Thursday, April 30, 2009

ANNIVERSARY

Pagi tadi.
“Hari ni hari ape ye?”
“Hari Khamis”
“Hari ni berapa haribulan ye?”
“30”
“Sekarang bulan ape ye?”
“Bulan April……”.Dia terdiam.
“Ye!Selamat ulangtahun ke – 5!”.Dia tersenyum serba-salah.
Dia lupa?
Tak!Dia tak lupa.Dia cuma tak sihat.Sian……..

REVERSE

Kelmarin dulu.Balik awal ‘sikit’.Walaupun datang lambat ‘banyak’.Bertembung dengan receptionist ofis aku kat bawah, sedang me’reverse’kan motorsikalnya.Maksud aku, duduk atas motor sambil kedua-dua belah kaki menolak motor ke belakang.Senang cakap : Gostan!

“Wa!Bagus la motor ni!”,ujar ku dengan wajah teruja.

“Hehe!Kenapa”,tersipu-sipu dia bertanya.

“Motor ni ada gear reverse la”,dan mukanya terus mengkelat.Hehhhhh…….

Wednesday, April 29, 2009

CAT EYES

Malam tu ada pasar tani kat BTP.Nama je pasar tani.Padahal bukan ada petani pun yang meniaga kat situ.Kalau nak sebut pasar jualan hasil pertanian pun tak boleh jugak, pasal akak jual baju dan apek jual VCD pun ada kat situ.Pasar malam mungkin sesuai kot?

Wife aku nak minum air mata kucing.Aku turun sorang.Menyelinap di antara para pengunjung, mencari gerai menjual air.Ada satu gerai je yang jual air mata kucing kat situ.

Not satu ringgit bertukar tangan dan air mata kucing berwarna merah kehitaman itu aku capai.Aku angkat tinggi cawan plastik itu sambil meninjau isinya.Tak nampak pun buah mata kucing.

“Mana mata kucingnya kak?Tak ada pun”.Ringan je mulut aku bertanya pada kakak penjual air tu.

“Cukuplah minum air mata kucing dik.Tak sanggup akak nak korek matanya pulak!”

Ceh!Buat lawak pulak kakak ni.Dengan tak puas hatinya aku berlalu.Aku sedut sikit air mata kucing tanpa buah itu.Huh!Lain macam je rasanya.Tak macam air mata kucing pun.Nak kata cincau tak macam air cincau.Nak kata laicikang tak macam air laicikang.Rasa macam air gula merah je.

“Nah!”,kata ku sambil menghulurkan cawan plastik tu pada wife aku, sebaik saja masuk ke dalam kereta.

“Air apa ni?”,tanya wife aku lepas sekali sedut, dengan dahi berkerut.

“Air mata anjing!”.Wife aku merenung tajam dengan dahi yang makin berkerut.Hehhhhh…….

Tuesday, April 28, 2009

BLOOD

Ahad - 7.30 am.

“Abang!Abanggg!Bangggg!”.Suara itu kedengaran bergetar.Kesakitan.

Tanpa sedar aku berlari, melangkahi 2-3 anak tangga turun ke bawah.Di tepi pintu stor wife aku meraung sambil menunding ke bilik air.Sedang darah merah mengalir laju ke kakinya.

“Ya Allah!”.

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras - 9:00 am.

Blood cloth”,kata nurse yang baru keluar dari bilik pemeriksaan tu.
Baby?”,tanya ku pantas.
“Oh!Baby ok!Jantung semua ok.Aktif lagi”.
“Alhamdulillah!”,aku raup tangan ke muka dengan mata berkaca.Jatuh juga air suam itu setitis dua ke tapak tangan.

Wife aku M.C seminggu.Kata doktor blood cloth tu tanda awal untuk gugur.So kena banyak baring.Berehat.Moga segalanya selamat.Moga baby ku kuat.Moga wife aku sihat.

Amin!

Wednesday, April 22, 2009

CYCLO

Bandar Melaka: 29/03/2009

Lepas mintak sorang kartunis di Menara Taming Sari, buat karikatur anak aku (siap laminate) dengan harga RM 24, kita orang menapak mencari beca.Belum pun jauh berjalan, aku dah nampak beberapa orang brader beca tengah tunggu customer atas beca masing-masing, tak jauh dari situ.

Beca Melaka ni colourfull.Tak macam beca di Bandung.Ada kipas.Ada radio.Ada bunga manggar.Ada bendera Malaysia.Ada macam-macam. Macam kereta berhias.Ikut kreativiti masing-masing.Ikut tuan punya beca lah kalau dia perasan decoration dia tu boleh melawakan becanya.

“Sepuluh ringgit”,kata brader beca tu bila aku minta dia hantarkan kita orang ke A’Famosa.Aku ingatkan jauh la A’Famosa tu dari Menara Taming Sari ni.Rupa-rupanya tak sampai 200 meter pun jaraknya.Dekat je.Kalau kentut pun boleh dengar.

Brader beca ni muda jugak.Dalam 40-an.Kayuhannya pun laju.Laluannya pulak tak lah se’adventure’ kota Bandung.Tak banyak kenderaan yang simpang perenang.Tak ada Toyota Altis yang meluncur laju membunyikan hon.Tak ada van ‘mayat’ yang berdesup hampir di sisi.

Tak sampai 5 minit, kita orang sampai di A’Famosa.Brader tu pun aku nampak ok je.Setitik peluh pun tak kelihatan.Agak-agaknya berapalah yang brader ni boleh dapat sehari?Ini baru aku satu family.Satu trip busuk-busuk dapat RM10.Kalau 10 trip?RM100!Kalau 20 trip?Kalau 100 trip?Kalau 1000 trip?Uish!Loaded juga bawak beca ye?

Jauh benar bezanya kalau nak dibandingkan dengan pakcik beca di Bandung.Yang bertarung nyawa mencari nafkah.Dengan kudrat yang tak seberapa.Dengan imbuhan yang tak berbaloi.Tersentuh sungguh aku mengenangkan pakcik tu.Kalaulah pakcik tu berhijrah ke Malaysia,mungkin balik Bandung nanti dia boleh jadi tauke beca kat sana.Hehhhhh…….Boleh ke?Entahlah!Moga pakcik tu dimurahkan rezeki.

PEDICAB

Kota Bandung: 19/12/2008

Keluar dari Apotek (farmasi) Rakyat,kami susuri Jalan Rangga Malea yang sempit menuju Jalan Laks. R.E. Makta Dinata (Jalan Riau).Tak jauh pun.Dalam 300 – 400m saja jaraknya.Sebuah basikal roda tiga (beca?) menghampiri.Aku tahan.Saja nak try naik.

“Terminal Tas”,ujar ku.Pemandunya agak berumur.Sekitar 50-an.Tanpa banyak soal dia suruh kami naik.

Bandung sesak.Kenderaan bertali arus.Hon membingit.Kayuhan pakcik tu pulak perlahan.Berat agaknya kami sekeluarga ni?Namun apa yang menggerunkan aku adalah cara pemanduannya.Dalam kesesakan kenderaan bersimpang siur,dengan ber’tenang’nya dia menongkah arus.Melintasi persimpangan Jalan Tirtayasa seterusnya ke Jalan Ir. H. Juanda.Tiba-tiba sebuah Toyota Altis membunyikan hon dan menuju laju, tepat ke arah kami.

“Ya Allah!”,ucap ku dalam hati sambil menoleh ke arah wife aku yang sudah memejamkan mata.Mujur saja pakcik tu mengelak ke sisi.

”Mak kau!”,aku terjerit apabila sebuah van pula melintas laju di sisi kami dalam bunyi hon yang memanjang.Terasa kuat desir angin dari van yang cuma seinci saja jaraknya dari lengan ku itu.Fuh!Mencabar minda betul pemanduan pakcik ni.Boleh segugut aku kalau macam ni.Akhirnya kami menghampiri persimpangan Jalan Riau – Wastu Kencana sebelum tiba di hadapan Terminal Tas.Lega!

“Mau ditungguin ngak?”soalnya dengan wajah berpeluh, sebaik kami turun dari beca.

Aku geleng,sebelum bertanya, “Berapa?”.

“Sepuluh ribu!”,jawabnya seketika kemudian dengan riak hampa dan teragak-agak. Mungkin harga ‘biasa’ lebih rendah dari itu?Aku tak tahu.(RP10 ribu lebih kurang RM3.30 je masa tu).

“Ini dua puluh ribu.Sepuluh ribu buat tambang.Lagi sepuluh ribu kira halal”,kata ku sambil mengunjukkan sehelai not RP20 ribu yang berlatar belakangkan wajah Oto Iskandar Di Nata.Serta-merta riak wajah hampa tadi bertukar menjadi sedih (terharu?) sebelum dia salami tangan ku dengan kedua belah tangan dan tak putus-putus mengucapkan terima kasih.Tak cukup dengan itu dia terangguk-angguk pula dengan wife aku.Mengucapkan terima kasih dengan mata berkaca.

Agaknya susah kot nak dapat pelanggan di kota Bandung ni?Agaknya akibat taraf hidup yang rendah,di mana tenaga yang dikerah tidak setimpal dengan ganjaran yang diperolehi, mempengaruhi perlakuan pakcik tu?Agaknya berapalah pendapatan pakcik tu sehari?Entahlah…..Aku harap dia dimurahkan rezeki.

Monday, April 20, 2009

LOCK

Hari tu.Restoran Ilham Tomyam Seafood, Sungai Buloh.Singgah untuk makan malam.Anak aku tidur kat belakang. Nyenyak sangat nampaknya. Malas nak kejut.Biasanya, spare key kereta wife aku ni, aku yang simpan.Kalau balik ke BTP selalunya pakai main key yang wife aku guna hari-hari.Dan spare key tu aku simpan dalam poket seluar.

Dengan anggapan bahawa spare key ada dalam poket, dengan confidentnya aku turunkan sikit cermin tingkap belah wife aku.Terus lock kereta, sedang enjin & aircond terpasang.Lepas tu.Aku raba poket.Serta merta air muka aku berubah bila aku rasa spare key tu tak ada.

Dengan gelabah ‘biawak’nya aku cuba masukkan tangan melalui celahan tingkap yang terbuka.Lepas!Tapi sangkut di lengan.Aku tekan cermin tingkap yang terbuka tu sekuat hati.Bergerak sikit ke bawah.Aku masukkan tangan lagi. Lepas!Tapi masih sangkut di lengan.Hampeh!Wife aku ketuk cermin.Jerit dan panggil anak aku.Dia diam.Langsung tak bergerak.

Aku kitari seluruh restoran mencari kayu panjang yang boleh aku guna untuk buka selak pintu.Jumpa!Aku cuba!Lepas!Sayang selak terlalu jauh.Beberapa orang pekerja dan pelanggan restoran mendekati.Cuba membantu.Menyeluk melalui celahan tingkap yang terbuka. Lepas!Tetapi sangkut juga di lengan.Aku dah blur.Kalau diikutkan mahu aku pecahkan saja cermin tu.

Ikhtiar akhir!Aku kuis badan anak aku dengan kayu tadi.Ada movement!Aku kuis lagi.Bergerak!Aku kuis lagi.Makin kuat.Makin cepat.Dia mula merengek dan akhirnya bangun.Duduk.Menangis.Mamai kerana tidur yang diganggu.Mungkin juga takut kerana aku dan wife aku tak ada.Setelah berkali-kali menjerit dan mengetuk cermin,menyuruh dia membuka pintu, akhirnya anak aku merangkak ke tempat duduk pemandu dan menarik selak.

Fuh!Nasib baik betul!Sepanjang perjalanan balik wife aku berpidato dan bersyarah.Membentangkan fakta, menegakkan hujah.Menunjukkan bahawa aku yang salah.Aku pekakkan telinga.Anggap leteran tu macam nyanyian Britney Spears.Penat.Letih.Cuak.Berdebar.Seriau.Segalanya berkumpul.Membuat aku lesu.Sesampai di rumah, aku cari spare key yang ‘menyusahkan’ hidup aku tu dalam beg laptop.Tak ada.Dalam beg sekolah aku.Pun tak ada.Atas rak kasut, tempat letak kunci.Masih tak ada.

Tak puas hati betul!Wife aku kat luar!Siram pokok.Aku geledah handbag dia!Perkara yang selama ini tak pernah aku buat!Dengan beberapa kali selak.Aku jumpa spare key yang sepatutnya aku simpan tu.Tah bila masa dia ambik dan simpan dalam handbag dia entah.

Sebaik saja wife aku masuk, aku tunjukkan dia anak kunci tu.”Hehe!Ada dalam handbag ke?Macam mana boleh lupa tadi?”.Nasib baiklah yang bertanya itu wife aku.Kalau orang lain dah tentu aku karate anak tekaknya.Huhhhhh……

Wednesday, April 15, 2009

ACIDULUOS

Petang semalam.Aku leka memenuhi request dari Ampang.Mintak aku redesign temporary track kat sector N6.Nasib baik yang request tu mak dara.Kalau mak janda tua, memang malas aku nak buat.

Sambil ligat buat kerja, sekali-sekala aku capai asam kulit limau yang aku taburkan atas kertas A4, lalu sumbat ke mulut.Feel woo buat kerja, sambil layan asam kulit limau.Sejak dari kecik lagi aku memang ‘hantu’ asam.Walaupun kadang-kadang aku ‘kurang asam’.Hahaa!

Aku capai lagi asam atas A4 tu dan terus sumbat ke mulut.Erk!Kenapa ‘asam’ yang ini terasa tawar dan kesat?Pantas aku luahkan ‘asam’ tu ke telapak tangan.Rupanya itu tisu yang aku guna untuk lap hidung tadi!Patutlah ada rasa masin-masin kelat sket.Cesssss…….

Tuesday, April 14, 2009

DEVOTE

Ahad.Balik dari kelas.Wife aku bersuara perlahan, “Rasa macam nak makan nasi kandar la!” (baca: Apa nak jadi pun nak makan nasi kandar jugak!).Tapi takpe.Aku suami yang baik.

Cuma ada satu tempat je kat Selangor @ KL ni yang mampu men’satisfy’kan tekak ‘utara’ kita orang.Original Penang Kayu Nasi Kandar di Bukit Tinggi, Klang.Jauh jugak tu!Tapi takpe.Aku suami yang baik.

Hujan lebat.Aku men’yupir’kan diri memandu sejauh 75 km menuju Klang.Menggagahi diri sambil menidakkan rasa letih dan lesu.Aku tahu.Bukan wife aku yang ‘mintak’ nasi kandar tu.Tapi takpe.Aku suami yang baik.

Sampai ke destinasi.Aku biarkan wife aku lunaskan keinginannya.“Uwek!”,belum pun habis suapan pertama wife aku dah mula loya.Namun dia gagahi juga demi menjaga hati aku.Aku tahu.Tapi takpe.Aku suami yang baik.

Hujan lebat.Men'yupir' lagi sejauh 75 km menuju Rawang.Dalam nada berselorah aku tanya, “Esok nak makan apa pulak?”.Wife aku diam, sebelum bersuara “Nak makan ikan bakar”.Dan aku tahu, hanya ikan bakar Tangling saja yang wife aku mahu.Tapi takpe.Aku suami yang baik.

Aku pasti.Dalam masa dua bulan akan datang, aku akan sibuk menjadi ‘supir’ memenuhi ‘permintaan’ wife aku.Tapi takpe.Aku suami yang baik.Dan aku akan terus menjadi suami yang baik.Hehhhhhh……

Friday, April 10, 2009

AKU KUNYAH SANDWICH KU YANG DINAMAKAN SEMPENA NAMA JOHN MONTAGU, 4th EARL OF SANDWICH, SEORANG BANGSAWAN INGGERIS, PADA TAHUN 1762, DENGAN SENYUM PUAS

Aku hairan.Sejak minggu lepas lagi aku teringin nak makan sandwich sardin.Tiap kali rasa lapar aku mesti fikirkan pasal sandwich sardin.Macam dah terasa kat tekak dah ha!Tapi kesibukan sehari-hari membantutkan keinginan ku.Dah dua kali aku buang saja salad yang aku beli kononnya nak buat sandwich.

Semalam aku tak boleh sabar lagi.Lepas makan malam aku terus potong bawang besar dan cili.Bukak sardin tin kecik cap “King Cup”.Gaulkan kesemuanya.Perah limau sket.Taruk garam,gula dan lada sulah.Rasa sket.Pergh!Aku cuci salad dan potong tomato.Siapkan semuanya dan simpan dalam peti sejuk.

Pagi ni.Aku puas.Balik karang aku nak buat sandwich lagi.Aku nak makan puas-puas.Biar orang kata aku gila.Biar orang kata aku buruk lantak.Biar orang kata aku mengidam.

Er!Mengidam?Mungkin jugak kot?Siapa yang mengandung sebenarnya ni?Aku ker wife aku?Entahlah!Hehhhhh......

Thursday, April 9, 2009

LOST

Semalam.Seperti hari-hari Rabu sebelumnya, aku ke Tingkat 5, Selayang Mall.Main badminton dari pukul 9 hingga 11 malam. Setelah hampir 2 jam memukul 'bulu angsa' di gelanggang, aku keluar menuju parking lot.

Eh!Mana kereta aku?Dalam keletihan dan dibasahi peluh, aku ‘tawaf’ seluruh parking lot tu.Sah!Tak ada.Ah!Sudah!Macam mana ni?

Dalam serabut dan blur sebegitu aku menapak turun ke tingkat 4.Dalam kepala otak aku cuma satu je.Balai polis!

Dengan langkah lesu aku susur parking lot di tingkat 4 tu.Tiba-tiba mata ku tertancap kepada sebuah kereta yang amat ku kenali.Kereta aku!

Yea!Yea!Aku rasa nak melompat sampai ke siling.Macam mana aku boleh lupa yang aku parking kat tingkat 4 tadi?Dah makin tua nampaknya aku ni.Cehhhhh……

Wednesday, April 8, 2009

SYUWYUS

Telefon saku di atas kabinet kasut bersebelahan pintu, berbunyi.Tanda ada pesanan ringkas.Aku leka mengacau sup ayam yang menggelegak di atas dapur, sedang wife aku sibuk membasuh pinggan di sinki.

“Ibu!Telepon!”,jerit anak ku yang bermain di depan.

Kami berdua diam.Leka dengan tugas masing-masing.

“Ibu!Telepon!Telepon berbunyi!”,jerit anak ku lagi sambil meniru alunan lagu “Wonderpets”.

Kami saling bertukar pandang.Senyum.Masih diam.

“Ibu!Telepon!Telepon berbunyi!Ini syuwyus!”,katanya lagi sambil bercekak pinggang di pintu dapur.

Hahaha……Saat itu juga ketawa yang puas ditahan, berderaian.

(Malay Version) : Wonder Pets - Telefon.mp3


Monday, April 6, 2009

LONGING

Sekiranya apa yang ditunjukkan ini adalah benar, maka aku bersyukur kehadrat Mu ya Allah!

Amin!

Friday, April 3, 2009

MILKSICK

Kita ‘dilarang’ memandu ketika mabuk atau ketika di bawah pengaruh alkohol (baca: diharamkan minum arak, minuman keras dan yang memabukkan).

Anak aku leka ‘memandu’ Ferrarinya di tempat duduk belakang.Mujur saja bukan dia yang memandu kereta ku saat ini.

Dia mabuk susu!Hehhhhh......

Thursday, April 2, 2009

CAR STICKER

Korang pernah follow kereta yang ada sticker kat cermin belakangnya?Sekarang ni ada banyak sticker yang owner kereta suka tampal kat belakang kereta masing-masing.

Ada gambar baby dengan tulisan “Baby On Board”.Gambar mahkota dengan tulisan “Princess On Board”.Ada tulisan saja seperti “I Maybe Slow But I’m Ahead Of You” dan “Don’t Follow Me.I’m Lost Too”.Ada lukisan saja seperti karikatur Mickey Mouse dan Tazmanian.

Ada yang lekat sticker universiti macam-macam.Dari Harvard, Michigan State, UiTM,UKM sampailah ke sekolah atap.Ada pula suka sticker kelab-kelab EPL seperti MU, Chelsea dan Liverpool.Ada juga ayat amaran seperti “Mafia Inside” dan “Driver Soo Piss Off”.

Ada yang lekatkan sticker syarikat insuran kereta seperti MAA, AmAssurance dan Takaful Ikhlas.Pendek kata ada macam-macam sticker yang owner kereta suka tampal kat belakang kereta dia orang.

Motif?Korang tanya owner.Tapi, pagi tadi aku betul-betul hairan dengan sticker kereta yang aku ikut ni.

“JANGAN KOREK HIDUNG SEMASA MEMANDU…..BURUK!!!!”

Aku terdiam lalu buat kesimpulan sendiri.Mungkin owner kereta punya sejarah silam ngeri di mana dia melihat seorang awek yang sangat cantik sedang mengorek hidung semasa memandu lantas memburukkan kecantikan sedia adanya.

Mungkin kereta awek tu terbabas lantaran terlalu asyik mengorek hidung.Mungkin owner kereta tu berhenti untuk membantu awek cantik tu.Mungkin dia akhirnya jatuh cinta dengan awek cantik tu tapi dihalang oleh perasaan geli melihat saki baki ‘bijih’ di jari awek tu.

Atau mungkin owner kereta tu tak kisah dan mereka terus ber’couple’ seterusnya berkahwin.Mungkin selepas kahwin dan naik kereta yang sama, awek tu terus dengan tabiatnya mengorek hidung.Mungkin kereta owner tu akhirnya dipenuhi oleh palitan ‘bijih’ dari hidung awek tu.Mungkin owner kereta tu mintak cerai.Mungkin perpisahan tu meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa owner kereta tu.Mungkin!

Aku pintas kereta tu di persimpangan seterusnya.Telahan ku ternyata salah bila ku lihat pemandu kereta itu hanyalah seorang makcik tua.Hendak ke pasar agaknya.Atau mungkinkah makcik tu adalah awek cantik pengorek ‘bijih’ itu?Yang kecewa dengan perlakuannya dulu?

Atau mungkinkah owner kereta tu (bekas suami makcik tu) kini terkurung di dalam bonet belakang kereta tu?Entahlah!Aku tak tahu.Korang tanyalah makcik tu.Hehhhh……