Mak senyum. Muka mak bersih. Nampak
putih. Tak macam masa mak sakit dulu. Masa sakit dulu muka mak berubah. Macam
muka orang lain. Nampak pucat. Nampak letih. Nampak tak larat.
Masa belum sakit dulu mak kuat. Kalau
setakat demam biasa mak masih boleh buat kerja-kerja rumah. Kalau setakat demam
selsema mak masih boleh pergi mengail ikan kat sawah. Kalau setakat sakit
kepala mak masih boleh naik skuter keliling kampung sambil buat tak kesah. Tapi
kanser celaka tu betul-betul kacau sistem tubuh mak. Betul-betul buat mak jadi
lemah. Betul-betul buat mak kalah.
Aku cium dahi mak. Kelopak mata
mak. Pipi mak. Tak ada respon. Mak diam. Sejuk. Aku peluk mak. Kuat-kuat.
Erat-erat. Air yang bergenang kat kelopak mata aku tahan. Orang kata, tak elok
air mata jatuh atas jenazah. Tapi jatuh jugak setitis dua atas lengan. Aku
kesat pelan-pelan.
Mak pergi dengan tenang. Syukur
aku ada di sisi mak. Sempat melakukan apa yang terdaya sebelum mak pergi. Sempat
membisikkan dua kalimah syahadah di telinga mak. Sempat menunaikan
tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Hari ni genap setahun mak meninggal.
Genap setahun jugak aku hilang salah seorang insan yang paling aku kasihi. Terlalu
banyak jasa mak yang tak mungkin mampu aku balas. Terlalu banyak kenangan pahit
manis yang mak tinggalkan. Dulu kalau aku ada masalah, mak lah tempat aku
mengadu. Kalau gundah gulana mak lah yang aku bagitahu. Tapi sejak mak tak ada ni
prepaid aku tak habis-habis, nak telefon sapa pun aku tak tahu.
Apa pun, aku harap mak sentosa
kat sana. Tiap kali lepas solat aku tak lupa doakan mak. Mintak mak diampuni. Mintak
mak dirahmati. Mintak mak diberkati. Mintak mak tenang sentiasa. Moga Allah
mencucuri rahmat yang tak terhingga ke atas arwah mak aku, Rodziah binti Junus.
Aminnnnn……….
5 comments:
setahun cepat berlalu kan dik..
al fatihah..
' ya Allah..
haramlan tubuh badan ibuku dari api neraka.. kurniakan buatnya syurga tanpa hisab.. Amin..'
[ ada orang ajar akak..]
Al-fatihah. Semoga arwah makcik dicucuri rahmat. Reading this made me cried. My dad also passed away last year. :( still felt like it was yesterday.
Al-Fatihah.
Al fatihah ...rindu teramat sgt pd mak...
Abg chik,mcmana nk jd frenz dlm blog ni...nk klik kat mana..?tolong...
Post a Comment