba mengimbas kat mana aku pernah jumpa mamat ni?Tak cukup berpusing aku kasi defrag satu kali; aku kumpulkan semua ingatan yang termampu.Tapi otak aku fail untuk recall muka mamat tu.Macam mana ni?Seketika kemudian dia dah berdiri depan aku dengan senyum meleret.

"Hai hensem......",dia menyapa sambil membengkokkan tangan; untuk bersalaman.

Telinga aku berdesing tiba-tiba.Suara yang terlontar dari mulut mamat tu saling tak tumpah macam suara itik nila kena langgar.Suara jantan yang cuba menjadi perempuan.Suara yang selayaknya aku jawab dengan penerajang.

"Hensem kepala bapak ko!Tak nampak pampers anak aku ni",aku jawab dalam hati sebelum blah tak toleh-toleh lagi.

Astagfirullah!Apakah ini nafsu manusia akhir zaman.Ku sangka lelaki tulen rupanya pondan.Cehhhhh......

*Ke gay?

Friday, January 15, 2010

PONGAL

Patutlah susah benor nak cari air tebu semalam kat area Gombak ni.Habis semua di 'konker'nya.
Hehhhhh......

Monday, January 11, 2010

BUAI

Moga Qistina membesar bagai bintang dan aku tak lagi terkangkang-kangkang mengaki buai di waktu malam.
Hehhhhh..........

Thursday, January 7, 2010

POTONG



Amacam?Aku ingat lepas ni nak bawak dia masuk Idola Kecil pulak lah!
Hehhhhhh......

Wednesday, January 6, 2010

SETAN

Hari tu aku ke Segamat lagi.Ada joint site visit dengan JKR.Laluan Segamat - Tangkak tu memang agak berhutan banat.Dengan ladang kelapa sawitnya; dengan hutan bakaunya; dengan ladang getah; dengan semak samun; dengan jalan bengkang bengkok yang lintas depan pintu masuk Gunung Ledang; dengan kampung-kampung kecik; dengan kubur-kubur tersorok; dengan tempat gajah melintas.Senang cakap; jalan tu memang tempat jin berkubang.

Pergi site balik hari sememangnya meletihkan.Aku sampai Gombak pun dah dekat nak Maghrib.Sampai je depan pintu rumah mak mentua aku; aku nampak wife aku tengah dukung Qistina yang baru lepas menyusu.Pesan orang tua-tua; kalau baru balik dari perjalanan jauh jangan terus tegur atau sentuh budak kecik; takut tersampuk benda-benda halus yang mungkin terikut kita balik.

Berpegang teguh pada petua tu aku bagi salam dan terus masuk bilik air; basuh kaki.Siap berkumur dan basuh muka bagai; aku keluar.Dengan anggapan semua makhluk halus yang mengekor aku dari Johor dah bersuai kenal dengan setan-setan dalam bilik air dan mungkin tengah leka bersembang; aku terus capai dan dukung Qistina.Anak aku tu pun macam ok je; siap boleh muak sampai basah baju aku lagi.

Malamnya aku cepat betul terlelap.Penat, lenguh, sengal dan segala macam rasa letih betul-betul buat aku flat.Pukul 12 lebih aku terjaga bila dengar suara Qistina menangis.Dalam mata yang berat nak bukak aku nampak wife aku tengah porak peranda mendodoi anak aku yang tengah menangis dengan pitching Ziana Zain.Sebagai suami yang prihatin aku bangun dan capai Qistina.

"Dia dah minum?",aku tanya ringkas.Wife aku angguk.

Aku masukkan Qistina dalam buai dan duduk dibirai katil.Dengan mata yang berat nak pejam aku buaikan dia.Berkriuk-kriuk bunyi buai berspring tu di pagi yang hening.Letih guna tangan aku buai guna siku.Penat menyiku aku henjut pakai kaki.Dah letih mengaki pun tak jalan; anak aku still jugak menangis dengan mata yang meliar ke siling.Tak boleh jadi ni.

Aku berdiri dan dukung dia sambil capai henpon; cari surah Yassin.Sambil pasang Yassin aku dodoikan dia ke kiri ke kanan.Dah macam tarian poco-poco dah gayanya.Sampai habis surah Yassin pun anak aku masih menangis tak reti berhenti.Celaka.Kuat betul setan Johor ni.Dibackup pulak oleh setan Gombak yang sedia ada tu; aku syak setan-setan tu tengah team up menyakat anak aku.Haram jadah sungguh.

Jari aku laju tekan hendpon; cari surah Al-Jinn.Kali ni aku peluk Qistina rapat ke dada sambil dodoikan dia disulami surah Al-Jinn.Tak lama lepas tu aku nampak dia dah mula cool down.Mata pun dah tak meliar sangat; dah start kuyu-kuyu.Aku ulang-ulang surah tu sampai dia tidur.Bila Qistina dah nyenyak baru aku letak dia sebelah wife aku yang tah bila tertidur masa aku menari poco-poco tadi.Aku jeling jam kat henpon.Dah pukul 3 lebih.Haduih!Karang nak kena pergi kerja lagi.

Aku duduk sambil pusing-pusingkan pinggang.Badan rasa lenguh.Kaki tangan rasa letih.Nak kena cari buai elektriklah nampaknya gayanya.Tak tahan dah aku nak buai anak pagi-pagi buta dengan mata yang tak larat nak bukak macam ni.Kalau setan tak mengacau tak pe la jugak.Kalau dia kacau?Tak ke mengaki lagi aku nanti.Cehhhhh.........

Monday, January 4, 2010

BESDAY

Tahun baru; umur pun baru.
Anak dua; wife masih satu.

Semalam.
Usia bertambah.
Tanpa ucapan tahniah.
Tanpa hadiah.
Tanpa majlis meriah.
Dah tua-tua ni, rasanya dah tak payah dah.
Heh!