Friday, February 27, 2009

FLIP-FLOPS

Lepas solat Jumaat tadi.Mata ku meligas liar mencari kasut ku di tengah-tengah jemaah yang sedang berasak-asak keluar. Puas ku tinjau dan menjenguk-jenguk.Seingat-ingatnya, telah ku letakkan ia elok di posisinya (bersebelahan tiang) tadi.Confirm, tak ada!

Ah..sudah!Kalau macam ni lah kesudahannya, mahu ber’child run’ aku di bawah panas terik matahari petang Jumaat. Menginjak pula turapan tar panas yang berkerikil kecil dengan ber’chicken leg’.Aduih!Dugaan betul lah.

Sedetik kemudian, mata ku terpaku pada sepasang selipar jepun putih berjenama ‘Tat Sing’ di tepi tiang.Seperti pernah ku lihat selipar PVC bertali biru itu.Sah!Itu selipar ‘public’ kat ofis aku.

Patutlah kasut ku tak ada.Aku datang tadi bukannya berkasut, tapi berselipar jepun.Cessss………

Thursday, February 26, 2009

WONDER PETS

Petang.Aku cuti hari tu.Tak pasti hari apa.Yang pasti, salah satu hari daripada tujuh hari.Duduk di sofa menatap akhbar.Rancangan di televisyen yang terpasang tidak menarik perhatian ku.Hanya anak kecil ku leka melayan LCD nipis 32 inci itu.

Wonder pets, wonder pets, kami datang.Membantu kawan yang kesusahan.Kami tak besar dan kami tak kuat.Bila bekerjasama semua jadi mudah……”,anak aku tiba-tiba berdiri, melompat dan menyanyi dengan ‘excited’nya.Uishhhh…..kenapa ni?

Halaman akhbar aku tebarkan ke sisi, sedang mata ku mula memfokus ke dada televisyen.10 – 20 saat, kartun apa ni?1 – 2 minit, macam ok!3 – 4 minit, layan pulak cerita ni.Akhirnya dalam keterujaan sebegitu, sampai habis cerita tu aku tonton.Wahhhh……

Wife aku kata, dah lama dah cerita ni tayang.Aku je yang kuno.Ceh!!Tapi lagunya memang menangkap.Jangan katakan anak aku, aku pun terikut-ikut sama menyanyi.Cuma taklah sampai terlompat-lompat ke’excited’an.

Kalaulah hamster dan tortoise yang wife aku bela dulu tu macam Linny dan Tuck, dah tentu aku mintak tolong dia‘haiwan’ (kalau orang = dia'orang') basuhkan kereta aku yang dalam ‘kesusahan’ itu, hari-hari.Hehhhh…………

* Kalau minat, boleh download theme song dia kat link bawah ni:

(Malay Version) : Wonder Pets - Kami Datang

(English Version) : Wonder Pets - We're On Our Way

Wednesday, February 25, 2009

ECLIPSE

“Sekarang ni show dah kurang.Saya pun tolong-tolong je la kat sini”, jawabnya sambil mengorek isi kelapa ke dalam bungkusan plastik.Bekas drummer dua buah kumpulan 'rock kapak' yang pernah gah itu, aku temui di salah sebuah daripada deretan gerai bersebelahan Tasik Biru, semalam.

“Kumpulan W***s apa crita bro?”,aju ku lagi.

“W***s dah original.Saya dah group lain”,jawabnya sambil mengikat bungkusan air kelapa yang aku order tadi.Bicaranya perlahan dan ditenggelami oleh deruan kenderaan yang lalu lalang, membuatkan aku kurang memahami maksud yang cuba disampaikannya.

Namun secara ringkasnya dapat aku simpulkan, kumpulan G*****g yang mula-mula dianggotainya dulu dah berkubur.Vokalisnya pun dah tak berambut sekarang ni.Mana 'masyuk' rockers botak.Kumpulan W***s pula dah ambik B***k masuk semula, jadi dia pun terpaksa bikin group baru.


Lepas order aku siap, dan bersalaman dengan brother tu, aku pun berlalu dalam hujan gerimis, memikirkan untung nasib seorang artis.Ketika gah, mungkin rezeki melimpah ruah.Bila dah semakin dimamah usia, mungkin rezeki kian payah.Apa pun, aku doakan brother tu sejahtera.


Mujur juga aku tak jadi artis.Sukar nak aku bayangkan keadaan ku sekarang ini jika ditakdirkan aku terima pelawaan Michael Jackson untuk merakamkan album 15 tahun dulu.Hehhhhhh…………….

Tuesday, February 24, 2009

SOAKED

Sedang aku leka menatap akhbar sambil bermalas-malas di atas sofa, tiba-tiba wife aku menjerit. Rupa-rupanya anak aku yang terlena di atas toto di hadapan televisyen telah meng’urine’kan dirinya dan toto tersebut.Habis basah baju dan seluarnya namun anak aku sikit pun tidak bergerak.Lena sungguh.

Dulu (masa kecik) aku pun selalu mimpi ‘basah’ macam tu.Selalunya aku akan bermimpi nak ter’kucil’.Jumpa toilet dan ‘tunaikan hajat’.Sedar-sedar pagi esoknya dah hancing satu tilam.Langsung tak terjaga.Pernah satu ketika, bagi membendung tabiat ‘mimpi toilet’ aku tu, mak aku lapikkan tikar getah atas tilam yang aku tidur.

Satu malam tok aku (nenek), tidur bersebelahan dengan aku, pasal bilik dia ada tetamu yang guna.Mula-mulanya dia ragu-ragu juga, takut dia pun ‘mandi’ sama esok pagi.Tapi selepas diyakinkan oleh mak aku yang confident dengan idea tikar getahnya, akhirnya tok aku pun pasrah.

Malamnya, aku mimpi dikejar harimau.Memaksa aku melarikan diri dengan memanjat sebatang pokok kelapa.Agak lama memeluk batang kelapa tu, aku rasa nak ter’kucil’.Nak turun, harimau tengah standby kat bawah.Nak tahan, takut kena batu karang.Memandangkan keadaan darurat, aku pun melepaskan hajat dari awangan.

Esok pagi.Aku terjaga dan terdengar tok aku membebel pada mak aku.Rupa-rupanya dia basah lencun kerana tilam kekabu aku tu tak anjal dan tak ber'spring’ macam Dreamland aku sekarang ni.Kalau kena tekan memang terbenam dan tak melantun balik.Kebetulan tikar getah aku tu menyendeng ke arahnya.Jadi semua urine yang aku salurkan dari 'awangan' tu mengalir lancar ke arah tok aku.Sejak dari hari tu tok aku dah taubat tak nak tidur sebelah aku, sampailah dia meninggal.Hehhhh…….sori tok!!!

Thursday, February 19, 2009

HEREDITY

Pagi tadi, lepas hantar anak aku ke sekolah, wife aku ada bercerita.Bapak mentua aku biasanya pulang dari kerja lebih kurang pukul 6.30 petang.Kebiasaannya dia akan berbual-bual dahulu dengan jiran-jiran yang ditemuinya di bawah, sebelum naik ke rumah, di tingkat 3.

Kebetulan anak aku ada di bawah, ‘bermain’ bola sepak sambil ditemani pak su nya.Sebaik saja terpandangkan bapak mentua aku yang sedang berbual-bual dengan seorang jiran, anak aku pantas meluru ke arah bapak mentua aku.

“Kau naik cepat.Naik cepat.Kau dah sampai bawah kau boleh sembang-sembang lagi ye.Kau naik cepat”,sergah anak aku sambil menunding jarinya ke tingkat atas serta menjegilkan matanya ke arah bapak mentua aku, lantas mengundang derai tawa dari orang tua itu dan jirannya.

Huhhhhhh………Tentu bapak mentua aku terfikir, macam manalah aku didik anak aku??????

Wednesday, February 18, 2009

ERRONEOUS

Semalam.Balik awal dari Gombak.Sebelum Maghrib lagi dah gerak, pasal wife aku nak tengok “Ku Milik Mu” episode akhir kat TV3.Layan je la…….walaupun aku tak ikut sangat cerita tu.

Sampai BTP, terus cari kedai makan.'Tapau' je la senang.Nak masak karang banyak pula yang hendak dibuat.Wife aku order char keuy teow (Ke car kue tiew?Ke char kueh teiu?Ke cha kiu tiuw?Ke ca kwey tiau?Tah lah…..janji faham).Aku order mee udang.Anak kecik aku tu aku belikan burger ayam, macam yang dia demand.Kecik-kecik lagi dah mintak macam-macam.Zaman aku dulu jangan kata burger, lubang hidung tukang jual burger pun payah nak cari.

Siap bayar.Balik.Dah siap bersuci dan settle semua, aku turun menghadap rezeki.Sebelum aku ‘setubuhkan’ mee dan kuahnya, aku rasa dulu kuah tu.Mak aiii……masinnya kuah mee udang ni!Wife aku dah mengomel-ngomel pasal char keuy teow dia pun masin jugak.

Tanpa banyak soal aku masuk dapur dan otter kuah tu.Tambah air.Adjust gula.Masuk aji sket.Akhirnya, dah menjilat siku dah ku rasakan kuahnya.Dah siap campurkan mee dan kuahnya, aku pun makan.Dari suapan pertama saja dapat aku ketahui bahawa mee kuning yang aku makan tu dah expired.Patutlah lain macam jer kuningnya.Macam pucat je.

Hampeh betul lah.Aku rasa macam nak bersila atas dapur kedai tu je sekarang ni.Selagi dia tak pulangkan duit aku, selagi itu aku takkan balik.Akhirnya aku makan malam dengan 2 biji pisang montel dan 6 biji limau mandarin, balance raya Cina hari tu.Macam tarzan pulak dah rasanya.Cesssss………

Monday, February 16, 2009

WITTICISM

Sabtu.Selepas Maghrib.Ketika menghampiri Damansara Damai dari Gombak, anak aku yang petah bercakap tu, bersuara tiba-tiba.....

"Ada hantu kat situ",katanya sambil menunding ke sisi jalan.
"Dia buat apa?",wife aku pantas bertanya, sedang aku hanya mendengar sambil terus memandu.
"Dia tak buat apa-apa.Dia pandang Danish je".
"Danish cakap betul ke tipu ni?",tanya wife ku lagi.
"Danish cakap betul ke tipu???",soal anak ku pula.
"Ye la.Betul ke tipu?".
"Betul ke tipu?"
"Ye la!!".
"Lu pikir la sediyi......"

Hahahaha.......Besar betul pengaruh media pada budak-budak sekarang rupanya.

Friday, February 13, 2009

PRATA

Pagi tadi ketika aku sedang leka membancuh teh 'lelaki' (teh 'o' yang tidak bersusu), seorang member ofis datang ke pantri lantas bertanyakan kalau-kalau aku hendak pesan apa-apa, kerana dia hendak ke warung Wak Leman 'merisik' sarapan.

"Tolong belikan aku roti kosong dua, kurang manis.Nak banjir, kuah asing",jawab ku dengan segala senang hati, seraya menghulurkan dua helai not RM 1 kepadanya.

"Huh.........".Dengan muka blur dia capai duit yang aku hulurkan dan berlalu tanpa sepatah ayat pun.Aku tak pasti sama ada dia faham atau pun terkedu dengan pesanan ku.

Hehhhhh................

Wednesday, February 11, 2009

SNEEZE

Asal pagi saja aku mesti rasa lemah badan.Rasa letih.Rasa tak larat.Rasa malas.Rasa macam sumi jelly.Rasa 'mandom'.Rasa nak ponteng kerja.Masuk kerja pula selalu lambat.Mungkin sudah terlalu lama aku menghadap kerja yang sama dan semakin bertambah bosan dengan apa yang aku lakukan.

Mungkin kerja yang dipertanggungjawabkan kepada ku selama hampir 2 tahun ini telah mem'bonsai'kan minda ku.Mungkin aku perlu berubah.Beralih arah mencari cabaran baru.Menghadapi tugasan yang mampu membuka kembali minda ku yang kesekian kalinya tertutup.

"Achoooo!!!!!!!!!!",aku terbersin ketika memandu sendirian ke tempat kerja.Petanda awal aku hendak sakit atau petanda awal untuk aku cuti sakit????Hehhhh...........

Tuesday, February 10, 2009

FEVER

Pagi ni aku rasa macam tak sihat.Seram sejuk....Bukan keseraman yang menyejukkan aku, tapi kesejukkan yang menyeramkan tubuh badan.Mungkin aku nak demam agaknya.Haduihhhh........

Wednesday, February 4, 2009

MANNEQUIN

Semalam aku ke Giant Batu Caves.Nak 'cucuk' duit.Menapak menyelusuri laluan pejalan kaki di hadapan deretan kedai di dalam 'gedung' itu, aku melintasi sebuah kedai menjual pakaian wanita (luar sahaja).

Tanpa menoleh ke sisi aku lewati kedai tersebut.Namun dari ekor mata ku dapat aku rasakan bahawa ada seorang wanita sedang berdiri di hadapan kedai tersebut.Orangnya tinggi.Malah lebih tinggi dari aku (aku rasa).Susah hendak dicari wanita setinggi itu sekarang ini, kecualilah dia seorang model.

Sehabis men'cucuk' duit ku (yang boleh beli helikopter Nuri : Mainan; dua tiga biji ) dari mesin ATM di situ, aku berpatah balik, menyelusuri laluan yang sama.Hati ku berdebar-debar tatkala menghampiri kedai pakaian tadi, kerana wanita itu masih berdiri di situ.

Dari jauh lagi aku amati, bahawa dia sememangnya tinggi.Namun semakin dekat semakin aneh tona wajahnya ku rasakan......Laaaa!!!Patung rupanya.Patutlah tinggi semacam.....Cessss!!!!!

Tuesday, February 3, 2009

HUBUNGAN SULIT TERLARANG YANG CUBA DISEMBUNYIKAN TETAPI DAPAT JUGA AKU HIDU, LANTAS MEMBUATKU TERTANYA-TANYA, HAIRAN, MARAH, MELUAT DAN MENYAMPAH!!!!

Aku memang jenis manusia yang tidak suka ambil tahu tentang 'tepi kain orang'.Tapi apabila apa yang dilakukan oleh orang lain itu melibatkan aku, sekaligus cuba merosakkan reputasi aku, 'menjolok' mata aku, melambatkan kerja-kerja aku, malah menyusahkan aku, maka terpaksalah aku menjaga 'tepi kain' yang sememangnya tidak ingin aku jaga (kerana aku selalunya berseluar....di dalam dan di luar).

Aku sedar tentang hubungan yang wujud itu.Aku nampak.Aku lihat.Malah aku telah lama tahu.Namun aku biarkan.Aku kasihan.Aku tak kesah.Aku tak resah.Aku tak gundah.Aku pedulik hape!!!

Namun aku rasa...kali ini, ketidakkesahan ku, ke'biaran' yang selama ini aku praktikkan dan ketidakpedulian yang selalu aku amalkan, terpaksa aku tolak ketepi.Nampaknya hubungan sulit ini telah cuba menyusahkan, mendatangkan kemusnahan, sekaligus menjahanamkan karier ku.


Aku sambungkan semula cable laptop ku yang untie Bollywood cabut - setiap pagi Selasa dan Jumaat (untuk menyambungkan 'HUBUNGAN SULIT' vacuum cleanernya dengan power plug ku). Mujurlah masih sempat aku sambungkan semula cable tersebut, sebelum laptop ku 'kong' dan memadamkan segala kerja-kerja ku yang tidak di 'save'......Fuhhhhhh!!!!!