Wednesday, October 21, 2009

MUET

Aku ada test Bahasa Inggeris hari ni; Malaysian University English Test (MUET) - test speaking.Apa yang nak aku ‘speaking’kan pun aku tak sure.Sementelah aku ni tengok CSI pun harap sarikata lagi.Apatah lagi kalau nak layan Discovery Channel dengan Animal Planet.Tengok dokumentari kambing gurun berlawan pun mati-mati aku ingat dia nak mengawan.Kalau dia orang tak tulis kat bawah tu haram aku tak tahu kambing-kambing tu tengah berlawan.Berlawan apanya kalau main angkat-angkat kaki manja macam nak mengawan.Ceh!

Walau macam tu, aku tak de la gerun sangat bab-bab nak berkomunikasi dalam bahasa penjajah ni.Walaupun bukannya hari-hari aku berabuk speaking; tapi aku rasa aku dah well prepared.Well you know!Dari minggu lepas lagi aku dah start dengar Hitz.fm dengan Traxx.fm.Mana class dengar Sinar.fm dan Hot.fm!Sekali sekala aku layan Mixs.fm.Bosan kalu aku tuned pergi Reds.fm.Gamak boring aku kasi cool down sambil pasang channel Light and Easy pulak.Pendek kata semua channel radio aku dah setkan ke channel orang putih.Barulah aura MUET mari sikit.

Kalau cakap BI, lidah aku ni bukannya fasih sangat; tapi kira bolehlah walau slangnya memang lain macam sikit.Tahu-tahu je lah; lidah yang dari kecik makan belacan ni memang payah nak bentuk.Dah puas aku try sarapan roti dengan butter nak kasi lembut.Haram nak mahunya.Nasi lemak dengan roti canai memang dah lama aku tak jamah.Takut berlemak lidah; payah!

Selain daripada tu, aku turut topup artificial intelligent aku dengan baca paper.Paper ape?Metro?Apa barang baca paper Melayu?Headline je gegar.Cerita biasa-biasa je pun.Takpe.Takpe.Mari kita baca NST.Tak cukup NST aku selak The Star pulak; biasanya ruangan Classified je.Boleh jugak rikey-rikey kerja baru.Heh!Pendek kata aku memang tak rasa goyang la nak speaking-speaking ni.Cuma yang cilakaknya test MUET ni dia orang buat kat sekolah menengah.Hampeh betul.Macam dah takde ‘U’ nak dibuat test.Nama je Malaysian University English Test!Tapi buat kat sekolah.Aku kena test kat Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru.Dekat-dekat sekolah wife aku je tu.

Pukul 7.30 am.Diiringi lagu 'Sometimes' nyanyian Britney Spears dari channel Reds.fm (yang aku ikut menyanyi dengan lirik lintang pukang), aku drive masuk ke kawasan sekolah tu.Parking full.Aku letak kereta sesedap rasa, turun betulkan kemeja dan slack, sebelum melangkah pantas ke arah pak guard.Beberapa orang perempuan berhampiran (yang aku rasa berjawatan guru kat sekolah tu) saling pandang memandang ke arah aku.Cepat-cepat aku perlahankan langkah mengawal kemachoan.Heh!

“Assalamualaikum pakcik.Tumpang tanya.Tempat periksa MUET kat mana?”,sapa aku pada pak guard yang aku agak dah melebihi separuh abad tu.

“Waalaikumsalam.Tempat periksa?Kat sekolah ni ke?”,dia tanya aku balik.

Aku angguk sambil tunjukkan slip peperiksaan yang aku bawak.”Ni!Dia tulis SMK Darul Ehsan”,ujar aku lagi.

“Datang periksa bukan kena pakai baju sekolah ke?”,dia tanya lagi sambil memandang aku atas ke bawah.

Aku telan liur.Tahan sabar.”Pakcik!Ini periksa untuk calon luar.Calon universiti!Bukan untuk budak-budak sekolah”.Ayat “universiti” tu aku keraskan sikit.Kasi pakcik tu paham.

“Oh!Periksa universiti!Pakcik ingatkan periksa budak sekolah tadi”,katanya sambil menepuk dahi; sekaligus membuatkan aku tersipu-sipu.Heh!Rasa macam muda belia sangat pulak aku ni.Lepas bercakap dengan partner dia menggunakan walkie talkie; pak guard tu pun tunjuk arah block periksa MUET tu untuk aku.Lepas ucap terima kasih aku beredar.

Tapi ayat terakhir pakcik tu sebelum aku blah agak menyetap perasaan.Kalau tak mengenangkan dia yang tunjuk arah, mahunya aku flying fox je rusuk kiri dia.

“Dah tua-tua baru nak ambik periksa ‘U’ ye”,katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Cehhhhh........

*Masa aku teliti senarai nama calon tadi, memang aku yang paling tua.Hehhhhh.........

Monday, October 19, 2009

FINAL EXAM

Kalau malas; tolong bacakan Al-Fatihah!
Kalau rajin; surah Yasin tolonglah sedekah!

Kokak-kokak pun; ucaplah "Asthagfirullah"!
Hehhhhh........

Wednesday, October 14, 2009

HITAM

Masa aku sampai rumah malam tu, mamat tu dah ready melepak santai depan gate, memang nawaitu tunggu aku balik la tu.Dari jauh lagi aku dah nampak dia usha tajam bila terperasankan kelibat kereta aku.

Sebaik saja aku jejakkan kaki ke tanah dia terus tak kasi can; terus terkam sambil mulut tak henti-henti merayu mintak makan.Kaki seluar aku pulak dia cengkam kuat dengan kuku hitam tajam; tak berpotong.Kalau aku biarkan mahunya rabak seluar aku ni.

“Ape ni brader?Lu agak-agak la nak mintak makan pun.Apa siap cekak kaki seluar gua pulak ni?”,aku bersuara keras sambil merenung tajam.Dia undur beberapa tapak dengan mulut yang masih lagi berbunyi.Lapar benar nampaknya.

“Gua tahu la lu lapar.Ape lu tak reti nak tunggu ke?”,jerkah ku lagi sambil menjegilkan mata.Kali ni dia diam.Monyok.Tapi berbunyi jugak lepas tu.

Tanpa memperdulikan mamat tu, aku bukak pintu, pasang lampu, angkat barang-barang dan dukung anak aku yang terlena masuk rumah.Siap semua.

“Nah!Lu makan sampai kenyang”,kata ku kemudiannya sambil bukak tutup tuperware, kasi dia makan.Tak bertangguh dia jamah rakus, tanpa bacaan ‘Bismillah’.

“Lain kali lu tunggu la depan pintu rumah gua pagi-pagi.Ini masa gua nak gi kerja lu tak de.Merayap tah ke mana.Kan dah kebulur”.Dia diam.Terus mengunyah tanpa pedulikan aku.

Kalau ikutkan hati memang aku starlet je telinga mamat tu.Hehhhhh..........

Tuesday, October 13, 2009

SEMUT

Heran!

Antara balang kuih raya dan balang gula, kenapa semut pilih balang kuih raya?Balang gula pulak langsung tak diusiknya.

Aku suspek semut pun kenal bulan Syawal.

Hehhhhh……….

Wednesday, October 7, 2009

ROKOK NAIK HARGA?

Rokok naik harga lagi?Naik 20 sen sekotak?Eleh….baru up 1 sen sebatang.Apa ada hal?Kalau dulu rokok naik harga, mungkin aku turut terasa bahangnya.Dulu, mungkin aku akan jerit, “don’t break my heart” macam iklan rokok kat tv, kuat-kuat, berulang kali, sambil buat demo angkat sepanduk, dengan berlari maraton gaya perlahan dari Gombak sampai Rawang.

Kalau dulu, mungkin aku dah start kurangkan kuantiti rokok yang aku hisap sehari, sambil sembunyikan rokok aku dari pandangan member-member se'perokok'tan yang kaki pau.Mana-mana rokok yang tak sempat habis atau belum sampai line emas kat puntung tu, aku boleh recyle balik.Boleh simpan untuk masa-masa terdesak mahupun kesempitan.

Kalau dulu rokok naik harga,mungkin aku dah start rombak belanjawan dengan kurangkan bajet makanan dan kelengkapan.Mungkin beras Faiza Taj Mahal (yang mahal) dah tukar dengan beras hancur Super Tempatan (yang harganya, kira boleh tahan).Kicap cap Kipas Udang pun mungkin tinggal kipas je, udangnya dah hilang; diganti kicap Tamin.Minyak masak Seri Murni yang ada 2-3 kali pemeringkatan; dah tukar dengan minyak masak dalam pek plastik yang boleh digunakan 2-3 kali tanpa penapisan.

Dengan ilmu Sains Pertanian yang aku belajar masa tingkatan 3 dulu, aku boleh didik wife aku bela ayam telur.Takde duit nak beli lauk, boleh makan telur.Nak makan ayam?Boleh pilih mana-mana sekor.Daging lembu tempatan pulak takde hal; boleh tukar daging kotak.Ikan?Ya, ikan…boleh bela dalam akuarium.Tak cukup akuarium boleh korek kolam.Korang nak ikan ape?Puyu?Keli?Haruan?Flowerhorn?Semua pun boleh bela.Udang dan sotong?Jangan memandai nak suruh aku bela dalam akuarium.Nanti aku rejam sekor-sekor dalam itu akuarium.

Sayur?Sayur boleh tanam bang!Apa tak cukup lagi ke pokok pegaga, karipole, halia, lengkuas, pandan, cekur, peria pantai, sambung nyawa, pudina dan bunga kantan yang dah aku tanam tu?Kan ke semua tu ulam-ulaman tempatan.Mahunya awet muda, tak tua-tua aku satu family; hari-hari makan ulam.Buah?Aku bukannya keturunan Tarzan nak makan buah bagai.Cukuplah buah-buahan yang sedia ada tu; sama ada yang boleh dimakan ataupun yang tidak boleh dimakan; mahupun yang berbeza sama sekali penggunaannya.Heh!

Susu anak boleh ganti dengan milo ‘o’.Minum milo pun boleh membesar bagai johan jugak.Harap anak aku tak komplen.Loreal wife aku pulak boleh ganti dengan Temulawak pasar malam je.Hias cantik-cantik pun nak buat ape?Bukan nak pergi mengorat.Aku pun bukannya jenis yang bawak bini pergi open house, nak tayang-tayang.Pendek kata aku boleh 'save'kan setiap aspek kehidupan semata-mata untuk rokok.

Tapi sekarang ni semua tu dah tak penting bagi aku.Aku kini bukan lagi seorang perokok tegar yang mungkar.Korang naikkan la harga dia 20 – 30 hengget pun.Aku takde hal.Aku pedulik hape!Lagipun, merokok tu kan kerja membazir.Kerja setan!Korang nak jadi setan?Aku dah lama tinggal kerja-kerja setan ni.Sekarang aku berada di jalan keinsafan.Korang bila lagi nak tukar haluan?Takkan selamanya nak terapung di ruang angkasa setan macam Space Cop Gaban?Hehhhhh………

Monday, October 5, 2009

RUMAH TERBUKA

Apa crita Sabtu & Ahad jem gila?

Ramai sangat ke yang buat rumah terbuka?

Thursday, October 1, 2009

GEGAR

Petang semalam.Ofis.Dalam area 6.20 pm.Aku kat meja; depan laptop.Kepala tiba-tiba rasa macam woody woodpacker jumpa batang pokok.Macam kena gegar.Rasa bergoyang-goyang.Mata pulak berpinau.Rasa macam naik buai.Macam nak muntah.Nak pitam.Apa hal tiba-tiba?Aku suspect mungkin sebab aku tak makan tengahari tadi, pasal leka meng’handle’ kerja yang kini cuma berkembar dua.

Dari duduk; aku bangun.Lantai rasa macam tilam.Beralun-alun.Mata masih berpinau.Meja rasa macam bergerak-gerak.Hati mula berdebar.Ini tanda-tanda nak kena stroke ke ni?Mintak dijauhkan Allah; pasal dalam sejarah family aku; memang abah meninggal pasal kena stroke.Budak-budak ofis pulak mula bersuara sesama sendiri.

“Ada rasa macam goyang-goyang tak?”,tanya seorang.

“Ha ah!”,jawab yang lainnya.

Huh!Nasib baik.Aku ingatkan aku sorang je yang rasa gegar.Sebelum muka aku masuk front page pagi esok; sebelum ofis runtuh, baik aku belah.Budak-budak tu pun masing-masing pakat-pakat balik.Aku ambik wife dan anak aku kat Gombak, dan dalam kereta menuju Rawang; dari buletin ringkas di radio, aku dengar ada gempa bumi kat Sumatera.Patutlah.Sampai rumah.Settle semua dan aku tertidur sebelum sempat TV3 tayangkan ‘Nightline’.

Entah pukul berapa aku terjaga pasal rasa badan aku bergegar kuat.Ya Allah!Rumah aku pulak kena gempa bumi ke?Dalam kegelapan dan mata yang terpisat-pisat aku bingkas duduk.

“Ayah!Nak susu".

Anak aku kasi gegar rupanya.Cehhhhh .……….