Untie cleaner Bollywood tu memang datang 2 kali seminggu.Hari Selasa dan hari Jumaat.Tahu kenapa aku panggil dia untie Bollywood?Bukan pasal dia cun macam Aisyahwarai (lain macam je ejaan ni?) tapi pasal kat kaki dan tangan dia penuh gelang...yang bergemencing tiap kali dia bergerak, menyapu, mengelap, melompat, bersenam, etc.
Kalau dia vacuum carpet memang aku tak boleh concentrate buat kerja.Bingit beb!!!Tapi kenapa sekarang aku ada dengar bunyi macam vacuum cleaner je walaupun untie tu ada kat tingkat 1?Bunyi tu pulak kuat dan dekat je.
Rasanya datang dari meja sebelah.Aku jenguk.PC terpasang.Aku rapatkan telinga sambil membongkok menghampiri PC meja sebelah aku tu.Lahhh........kuatnya bunyi kipas. Sebijik macam bunyi vacuum cleaner. Daif sangat dah nampaknya PC kat ofis ni.
Hehhhhh........
No comments:
Post a Comment