Wednesday, September 22, 2010

SEDUT GAS

Dah dekat 2 minggu dah kita raya.Walau dah start balik kerja, tapi mood raya tetap ada.Walau tangan kiri kanan sibuk dengan keyboard dan mouse, tapi sekali sekala tangan kiri terambil jugak kuih tat kat dalam bekas plastik sebelah meja.Sekali sekala tangan kanan ter'klik' jugak lagu Anuar dan Elina atau Saloma.Sebulan penuh puasa weh; sebulan jugak la mood raya.Ye dak?

Seelok saja cecah raya keempat hari tu, aku dah mula rasa gatal-gatal tekak.Kejap-kejap terbatuk.Kejap-kejap tersedak.Nak kata pasal minum ais banyak sangat, aku rasa tak.Tiga empat hari lepas tu, gatal tekak tak hilang-hilang jugak.Dia punya batuk pulak dah tak agak-agak.Siap dengan perit.Siap dengan kahak.

Klinik dan farmasi tak payah sebut.Semua aku pergi.Ubat batuk klinik dari yang jenis air, sirap, pil, tablet, hablur, semua aku sebat.Ubat batuk farmasi pulak tak payah cakap la.Bukan setakat cap Ibu dan Anak; cap Ayah Bapak, cap Nenek Emak, semua aku belasah.Bukan setakat cap Kelapa Laut; cap Kelapa Dara, cap Kelapa Pandan, semua aku telan; tapi tak jalan.

Letih layan batuk yang sekali sekala datangnya panjang-panjang, yang rasa macam tak puas, rasa macam nak tekeluar anak tekak, rasa macam nak krem tali perut, rasa macam nak pecah dada; aku singgah Klinik Ilham kat BTP masa balik dari ofis semalam.

Doktor bagi aku sedut ubat guna nebulizer dalam 15 minit.Lepas tu baru lapang sikit rasa dada aku ni.Batuk pun datang jarang-jarang.Dia punya rhythm pun dah start pendek-pendek rentak pop.Takde lagi goreng heavy metal panjang-panjang macam sebelum tu.Lepas ambik ubat makan biji 3 jenis dan bayar, aku balik dengan lega.

Masuk saja rumah; wife aku tuju bilik tingkat atas, Danish tuju ke kereta control dia dekat tangga dan aku tuju ke bantal besar depan tv, terus letak Qistina, sebelum aku lepaskan lelah atas sofa.Anak dara kecik aku ni sebenarnya baru dapat lesen kuda.Gian benar merangkak sini sana.Kalau tak dijaga habis bawah kerusi, bawah meja malah sampai bawah sinki dapur pun diredahnya.Ada harapan jadi macam Catz nampaknya anak dara aku ni; rajin meneroka dan mengembara.Heh!

Aku biarkan saja dia merangkak ke seluruh rumah.Habis segenap ruang tamu ditawafnya.Dari wing chair membawa ke kabinet tv, dia perhatikan satu-satu.Mungkin otak comel itu sedang ligat membandingkan saiz perabot-perabot itu agaknya.Bila dirasakannya tak ada yang menarik perhatian; lalu dari ruang tamu dia beralih ke meja makan.

Di meja makan pula dia leka memerhatikan tekstur kayu dan alas meja makan yang berjuntaian, dengan amat tekun.Mungkin otak cerdas itu sedang sibuk meneka asal usul kejadian benda-benda itu agaknya.Bila dia rasa jemu dengan meja makan dia merangkak pula ke dapur.

Sampai saja di depan pintu bilik air dapur, ditepuk-tepuknya alas kaki depan pintu bilik air dapur itu sambil meninjau ke dalam, agak lama dan kusyuk.Mungkin otak yang sedang berkembang itu sedang berfikir tentang kegunaan bilik air itu agaknya.Sambil mengukir senyuman, pelan-pelan dia merangkak, cuba masuk ke bilik air.Cepat-cepat pula aku berlari ke dapur dan dukung anak dara kecik aku tu.

Ya Allah dia punya bau!Patutlah siap senyum simpul nak masuk bilik air, dia dah melepas rupanya!Secepat itu pula aku terus terbatuk; tak tahan nak sedut gas dari bauan anak aku tu.Aku rasa macam nak pergi klinik balik; nak sedut oksigen!

Hehhhhh.........

7 comments:

gadisBunga™ said...

try minum madu sesudu setiap pagi dan malam. jgn campur air. sebut betul2, MINUM madu okeh... :D

DeLancrettLurpak said...

heheheh...bau lepasan bahan kumuh budak kecik adalah ubat yg paling mujarab..semua flu dan batok ilang.. heheheh..power punyaa!!!

Qastalani® said...

budak-budak kalo dah makan serba serbi.. bau tahi nya dah macam tahi org tua dahh.. my son baru nak pandai bercakap.. dtg dekat kita ni, buat bunyi u-uk.

karipapsayur~

Anonymous said...

hahaaaa..
cerita ending dia corner baring gila..
tak nampak langsung..

Afzainizam said...

-SalamAidilfitri-Maaf Zahir & Batin-
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

yupppp aku pun diserang batuk tak henti sesejak raya ni.... mungkin aku alahhh ngan majerin kat kuih raya tu.....


adoiiiii habis tawaffff malepas hajat plakkkk... ituwww lahhhh anak penyejuk mata penenang jiwa

RinnAzrinah said...

kih...kih...kih... dia sgt mengetahui akan fungsi bilik tersebut...mmg pandai laa..

afendi ariff said...

gb: dah buat...tak sure mujarab ke tak..heh!

meloves: ye power...nak termuntah aku ko tahu.

q: heh!len mcm perangai anak ko kan?

hantumakan: heh!lama tak tgk komen ko sis...

afzainizam: dah lega ke bro?

eryna: aku rasa pun mcm tu...heh!