Nama aku belum kasi.Aku ingat-ingat nak letak Angelina Jolie @ Shilpa Shetty.
Nantilah aku buat istiqarah lagi sekali.Hehhhhh........
*Hapdate.....
Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua!Sape nak datang raya tolong bawak hamper baby besar2 ye....
Suatu pagi; lepas subuh, dengan persekitaran yang masih gelap; aku sampai awal kat sekolah.Setelah beberapa lama menahan gejolak bau kari dan kurma yang memanggil-manggil; berbekalkan sekeping duit syilling 20 sen betul, yang mak aku kasi untuk untuk buat belanja hari-hari; sekeping syilling plastik 10 sen dan sekeping syilling plastik 20 sen, yang aku dapat masa main tikam kat kedai Gan; aku beranikan diri ke kedai Chakok. Dari jauh lagi aku nampak mamak tu dah siap bukak kedai macam biasa.
“Pakcik!Nak nasik lima kupang”,aku order dengan dada dup dap dup dap.
Pagi yang tenang.Aku memandu sendirian dari Batu Caves menuju Sri Gombak dengan naiwaitu suci; nak ambik anak aku balik dari kelas.Tangan kiri leka menekan butang radio mencari buletin pagi sementara tangan kanan mengcontrol stereng dengan ranggi; nak kasi signal pun main kuis dengan hujung jari.
Jalan Batu Caves yang sedang direnovate tu sememangnya tak mampu mengundang pemanduan macam Kimi Raikkonen bawak Ferrari.Jangan berangan nak cecah 1-4, 1-5 kalau lubang-lubang yang berupaya mempunahkan absorber menunggu di sana sini.
Tengah sedap melayan lagu “Nazareth - Love Hurts” dari Sinar.fm; tiba-tiba sebijik motor memintas rapat dan laju di sisi kiri; sekaligus memporak-perandakan gaya pemanduan santai ku.Arahan automatik otak memaksa tangan memaut stereng ke kanan sekaligus tanpa sedar menjerumuskan aku ke dalam sebuah lubang yang seterusnya menghasilkan gegaran ke seluruh kereta dan badan.
“What the f***…….”,makian spontan bernada orang putih; sisa penangan test MUET itu hari; terlontar lancar dari mulut.Cilanat punya motor.Nyaris lagi aku nak langgar side mirrornya.Kalau aku tahu ada lubang kat kanan tadi memang aku himpit je motor tu; biar dia tergolek.Bergegar otak aku dowh!
Sekali imbas aku scan no plat motorsikal besar berlogo BMW tu.Tah model ape tah.Memang dari dulu lagi aku bukannya into sangat pasal motor-motor ni.
Huh!Patutlah bawak macam sial……WTF hapa tah no platnya.Memang what the f*** betul………
Aku ada test Bahasa Inggeris hari ni; Malaysian University English Test (MUET) - test speaking.Apa yang nak aku ‘speaking’kan pun aku tak sure.Sementelah aku ni tengok CSI pun harap sarikata lagi.Apatah lagi kalau nak layan Discovery Channel dengan Animal Planet.Tengok dokumentari kambing gurun berlawan pun mati-mati aku ingat dia nak mengawan.Kalau dia orang tak tulis kat bawah tu haram aku tak tahu kambing-kambing tu tengah berlawan.Berlawan apanya kalau main angkat-angkat kaki manja macam nak mengawan.Ceh!Jumaat – 9/11.Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.
“Ramadhan datang setahun sekali.Tapi keberkatannya menyamai seribu bulan.Pahala yang kita lakukan di bulan mulia ini juga akan dilipat gandakan.Pendek kata Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadat mencari keberkatan.Untuk mengejar pahala.Umpamanya macam kita kerja setengah mati untuk kejar bonus di hujung tahun.Kalau kita boleh kerja bersungguh-sungguh semata-mata nak mendapatkan bonus, maka begitulah halnya dengan puasa.Kita juga perlu berusaha menjaga puasa untuk mendapatkan pahala yang setimpal ”.Lebih kurang macam tulah bunyi khutbahnya hari tu.
Aku memang sayangkan pahala puasa aku dan kalau boleh aku memang cuba elakkan segala benda yang boleh mengurangkan pahala aku tu.Aku cuba hindari segala perbuatan la’qa yang kerap aku lakukan pada bulan-bulan lainnya.
Mulut yang kerap menuturkan bait-bait carutan, terutamanya ketika memandu; aku kurangkan.Walaupun kadang-kadang terlepas jugak terutamanya pada pihak yang berhak, yang cuba mengheret aku ke kancah perlanggaran.
Mata yang kadang-kadang tersasar ke arah yang tidak sepatutnya; aku ubah radar haluannya.Awek-awek yang lalu lalang menayangkan betis kat bazaar Ramadhan pun aku boleh buat dek je lagi.Datang la yang macam Angelina Jolie sekalipun, anak mata aku jarang sekali tertewas mahupun terkesima.
Telinga yang selalu didendangkan oleh alunan lagu yang melalaikan; aku gantikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afasi.Biar terang sikit hati aku yang dah berkarat ni.Pendek kata apa saja perlakuan yang aku rasakan tidak sejajar dengan ibadah puasa yang aku jalani ni, akan segera aku hindarkan.Aku nak pahala puasa penuh.Bukan separuh-separuh.
Selesai solat Jumaat; sebelum balik, aku sambung zikir-zikir sikit.Kasi topup pahala puasa aku yang terkurang masa nak datang ofis pagi tadi, pasal tertengok paha amoi naik kapcai.Ceh!
********************
“Haram jadah!”.Makian tanpa niat itu terlepas bebas dari bibir mungil aku tanpa sempat dikawal.
Entah mangkuk hayun mana tah sudah kebas selipar aku masa keluar masjid tadi.Hari-hari biasa tak nak pulak dirembatnya.Kenapa mesti di bulan Ramadhan?Kenapa mesti ketika aku tekun berpuasa?Memang celaka!
Mujur dalam kereta ada sandal spare.Kalau tidak, mahunya aku berkaki ayam bawak kereta.Dan aku tak tahu berapa banyak pahala puasa aku yang tinggal; dek carutan berhak yang aku lemparkan sepanjang perjalanan balik ke ofis.Aku suspect pahala puasa aku negative hari tu.Cehhhhh………
Aku qenggah gelak sampai qasa nak gulin-gulin tengok clip ni.
Teqisin-qisin aku soqang-soqang depan laptop.Hawaq betui!
Idea sapa la yang jinies sangat pi translate pi bahasa utaqa ni.
Aku salute la hang.Tak keqa la hang luluih SPM ka dak.
Hehhhhh...........

Jumaat.Kat ofis.Aku tekun menghadap kerja sambil jeling jam tangan.Baru pukul 3.00 petang.Lambat lagi nak balik.Perut rasa mendidih.Lapar la pulak!Sahur pagi tadi pun makan meggi ayam je.Tak selera nak makan nasi.Demamnya makin kurang.Cuma sekali sekala badan menggigil, seram sejuk.Tiba-tiba handphone kat atas meja bergegar.Bukan seram sejuk tapi ada ada call masuk.
Hari ni genap 4 hari aku demam.Panas dah kurang, tapi suamnya masih ada.Dah 2 buah klinik aku redah setakat ni.Check temperature.Check blood pressure.Check heart beat.Mujur jugak doktor-doktor tu sahkan aku bebas dari H1N1, wabak selsema babi tu.Selsemanya memang ada, babinya je yang belum.Hingusnya tak payah cerita, menyondol lantai je yang belum.Alhamdulillah.
Dulu.Aku pernah kerja dengan satu company India kat Sri Kembangan.Maksud aku, boss dia memang India yang lahir kat Malaysia, bukannya India pure dari India.Tapi, bila dah kepalanya India, maka majority staff kat company tu mestilah India jugak kan?Ye tak?Biasalah, kroni!Memang macam tu pun kan?Ada butul ka?Butul, butul (mengiakan sambil geleng-geleng kepala).
Pagi Jumaat.Memandu santai melalui laluan Kg. Laksamana menuju ofis.Kenderaan tak banyak sangat.Jalan tak sesak.Tak jam.Cuma beberapa buah lori yang diletakkan di bahu jalan secara ‘ikut suka mak bapak pemandunya’ itu, agak menyusahkan kenderaan lain untuk lalu lalang.Perlu juga aku ingatkan bahawa laluan ini turut mempunyai selekoh dan lopak-lopak maut yang mampu menguji tahap kecekapan anda untuk memandu secara rali.Kepantasan anda untuk mengelak jerangkap samar dan busut-busut semut juga amat ditagih dalam menyusuri laluan ini.Jadi aku nasihatkan, kalau kail panjang sejengkal, baik pergi pasar je.Tah apa jadah MPS buat tah?Tak reti-reti nak repair.
Malam tu panas tahap Sahara.Rasa macam tok Arab naik unta.Kipis siling berpusing tahap maksima.Kipas berdiri pun sama.Dua-dua aku kerah buat O.T dengan produktiviti optima.Tapi desirannya masih tak cukup untuk redakan kepanasan aku malam tu.Dah dua kali aku ulang masuk toilet; basahkan kaki tangan.Basahkan muka.Basahkan segala.Sejuklah sikit.Tapi kejap je.Dah lama-lama panas balik.
Masa on the way nak naik ofis pagi tu aku lalu kat sebelah kereta sorang draftperson perempuan ofis aku.Aku nampak kat dashboard kereta tu dia letakkan pokok comel.Pokok plastik.Ada daun besar dua helai.Bunga sekuntum.Daunnya siap boleh gerak-gerak lagi.Mengepak-ngepak.Waa!Sekali pandang, macam nak terbang.2 – 3 kali pandang dah macam ‘jari’ hantu kelakar dalam ‘Jangan Pandang Belakang’.
Letih sungguh rasa badan aku ni.Kebelakangan ni sibuk sikit kat ofis.Sebagai designer yang berkaliber aku terpaksa handle 2 – 3 benda serentak.Mana nak design jalan keretapi temporary yang mencecah 80 buah location tu.Nak tengok jalan istana lagi.Itu belum dikira kalau ada komputer yang rosak atau kalau budak-budak ofis aku ada masalah dengan software dia orang lagi tu.Mesti aku jugak yang dicari.Mesti aku jugak yang nak kena settlekan.Itulah!Kadang-kadang aku pasrah dengan kelebihan yang ada.Susah jadi orang power ni.Heh!
BTP.Balik dari Gombak aku singgah kat salah sebuah kedai Acheh yang me’ngongker’ peniagaan runcit kat area rumah aku.Kalau nak aku hitung-hitung tak kurang dari 5 buah kedai runcit Acheh semuanya yang ada kat sini.Itu belum diambil kira kedai makan dan gerai-gerai dia orang yang entah berapa buah pulak lagi.Yang sakannya itu cuma dekat area Indah Height je tu.Belum kira Green Valley punya area lagi.Kadang-kadang aku rasa aku bukan macam tinggal kat Rawang; tapi kat Indon.
Sibuk tahap cipan.Aku dapat task untuk men'design' jalan ke istana baru sultan.Istana atas bukit kat Cendering, Terengganu.Dah nama pun atas bukit, mestilah 'route'nya tricky dan mencabar kredibiliti.Urgent pulak lagi!Best Bohemian Rhapsody ever, besides Freddie Mercury's version.
*Wah!Geniusnya aku!Dah boleh kuar video ha!Hehhhhh.......
Petang tu, lepas minum Extra Power Root Tongkat Ali, aku rasa ‘tenaga’ aku dah macam anak patung arnab dipasangkan bateri Duracell.Tanpa mahu membazirkan ‘tenaga’ artificial tu, dengan perasaan ‘gagah’nya aku kemas buku-buku dan file-file dalam library kecik rumah aku.Sedang leka menyelak dan menyusun file-file lama tu, aku jumpa beberapa helai kertas A4 bertampal keratan akhbar dan majalah.Keratan gambar wanita.Aku tenung gambar tu lama-lama.Aku kenal dia.Aku lalui usia remaja dengan wajahnya.Malah aku amat gilakan dia masa tu.