Thursday, January 27, 2011

BETIK BURUNG

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Anak-anak kecik biasanya dalam umur setahun dia dah boleh berjalan ataupun dah boleh bercakap; maksud aku bercakap bahasa pelat.Kalau ikut pengamatan aku; anak-anak yang boleh bercakap dulu biasanya lambat nak boleh berjalan.Yang boleh berjalan dulu pulak biasanya lambat nak boleh bercakap; Qistina jatuh dalam kategori yang boleh berjalan dulu sebelum dia boleh bercakap.

Anak dara aku tu memang pantang nampak handphone; mesti dia nak capai dan letak kat telinga sambil eksyen bercakap dalam bahasa Jerman yang aku tak faham.Kalau ada ayat yang betul-betul aku boleh faham pun cuma, ‘ayah’ dan ‘nak’ je.Ayat-ayat lain termasuklah ‘ibu’ tak pernah pulak dia sebut; sekaligus membuatkan wife aku berbulu satu badan dan hidung aku pulak kembang setaman.

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Ada petua orang tua-tua kalau nak kasi anak-anak kecik petah bercakap; maksud aku dari bercakap bahasa Jerman ke at least bahasa pelat yang boleh kita paham.Caranya cukup senang.Cuba cari buah betik yang dah dimakan burung lepas tu kasi budak tu makan; maksud aku buah betik yang masak di pokok dan dah dimakan burung.InsyaAllah dia akan jadi makin petah dan bahasanya pun kita makin boleh faham.

Mula-mulanya aku ingat petua ni karut-marut ada pengaruh setan.Apa kena mengenanya betik burung dengan percakapan?Tapi lepas 2 orang anak buah aku yang bercakap bahasa Jerman; sorang dekat Gurun, sorang dekat-dekat Kampung Kuantan, diberi makan betik burung ni; Alhamdulillah kedua-duanya jadi lancar bercakap bahasa kebangsaaan.Magik sungguh kan?

Selasa aritu umur Qistina genap satu tahun dua bulan.Dia petah bercakap walau cuma bahasa Jerman.

Mungkin ada yang akan tanya; kenapa aku tak kasi Qistina makan betik burung, kalau betul petua tu berkesan?Sebenarnya bukan aku tak nak, tapi aku takut lepas aku kasi dia makan betik burung tu dia terus bagi salam dan mintak Blackberry sebagai permainan.

Hehhhhh..........

16 comments:

gadisBunga said...

Qistina punye birthday 25 january ke? sama cam auntie la! :D

happy belated birthday Qistina... :D

teruskan cakap bahasa german tu ok! huhu~

DeLancrettLurpak said...

Bro, kalau dia mintak Iphone atau HTC lagi haruuuu...heheheh

DrSinga said...

tu baru bekas air liur burung kat betik tu!! kalau makan dengan burung tu sekali?? !!

kucingorengemok said...

apa benda blackberry?

:)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

alahaiiiii dah tumbuh gigi atas bawahhhhh tu yang pandai cakap....

aderr kerrrr dia sebut ayahhhh ... mmg anak ayahhhh tuuuu....

afendi ariff said...

gb: 25 Nov....1 thn 2 bln

meloves: huh!kecik2 dh demand

dr: boleh terbang kot

k.o.g: menda makan jgk la tp ko tak minat

afzainizam: aa aah la tu...heh!

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haiiiii Qistina .... cian ayah ko tu nape lahhhh ko tak mintak dia ipod kerrrr... biar nangis ayah dia tuuuu..

kalau bahasa jermen ko kena cari kamus bahasa jerman lahhh nak translation balik

J@J@ / Bini The Rock said...

soklan yg sama :

dia dah pandai mintak adik blom bro?
hehh!

** buah betik kat tpt aku dah di makan monyet la..buleh tak di makan kan nuren??

aku takut dia memanjat sana sini pulops!

hehh!

geraugebang said...

kalau nak petah cakap bahasa jerman kena makan betik apa lak? burung punya betik ke, haiwan lain punya betik?

Afzainizam said...

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

ye lahhhh betik burung jenis apa ye.... burung tiong ke... burung murai kerrr... burung belatok kerrr

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

en_me said...

petahnyerrr.. ehehe

srar said...

bijak-bijak..sapa bijak? dua-dua bijak! hehe..

ada orang cakap makan makanan yg dah kena dimakan binatang tu tak elok..boleh jadi benak..orang kata la, bukan saya kata..saya cuma menulis saja..erkkk, ka tu utk semut dalam air ja? erkk confius jap..

afendi ariff said...

afzainizam: kopak aku kalu anak aku ada bapak sedara cam ko ni bro...heh!

jaja: blum....dia tak rela share kasih sayang

kak gerau: kasi minum susu sustagen kak

afzainizam: aku tak peksa plak bro...

me: betullll

srar: mujo tak kasi qistina makan lagi

HaniCheLat said...

betik burung eh? nak carilah. eh, ca,ner nak cari.. kena pesan kat mak mentua kat kg ni... tgk2 kalau ada burung patuk betik.. macam susah je nak dapat..

afendi ariff said...

susah jgk la nk cari kalu takde pokok betik...heh!