Tuesday, June 9, 2009

CHAR KUEW TEOW

Khamis.Masih lagi bercuti.Sungai Petani, Kedah.Makan malam kat "Bang Chik Char Kuew Teow".Walaupun tak sesedap char kuew teow Taman Sejati ataupun Permatang Pauh, tapi masih lagi 100 kali lebih sedap berbanding dengan char kuew teow kat KL nun.

Penang Famous Char Kuew Teow, Char Kuew Teow Penang dan Famous Char Kuew Teow adalah antara ayat-ayat power yang digunakan untuk kononnya menunjukkan kesedapan char kuew teow diaorang.Dari restoran besar,restoran kecik,gerai tepi jalan sampailah ke pasar malam.Merata-rata tempat ada ayat-ayat tu.

Satu ketika aku ke pasar malam Greenwood.Meninjau jualan di deretan gerai tanpa tujuan.Tiba di satu gerai yang dikerumuni orang.Banner "Penang Famous Char Kuew Teow" tertera besar atas gerai tu.Sorang mamat leka menggoreng kuew teow sambil 5 - 6 orang customer menunggu.

Aku jenguk dalam kuali yang digorengnya.Presentationnya macam ok.Aku order sebungkus.Sambil tunggu dia masak, aku pun layan borak.

"Asal Penang kat mana?",soalan pertama aku.
Dengan muka serba salah dia jawab, "Saya orang KL".
"Habis mana belajar buat kuew teow ni?"
"Oh!Resepi ni kawan saya bagi".Aku dah malas nak bersoal jawab.Tunggulah nasib aku karang.

Balik rumah dan ramalan ku tepat.Aku cuma mampu telan 2 sudu je "Penang Famous Char Kuew Teow" tu.Ke'famous'annya tak mampu aku bendung.Selebihnya 'cik sam' (tong sampah) yang makan.Cehhhhh........

No comments: