Tuesday, February 24, 2009

SOAKED

Sedang aku leka menatap akhbar sambil bermalas-malas di atas sofa, tiba-tiba wife aku menjerit. Rupa-rupanya anak aku yang terlena di atas toto di hadapan televisyen telah meng’urine’kan dirinya dan toto tersebut.Habis basah baju dan seluarnya namun anak aku sikit pun tidak bergerak.Lena sungguh.

Dulu (masa kecik) aku pun selalu mimpi ‘basah’ macam tu.Selalunya aku akan bermimpi nak ter’kucil’.Jumpa toilet dan ‘tunaikan hajat’.Sedar-sedar pagi esoknya dah hancing satu tilam.Langsung tak terjaga.Pernah satu ketika, bagi membendung tabiat ‘mimpi toilet’ aku tu, mak aku lapikkan tikar getah atas tilam yang aku tidur.

Satu malam tok aku (nenek), tidur bersebelahan dengan aku, pasal bilik dia ada tetamu yang guna.Mula-mulanya dia ragu-ragu juga, takut dia pun ‘mandi’ sama esok pagi.Tapi selepas diyakinkan oleh mak aku yang confident dengan idea tikar getahnya, akhirnya tok aku pun pasrah.

Malamnya, aku mimpi dikejar harimau.Memaksa aku melarikan diri dengan memanjat sebatang pokok kelapa.Agak lama memeluk batang kelapa tu, aku rasa nak ter’kucil’.Nak turun, harimau tengah standby kat bawah.Nak tahan, takut kena batu karang.Memandangkan keadaan darurat, aku pun melepaskan hajat dari awangan.

Esok pagi.Aku terjaga dan terdengar tok aku membebel pada mak aku.Rupa-rupanya dia basah lencun kerana tilam kekabu aku tu tak anjal dan tak ber'spring’ macam Dreamland aku sekarang ni.Kalau kena tekan memang terbenam dan tak melantun balik.Kebetulan tikar getah aku tu menyendeng ke arahnya.Jadi semua urine yang aku salurkan dari 'awangan' tu mengalir lancar ke arah tok aku.Sejak dari hari tu tok aku dah taubat tak nak tidur sebelah aku, sampailah dia meninggal.Hehhhh…….sori tok!!!

No comments: