Wednesday, September 30, 2009

BIZI

Ada dua benda yang buat aku sibuk lepas raya.

Satu - Men’settle’kan kerja yang curi-curi beranak masa aku cuti raya.

Aku tinggalkan dia hari tu tanpa zuriat.Balik raya dia dah berkembar 4.Tah berzina dengan sapa.Tah bersalin masa bila.Kalau guna hikmat alam semesta tahap ke lapan pun belum tentu aku dapat siapkan semua.

Dua - Kira duit.

Aku dilantik dengan rasminya jadi menteri kewangan.Wife aku jadi timbalan.Duit raya anak aku ada la dalam RM300.Duit syiling tabung 'Nuri' belum habis kira.Duit syiling tabung ayam 'KFC' tak sentuh lagi.

Hari ni aku bawak uncang syiling datang ofis.Time lunch aku nak sambung kira.Hehhhhh………..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ni hari last aku kerja.Esok dah nak balik raya.Cuti pulak lama; sampai seminggu lepas raya.Rasanya eloklah aku mintak maaf dan ucap selamat hari raya pada semua.

Buat sesapa saja yang masuk blog aku ni.Yang masuk bagi salam atau yang masuk diam-diam.Yang masuk kejap-kejap atau yang masuk lama-lama.Yang masuk tinggal kesan atau yang masuk tapi aku tak perasan.Yang masuk dengan sengaja atau yang masuk tiba-tiba.Yang masuk ikut Facebook atau yang masuk ikut mana-manalah.

Selamat hari raya.

Buat orang kat ITIS, DBKL.Orang kat Puchong.Orang kat Taiping; kat Ipoh; kat Perak.Orang kat Kuala Selangor yang pakai server Universiti Teknologi Mara.Orang kat Ulu Tiram.Even buat orang yang pakai Maxis broadband, yang tak pernah bookmark blog aku, tapi masuk blog aku ni dengan hanya taip ayat "bosnita afendi" je kat Google.Orang kat Derbyshire, United Kingdom.Kat Mountain View, California.Kat in the countary atau kat oversea.Orang yang aku tahu atau yang aku tak pernah tahu.Orang kat mana-manalah.

Selamat hari raya.

Buat sesapa yang aku rasa dia orang best.Yang aku baca blognya atau yang aku comment ceritanya.Yang aku ikuti nukilannya atau yang aku jadi followernya.Korang memang best.

Selamat hari raya.

Buat sesiapa saja yang baca entry aku ni.Yang aku kenal atau yang aku tak kenal.Yang pernah terasa dengan aku atau tak rasa apa-apa.Yang aku ada buat dosa atau yang berdosa dengan aku.Yang ada aku berhutang (rasanya takde kecuali JPA dan bank) atau yang berhutang dengan aku.Yang aku terlanjur cakap atau terlajak taip.

Selamat hari raya.Aku nak mintak ampun dan maaf atas segalanya dan aku hargai korang semua.

Sebelum aku balik, aku nak pesan.Esok dah hari Jumaat, kan?Orang gila je kerja hari Jumaat, kawan!Hehhhhh........

Tuesday, September 15, 2009

PAHALA

Jumaat – 9/11.Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

“Ramadhan datang setahun sekali.Tapi keberkatannya menyamai seribu bulan.Pahala yang kita lakukan di bulan mulia ini juga akan dilipat gandakan.Pendek kata Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadat mencari keberkatan.Untuk mengejar pahala.Umpamanya macam kita kerja setengah mati untuk kejar bonus di hujung tahun.Kalau kita boleh kerja bersungguh-sungguh semata-mata nak mendapatkan bonus, maka begitulah halnya dengan puasa.Kita juga perlu berusaha menjaga puasa untuk mendapatkan pahala yang setimpal ”.Lebih kurang macam tulah bunyi khutbahnya hari tu.

Aku memang sayangkan pahala puasa aku dan kalau boleh aku memang cuba elakkan segala benda yang boleh mengurangkan pahala aku tu.Aku cuba hindari segala perbuatan la’qa yang kerap aku lakukan pada bulan-bulan lainnya.

Mulut yang kerap menuturkan bait-bait carutan, terutamanya ketika memandu; aku kurangkan.Walaupun kadang-kadang terlepas jugak terutamanya pada pihak yang berhak, yang cuba mengheret aku ke kancah perlanggaran.

Mata yang kadang-kadang tersasar ke arah yang tidak sepatutnya; aku ubah radar haluannya.Awek-awek yang lalu lalang menayangkan betis kat bazaar Ramadhan pun aku boleh buat dek je lagi.Datang la yang macam Angelina Jolie sekalipun, anak mata aku jarang sekali tertewas mahupun terkesima.

Telinga yang selalu didendangkan oleh alunan lagu yang melalaikan; aku gantikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi.Biar terang sikit hati aku yang dah berkarat ni.Pendek kata apa saja perlakuan yang aku rasakan tidak sejajar dengan ibadah puasa yang aku jalani ni, akan segera aku hindarkan.Aku nak pahala puasa penuh.Bukan separuh-separuh.

Selesai solat Jumaat; sebelum balik, aku sambung zikir-zikir sikit.Kasi topup pahala puasa aku yang terkurang masa nak datang ofis pagi tadi, pasal tertengok paha amoi naik kapcai.Ceh!

********************
“Haram jadah!”.Makian tanpa niat itu terlepas bebas dari bibir mungil aku tanpa sempat dikawal.

Entah mangkuk hayun mana tah sudah kebas selipar aku masa keluar masjid tadi.Hari-hari biasa tak nak pulak dirembatnya.Kenapa mesti di bulan Ramadhan?Kenapa mesti ketika aku tekun berpuasa?Memang celaka!

Mujur dalam kereta ada sandal spare.Kalau tidak, mahunya aku berkaki ayam bawak kereta.Dan aku tak tahu berapa banyak pahala puasa aku yang tinggal; dek carutan berhak yang aku lemparkan sepanjang perjalanan balik ke ofis.Aku suspect pahala puasa aku negative hari tu.Cehhhhh………

Thursday, September 10, 2009

HANG TUAH FAIL SPM

Aku qenggah gelak sampai qasa nak gulin-gulin tengok clip ni.

Teqisin-qisin aku soqang-soqang depan laptop.Hawaq betui!

Idea sapa la yang jinies sangat pi translate pi bahasa utaqa ni.

Aku salute la hang.Tak keqa la hang luluih SPM ka dak.

Hehhhhh...........

Friday, September 4, 2009

TETAMU CELAKA DI MALAM RAMADHAN

11.05 pm.

Kurang hajar betul!Dah la masuk rumah aku tak bagi salam, melilau-lilau pulak merata ceruk rumah.Ko ingat ni lawatan sambil belajar ke ape?Masuk pulak ikut sedap mak bapak ko je (Eh!Ko tahu ke yang mana satu mak bapak ko.Bukan ko anak haram ke?)Ko ingat rumah aku ni ape?Restoran?Rumah urut?Suka-suka hati ko je nak masuk.

Masuk tak bagi salam, aku tak kisah lagi.Tapi ini siap dengan memekaknya, menyalak bagai.Berdengung satu macam gegendang telinga aku ni dengar bunyi-bunyian ko (Habis trauma stereocilia cochlea aku ni, tahu tak?).Ko ingat rumah aku ni, disko?Kedai karaoke?

Masuk tak bagi salam, siap memekak bagai, pun aku boleh tolerate lagi.Tapi kalau sampai dah tahap nak minum pun tak tahu nak mintak, nak hilang haus pun main nak rembat je, nak pocah tokak pun main nak cilok hak milik aku je, dengan kekerasan pulak lagi; ko memang cari nahas.Ko memang tak sayang nyawa.Ko ingat rumah aku ni wellfare?

Pang!

“Mampus kau!”.Aku senyum puas melihat nyamuk yang aku kejar dari pukul 10.50 pm tadi, lumat atas tapak tangan.Hehhhhh.........

Thursday, September 3, 2009

T-SHIRT

Ahad malam.Lepas berbuka di restoran nasi kandar yang ‘masyuk’ tekak, aku bawak wife dan anak aku pergi Jaya Jusco, Bukit Tinggi, cari baju raya.Masuk je parking aku dah nampak kereta bersusun-susun macam kedai use car.Aku turunkan wife dan anak aku kat depan main entrance dan melilau-lilau jugaklah 2 -3 round sebelum berjaya dapat parking.Itu pun kat hujung-hujung dunia.Jauh dari pintu masuk.

Dalam Jusco, manusia ramainya tak agak-agak.Kalau setakat Melayu je yang ramai aku tak hairan lagi.Mungkin masing-masing nak shooping raya.Tapi ini siap dengan Cina, India, Kadazan Dusun, Dayak, Senoi, Negrito, malahan 1-Malaysia semuanya ada.Sorang-sorang pulak muka macam jutawan felda.Muka orang banyak duit.Asal berkenan capai.Asal suka bedal.Maklumlah, baru gaji.

Naik ke tingkat 2, wife aku tuju ke bahagian ibu mengandung.Aku dan anak aku pulak ke bahagian lelaki.Sambil monitor pergerakan anak aku, aku sempat jugak acu t-shirt sehelai dua.Hm!Kualiti bagus.Design boleh tahan.Tapi harga pulak tak padan.T-shirt round neck kosong saja dah cecah RM35.Huh!Aku ni manalah biasa pakai t-shirt mahal-mahal.Rasa membazir je kalau harga t-shirt tu lebih dari RM20.Kalau setakat nak pakai t-shirt round neck kosong macam ni baik aku beli pagoda je.

Lepas tu wife aku datang dan ajak pergi bahagian budak-budak; nak cari baju anak aku.Kita orang terus pusing cari brand ‘Miki’, pasal dalam banyak-banyak brand baju, aku rasa anak aku paling tampan dan macho bila pakai brand ‘Miki’.Heh!Aku carikan dia seluar dan wife aku carikan dia t-shirt.Sayang kat sini tak banyak sangat choicenya.Tak macam kat Sogo.Harga kain bajunya pun boleh tahan jugak mahal.Sama naik macam baju orang besar.

Lepas ½ jam aku berjaya carikan anak aku 3 helai jeans.1 brand ‘Miki’, 1 brand ‘Padini’ (Padini weh!Aku pun tak pernah pakai brand nih!) dan 1 brand ‘Sesame Streets’, dengan harga lepas diskaun kira-kira RM50 setiap satu, siap testing.Wife aku pulak berjaya carikan dia 4 helai t-shirt.3 color belang-belang dan 1 color putih.Aku angkat satu-satu dan acu-acu ke badan sendiri.Cantik-cantik colornya.Harga pun dalam area Rm25 – RM30 je.

“Ni apa t-shirt ‘Ben-10’ pulak ni?Macam design kat pasar malam je ni”,aku tanya sambil belek-belek t-shirt color putih tu.Wife aku diam sementara anak aku renung aku dengan mata bulat.

Aku belek pula tag harganya.”Mak ai!Sampai 40 ringgit?”.Aku pandang wife aku; dia diam.Aku pandang pula anak aku; masih bermata bulat.

“Dia yang nak.Siap melalak-lalak lagi”,jawab wife aku kemudiannya sambil menjeling anak aku.

Betullah kata orang.Bila dah berkeluarga ni, nak beli t-shirt yang harga RM35 untuk diri sendiri pun fikir banyak kali.Tapi kalau nak beli baju untuk anak sendiri, yang saiznya kecik je, yang harga RM40, yang design macam kat pasar malam, yang kalau nak disama nilaikan boleh dapat 8 pasang baju macam tu kat pasar malam; pun sanggup beli.Hehhhhh……………

Tuesday, September 1, 2009

MACHO

Jumaat.Kat ofis.Aku tekun menghadap kerja sambil jeling jam tangan.Baru pukul 3.00 petang.Lambat lagi nak balik.Perut rasa mendidih.Lapar la pulak!Sahur pagi tadi pun makan meggi ayam je.Tak selera nak makan nasi.Demamnya makin kurang.Cuma sekali sekala badan menggigil, seram sejuk.Tiba-tiba handphone kat atas meja bergegar.Bukan seram sejuk tapi ada ada call masuk.

“Nak masak apa petang ni?”,suara wife aku bernada ramah.Mana tak ramah, dia kat rumah.Cuti sekolah.

Aku diam, dongak siling sambil otak ligat menyusun menu.Makan ayam golek pun best jugak ni.Tak pun ikan bakar ke, sup daging ke, bubur lambuk, kuih sampan, roti jala, murtabak, air tembikai laici, etch.Segala mak nenek melintas benak aku macam slide show.Kalau ikut nafsu yang bersahurkan meggi ni, memang macam-macam aku suruh dia masak.Tapi nak membuat semuanya rasa macam membazir pulak.Yang nak melantaknya cuma aku laki bini.Anak aku pulak takat jamah-jamah hujung jari.Baik beli.

“Tak payah masaklah.Karang kita pergi tunjuk-tunjuk je”.

“Okeh”,sambut wife aku laju, kedengaran girang.Dua kali dengar bunyinya macam miang.Tepat 4.30 aku kemas laptop segala dan berdesup pulang.

Sesampai kat BTP langit hitam pekat.Nampaknya kena beli cepat-cepat.Gerai kat Pasar Ramadhan BTP ni pun takdelah banyak sangat.Tapi manusianya punyalah berselirat.Nak memilih juadah pulak seksanya amat.Selak orang baru nampak pengat.Kuis bahu baru nampak donat.Penat!

Lepas tapau ayam golek seekor, sup daging, gulai ayam, kuih sampan, popia basah dan lain-lainnya ikut sedap hawa nafsu, aku ajak wife aku balik.Menapak perlahan di celahan manusia yang berselirat, aku pimpin anak aku dengan tangan kanan sambil tangan kiri menjinjing juadah.Wife aku pulak mengekor kat belakang.

Hujan mula turun setitik dua.Namun makin lama makin kasar, lalu menjadi rintik.Kalau dibiarkan mahunya demam balik aku ni.Manusia pulak semacam tak berkurangan.Makin hujan makin ramai.Apa kalis air ke dia orang ni?Aku cuba cepatkan langkah tapi dilambatkan pula oleh 3 – 4 orang budak remaja bertopi senget yang sedang ‘gagah’ berjalan perlahan, meninjau juadah di depan aku.Rasa-rasanya dalam lingkungan umur 17 – 18 gitulah budak-budak ni.Baru habis sekolah.Masing-masing melangkah selamba sambil sekali-sekala mata meliar mengusha awek sebelum ber’swit-swit’ macam anak tikus.

“Haram macho budak-budak ni”,kata ku dalam hati yang panas tiba-tiba.

Aku tengok topi sekor-sekor menyengetnya satu macam je.Semuanya fesyen mengiring ke telinga.Ini trend baru ke ape?Apa ke bangangnya pakai topi cover telinga?Agaknya muka masing-masing ada kat telinga ke hape?Kalau diikutkan baran, memang aku das sekor-sekor biar tergolek.Tapi aku masih sayangkan pahala puasa aku hari tu.Jadi aku biarkan.

“Cepat aa.Hujan dow!”,tiba-tiba anak aku bersuara kuat sekaligus membantutkan pergerakan budak-budak tu.Aku dah tergelak dalam hati.Dia orang terkedu berhenti dan berpaling serentak.Muka masing-masing dah macam muka nak pecah rumah.Agaknya hangin kot kena tegur ngan budak-budak.Aku terus usha sekor-sekor sambil angkat kening sebelum mengerling ke arah anak aku.Cepat-cepat dia orang tersengih dan beranjak ke tepi memberi laluan.

“Lambat je!”,anak aku bersuara lagi dan budak-budak tu masih tersengih.Agaknya kalaulah dia besar sikit mahunya kena belasah budak-budak ni.Hehhhhh…….