Monday, April 20, 2009

LOCK

Hari tu.Restoran Ilham Tomyam Seafood, Sungai Buloh.Singgah untuk makan malam.Anak aku tidur kat belakang. Nyenyak sangat nampaknya. Malas nak kejut.Biasanya, spare key kereta wife aku ni, aku yang simpan.Kalau balik ke BTP selalunya pakai main key yang wife aku guna hari-hari.Dan spare key tu aku simpan dalam poket seluar.

Dengan anggapan bahawa spare key ada dalam poket, dengan confidentnya aku turunkan sikit cermin tingkap belah wife aku.Terus lock kereta, sedang enjin & aircond terpasang.Lepas tu.Aku raba poket.Serta merta air muka aku berubah bila aku rasa spare key tu tak ada.

Dengan gelabah ‘biawak’nya aku cuba masukkan tangan melalui celahan tingkap yang terbuka.Lepas!Tapi sangkut di lengan.Aku tekan cermin tingkap yang terbuka tu sekuat hati.Bergerak sikit ke bawah.Aku masukkan tangan lagi. Lepas!Tapi masih sangkut di lengan.Hampeh!Wife aku ketuk cermin.Jerit dan panggil anak aku.Dia diam.Langsung tak bergerak.

Aku kitari seluruh restoran mencari kayu panjang yang boleh aku guna untuk buka selak pintu.Jumpa!Aku cuba!Lepas!Sayang selak terlalu jauh.Beberapa orang pekerja dan pelanggan restoran mendekati.Cuba membantu.Menyeluk melalui celahan tingkap yang terbuka. Lepas!Tetapi sangkut juga di lengan.Aku dah blur.Kalau diikutkan mahu aku pecahkan saja cermin tu.

Ikhtiar akhir!Aku kuis badan anak aku dengan kayu tadi.Ada movement!Aku kuis lagi.Bergerak!Aku kuis lagi.Makin kuat.Makin cepat.Dia mula merengek dan akhirnya bangun.Duduk.Menangis.Mamai kerana tidur yang diganggu.Mungkin juga takut kerana aku dan wife aku tak ada.Setelah berkali-kali menjerit dan mengetuk cermin,menyuruh dia membuka pintu, akhirnya anak aku merangkak ke tempat duduk pemandu dan menarik selak.

Fuh!Nasib baik betul!Sepanjang perjalanan balik wife aku berpidato dan bersyarah.Membentangkan fakta, menegakkan hujah.Menunjukkan bahawa aku yang salah.Aku pekakkan telinga.Anggap leteran tu macam nyanyian Britney Spears.Penat.Letih.Cuak.Berdebar.Seriau.Segalanya berkumpul.Membuat aku lesu.Sesampai di rumah, aku cari spare key yang ‘menyusahkan’ hidup aku tu dalam beg laptop.Tak ada.Dalam beg sekolah aku.Pun tak ada.Atas rak kasut, tempat letak kunci.Masih tak ada.

Tak puas hati betul!Wife aku kat luar!Siram pokok.Aku geledah handbag dia!Perkara yang selama ini tak pernah aku buat!Dengan beberapa kali selak.Aku jumpa spare key yang sepatutnya aku simpan tu.Tah bila masa dia ambik dan simpan dalam handbag dia entah.

Sebaik saja wife aku masuk, aku tunjukkan dia anak kunci tu.”Hehe!Ada dalam handbag ke?Macam mana boleh lupa tadi?”.Nasib baiklah yang bertanya itu wife aku.Kalau orang lain dah tentu aku karate anak tekaknya.Huhhhhh……

No comments: