Monday, June 29, 2009

THANK YOU

Hanya Allah sajalah yang dapat membalas segala budi baik dan jasa tuan.Semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati hidup tuan di dunia mahupun di akhirat.Terima kasih.Yang maha mulia, tuan.Intan payung.Nyawa.Jantung.Limpa.Buah pinggang.Buah da....

Pendek cakap.Gaji dah masuk!Hehhhhh.......

*Cantik ye keta tuan!

Friday, June 26, 2009

SIGNATURE

Saat itu.Aku rasa nak terbalikkan semua kerusi dalam ofis ni.Aku nak patahkan setiap kaki meja yang ada.Aku nak buka tutup buka tutup pintunya sampai tercabut engsel.Aku nak pasang semua lampu yang ada termasuklah lampu tangga, lampu jamban dan lampu setor.Aku nak bukak semua aircond ke tahap beku.Aku nak bukak semua paip air, biar banjir karpetnya.Aku nak flush jamban di setiap tingkat, selang 5 minit.Aku nak print color semua document, pdf dan tender yang aku ada sampai 7389 salinan setiap satu.Aku nak print color semua drawing, dengan saiz A0 sampai 9837 salinan.Aku nak bancuh semua teh, Nescafe dan Milo yang ada dalam timba.Aku nak tebuk semua susu yang bertin-tin tu.Aku nak habiskan semua harta benda ofis yang ada.Biar bankrup.Biar telingkup.Biar tutup terus company ni.

“Encik Fendi. Epi dah pergi ambik cek encik tu.Boss pun ada kat bawah.Nanti lepas boss sain kita hantar terus kat bank”,kata receptionist ofis aku.

Hampeh.Dalam ramai-ramai staff kat sini, kenapa cek aku sorang je yang dia terlupa nak sain?Hantar kat bank tapi tak sain.Takkanlah setakat bayar gaji aku 5-6 juta sebulan pun nak berkira.Dulu berani sangat offer.Sekarang kenapa tak berani nak bayar?

Saat ini.Aku bermeditasi.Aku tenangkan diri.Aku buat tak peduli.Aku bancuh kopi.Aku makan roti.Tenang Afendi.Apa sangat nak mengamuk pasal gaji.Gaji dulu pun tak habis lagi.Apa peduli!Hehhhhh……..

* 6.10 pm.

Cilakak!Baru tadi aku check internet banking.Gaji aku tak masuk lagi weh!Minggu depan la nampaknya.Kensel nak beli Toyota Celica sebijik!

MICHAEL JACKSON

Kalaulah aku terima perlawaannya dulu, mungkin saat ini aku akan berada di sana.Menabur bunga dan berteleku di sisinya.Moga dia sejahtera di sana.

Thursday, June 25, 2009

SMS

"Pengumuman dari Petronas MAS.Tahniah!Sim card anda bertuah memenangi undian hadiah wang RM14.000.Sila hubungi telefon 006285880214501.Terima kasih".

Warghharghhahhh!Bodoh punya Indon!Pat blas hengget je ko nak kasi aku?Hehhhhh.......

Wednesday, June 24, 2009

ROJAK TONGGEK

Rojak tonggek?Pelik, tapi memang itulah panggilannya.Berbeza dengan rojak buah yang dicampur gaulkan kesemua bahannya, rojak tonggek adalah buah, sayur, seafood atau apa saja ramuan yong tau fu yang dicucuk pada lidi buluh dan dicicah dengan kuah rojak.Maksudnya nak makan baru cicah.

Kat KL mana nak cari?Tapi kat Penang kalau nak makan pergilah kat Bagan Ajam menghala ke Pantai Bersih ,bersebelahan Butterworth Outer Ring Road (BORR).Gerai Cina ada 2, Melayu ada 1.Biasanya yang ramai orang tuju adalah gerai Cina.Tak kira bangsa apa, layananannya bagus dan friendly.Gerai Melayu?Muka macam tapak kaki.Kalau ada yang berdiri depan gerai dia pun dia boleh buat dek je.At least tegur ke ape ke.Nak bungkus ke ape?Entahlah!Mentaliti kot?

Rojak tonggek ada macam-macam bahan.Ada mangga, nenas, jambu batu, jambu air, belimbing, timun, carrot, tomato, sengkuang, sotong plastik, telur puyuh, tauhu goreng, bahan-bahan yong tau fu, macam isi ketam ke, isi udang ke dan macam-macam lagi la.

Secucuk 40 sen je.Kuahnya pulak ada 2.Kuah pedas yang diletakkan cili api kat atasnya dan kuah tak pedas.Dia letak dalam mangkuk kaca dan ditaburkan dengan kacang goreng kisar.Kita boleh bungkus atau makan kat situ jugak.Kalau nak makan, pilih mana suka lepas tu cicah dengan kuah rojak dalam mangkuk kaca tu.Masa nak makan, posisinya kenalah menonggek atau membongkok ke depan sikit, pasal takut kuah kena baju.Tatacara makan inilah yang memberikan nama kepada rojak tonggek ni.

Aku sempat jugak ke sana masa balik kampung hari tu.Hari Sabtu dan orang tak ramai sangat.Banyak jugak aku makan.Anak aku tu pun boleh tahan.Habis berkicap bajunya.Budak-budak mana la tahu nak tonggek-tonggek ni.Tak pe!Biar dia meneroka.Lagi banyak dia cuba lagi berkembang otaknya.Heh!Macam iklan susu pulak.

Penonggekan ku terhenti bila sorang apek yang agak kurang bergigi datang makan.Kesukarannya mengunyah menyebabkan air liurnya terembas keluar sehingga membasahi buah yang digigitnya.Lepas tu dia cicah lagi dalam mangkuk tu.Bukan satu mangkuk je, kedua-dua dia cicah.Pastinya kuah rojak tu akan berasimilasi dengan air liur apek tu.Berbaur, berpadu dan bersatu.Larut, sebati dan teradun.Potong stim betul la.Cehhhhh……..

Tuesday, June 23, 2009

MEE UDANG

Tahu kat mana nak dapat mee udang yang paling sedap kat area utara ni?Mee udang Titi Timbul kat Sg. Dua, Seberang Perai?Yang masuk dalam Jalan Jalan Cari Makan tu?Atau mee udang Kuala Sepetang, Perak, yang banyak udang dan masuk Majalah 3 tu? Heh!Kedua-dua tempat yang digembar-gemburkan dengan ke’famous’an mee udangnya tu cuma lebih dengan publisiti.Iklan!Bukan tak sedap, cuma tak betul-betul sedap.

Kalau betul nak makan mee udang yang sedap, pergi Pulau Sayak.Kat Kedah ye!Bukan kat Pulau Pinang atau kat Perak!”Gerai Pak Su”, letaknya kat atas bukit, tidak berapa jauh sebelum sampai ke Kampung Pulau Sayak, sedang di bawahnya terhampar lautan luas.

Masa balik KL hari tu aku 'peletok' ke Kota Kuala Muda dulu, menuju Pulau Sayak.Wife aku dah sebut-sebut, takkan tak singgah.Sampai dalam pukul 2 dan orang agak ramai.Terus order sirap dan mee udang semangkuk besar (yang cukup untuk 4 orang makan).Udang dah la banyak,fresh dan manis pulak.Rasa superb, servis laju dan harganya pun jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Titi Timbul atau Kuala Sepetang.

Tengah sedap menikmati mee udang, aku dengar customer meja sebelah order meegi ikan.Huh!Macam mana rupanya tu?Aku tunggu dengan sabar sambil menjeling-jeling.Rupanya mee maggi yang dimasak dengan ikan kembong.Sedap ke?Kalau tak disebabkan pagi tadi aku dah bersarapan dengan 4 bungkus nasi lemak kuning, serta sepinggan nasi goreng dan sekarang dipadatkan pula dengan mee udang, mahunya aku order meegi ikan tu sepinggan.Rasanya muat lagi perut ‘stokin’ aku ni.

Tapi, aku batalkan niatku bila aku sedar ada 2-3 orang customer kat situ asyik perhatikan cara aku menyuap, dan mangkuk besar mee udang yang aku dan wife aku ‘licin’kan tu.Takpelah!Lain kali je lah nampaknya.Agaknya belum pernah ada orang order mee udang mangkuk besar, tapi makan 2 orang je, kat situ?Hehhhhh……..

Monday, June 22, 2009

PEKAN RABU

Hairan!Hari tu memang hari Jumaat.Memang ada bacaan ‘Yassin’ yang berkumandang dari masjid Guar Chempedak pagi tu.Memang ada khutbah Jumaat dari Masjid Negara melalui siaran radio yang aku dengar tengahari tu.Memang ada orang yang lengkap berbaju melayu untuk ke masjid.Memang ada juga yang siap berkopiah dan berserban waktu tu.Pendek kata memang terbukti ke’jumaat’annya hari tu.

Tapi!Kenapa, sejak aku tiba di sini pagi tadi, lain pula sebutan harinya?Kenapa tidak disebut hari Jumaat.Padahal aku masih lagi di hari Jumaat yang sama.Kenapa mesti dipanggil PEKAN RABU walaupun aku ke sana pada hari Jumaat?Kenapa tidak disebut Pekan Jumaat?Kenapa?Hehhhhh……….

Thursday, June 18, 2009

TITI HAYUN

Masih cerita kat kampung.Dah lama dah aku tak balik.Last sekali pun masa raya puasa tahun lepas.Pagi Khamis tu, aku paksa mak aku pergi Titi Hayun kat Yan.Nak mandi air sungai yang sedingin salju dari Gunung Jerai.Heh!

“Tak payah masak la mak.Kita beli kat kedai je”,kata ku bila mak aku tanya pasal makan.Lepas tapau mee goreng dan ais kacang (ABC) kat pekan Guar Chempedak, kita orang terus ke destinasi.Sesampainya aku melilau cari parking.Ingatkan hari-hari kerja ni orang tak ramai.Rupa-rupanya parking full.Aku selit je kat mana boleh.Lupa pulak masa tu cuti sekolah.

Lepas dapat port kat satu wakaf yang kosong, aku bawak anak dan anak buah aku mandi dulu.Biarkan dia orang main-main air yang separas lutut tu.Airnya sejuk dan jernih walaupun tak sesejuk dan sejernih dulu.Ada juga manusia-manusia yang tak bertamadun yang buang sampah merata-rata.Sesat jugak la kotak dan botol minuman kat dalam sungai tu.

Cuaca mendung dan dingin pantas membuatkan aku lapar.Aku tinggalkan budak berdua tu dan naik cari mee goreng.Lepas makan, nafsu nak berkubang mula menebal.Tak bertangguh aku terus terjun dalam sungai.Aku mandi puas-puas.Hampir sejam berendam buat mata aku kuyu.Mengantuk walaupun kaki tangan dah kecut.

Sebelum balik aku menyelam untuk kesekian kalinya.Aku tahan nafas selama yang boleh.(Er!5 saat tu kira lama ke?)Lepas rasa macam sesak nafas baru aku timbul di permukaan.Ya Allah!Kenapa aku rasa lemas tiba-tiba?Kenapa pandangan aku kabur?Kenapa aku macam sukar bernafas?Aku meracau-racau.Mengapai-gapai.Kenapa ni?Ya Allah!

Keadaan cuma kembali tenang setelah aku berjaya menarik beg plastik yang datang terapung entah dari mana, lantas menutupi keseluruhan kepala dan muka aku.Cehhhhh…….Ingatkan aku lemas!

Wednesday, June 17, 2009

BROTHER

Yeha!Aku dapat adik!Dah tua-tua baru nak tambah adik.Bunyinya macam pelik kan?Mak aku yang dah umur 60 tahun tu boleh mengandung lagi ke?Kalau boleh pun, mengandungkan anak siapa?Abah dah lama tak de.Hish!Merepek!

Adik yang aku maksudkan tu adalah 20 ekor anak ayam.Mak aku baru bela.Masa aku balik kampung hari tu baru 3 hari umur dia orang, eh ‘dia ayam’.Kiut-kiut.Comel-comel.Macam bola tenis.Rasa nak ramas-ramas je.

Cukup ke 20?

Sekor-sekor tak reti duduk diam.Lari sana-sini.Makan.Kais-kais.Lompat-lompat.Letih pun boleh hilanglah kalau dok mengadap ‘dia ayam’ ni.

Hiargh!Lenguh plak kaki aku weh!

Sekali tu aku nak keluar dari reban lepas masuk tengok ‘dia ayam’ makan.Ada seekor anak ayam ni yang asyik mengikut kaki aku.Pantang aku melangkah.Dia mengekor.Aku gerak.Dia follow.Mencicip-cicip kat kaki aku.Aku bertinggung dan capai anak ayam tu.Dia masih mecicip-cicip.Macam nak kasi tahu sesuatu.Aku rapatkan dia pada telinga aku.

Ni la anak ayam nya.Tangkap gambar elok plak duduknya!

“Ayah!Ayah!”,sekali aku dengar dia berbunyi diselangi oleh cicipan anak-anak ayam lainnya.

Huh!Aku dah cuak.Biar betul anak ayam ni.Aku rapatkan lagi dia ke telinga aku.

“Ayah!Ayah!”,aku dengar lagi suara tu.Pantas aku letakkan dia ke tanah.Muka aku dah berubah.Lain macam je anak ayam ni.Aku makin cuak.

“Ayah!”,dia berbunyi kuat dan kali ini aku terlompat ke sisi, sedang anak aku tersengih di pintu reban.Ceh!Suara anak aku rupanya.Hehhhhh…..

Masuk paper ke ni bang?

Tuesday, June 16, 2009

CAMRY

Malam.Menghampiri exit Rawang.Aku di laluan kanan dengan meter mencecah 115 km/j.Sebuah kereta datang laju, ‘cucuk angin’ belakang kereta aku dengan lampunya yang ‘cemey’ (buta/tak nyala) sebelah.Bersungguh-sungguh betul dia ‘cucuk’ kereta aku.Kalut sangat nampaknya.

Slow slow aku ke tepi.Kasi ‘can’ dia lalu.Masa dia pass aku toleh.Cermin belah co-pilot tutup.Aku ingatkan BMW ke ape, rupanya Toyota Camry lama je.WCS ape tah nombornya.Dia keluar Rawang.Aku kejar.Nak tengok jugak kalau-kalau muka drivernya berkerut sakit perut ke.Tahan kencing ke.Nak beranak ke.Menghampiri tol.Dia ikut laluan tunai.Aku ‘besit’ menuju lorong Touch ‘n Go sambil menjengah.

Ek eleh!Tah apek jual DVD mana tah.Rambut merah color cabai.Terpacak-pacak, berjuntai-juntai.Hisap rokok asap berkepai.Bawak kereta macam cibai.Kalutnya dah macam siai.Sampai tol bayar tunai?Tak ke bangkai?


Aku rasa macam nak berhenti sebelum tol.Pergi depan kereta dia, buat tarian kongkang sambil lambai-lambaikan kad Touch ‘n Go aku tu depan hidung dia.Cehhhhh……….

Monday, June 15, 2009

UNRELUCTANT

Peliklah!Tak jemu-jemukah menuduh aku?Tak puas-puaskah memfitnah aku?Apa tak letih ke?

Sudahlah!Tak payahlah lagi mengata aku.Tak perlu buang air liur menceritakan perihal aku.Apa tak penat ke?

Percayalah!Berapa kali lagi perlu aku kasi tahu?Berapa kali pula harus aku mengaku.Aku bukan kembar BEIRON ANDERSONN.Aku tak tipu!Apa tak percaya ke?Hehhhhh……..

Wednesday, June 10, 2009

LIZARD

Macam mana nak bezakan cicak jantan dan cicak betina?Tahu?Hari tu.“Eh!Cicak pondan la”,jerit anak aku sambil menunding ke dinding.

Tahu macam mana anak aku kenal cicak pondan?Kalau lepas ni korang jumpa cicak tak ada ekor atau cicak ekor putus, cicak pondan la tu!Tak percaya?Tanya anak aku.Hehhhhh………

Tuesday, June 9, 2009

CHAR KUEW TEOW

Khamis.Masih lagi bercuti.Sungai Petani, Kedah.Makan malam kat "Bang Chik Char Kuew Teow".Walaupun tak sesedap char kuew teow Taman Sejati ataupun Permatang Pauh, tapi masih lagi 100 kali lebih sedap berbanding dengan char kuew teow kat KL nun.

Penang Famous Char Kuew Teow, Char Kuew Teow Penang dan Famous Char Kuew Teow adalah antara ayat-ayat power yang digunakan untuk kononnya menunjukkan kesedapan char kuew teow diaorang.Dari restoran besar,restoran kecik,gerai tepi jalan sampailah ke pasar malam.Merata-rata tempat ada ayat-ayat tu.

Satu ketika aku ke pasar malam Greenwood.Meninjau jualan di deretan gerai tanpa tujuan.Tiba di satu gerai yang dikerumuni orang.Banner "Penang Famous Char Kuew Teow" tertera besar atas gerai tu.Sorang mamat leka menggoreng kuew teow sambil 5 - 6 orang customer menunggu.

Aku jenguk dalam kuali yang digorengnya.Presentationnya macam ok.Aku order sebungkus.Sambil tunggu dia masak, aku pun layan borak.

"Asal Penang kat mana?",soalan pertama aku.
Dengan muka serba salah dia jawab, "Saya orang KL".
"Habis mana belajar buat kuew teow ni?"
"Oh!Resepi ni kawan saya bagi".Aku dah malas nak bersoal jawab.Tunggulah nasib aku karang.

Balik rumah dan ramalan ku tepat.Aku cuma mampu telan 2 sudu je "Penang Famous Char Kuew Teow" tu.Ke'famous'annya tak mampu aku bendung.Selebihnya 'cik sam' (tong sampah) yang makan.Cehhhhh........

Monday, June 8, 2009

WAT TAN HO

Rabu lepas.Dalam perjalanan balik ke Kedah.Singgah di R&R Tapah yang menjadi singgahan wajib aku tiap kali balik kampung.Masa melangkah masuk ke food court tu,insect killer berlampu biru di tiang R&R tu berbunyi berdecit-decit.Spark!Membakar hangus nyamuk, kumbang, kelkatu dan serangga-serangga lain yang ‘tergoda’ padanya.

Ramai jugak orang waktu awal-awal pagi ni.Aku riba anak ku yang terlena sambil duduk di meja, sementara wife aku ke gerai ‘Sizzling Wok’,beli Wat Tan Ho.Sajian favorite kita orang kalau singgah kat sini.Kena pulak dengan cili potong kicap dan disegarkan pula oleh white coffee ais.Pergh!Memang ‘menggoda’ perut.

Gerai tu gerai Cina,tapi tukang masaknya budak Melayu.Mula-mula dulu aku cuak juga nak makan kat situ.Tapi lepas aku belek-belek, ada sijil halal dan sementelah kat R&R pulak.Kalau tak halal memang 'menatang' haram la PLUS ni.Tanggunglah dosa kerana ‘menggoda’ aku ke kedai tu.

Wat Tan Ho ni sebenarnya kuew teow goreng Cantonese.Kuew teow tu digoreng dulu dengan kicap manis dan minyak bijan.Kuahnya pula dari stok ayam,tepung jagung, sayur,ayam,sotong,udang dan telur.Senang je nak membuatnya.Makan pulak panas-panas.Siapa yang tidak ‘tergoda’?

Tengah sedap mengunyah tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang rangup dalam kunyahanku.Sedikit keras dan rapuh.Pantas aku luahkan kunyahanku ke dalam tray.Tuih!Kumbang hitam rupanya.Kan betul aku kata!Wat Tan Ho ni memang sedap!Kumbang pun turut ‘digoda’ masuk ke pinggan aku.Hehhhhh…….

Tuesday, June 2, 2009

PRESSTRESSED RICE WITH VEGETABLES IN THICK COCONUT MILK AND TURMERIC SOUP

Jumaat.Wife aku request, ”Esok pagi abang buat nasi lemak ye?Malam pulak nak makan lontong.Boleh?”.Hm.Masakan aku sanggup tolak permintaan tu.

Sabtu.Seawal 7 am lagi aku dah ber’silat’ di dapur, menyiapkan nasi lemak dan 9 am terus gerak ke kelas.Malamnya.Ber’taekwando’ pula menyiapkan lontong dan 11.30 pm segalanya beres.Dalam keletihan aku tidur entah bila.Esok ada kelas awal pagi.

Ahad.Balik dari kelas.5 pm dah sampai rumah.Disambut oleh wife aku yang enak menyuap nasi lemak.“Tak makan lontong?”,tanya ku.

“Dah!”,dia masih menyuap nasi lemak.

“Banyak ke makan?”

“Makan nasi impit seketul.Nak rasa je”.

Huh!Satu periuk besar aku buat lontong.Seketul nasi impit kecik je dimakannya.

Isnin.Aku ‘bayar zakat’ kat ofis.'Barang siapa yang hendak makan lontong ini, silakan!'.Mujurlah budak-budak ofis ini ‘pemakan’ orangnya.Sedap ke.Tak sedap ke.Habis semuanya.Yang tinggal cuma kuah.Tak pe!Nanti aku nak bawak kepala gajah pulak.Hehhhhh…….

Monday, June 1, 2009

PAU

Petang.Food court Bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru.Break setengah jam dari subjek UHB 1412 – English for Academic Communication.Lepas habiskan segelas kopi ‘o’ dan 5 biji donut aku ke kaunter bayaran.

“Kopi ‘o’nya sama donut 5 biji,ya 6 ringgit”,kata pekerja Indon itu lepas berkira-kira sejenak.

“Huh!Donut ni besar pinggan ke, sampai sebijik singgit?”,sergah ku pantas.

“Eh!Silap bang!Aaa…3 ringgit aje”.Dengan muka kelat aku hulurkan 3 helai not seringgit.

Tiba-tiba datang sorang awek bertanya, “Ini PAU ape ye?”,sambil menunjuk ke arah deretan kuih di hadapan kedai.

Belum sempat pekerja Indon tu menjawab,pantas aku bersuara, “Oh!Yang ni kaki PAU.Yang tu melamPAU!”,sambil menunjuk ke arah Indon tu dan rakannya yang sedang buat air di dapur.Muka awek tu blur tiba-tiba.Hehhhhh…...