Friday, January 30, 2009

TELUR

Aku ada terbaca satu email yang aku dapat beberapa ketika dulu tentang khasiat-khasiat makanan kita sehari-hari.Antaranya tentang khasiat telur ayam.Menurut email tersebut, telur bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Selain daripada itu campuran halia, telur ayam kampung, limau nipis, kicap, madu lebah asli dan lada sulah pula digunakan untuk tujuan perubatan pemulihan tenaga batin ataupun untuk mengekalkan keupayaan lelaki.Campuran susu, telur, madu dan halia juga dipercayai dapat mengekalkan kelakian sekiranya diamalkan secara berterusan.

Patutlah aku terasa 'lelaki' semacam pagi ni selepas bersarapan dengan 2 set roti bakar,2 biji TELUR ayam separuh masak dan secawan kopi di warung Wak Leman tadi......Wahhhhh!!!!!!

No comments: