Thursday, May 28, 2009

JUNCTION

Camry itu bergerak perlahan menghampiri.Sedang aku terpaku menanti.Rimas betul la kalau bawak kereta terhegeh-hegeh macam ni.Aku amati dengan teliti.Ternyata pemandunya bukan lelaki.Nyonya pulak lagi.Dengan gaya slow motion “Six Million Dollar Man dia membelok ke kiri.Tanpa signal diberi.Tanpa riak bersalah di hati.Memang cilabi cina ni!

Macam tunggul mati aku tunggu dia lalu kat simpang tiga tu.Ingatkan dia nak gerak terus.Rupa-rupanya nak masuk kiri.Memang macam gampang!Kereta mahal berjuta kupang.Signal tak bagi nak masuk simpang.Ini yang buat aku rasa nak terajang orang.Betullah kata Saiful Azam!Kalau tak puas hati tunggu kat simpang!

Cehhhhh……

Wednesday, May 27, 2009

REASON

Bukankah kau tahu kesukaan aku adalah belacan.Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan.Sekarang aku akan pancung leher kau” – S.Kadarisman.

Ingat dialog ni?Petikan filem “Seniman Bujang Lapok”.Walaupun cuma babak dalam lakonan tapi ada pengajarannya bagi yang berfikir.

Perkara kecil usahlah diperbesarkan.Kesalahan kecil jangan pula hukumannya tidak setimpal”.

Pagi tadi aku dengar Hot Fm (97.6).Fara Fauzana di konti.Topik pagi tentang “Sebab-sebab Penceraian”.Ada sorang pendengar hantar SMS.Bagitahu yang kakaknya diceraikan suami pasal masak tak letak ajinomoto.Padahal dah 15 tahun kahwin.

Bukankah kau tahu kesukaan aku adalah ajinomoto.Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur ajinomoto.Sekarang aku akan ceraikan kau” – Abang ipar dia.

Haha!Kalaulah aku jadi pendengar tu, mahunya aku flying fox je buah pinggang abang ipar dia tu.Concrete betul alasan!Selama 15 tahun kebelakangan ni agaknya dia masak sendiri.Ataupun dia makan kat luar.Tak pun dia makan kat rumah mak dia hari-hari.

Kalau nak cari alasan nak menikah lain pun cari la alasan lain.Kalau ada perempuan lain, cakap cara gentle.Aku pun lelaki dan suami jugak.Bezanya aku lelaki dan suami yang baik.Haha!

Alasan ajinomoto sama bengongnya dengan alasan nak memancung pasal masak tak letak belacan.Cehhhhh!Otak belacan punya orang.Agak-agak la!

Tuesday, May 26, 2009

COINCIDENCE

Pagi ni mendung lagi.Tahu kenapa mendung?
Salah!Salah!Bukan pasal nak hujan.
Pasal aku datang awal!Hehhhhhh........

Monday, May 25, 2009

ROAD THUGS

Petikan mStar Online (Selasa Mei 19, 2009):

"Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, ketika diminta mengulas istilah 'mat rempit' yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah 'mat rempit' kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya.Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain", kata Abdul Aziz - BERNAMA."

Mat rempit?Tak perlulah aku nak terangkan pada korang.Budak kecik pun tahu istilah tu.Selama ni pun diaorang memang rasa bangga dengan gelaran ‘rempit’ tu.Boleh pula tanpa segan silu mengaku diri sebagai mat dan minah rempit.

Dialog 1:
“Kau ni bawak motor laju-laju.Tak risau accident ke?”
Gua mat rempit!Biasalah bawak motor laju”.
Dialog 2:
“Pergi mana pulak tu?Laju semacam je”
“Pergi merempit la, mana lagi.Inikan malam minggu”.
Dialog 3:
“Minah rempit mana ada tanggunggjawab” – Ha!Ni bunyi macam petikan filem “Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam” yang hari-hari tayang kat tv tu.

Samseng jalanan?Lagilah diaorang rasa bangga.Yang badan macam papan lapis pun rasa tough macam Sazali Samad.Rasa macam nak belasah orang je.Maklum la!Samseng!

Aku pernah terbaca satu saranan yang amat bernas (kat mana; aku pun tak ingat) daripada seorang pembaca yang mencadangkan istilah ‘mat rempit’ di tukar kepada ‘mat bangang’!

Dialog 1:
“Kau ni bawak motor laju-laju.Tak risau accident ke?”
Gua mat bangang!Biasalah bawak motor laju”.
Dialog 2:
“Pergi mana pulak tu? Laju semacam je”
“Pergi membangang la, mana lagi.Inikan malam minggu”.
Dialog 3:
“Minah bangang mana ada tanggunggjawab”.

Haha!Ada ke mat dan minah bangang kat sini?Yang sanggup mengaku dirinya bangang?Memang bangang la si bangang tu!Hehhhhh……

Friday, May 22, 2009

GASTROL

Ofis dulu.Member aku baru balik dari klinik.Mukanya kelat macam Tan Sri rugi saham.Dia berteleku di meja, termenung dan merenung ‘dalam’ monitor di hadapannya.

“Pasal bai?”,aku yang sedari tadi memerhatikan gelagatnya, bertanya dengan prihatin.

Dia diam sejenak.Mendengus kuat sebelum berkata,”Gastrol aku tinggi la bai”.

Gastrol?Apa benda tu?”,tanya ku pantas.Confused!

“Ala!Yang minyak tu!Tak kan kau tak tahu?”,kata lagi dengan bersungguh-sungguh.

“Minyak?Minyak baru ke?”,ku tanya lagi.

“Bukan minyak baru la bai.Ini minyak dalam badan kita ni.Yang boleh buat darah tersumbat kalau dia ada banyak.Macam lemak la.Tapi ini dalam salur darah”,jelasnya panjang lebar.

Gastrol?”

“Ye la!Gastrol!”,jawabnya, confident.

Cholesterol kot?”,kata ku kemudiannya, lepas berfikir seketika.

“Ha!Tu la dia!Gas……ape kebende tadi?”, dia mengiakan sekaligus menyoal, dengan riak serba salah.

“Kepala hotak kau berjambul la”,dan dia ketawa dengan rianya bila aku katakan cholesterol tu boleh dikawal dengan selalu excersice, bersukan dan makan serat.Hehhhhh……

Thursday, May 21, 2009

GOOGLE EARTH

Ketika keluar dari tandas aku lihat budak practical itu sedang leka meng’godek’ Google Earth.

“Cari ape?”,aku tanya.

“Cari rumah saya kat kampung”,katanya sambil men’scroll’ tikus tidak berkaki itu ke depan dan ke belakang, sebelum menaip sesuatu di keyboard.


“Felda Ciku 7,Gua Musang?Ceruk mana kau duduk ni?”.Aku tanya lagi.

“Tempat kelapa sawit la encik.Rasanya sini area rumah saya.Tapi tak jumpa”,jawabnya sungguh-sungguh.

“Tak cuba call mak kau”.

Call buat ape?”.Dahinya berkerut.

“Tanya dia pindah mana?”.

“Huh!”.

Hehhhhh………

Wednesday, May 20, 2009

CLOUDY

Sehari sebelum semalam.Sampai ofis 8.21 am.Hanya ada 2 orang staff perempuan (staff baru dan agak baru) kat ofis.Yang lain-lain pastinya lebih lewat dari aku.Staff berbadan besar yang agak baru, berhadapan pintu mengangkat muka bila daun pintu ku kuak.

“Assalamualaikum!”,sapa ku.Tersenyum.
“Waalaikumsalam!”,jawabnya.Tersengih.
“Macam awal kan?”,kata ku sambil menuju meja ku.Masih tersenyum.
“Ha ah!”,katanya sambil melirik ke arah jam di dinding.Masih tersengih.
“Macam nak hujankan”,kata ku lagi.Dan dia terus tersengih.Hairan dengan ke’awalan’ ku kot?

Aku ke pantri.Cuci cawan sebelum menjenguk ke luar jendela.Di luar ternyata mendung.“Eh!Betullah!Nak hujan!”,aku bersuara sendiri.

Kalau hujan jalan mesti jem.Yang bawak kereta mesti sangkut.Yang bawak motor mesti semput.Kesian dia orang.Datang ofis awal terus hari nak hujan.Esok terpaksalah datang lambat.Hehhhhh…….

Tuesday, May 19, 2009

DONATE

Semalam aku dapat SMS dari sorang budak kelas aku pasal Rumah Amal Kasih Bestari yang memerlukan sumbangan.Alahai!Di hujung-hujung garisan macam ni bukan rumah amal je yang perlukan sumbangan sis!Aku pun perlukan sumbangan jugak!

Apapun bagi yang tidak mengetahui, Rumah Amal Kasih Bestari ini ditubuhkan pada bulan September 2007.Ia adalah salah sebuah rumah amal yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) yang aktif dalam memberikan khidmat kebajikan dan perubatan kepada golongan yang memerlukan.Rumah amal ini merupakan lindungan bagi anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan juga fakir miskin.

Bagi sesiapa yang prihatin, aku sertakan details tentang Rumah Amal Kasih Bestari ni:

Pengetua: Ustaz Hamzah.
No Telefon: 016-2516515.
Jumlah penghuni: 30 orang (Sehingga September 2008).
Alamat: No 1 Jalan Nova, U5/82 Subang Bestari, Selangor Darul Ehsan.

Bagi yang ingin menyumbang bolehlah menggunakan saluran-saluran berikut:

1) Datang terus ke alamat di atas.

2) Melalui akaun Maybank Berhad:
Nama Akaun: KASIH BESTARI
No. Akaun: 5620 8551 3207


3) Melalui SMS:

Atau korang boleh emailkan details ni pada boss korang.Macam yang aku buat.Boss aku kan kaya.Setakat 3 - 4 riban tak kan dia tak mampu.Aku setakat donate pakai SMS bolehlah.

Tapi aku nasihatkan korang jangan pakai official email address.Pakai yang private punya.Kalau tak nanti boss korang donate pakai gaji korang pulak.Hehhhhh.......

Monday, May 18, 2009

ANTZ

Puan Hamidah Ab. Rahman (K), lecturer “Hubungan Etnik”,ada bagitahu, “Kita boleh jadi bodoh selama 40 hari, jika kita minum air yang dimasuki oleh seekor semut”.

Pagi ini.Aku renung semut merah yang telah ‘arwah’ dalam air Nescafe yang baru ku teguk, dengan perasaan bercampur baur.Habislah!Bodohlah aku selama sebulan setengah,mulai dari hari ini.

Betul ke sebulan setengah?Ini semut yang aku nampak.Yang aku tak nampak entah berapa ekor lagi?Buatnya 4-5 ekor yang ‘arwah’ dalam Nescafe ni tadi?Mahunya aku bodoh setengah tahun!Jahanam la study aku!Arghhhhh……..

Friday, May 15, 2009

RAIN

Senja semalam.Hujan.Lebat sungguh.Dah lama tak hujan selebat tu.Lepas Maghrib aku keluar ofis dan hujan masih mencurah.Mujur aku parking kat basement.Kalau parking kat atas mahunya basah kuyup nak ke kereta.

Jalan sesak.Kereta banyak.Air yang berkelodak, bertakungan di lopak.Perjalanan yang sepatutnya 15 minit, jadi hampir sejam.Lepas jemput wife dan anak aku kat Gombak, kita orang balik.

“Sejuk”,kata wife aku sambil meninggikan temperature penyaman udara.

“Sejuk?”,soal ku sepatah.

“Aa ah!Kat parking.Baju basah masa nak masuk kereta”,katanya sebelum menyentuh baju aku.

“Eh!Baju abang kering?Tak kena hujan ke?”.Aku diam.

“Orang beriman memang macam tu!”,kata ku kemudiannya sambil ‘menaici’kan badan ke kiri, ke depan, ke belakang dan ke kanan.Lagak orang mengelak air hujan.

Dan dia terus mencemik.Kemeluatan.Hahaaaaa……

Thursday, May 14, 2009

COCKROACH

Binatang apa yang paling korang takut?Yang korang rasa geli bila tengok?Ular?Tikus?Cicak?Tapir?Kuda laut?Cipan?Atau....Badak sumbu,kuda belang,kanggaru!Zirafah,harimau kumbang dan sang kancil!(baca ikut alunan iklan KFC dulu-dulu....‘Mari kita pergi zoo’).

Buat masa sekarang, aku paling takut kat babi.Terutamanya babi yang selsema!Nak pulak kat muncung tu berair.Fuh!Memang babi la babi tu!(Kenapa aku rasa macam mencarut pulak ni?).Tapi bukan babi yang nak aku ceritakan.Aku nak cerita pasal lipas.Sebenarnya aku ni peng’geli’ orangnya.Geli pada binatang merayap.Macam lipas.Bukan takut ye!Geli!

Kalau aku nampak lipas melata, aku boleh kejar dia satu rumah.Tapi bukan kejar dengan tangan kosong.At least kena ada Ridsect ke, kertas surat khabar yang bergulung ke, atau pemukul lalat ke sebagai senjata.Aku allergic betul tengok lipas melata.Kalaulah merayap kat badan aku.Hish!Meremang bulu tengkuk.Geli-geleman.

Awal tahun lepas.Sehari sebelum ‘besday’ aku.Aku kena operate kat perut.2 minggu aku terbaring atas sofa kat rumah.Nak berjalan susah.Berjalan ‘sakit’.Kena kesot-kesot macam penguin.Nak bangun susah.Bangun ‘sakit’.Kena berpaut dan tolak badan slow-slow baru boleh bangun.Nak mandi susah.Mandi ‘sakit’.Kena cover tempat yang operate takut basah.Pendek kata aku lebih banyak terbaring atas sofa.Layan tv.Nasib baik mak aku ada.Ada jugak peneman dan tukang masak.Haha!

Satu malam.Wife, anak dan mak aku dah tidur.Aku pun baru agak-agak nak lelap sebelum tiba-tiba aku rasa ada benda melata kat lengan aku.Dalam masa 0.005 saat aku melompat bangun dan tepis benda merayap tu.Ia terpelanting lalu hilang ke bawah sofa.Lipas!

Dengan ‘sihat’ aku terpa suis lampu.Light on!Wife dan mak aku terkejut bangun.Dengan ‘sihat’ pula aku capai Ridsect atas rak kasut sebelum membongkok dengan ‘sihat’nya dan aku spray sampai ber’fogging’ bawah sofa tu.Akhirnya arwahlah ia dalam kabutan Ridsect yang memutih.Memang lipas la lipas tu!(Tak sedap pulak bunyinya, kan?)

Lepas tamatkan riwayat lipas tu, barulah aku sedar.Perut aku rasa pedih macam disiat-siat.Macam kena toreh.Ngilu!Arghh!Aku baru lepas operate!Aku sepatutnya ‘sakit’.Dengan muka berkerut aku tekup perut.Pelan-pelan aku duduk, sedang wife dan mak aku dah ‘pecah perut’.Cehhhhh……..

Wednesday, May 13, 2009

CELAKA?

Hari tu cuti.Aku di sofa.Selak ‘Metro’.Wife aku kat dapur.Basuh pinggan.Anak aku depan tv.Tengok Mr. Bean.

Sekali-sekala dia ketawa.Kadang perlahan.Kadang kuat.Kadang mengekek.Kadang terbahak.

Tiba-tiba dia bersuara, “Ayah cite Tebin ni celaka la”.

Huhhhhh……..Aku terkedu!Maksud anak aku, ‘celaka’ tu ‘kelakar’ ke?

Tuesday, May 12, 2009

PETROL

Malam.Lepas Maghrib.Warning light di dashboard terus berkelip.Menandakan kereta kian ‘dahaga’.Sebenarnya amaran itu hadir sejak pagi lagi.Namun aku biarkan.Aku confident.Aku yakin.Ia mampu bertahan.

“Tak nak isi minyak dulu?”,tanya wife aku.

“Ok lagi ni.Kita makan dululah”.

Aku memandu menuju Taman Bunga Raya,Setapak.Dekat-dekat Universiti Tunku Abdul Rahman.Gerai Nasi Lemak Mali.Dan setengah jam kemudian setelah menghabiskan nasi lemak tambah,berlaukkan telur dan ayam goreng, aku dokong anak aku yang terlena menuju kereta.Enjin dihidupkan,punat aircond ditekan dan warning light itu masih berkelipan.

“Kena terus isi ni”,getas ku dalam hati.Namun,tiba-tiba seluruh kereta bergegar.Terketar-ketar.Enjinnya kian semput.Tercungap-cungap dan terus mati.

“Innalillahh……”,ujarku spontan.Hampeh betul!Dengan nasi lemak yang masih belum tercerna,aku menapak lemah menuju stesen minyak terdekat yang letaknya kira-kira 1 km dari situ.

Malam itu.Dengan badan berpeluh,kaki yang lenguh dan wajah yang keruh,aku memandu lesu pulang ke BTP,diselangi ‘nyanyian Britney Spears’ wife aku yang tak putus-putus.Cehhhhh………

Monday, May 11, 2009

SILENCE

Namanya Mohd Danish Asfa.Umurnya 4 tahun 1 bulan.(Jangan compare dengan gambar di atas.Itu bukan gambar dia!).Sudah tentu dia belum bersekolah rendah.Malah dia masih minum susu botol.Tidur pun masih menggentel telinga ‘katak’ yang menemaninya semenjak dia berumur 2 bulan.

Tapi dia petah bercakap.Dia rajin menyapa.Dia suka menegur.Pertuturannya adakalanya melucukan.Adakalanya meng’hangin’kan.Walaupun kadang-kadang ada kebenaran.

“Siapa sebenarnya aku pada mu.Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu”

“Shhhhh……”,dia bercekak pinggang di pintu dapur dengan muka mencuka.

Aku yang sedang mencuci pinggan-mangkuk sambil me’mekik’kan lagu ‘Coba’ – Faizal Tahir terdiam.“Nape?”

Baby nak tido la!”,katanya berbisik sambil menunding ke arah wife aku yang tertidur di atas sofa.

“Oh!Ok!Ok!Shh!Shhhh”.Dia mengangguk dan berlalu ke sofa.Berhenti sekejap lalu memegang perut ibunya.Merapatkan mukanya dan berbisik, “Ayah bising!Kan?”Hehhhhh……

Friday, May 8, 2009

RICE

2.10pm - Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Aku menapak perlahan di bawah terik matahari.Di antara jemaah yang bersimpang-siur.Lutut terasa longgar.Badan bagai agar-agar.Kalau tersadung semut pun mahunya aku terkapar.Ya Allah.Kenapa dengan aku ni?

Aku angkat tangan kanan.Bergegar.Aku angkat tangan kiri.Menggigil.Belakang leher berpeluh.Keringat mengalir di segenap tubuh.Rasa macam hendak jatuh.Ya Allah.Apakah ini petanda aku nak mati?

2.20pm - Restoran Amral, Nasi Beriani Istimewa, Sri Gombak.

Aku makan.Makan nasi.Nasi beriani.Tambah lagi!Dari hari Rabu tak makan nasi.Memang la rasa nak mati.Hehhhhh…….

Monday, May 4, 2009

FERTILE

Petang.Nursery Sungai Buloh berhampiran hospital.Aku singgah dengan sorang kawan lepas balik dari kelas.Wife aku mintak tolong belikan tanah untuk tanam pokok bunga.Aku ke kedai biasa dan pekerja Indon kat situ pantas mengenali ku.

“Kakak sama anaknya ngak datang bang?”,sapa minah Indon tu ramah.

“Kakak sama anaknya ada di rumah.Ngak bisa datang karna badannya bisa-bisa”.Tak tahulah kenapa.Kalau bercakap dengan Indon, pelat aku mesti lain macam sikit.Haha!

Aku beli tanah merah proses 8 paket.4 paket RM10.Semua sekali RM20.Murah je!Sape kata tanah kat KL ni mahal?

Sedang leka membetulkan bungkusan tanah di bonet belakang, tiba-tiba telefon saku aku bergegar.Ah!Mak aku.

“Kau kat mana chik?”

“Sungai Buloh mak.Tengah beli tanah”

“Hah!Kau beli tanah?Banyak duit kau.Tanah dusun ka?Berapa luas?Tak bagitau mak pun”.Mak aku soal.Macam machine gun.

“Tanah nak tanam pokok la mak!”.Mak aku diam.‘Peluru habis’.Hehhhhh…….