Friday, June 26, 2009

SIGNATURE

Saat itu.Aku rasa nak terbalikkan semua kerusi dalam ofis ni.Aku nak patahkan setiap kaki meja yang ada.Aku nak buka tutup buka tutup pintunya sampai tercabut engsel.Aku nak pasang semua lampu yang ada termasuklah lampu tangga, lampu jamban dan lampu setor.Aku nak bukak semua aircond ke tahap beku.Aku nak bukak semua paip air, biar banjir karpetnya.Aku nak flush jamban di setiap tingkat, selang 5 minit.Aku nak print color semua document, pdf dan tender yang aku ada sampai 7389 salinan setiap satu.Aku nak print color semua drawing, dengan saiz A0 sampai 9837 salinan.Aku nak bancuh semua teh, Nescafe dan Milo yang ada dalam timba.Aku nak tebuk semua susu yang bertin-tin tu.Aku nak habiskan semua harta benda ofis yang ada.Biar bankrup.Biar telingkup.Biar tutup terus company ni.

“Encik Fendi. Epi dah pergi ambik cek encik tu.Boss pun ada kat bawah.Nanti lepas boss sain kita hantar terus kat bank”,kata receptionist ofis aku.

Hampeh.Dalam ramai-ramai staff kat sini, kenapa cek aku sorang je yang dia terlupa nak sain?Hantar kat bank tapi tak sain.Takkanlah setakat bayar gaji aku 5-6 juta sebulan pun nak berkira.Dulu berani sangat offer.Sekarang kenapa tak berani nak bayar?

Saat ini.Aku bermeditasi.Aku tenangkan diri.Aku buat tak peduli.Aku bancuh kopi.Aku makan roti.Tenang Afendi.Apa sangat nak mengamuk pasal gaji.Gaji dulu pun tak habis lagi.Apa peduli!Hehhhhh……..

* 6.10 pm.

Cilakak!Baru tadi aku check internet banking.Gaji aku tak masuk lagi weh!Minggu depan la nampaknya.Kensel nak beli Toyota Celica sebijik!

4 comments:

sid sienna said...

bole join transformer nie.. hehe..

Afzainizam said...

trimas Kasih atas sokongan anda atas blog kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/.. kami amat menghargai... kami dah baca blog anda

afendi ariff said...

bukan takat transformers.....space cop gaban, power rangers, kesatria baja hitam, voltron, thundercats....suma la!!!!

afendi ariff said...

Azainizam: Sama2.Aku follow pasal info korang bagus....boleh tambah ilmu.