Wednesday, January 23, 2013

ABAH & MAK

Hari ni genap 12 tahun abah takde. Genap 12 tahun jugaklah aku jadi anak yatim. Abah meninggal lepas kena 2nd stroke. Kali pertama dia kena masa 1991, sekaligus buatkan dia disable separuh badan selama 10 tahun.
 
Abah meninggal sebulan lepas aku bertunang. Bermakna abah tak sempat tengok aku kawin sekaligus tak sempat tengok anak-anak aku. Maksudnya anak-anak aku yang dua orang tu memang tak tahu sapa tok wan depa.
 
Hari ni aku rasa rindu sangat kat arwah abah. Aku nak balik ziarah dia malam ni. Boleh jugak aku tengok mak yang makin uzur. Mak dah tak cergas macam dulu. Mak kena kanser hati tahap 3….mungkin dah tahap 4. Doktor kata dah takde harapan, kecuali transplant.
 
Aku nak balik cepat. Nak peluk mak kuat-kuat. Harap-harap kalau aku balik mak akan suka hati dan tambah sihat. Aku harap aku dapat membahagiakan dia walaupun masa kian singkat. Harap-harap aku sempat.
 
Aminnnnnn…….


Hapdate:

Condition mak agak lemah, agak tak larat. Nak jalan pun kena pakai tongkat kaki empat. Makan pun sikit-sikit je, sekadar buat ubat. Mujur ada anak sedara aku yang baru habis diploma yang jadi jururawat. Nampaknya raya Cina ni aku kena balik lagi....

9 comments:

DrNotts said...

kehadiran anak2 akan memberi kekuatan untuk emak. insyaallah. salam pada mak ye!

Dr Singa said...

luangkan masa banyak-banyak dengan mak..
kalau tak dapat di sisi.. telefon selalu ya Dek..

salam kat Mak.
awak anak yang baik...saya tau..

kucingorengemok said...

semoga sabar & tabah

sid sienna said...

Salam.. ayah sy pn currently suffering from stroke, separuh badan. n sedang bt treatment fisio. Mak la yg jaga ayah siang malam. baru lg ayah kene, less than a year. I thought I was prepared for these, but I am not. kalau dulu hari2 call mak. tp sekarang sy x kuat nk call mak hari2. takut saya buat mak lemah. it was so heartbreaking every time blk kg. :(

DeLancrettLurpak said...

Diharapkan ko tabah dan sabar ye bro

hantulari said...

Brader,
dah lama tak jengah..
aku harap mak bro sihat sentiasa..
kau pun aku doakan sentiasa berkesempatan nak jaga kebajikannya..

may all ends well

afendi ariff said...

Terima kasih semua....

gadisBunga™ said...

awak, spend time banyak-banyak dengan mak awak. love cures forever. insyaAllah...

si.ra said...

sedih dan sebak. lagi2 bila duk jauh dr famili. huhu..semoga Allah bagi yang terbaik utk en afendi dan famili. stay strong and positive :)