Thursday, June 18, 2009

TITI HAYUN

Masih cerita kat kampung.Dah lama dah aku tak balik.Last sekali pun masa raya puasa tahun lepas.Pagi Khamis tu, aku paksa mak aku pergi Titi Hayun kat Yan.Nak mandi air sungai yang sedingin salju dari Gunung Jerai.Heh!

“Tak payah masak la mak.Kita beli kat kedai je”,kata ku bila mak aku tanya pasal makan.Lepas tapau mee goreng dan ais kacang (ABC) kat pekan Guar Chempedak, kita orang terus ke destinasi.Sesampainya aku melilau cari parking.Ingatkan hari-hari kerja ni orang tak ramai.Rupa-rupanya parking full.Aku selit je kat mana boleh.Lupa pulak masa tu cuti sekolah.

Lepas dapat port kat satu wakaf yang kosong, aku bawak anak dan anak buah aku mandi dulu.Biarkan dia orang main-main air yang separas lutut tu.Airnya sejuk dan jernih walaupun tak sesejuk dan sejernih dulu.Ada juga manusia-manusia yang tak bertamadun yang buang sampah merata-rata.Sesat jugak la kotak dan botol minuman kat dalam sungai tu.

Cuaca mendung dan dingin pantas membuatkan aku lapar.Aku tinggalkan budak berdua tu dan naik cari mee goreng.Lepas makan, nafsu nak berkubang mula menebal.Tak bertangguh aku terus terjun dalam sungai.Aku mandi puas-puas.Hampir sejam berendam buat mata aku kuyu.Mengantuk walaupun kaki tangan dah kecut.

Sebelum balik aku menyelam untuk kesekian kalinya.Aku tahan nafas selama yang boleh.(Er!5 saat tu kira lama ke?)Lepas rasa macam sesak nafas baru aku timbul di permukaan.Ya Allah!Kenapa aku rasa lemas tiba-tiba?Kenapa pandangan aku kabur?Kenapa aku macam sukar bernafas?Aku meracau-racau.Mengapai-gapai.Kenapa ni?Ya Allah!

Keadaan cuma kembali tenang setelah aku berjaya menarik beg plastik yang datang terapung entah dari mana, lantas menutupi keseluruhan kepala dan muka aku.Cehhhhh…….Ingatkan aku lemas!

No comments: