Tuesday, March 31, 2009

VENICE OF THE EAST

Weekend.Di Melaka.Me’release’kan diri dari kerja dan study.Dah lama tak berehat.Sampai sana Sabtu petang.Menginap di Emperor Hotel.

Malamnya me’round’ Bandar Melaka, lepas balik dari Ikan Bakar Parameswara di Pengkalan Pernu, Umbai.Melilau menyelusuri Kampung Morten mencari Taman Rempah.Wife aku nak naik bot.Nak tour Melaka ikut sungai.

Ramainya umat yang beratur.Dalam ½ jam akhirnya kita orang naik bot “Hang Nadim” dengan sekumpulan beberapa family yang separuh daripadanya budak-budak.

Melaka memang fascinating waktu malam.Dengan lampu-lampu yang bergemerlapan dan cahaya yang melimpah.Satu yang menarik perhatian aku, Melaka cukup bersih.Payah nak cari sampah.Dengan kebersihan dan neon yang menerangi persisiran sungai, buat aku kagum sendiri.

Tiap kali berselisih dengan orang di tepi sungai, budak-budak se’bot’ dengan aku ni akan bersorak-sorak dan melambai-lambai.Ada yang sporting dan melambai balik.Ada yang senyum.Ada yang buat 'dek'.Satu ketika kita orang berselisih dengan sekumpulan 'minah salleh' (4 orang).Dia orang turut tersenyum dan melambai balik setelah disorak oleh budak-budak tu.

Sepontan aku bangun sambil membentuk gaya ganggang telefon di sisi telinga, sebelum membuat aksi “Call me!Call me!”, sekaligus membuatkan mereka mengerutkan dahi dan berpandangan sesama sendiri.Hehhhhh…….

Saturday, March 28, 2009

EARTH HOUR

Hari ni hari Earth Hour.Mulai pukul 8.30 hingga 9.30 malam ni kita boleh bantu kurangkan pemanasan global dengan padamkan lampu rumah dan perkakas elektrik rumah kita selama 1 jam.

Earth Hour dimulakan pada 2007 di Sydney, Australia bila kira-kira 2.2 juta orang dan ribuan premis perniagaan telah memadamkan lampu selama 1 jam, sebagai mesej sokongan bagi membantu mengurangkan pemanasan bumi.Pada Mac, 2008 Earth Hour mula jadi isu global bila lebih daripada 400 buah bandar seluruh dunia (kira-kira 50 juta orang), melakukan perkara yang sama.

Tahun ni aku nak turut serta.Aku nak padamkan semua lampu kat rumah aku.Biar bergelap.Biar sokongan yang aku tunjukkan ni dibawa ke Global Climate Change Conference di Copenhagen, Denmark nanti.Biar para pemimpin dunia fikirkan cara untuk tangani isu pemanasan global ni sekaligus menggantikan Kyoto Protocol yang tidak lagi relevan dalam menangani perubahan drastik climate bumi ini.

Aku akan padamkan lampu-lampu rumah aku!Bukan 1 jam.Bukan 5 jam.Bukan 10 jam.Tapi 36 jam!Pasal aku sekeluarga nak bercuti ke Melaka.Tak ada kat rumah.Hehhhhhhh.......

Padamkan lampu anda!VOTE EARTH!

Thursday, March 26, 2009

SPARROW

Semalam.Masa turun ke tempat parking aku nampak seekor burung ciak rumah terdampar atas simen bersebelahan jalan.Mati ke?Sakit ke?Aku hampiri burung ciak itu sesegera mungkin.Belum pun sempat aku berlutut, dengan pantas ia terbang menuju ke tingkat atas bangunan ofis tu.

Aku dongak sambil meninjau-ninjau.Ia hinggap di frame konkrit sebelum melompat ke atas outdoor unit aircond yang terpasang di dinding sekaligus melindungi pandangan ku.Dalam posisi mendongak sebegitu aku bergerak ke depan, ke kiri dan ke kanan untuk melihat burung ciak tu.

"Aduh!", tanpa aku sedari aku dah terlanggar tiang konkrit.Sengalnya bahu.
"Apa bikin kawan?",tanya pak guard India berhampiran yang mungkin sedari tadi memerhatikan gelagat aku.
"Tengok burung la!",jawab ku sambil menggosok-gosok bahu.
"Burung pun mau tengok ka?",katanya sambil tersengih-sengih.

"Saya tengok burung pun bukan you punya 'burung' ma!",kata ku sambil menunjukkan bahagian 'bawah' pak guard tu, lantas membuat dia tersipu-sipu 'kemaluan'.Cehhhhh...........

Wednesday, March 25, 2009

DICTUM

Judi itu hukumnya haram.Kalau berlaku depan mata kita wajib cegah.Sebagai umat Islam, aku rasa tercabar dan tak boleh biarkan perjudian berlaku depan mata aku.Apatah lagi kalau yang berjudi itu orang Islam juga.Kalau sekali dua mungkin boleh aku pejamkan mata.Tapi kalau hari-hari, itu mencabar namanya.

Aku jeling lagi budak practical kat sebelah aku.Leka betul ‘berjudi’ dengan game "Spider Solitaire" di komputernya, yang berbunyi macam vacuum cleaner tu.

Huhhhh………Patutkah aku biarkan saja ‘kemungkaran’ ini?

Tuesday, March 24, 2009

ELATE

Anak aku yang leka bermain kereta navigasi pintarnya (yang terpaksa aku beli pasal kesiankan mamat bangla hari tu),tiba-tiba menghampiri aku.

“Aik!Dah takde”,getusnya sambil menatap tepat ke muka ku.
“Apa yang takde?”,aku tanya balik.
“Geli-geli dah takde”,katanya lagi sambil menyentuh atas bibir ku yang licin bercukur.
“Aa ah!Danish suka?”
“Suka”,jawabnya pantas, sebelum berlalu dan kembali leka dengan 'Ferrari'nya.

Dan aku tahu.Wife aku pun mesti suka.Kerana tak ada lagi ‘geli-geli’.Di situ.Hehhhhhh…….

Monday, March 23, 2009

SHAVE

Khamis lepas.Aku bersenang-senang atas sofa ‘Karlanda’ Ikea, sambil tengok tv.Anak aku datang dan duduk kat sebelah.

“Eiii!Geli!Geli!”,katanya tergelak-gelak, sambil menyentuh kumis ku yang kian memanjang dengan hujung telunjuk.

Huh!Takde kerja betul anak aku ni.Aku bangun menghadap cermin besar atas meja console.Hm!Nak kena cukur la nampaknya.Sebelum wife aku pula yang cakap.Lagipun, aku takut dia ‘geli-geli’ pulak nanti.Hehhhhhh………….

Wednesday, March 18, 2009

TOUCH 'n GO

Semalam.Balik dari ofis.Masuk tol Sg. Buloh.Ikut lorong Touch ‘n Go.Aku ‘ciumkan’ kad T’nG tu ke panel pengimbas dan, “Toooonnnnn……”

Uh!Tekejut aku jadinya.Biasanya bunyi “Tit tit” je yang keluar.Cehhhh…..rupa-rupanya bunyi hon lori balak dari laluan sebelah.

Tuesday, March 17, 2009

STRESS

Hari tu.Aku lalu depan koperasi bersebelahan Perpustakaan Sultanah Zanariah.Melangkah longlai macam nak rebah, pasal ada 2 assignment, 1 project dan 2 exam yang bakal aku tempuh dalam masa 2 hari.

Tanpa konsentrasi yang utuh aku baca nota di pintu kaca koperasi tu sekali imbas.
“SILA TANGGALKAN SELUAR”.Huish!Biar betul?

Pantas aku toleh dan baca semula, “SILA TINGGALKAN BEG DI LUAR”.
Hehhhhh.…..stress beb!Stress!

Friday, March 13, 2009

TEAT

Pagi tadi.Hujan lebat.Jalan sesak.Aku drive sambil minum 100 Plus.Sedang anak aku lepak kat belakang.Lepas sekali dua teguk, aku letak botol 100 Plus tu kat tempat letak bekas air yang tersedia (kat bahagian tengah kereta aku).

Bagus betul kereta aku ni.Ada pulak tempat letak bekas air.Macam tahu-tahu je aku drive sorang.Tak de orang tolong pegangkan botol minuman.Agaknya diaorang dah buat research dulu sebelum timbul idea untuk provide tempat letak bekas air ni.

Aku capai lagi botol 100 Plus tadi dan teguk.Eh!Apasal kenyal dan berlemak semacam je mulut botol ni?Cehhhh………botol susu anak aku!

Thursday, March 12, 2009

CAR

Semalam.Aku singgah kat stesyen minyak sebelah padang ‘layang-layang’ Kepong.Isi minyak sebelum dihampiri oleh seorang attendant Bangla yang sibuk mempromote kereta navigasi pintar Ferrari.

“Mau beli kereta bang?Ini kereta banyak pandai.Boleh sendiri corner.Boleh control.Murah juga”,katanya sambil menunjukkan deretan kereta mainan di atas kotak.

Aku tanya balik, “Boleh naik ke?”.Pelan-pelan mamat Bangla tu beredar ke pam sebelah.Hehhhhhh………

Wednesday, March 11, 2009

MOUSE

Dulu.Masa kat company lama.Masa workload tengah banyak.Rakan ofis yang duduk bertentangan dengan meja ku, ke bilik air.Aku yang keboringan pantas menerpa ke arah mejanya dengan masking tape hitam di tangan.Ku capai mouse yang tidak berkaki di atas meja itu, lalu aku tampalkan masking tape itu di bawahnya.Di bahagian lampu yang berkelip-kelip tu.Sepantas itu pula aku kembali diam ke meja ku.

Rakan ku yang selesai ‘melepas’ kembali ke mejanya dengan muka lega.Namun seketika kemudian ku lihat wajahnya meng'kelat'.Mouse ‘kudung’ itu ditolaknya ke kiri dan ke kanan.Digoyang-goyang.Dihempas-hempas.Diketuk-ketuk.

“Arghhhh!Hang pulak dah komputer ni”,ngomelnya sendirian sambil tak henti-henti menolak optical mouse itu ke segenap ceruk meja.

“Pasal?”,tanpa bangun dari duduk ku, aku bertanya.
“Ni ha!Mangkuk ni hang pulak.Aku tak sempat save lagi pun”.
“Dah check mouse?”
“Dah!Tak gerak jugak”
“Bawah mouse?”
“Bawah mouse?”,ulangnya kehairanan, seraya mengangkat tinggi tikus tiruan itu.

"Hampeh....",tanpa menunggu ayat seterusnya aku berlari ke tandas.Hahahaha....

Tuesday, March 10, 2009

DUMB

Jumaat.10.30 pm.Balik dari Gombak, aku ke kedai Acheh di BTP.Cari kepala ikan merah.Nak masak kari.Setelah 2 - 3 minggu mengidam nak makan kari kepala ikan, aku ambil keputusan untuk masak sendiri.

Kata mak aku, kalau makan kepala ikan nanti jadi bodoh.Mengaji Quran payah dapat.Hm, aku dah habis Quran.Tak pe kot kalau makan.

12.30 am.Aku makan malam (@ pagi) dengan nasi putih berlaukkan kari kepala ikan.Sedang enak menyuap baru aku teringat.Alamak!Aku ada exam Ahad ni!Habislah aku.Nampaknya kepandaianku telah aku susutkan pagi ni.Cehhhh......

Friday, March 6, 2009

STUDY SMART

Ahad ni aku ada 2nd test untuk Wastewater.Masalahnya aku tak sempat langsung nak selak buku.Minggu ni workload aku tak putus-putus.Sampai rumah pulak dah letih lesu walaupun selepas minum Extra Power Root Tongkat Ali.

Dulu masa sekolah, cikgu aku selalu sebut, "Kamu tak perlu study hard tapi study smart".

Mula-mula sukar juga nak aku fahami maksud yang tersirat, apatah lagi mempraktikkan apa yang tersurat.

Namun kini, setelah berulang kali ku renungkan rangkap itu, aku dah faham maksudnya.Kesimpulannya, walaupun aku stress study, namun dari dulu lagi aku memang kelihatan smart, kacak dan bergaya......Hahahhahaa!

Tuesday, March 3, 2009

UPIN & IPIN

Ahad.GSC Midvalley.Petang.Ramai jugak manusia yang beratur nak beli tiket.Tidak kurang dari 50 orang kesemuanya (malas aku nak buang masa dan hitung satu per satu), sedang cuba menghabiskan wang gaji masing-masing (termasuklah aku).

Sebenarnya aku bukan suka sangat tengok wayang ni.Wife aku yang beria-ia dan teruja nak menonton filem "GENG: Pengembaraan Bermula - Upin dan Ipin".Anak aku pun suka sangat katanya.Ye lah tu.....anak!Kalau ibunya yang suka pun bukannya aku tahu.

Sambil berbaris (macam budak sekolah nak ambik Milo free),aku baca senarai filem yang ditayangkan.Tapi tak nampak pula tayangan seterusnya (next showing) untuk filem Upin dan Ipin tu.Setahu aku ada tayangan pada pukul 5.00 pm, 7.00 pm, 9.00 pm dan 11 pm.Tak kan fully booked?Dalam bersoal-soal sebegitu dah hampir 45 minit aku berbaris.

"Suma tiket sudah habis",kata budak India penjaga kaunter, yang bertali leher selebar dua jari itu.
"Pukul berapa ada?",tanya ku lagi cuba memujuk hati.
"Suma pukul pun tara la bang".
Cessss......ada jugak macha yang kena pukul ni karang!

Aku pun berlalu dengan kaki yang lenguh, pinggang yang sengal dan perasaan yang hangin.Nak kena beli CD la ni.

*P/S: Yang pakai 'toncet' tu Upin.Yang fully gonjeng tu Ipin.Kalau nak download suara diaorang, theme song dan lain2 lagi, klik lah link bawah ni:
http://www.upindanipin.com.my/