Thursday, April 22, 2010

RINDU

Peksa dah habis.Paper design yang aku jawab petang semalam langsung tak menunjukkan ciri-ciri nak dapat 'A'.Macam nak ke parit ada la.Segala ilmu yang aku ada macam tak mampu nak jawab soalan yang ditanya; padahal aku rasa aku dah baca semua.Entah sebab apa aku lupa formula.Aku syak separuh ilmu aku dah tumpah masa aku terbongkok-bongkok mandikan Danish sehari sebelumnya.Dem!

Keluar bilik peksa jiwa rasa semak.Aku menapak ke kereta sebelum drive laju-laju balik Gombak.Balik tengok anak bini lagi bagus; boleh jugak release kepala otak.Dah dekat 2 minggu aku sibuk kerja dan study serentak; sampai tak ada masa nak layan anak-anak.Kesian dia orang; tentu dia orang rindu dengan gurau senda aku.

Sampai Gombak aku main-main kejap dengan Qistina dan Danish.Mengekek-ngekek anak-anak aku tu bila aku ada.Rindu sungguh agaknya.Tak sampai dua jam lepas tu; lepas Isyak, aku keluar bersukan macam biasa kat Selayang Mall.Sebelum keluar wife aku yang sedang melipat kain baju di bucu katil siap pesan suruh aku balik awal.Mungkin dia pun macam anak-anak aku jugak, 'rindu' kat aku.Heh!

Lepas mengerah keringat dengan melompat-lompat pukul bulu itik kat tengah gelanggang; aku makan dengan kawan-kawan sepermainan.Tepat pukul 12.30 malam aku dah sampai kat Gombak.Masa aku sampai Danish dah pun tertidur atas toto kat ruang tamu.Memang dah jadi kebiasaan dia akan tidur dengan adik-adik ipar aku kalau kita orang tidur kat rumah mak mentua aku ni.Aku usap kepala anak sulung aku tu.Cium sekali kat pipi; sekali kat dahi.Kesian!Tentu belum hilang rindunya kat aku.

Pelan-pelan aku masuk bilik; wife aku dan Qistina pun dah tertidur.Aku pandang muka Qistina lama-lama.Walaupun anak kecik aku tu tak boleh bercakap lagi; tapi dari riak eksited yang dia tunjukkan masa aku balik tadi; aku tahu, dia pun macam abangnya jugak, rindu kat aku.

Aku pandang pulak muka wife aku yang tengah nyenyak tidur.Walaupun wife aku ni faham dengan situasi aku sebagai pekerja dan pelajar; tak banyak komplen dan jarang bersungut; aku tahu dia memang rindukan aku.Kalau tidak masakan dia akan tertidur dengan kain baju tersusun kemas di hujung katil dan underwear aku terlipat rapi disisi.Rindu sungguh nampaknya.Hehhhhh........

11 comments:

kucingorengemok said...

fuuu, saspen seh cerita ni... ending tak agak², haha :)

Faizah Jaafar said...

sungguh mengebu-gebu rindu wife ko kat ko erkk...smpikan tertido ngan spetot ko....adoii sakit perut aku pagi2 nih...hahahahahaaa...

Anonymous said...

aku lost, apa kena mengena spentoi ngan rindu, hahahahahaaa

tapi aku sure bini kau rindu gila.. kalau aku kat tempat dia, laki aku sebok camtuh, aku mmg rindu tapi tak le spentoi sampai ada watak, hahahahaaaa

sid sienna said...

hehh... sy bawah umur la.. :)

Jarr said...

gua syak lu kejutkan dia ni bro...rindu sgtlah tu...kah kah kah...

Anonymous said...

hadoi!

menangis bila baca ending cerita nih!

(menangis = padahal, ketawa smpi kuar airmata..)

xD

so, mlm tu wife kena kejut la yea??
hehehehehhe.....

Dr Singa said...

fiuhhh....
nasib baik ko tak habis cerita, cerita2 dan kejadian2 yang berlaku selepas itu sampai ke pagi...

Razman said...

ko tukar kan cerita ni? mesti underwear bini ko yg ada kat sisi ko.

afendi ariff said...

k.o.g: saspen ye?aku rasa mcm drama..heh!

faizah: dia letih lipat baju le tu

hantumakan: entahlah...aku pun lost!heh...

cik mimpi: lupa nk letak tag sx18.

jarr: wa kejut dia suruh alih tempat wa nak tido.

jaja: ye!dia tido tempat aku.

dr: entahlah kak!tak sedar mengigau ke tidak lepas tu...heh!

razman: heh!ini betul2 bukan cobaan.

geraugebang said...

ha ha ha...kalu buat drama ni best ni...ko anto skrip kat rashid sibir...ha ha ha

afendi ariff said...

kak gerau: nak kasi tajuk ape kak?heh....