Friday, April 2, 2010

KIDAL

Hari ni aku nak ajar sains.Baca betul-betul dan fahamkan.

Otak kita ada dua bahagian.Satu belah kanan, satu belah kiri.Kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang berbeza.Otak kanan biasanya lebih berat kepada hal persamaan, fantasi, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna.Otak kiri pula lebih hala ke perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan logik.Daya ingatan otak kanan biasanya bersifat long term memory.Daya ingatan otak kiri pula short term memory.

Orang yang otak kanannya lebih dominan dari otak kiri akan menggunakan tangan kiri (kidal).Orang yang otak kirinya lebih dominan dari otak kanan akan menggunakan tangan kanan.Ramai orang dilahirkan sebagai pengguna tangan kanan tapi tak ramai orang dilahirkan sebagai kidal.Memandangkan otak kanan lebih berat ke arah fantasi dan kreativiti, maka orang kidal biasanya dianggap lebih genius; contohnya Albert Einstein, Isaac Newton dan Henry Ford.

Masa sekolah menengah dulu pun aku ada sorang member kidal.Mamat ni kalau bab pelajaran memang power gila; memanjang top 3 dalam kelas.Kalau bab muzik pulak dia sampai tahap main gitar guna gigi.Sukan dan permainan pulak jangan cakaplah; semua dia ceburi.Dari lumba lari membawa ke polis sentri; dari ragbi membawa ke hoki; keterampilannya memang terbukti, sekaligus membuatkan aku respek gila pada budak-budak kidal ni.

Faham?Kesimpulan yang aku dapat ialah, orang kidal adalah golongan genius dan terpilih; malah aku amat berharap anak-anak aku semuanya kidal nanti.

Sayang sekali aku bukan dilahirkan sebagai seorang yang kidal; malah tak ada yang kidal pun dalam family aku.Wife aku; pun kebetulannya bukan kidal. Anak perempuan kecik aku, si Qistina tu asyik kemam tangan kanan je sekarang ni; tak de harapan jadi kidal nampaknya.Abangnya si Danish tu pulak nampak-nampak gayanya pengguna tangan kanan tegar; dari suap nasi, menulis, tekan remote Astro '611' sampailah cuci bontot dan korek hidung semuanya dia hentam pakai tangan kanan.Memang terbukti ke'kanan'annya.

Tapi ada satu masalah yang aku nampak pada anak lelaki aku ni.Masalah yang agak payah nak aku huraikan di sini.

Ini tulisan Danish.Pejam sebelah mata pun memang korang tahu; cuma no 1, 4, 7 & 8 saja yang betul; yang lain-lain semuanya terbalik, padahal dia tulis guna tangan kanan.Ini macam mana nak kira ni?Kanan ke kidal anak aku ni?

Aku syak otak anak aku yang kidal.Hehhhhh..........

16 comments:

Anonymous said...

haaaaa, AKU KIDAL..over kan pakai urup besaq semua.. :)

tapi aku tak genius, aku harap masih belum lagi saja (hahahaha, macam la ada harapan at this age)..

and 3 anak aku tak sorang pun kidal.. sdikit frust disitu.. :)

eh, by the way, menulis terbalik mungkin ciri dyslexic.. banyak juga orang kreatif begitu.

Faizah Jaafar said...

mcm hantumakan taip...mungkin anak ko ada ciri2 desleksia...cuba jumpa pakar...

Dr Singa said...

kita rasalah....
Danish ..nak jadi doktor macam kita..
ataupun... fitness guru macam kevinzahri(err..dia tidak 'gembira' i hope)..
ko tengok..dia tulis 'carbohydrates' elok ke...
(ke...tu tulisan ko..)

Anonymous said...

dlm kuarga, anak buah aku ada sorg yg kidal, pempuan lak tu..smpi lps cebok pon sebok nk mkn dgn tgn kidal...yarkkk!!

apa yg aku nmpk, dia mmg berseni.. buat burung, sampan, tong sampah pki kertas pon cantik...TRAMPIL!

klu suh mengaler pon kemas!...TRAMPIL

tp 1 je yg aku pelik...suh buat kerja rumah..Liat! TROMPET!


mbe Danish ada kepakaran dlm membaca / menulis dgn ayat terbalik nnt! xD

Rina Rossoneri said...

ye lor.. kalau tulisan terbalik mcm tu, cenderung disleksia.. better kesan cepat

DeLancrettLurpak said...

ini sudah kire double genius! :) jaga betoi2..kire mcm future investment...hhehehe

Dr Singa said...

pembetulan...
elok je...
bukan elok ke...

Nashays said...

aku nampak carbohydrates di situ...:)

afendi ariff said...

hantumakan: ko kidal tak genius?inipun golongan unik ni.

faizah: siries ke penyakit ni?

dr: jdk dokter?waaa..bagus2...tp gay?tidakkkkkk....elegik.....
'carbohydrates' tu dia tulis sendiri...tp tiru je bukan eja sendiri pun.

jaja: harap anak aku trampil mcm anak buah ko jgk...tp yg trompet tu taknak lah!heh!

ros: akan diuruskan secepat mgkn.

meloves: double genius?heh...masin mulut ko hendaknya.

nashays: dia tiru tulisan ibu dia tu!

Firdaus said...

gua kidal!

afendi ariff said...

apei: lu genius ke tak?

Anonymous said...

Serius tu ntah la... tetapi kalau check web berikut, http://www.dyslexia.com/famous.htm ia akan menunjukkan org terkenal yg ada disleksik

afendi ariff said...

cik anon: tq for the info...tak tau pulak org2 femes ni ada penyakit mcm tu...

RinnAzrinah said...

aku pun KIDAL gak.. tp aku x nampak d mana keGENIUSan aku.... akan ada ka??... atau, aku harus berangan-angan saja??...

RinnAzrinah said...

sila rujuk kat sini :

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_content.jsp?lang=mental&sub=0&bhs=may&storyid=1226547606786..

credit to myhealth.gov.my

afendi ariff said...

eryna: ko ni pun antara kidal yg tak genius kot...
heh!