Friday, January 30, 2009

TELUR

Aku ada terbaca satu email yang aku dapat beberapa ketika dulu tentang khasiat-khasiat makanan kita sehari-hari.Antaranya tentang khasiat telur ayam.Menurut email tersebut, telur bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

Selain daripada itu campuran halia, telur ayam kampung, limau nipis, kicap, madu lebah asli dan lada sulah pula digunakan untuk tujuan perubatan pemulihan tenaga batin ataupun untuk mengekalkan keupayaan lelaki.Campuran susu, telur, madu dan halia juga dipercayai dapat mengekalkan kelakian sekiranya diamalkan secara berterusan.

Patutlah aku terasa 'lelaki' semacam pagi ni selepas bersarapan dengan 2 set roti bakar,2 biji TELUR ayam separuh masak dan secawan kopi di warung Wak Leman tadi......Wahhhhh!!!!!!

Thursday, January 29, 2009

AYAM

Kalau lah aku ini seorang yang gila glamour, memang sudah lama muka aku masuk surat khabar, majalah ataupun setidak-tidaknya menjadi bualan hangat orang-orang di kota metropolitan ini, lantaran rekod yang aku cipta hari ini.

Pagi tadi aku bersarapan nasi lemak dengan berlaukkan dua ekor ayam.Aku ulangi....DUA (2) ekor ayam.Bukan separuh-separuh ataupun suku, tetapi keseluruhan ayam, sebanyak dua ekor.Seekor berupa sebiji telur rebus dan seekor lagi sebiji telur goreng.

Hehhhh....

Thursday, January 22, 2009

KERJA

2.00 pm.Masuk ofis lambat, setelah separuh hari menemani wife aku di HUKM.Muka 'bosnita' * (boss wanita) dah macam tapak kaki jer menjeling aku.Hehhh...aku dah inform apa.Dah tulis kat white board.Dah sms secretary dia subuh-subuh lagi.Siap ada time slip lagi.Bukan saja-saja tuang kerja.Ini pun belum lunch lagi ni, terus masuk ofis.

Buka laptop dan terus rakus menghadap kerja aku secepat mungkin.

2.50 pm."Arghhhh......." aku hempas 'anak tudung' yang aku pakai ke atas meja, lantas berdiri, sekaligus mengejutkan rakan di sebelah.
"Apasal?'
"Aku hangin betul la....."
"Apasal?"
"Asal aku buat keje je, mesti siap cepat.Buat keje je, mesti siap.Bosan betul".
"Cehhhhh......"

* Kalau boss lelaki = 'boski'

Wednesday, January 21, 2009

REFLECT

Dari Rawang aku masuk PLUS highway sebelum exit ikut Sg Buloh menuju Gombak.Laluan rutin ku saban pagi dalam misi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.Jalan Sg Buloh-Kepong ni kadang-kadang OK, kadang-kadang KO.Kadang-kadang kontang, kadang-kadang air bergenang.Kadang-kadang sihat, kadang-kadang tenat.Kadang-kadang mendatangkan hangin, kadang-kadang mengundang dingin.

Hari ini dia sihat wal-a'fiat.Kering.Tak period.Pemanduan ku lancar tanpa gusar, walau aku sedikit berdebar melihat jarum jam telah menginjak ke pukul 8.30 am.Setiba bersebelahan tasik layang-layang Kepong tu, kenderaan di hadapan ku tersasar ke bahu jalan, lantas menebarkan debu, pasir dan batuan kecil ke arah ku. Dengan pergerakan automatik aku mengelak ke kiri (bukan kereta....tapi badan aku), sambil memperlahankan pergerakan (bukan kaki aku.......tapi kereta).

"Macam naik motor kan?", dengan muka bersahaja wife aku di tempat co-pilot bersuara, sambil tersenyum-senyum.

Cesssss.....

Tuesday, January 20, 2009

KUCING 2

Ramai jugak orang kat warung Wak Leman pagi-pagi ni.Kat dalam semua fully seated.Aku lepak meja luar dengan abang Kamal.Order roti banjir sama kopi 'o'.Borak-borak pasal kerja.Masa roti aku sampai, ada seekor anak kucing 'kiut' melompat duduk atas kerusi kosong sebelah aku, sebelum melompat naik atas meja (selepas aku usap-usap dagunya).

Kebulur nampaknya anak kucing ni.Aku pun letakkan dia semula atas kerusi sebelum offer roti banjir aku (secubit).Jilat-jilat, sebelum gigit malu-malu.Berhenti sekejap (ambik feel agaknya).Lepas tu, tanpa mengangkat kepala, laju jer makannya.Waaaa....kucing macha ni!!!Aku bagi lagi.Makan lagi.Bagi lagi.Makan.Bagi.Makan.Sampailah habis suku roti aku dia bedal, sebelum dia belah sambil menjilat bibir (tanpa mengucapkan terima kasih).

Masuk ofis.Untie Bollywood datang duty dengan gemercing gelang kaki tangannya, dituruti oleh gemercing gelang kaki (tak kurang dari 4 orang) staff perempuan di sini, lantas mengganggu panca indera ku dengan irama kccing....kccing...kccing....

Cuma bezanya kucing-kucing ni makan nasi.Hahahahaaa.......

Monday, January 19, 2009

KUCING

Sabtu.Bawak wife dan anak aku pergi Tasik Perdana.Nak pekena mee hun sup yang wife aku suka sangat tu.Dari Gombak ikut Highway Karak masuk DUKE.Promotion sampai 08/02/09, jadi tak kena tol.

Aku ingatkan highway ni terus exit ke Setapak atau Jalan Genting Klang, rupa-rupanya dia keluar ikut Ayer Panas.Adussss.....menggagau la aku.Banyaknya jalan 'ayer' kat sini. Satu-satu aku baca.....kuat-kuat!!!Jalan Ayer Telaga, Ayer Lombong, Ayer Keroh, Ayer Tawar, Ayer Madu, Ayer Tenang, Ayer Pasang, Ayer Deras, Ayer Bah, Ayer Kuning, Ayer Dusun, Mata Ayer pun ada....wahhhh!!!!

"Eh...jalan kucing la".Anak aku yang berdiri kat belakang menyampuk.Mana datang Jalan Kuching pulak kat sini?Aku toleh ke kiri dan nampak seekor kucing sedang berjalan kat sebelah jalan tu.

"Itu kucing berjalan la".Haaahaahaaaaa.............

Friday, January 16, 2009

VACUUM

Untie cleaner Bollywood tu memang datang 2 kali seminggu.Hari Selasa dan hari Jumaat.Tahu kenapa aku panggil dia untie Bollywood?Bukan pasal dia cun macam Aisyahwarai (lain macam je ejaan ni?) tapi pasal kat kaki dan tangan dia penuh gelang...yang bergemencing tiap kali dia bergerak, menyapu, mengelap, melompat, bersenam, etc.

Kalau dia vacuum carpet memang aku tak boleh concentrate buat kerja.Bingit beb!!!Tapi kenapa sekarang aku ada dengar bunyi macam vacuum cleaner je walaupun untie tu ada kat tingkat 1?Bunyi tu pulak kuat dan dekat je.

Rasanya datang dari meja sebelah.Aku jenguk.PC terpasang.Aku rapatkan telinga sambil membongkok menghampiri PC meja sebelah aku tu.Lahhh........kuatnya bunyi kipas. Sebijik macam bunyi vacuum cleaner. Daif sangat dah nampaknya PC kat ofis ni.

Hehhhhh........

Thursday, January 15, 2009

SHIVER

Salji memutih...macam kapas.Pokok-pokok rhu hanya tinggal batang dan cabang, diliputi ais.Sudut kiri pandangan ku ada seekor anak polar bear berlari-lari....lalu tergolek 'beruang' setelah tersadung pohon tumbang.

Angin bertiup kencang, menyapa muka...sukar nak aku jangka suhu ketika itu.Kesejukan menggigit....memaksa aku mengagau mencari remote aircond di meja sebelah.Huishhhh!!!Siapa lah yang pasang aircond sampai 16°C nih.......patutlah aku rasa macam nampak beruang kutub.

Cesssss...

Monday, January 12, 2009

THANKFULL

Tahun baru.Umur baru.Wife sorang.Anak satu.....
Syukurlah apa yang Allah bagi tu.....


Amin!!!!