Wednesday, June 30, 2010

BUKAN SIBUK DENGAN BOLA

Dah 2 minggu lebih aku sibuk tahap cipan dengan hari-hari kerja yang padat, weekend-weekend yang sendat.Mula-mula aku ingatkan aku dah lupa dah password blog ni.Lepas dah calmdown sikit hari ni, baru aku ingat yang aku ada blog.

Apa khabar kawan-kawan yang masih mahu membaca?Yang singgah sekali sekala?Yang lalu bertanya?Tak sempat nak melawat korang semua.

Cik mimpi apa cerita?Dah jumpa jejaka pujaan Malaya?
Dr Singa dengan isu apa?Doktor yang banyak idea dan semakin leka dengan kamera.
K.o.g makan di mana?Dah banyak tempat makan ko aku terjah.Ternyata Wong Solo memang gah.
Catz dah fly ke mana?Aku cemburu gila dengan anak dara yang kaki jalan dan kadang-kadang kelakar gila.
Hantumakan dah slim?Hari tu sibuk sangat ke gym.
Budak lurpark tak kecoh ke kat England sejak-sejak kalah bola ni?
Faizah ko sehat ke?Dah bulan ke brape?
Nashays.
Jaja.
Kak gerau.
Pett.
Apei.
Jarr.
...
..
.

Sori!Ramai lagi yang tak dapat nak aku nyatakan kat sini!Korang apa cerita?Sibuk tengok bola?Tapi hairan!Majoriti blog yang aku baca ni blog perempuan.Kenapa ye?

Entahlah!Mungkin perempuan rajin tulis blog kot?

*Ke memang perempuan ni kerja dia tulis blog je?

Hehhhhh.............

Friday, June 11, 2010

WORLD CUP

Macam dah tak ade keje lain.Bola sebijik pun nak berebut ke?

Hehhhhh........

Friday, June 4, 2010

TERIMA KASIH DARI SEORANG MACHA

Semalam.Lepas Maghrib.Angin bertiup kuat.Langit gelap pekat.Awan tebal amat.Kilat jengah-jengah sekali sekala dari balik awan.Hari nyatanya nak hujan.Aku drive slow-slow dari ofis dengan nafsu tak bermaya.Dengan badan bisa-bisa.Dengan semangat tak berapa nak waja.Penat balik dari Tangkak tadi nyatanya masih bersisa.

Masa lalu kat Kg. Laksamana menuju ke Taman Gombak Permai, aku nampak ada seorang India yang agak berusia tengah sibuk menahan kereta yang lalu lalang.Tangannya terangkat-angkat, tergawang-gawang; menunjuk-menunjuk ke depan; mintak tumpang.Tiga buah kereta kat depan aku melintas laju, tak ada langsung tanda-tanda nak berhenti.Nak keluar bersalam dengan macha tu apatah lagi.

Sebagai anak Malaysia sejati, dengan sifat toleransi yang tinggi, dengan etika profesional yang terpuji, tanpa riak curiga di hati, aku berhentikan kereta bila sampai turn aku kena tahan dengan macha tu.Cepat-cepat aku turunkan cermin sebelah penumpang dan secepat itu juga dia heret kakinya yang agak tempang mendekati kereta aku.

"Mana mau pegi?",tanya aku sambil meng'off'kan lagu Shahir AF8 yang berkumandang di radio.

"Depan.Dekat juga.",dia jawab sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.

"Naik naik",kata aku sambil bukakan pintu sebelah penumpang untuknya.Dengan senyum lebar dia melangkah masuk.

"Saya banyak hairan",katanya sebaik saja duduk dan menutup pintu.Serentak itu juga bau arak menerawang dari mulutnya dan sepantas itu pula aku menyumpah-nyumpah dalam hati; menyesal dengan keprihatinan diri.

"Saya tahan banyak kereta.Tada satu mau berenti.Sumua kasi lari.Tapi dia orang ada nampak saya tua juga.Saya suda 71 adik.Tada larat.Mau tumpang juga",dia terus berkhutbah panjang sambil aku mula tahan nafas.Kuat betul bau arak yang keluar dari mulutnya.Todi cap kepala gajah agaknya yang dia minum.

"Kalau dia orang tolong sama saya, belakang kalu dia orang eksiden ini tempat, saya ada nampak, saya musti kasi tolong juga.Kita suda kenal bukan?Ada butul adik?",dia tanya sambil menggeleng-geleng lagi.Cepat-cepat aku angguk; mengiyakan walaupun aku tak pasti tahap kemampuan macha tu untuk menolong sesiapa dengan keadaannya yang macam tu.

"Tarak apa.Ini jam adik kasi tolong sama saya.Belakang saya kasi tolong sama adik.Ini orang sumua tada kesian.Tada berenti.Tada suka tolong",ngomelnya perlahan antara dengar dengan tidak, sambil merenung tepat ke depan.

"Mana mau berenti uncle?",aku soal bila dia dah habis mengomel.

"Sini!Sini!Sini simpang pun boleh.Sana saya punya rumah.Saya boleh jalan",cepat-cepat dia tunjuk ke bahu jalan.Ala!Dekat je rumahnya.Tak sampai 200 meter pun.

"Ok uncle.Suda sampai",kata aku sambil berhentikan kereta kat simpang yang dia tunjuk tu.

Dia senyum, buka pintu dan berpaling perlahan sambil pandang tepat ke muka aku.

"Merapa kau tak setia.Daram pencintaan.Terempas aku bagai gan kaca bederai",nyanyi macha tu sambil terus menggeleng-gelengkan kepala dan mengangkat keningnya.

"Terima kasih",katanya lagi sambil mengangkat tangan sebelum menutup pintu.

Aku tergamam seketika.Nak tergelak pun ada.Pelik sungguh cara ucapan terima kasih dari macha ni.Siap ada intro dengan lagu Shidee lagi.

Hehhhhh.........

Wednesday, June 2, 2010

PELANGI

Hari tu ada pelangi besar kat Batu Caves.Cantik!Nampak kat mana pelangi tu jatuh?Keluar je ofis aku terus drive pergi situ.Sampai kat kaki gua Batu Caves tu aku pergi.

Sayang sekali tak ada harta karun yang menanti.Yang ada cuma tok sami bercalit putih di dahi.Entah siapalah yang pandai-pandai pergi buat cerita karut pasal harta karun ni semua?

Hehhhhh.......

Tuesday, June 1, 2010

SAYA ADA SATU MASALAH

Weekend hari tu, lepas makan tengahari, aku duduk-duduk dengan Danish kat sofa sambil tengok tv.Layan tv lepas makan tengahari sambil kipas pasang full speed memang cepat betul kasi mata layu.Siaran Buletin 1.30 kat TV3 yang merapu pasal Samy Vellu nak kena guling tu pun memang tak mampu nak menarik perhatian aku.

Nak menarik perhatian anak aku apatah lagi.Lainlah kalau aku pasang cerita Upin Ipin ke, Wonderpets ke, barulah dia terang mata.Sebaliknya anak aku tu leka benar menggentel telinga froggy masam yang dipeluknya sejak umur dia dua bulan tu; tanda dia nak tidur.Mata pun makin lama dah makin kuyu je aku tengok.

"Kasi kat ayah froggy tu boleh?",aku tanya pendek.Cepat-cepat dia beliakkan mata; terus segar bugar.

"Tak boleh",jawabnya tegas.

"Apasal tak boleh?",aku soal lagi.

"Ni Danish punya",katanya sambil peluk erat froggy tu ke dada.

"Sayang ayah tak?".

"Sayang".

"Ayah dengan ibu mana lagi sayang?".

"Ibu",dia jawab lambat-lambat.

"Ayah dengan adik mana lagi sayang?".

"Adik",dia jawab agak cepat.

"Ayah dengan froggy mana lagi sayang?".

"Froggy",dia jawab cepat-cepat.

Huh!Ranking aku jatuh last sekali.Dengan katak masam pun aku tak boleh nak lawan.Macam mana ni?

Hehhhhh.......

Wednesday, May 19, 2010

OLDTOWN WHITE COFFEE

Aku pernah drive dari Rawang ke Jalan Yap Kwan Seng semata-mata nak minum secawan kopi dan makan sepotong roti kat Oldtown White Coffee ni.


Apa dia orang letak candu ke ape?
Hehhhhh........

Tuesday, May 18, 2010

TEKNIK MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Nak membesarkan anak-anak sekarang ni sememangnya tugas yang mencabar.Ditambah dengan kemodenan teknologi yang sukar dibendung; menjadikan tugas mendidik anak-anak suatu bebanan yang kadang-kalanya sukar ditangani oleh sesetengah ibu bapa.Tak ada bezanya antara anak lelaki mahupun anak perempuan dari segi kesukaran membesarkannya; tapi bagi aku, anak perempuan lagi sukar dijaga, pasal maruah dia lagi tinggi.

Anak lelaki kalau hilang teruna tak nampak sangat kesannya; tak ada orang nak check sangat pun; tapi anak perempuan kalau hilang dara memang 'besar' kesannya; 'besar' impaknya; malah 'besar' semuanya.Tu pasal aku kata anak perempuan ni maruah dia lagi tinggi dan perlukan perhatian yang lebih khusus berbanding anak lelaki.

Peningkatan golongan bohsia dan bohjan; khunsa mahupun pondan; mat dan minah rempit di jalanan;gay ataupun lesbian yang berpakaian jantan; sepatutnya memberikan kita banyak peringatan; betapa anak-anak tidak boleh diabaikan dan perlu diberi perhatian; demi kesejahteraan mereka di masa hadapan.Bagi aku tidak ada pendekatan yang paling sesuai sekali di dalam mendidik anak-anak melainkan dengan kembali kelandasan keimanan; yakni dengan berteraskan sunnah dan juga Al-Quran.

Jadi; salah ke kalau masa umur anak aku 6 bulan, aku kasi dia pakai tudung?

P/s: Genap umur dia setahun aku ingat nak hantar dia pergi belajar Iqra' pulaklah.Amacam?

Hehhhhh.........

Monday, May 17, 2010

LUPA

Macam manalah aku boleh lupa password blog ni entah!
Cehhhhh.......

Friday, April 30, 2010

KUAT

Masa budak-budak dulu badan aku tak adalah besar sangat.Nama pun budak-budak; memanglah tak besar ye dak?Senang cakap; badan aku kurus tapi bukan kering.Kalau nak dikirakan dengan formula BMI (body mass index), yang aku pun tak kenal siapa penciptanya tu, memang dia akan kata aku slim, please put some weight.

Walaupun aku kurus tak kering, tapi aku boleh dikatakan agak kuat juga dari segi fizikal.Masa sekolah rendah dulu kalau ada cikgu yang mintak tolong angkatkan buku teks yang tebalnya sama tinggi dengan budak berdiri, akulah yang mula-mula sekali angkat tangan; volunteer.Masa hari sukan sekolah pulak kalau ada budak-budak yang pengsan masa lumba lari; perempuan utamanya; maka akulah antara para pengangkatnya.Kadang-kadang aku angkat sorang-sorang je, kalau perempuan la.

Meningkat remaja, masa Tingkatan 5, ada sekali aku naik motor Yamaha Sport abang aku pergi bazar Ramadhan beli juadah berbuka.Akibat terlalu lebih ambik lap ikut jalan tanah merah masa nak balik, aku eksiden tergolek sebelah tali air.Lepas tu gempar satu kampung dengan cerita anak Mat Arep eksiden sampai patah tulang selangka, dengan motor pecah muka, tapi masih mampu merempit balik rumah.

Masa lepas SPM aku kerja kilang papan kat kampung.Kerjanya bukan calang-calang.Kena angkut kayu; kena angkat batang balak sebesar dua tiga pemeluk.Kerja kilang papan bukan kerja ringan macam tekan-tekan laptop kat ofis tu.Bukan jugak kerja mudah macam buat-buat selak file masa boss lalu.Kerja kat kilang papan perlu tenaga padu; perlu kudrat jitu korang tahu?Badan kena sihat.Otot kena padat, kalau tak memang tak larat.Sebab tu lah orang-orang kampung kata aku kuat.

Menjangkau dewasa, masa sedang ralit bercinta, aku pernah dukung makwe aku (wife aku la) naik puluhan anak tangga dari jalan masuk sampailah ke aras bawah Menara KL.Semuanya cuma disebabkan dia lenguh panjat tangga.Walaupun berat wife aku masa tu memang berbeza dengan beratnya sekarang; apa tak cukup kuat ke tu?Pendek kata jika nak dikirakan dari segi kudratnya aku memang kuat; sejak kecik lagi.Aku memang gagah sejak azali.

Tapi; kenapa masa aku sakit gigi ni, aku siap boleh tertungging-tungging tumbuk tilam pagi-pagi dinihari?Kenapa masa sakit gigi ni, air mata aku keluar tanpa aku sedari?Kenapa masa sakit gigi, rasa ngilu dan denyutnya macam muka kena langgar lori?Kenapa masa sakit gigi, kalau ada yang memekak kat sebelah aku rasa macam nak maki?Kenapa masa sakit gigi, semua skil mem'blog' aku macam dah lari?

Kesimpulannya; sekuat mana pun aku dari azali; segagah mana pun kudrat aku ni, tapi kalau dah sakit gigi, memang tak boleh mari.Nampaknya aku belum cukup kuat lagi.Seksa wo sakit gigi!

Cehhhhh........

Monday, April 26, 2010

KENAPA SAYA FOBIA DENGAN GAY

Petikan Harian Metro hari ni;

DUA GAY DURJANA
Oleh Hadzlihady Hassan
2010/04/26

KUALA LUMPUR: Gay durjana! Itu gelaran buat dua lelaki bernafsu songsang yang membelasah seorang lelaki selepas cubaan mereka mengurat dan menggoda mangsa yang sedang berehat di Taman Tasik Permaisuri di sini, tidak dilayan.

Berita lanjut baca sini.

Ini salah satu contoh; kenapa aku amat fobia dengan gay.Lembut di dalam, keras di luarnya.

Hehhhhh........

Saturday, April 24, 2010

CHATEAU DE PUAH

Alamat macam dalam gambar; tapi kalau nak exact location cari sini.

Senang je nak cari.Kalau tanya orang pun, ramai yang dah tahu, sejak-sejak restoran ni masuk JJCM TV3 hari tu.Sebenarnya aku datang sini pasal nak rasa masakan Uzbekistan macam yang diwar-warkan.Dah lama sangat dah asyik dok makan masakan Malaysian dan Thailand; dah naik bosan.Itu belum dikira lagi masakan Indian dan Chinian yang boleh dikatakan hari-hari aku telan.Heh!Maklumlah...1Malaysian!

Nasi Bukhara Ayam

Nasi Bukhara Kambing

Sebenarnya ada macam-macam choice lagi tapi aku tak ada keberahian nak pesan takut tak kena selera.Infact rasa kedua-dua dish lebih kurang sama je; macam nasi beriani je pun rasanya, cuma beza dekat ayam dan kambing tu je.Kesimpulannya kalau nak aku comparekan nasi bukhara ni dengan nasi beriani; aku rasa aku akan pilih JM Briani.

Akhirnya; masa nak balik aku jumpa si kucing oren gemok (k.o.g); bukan k.o.g si penulis blog tapi k.o.g original.Memang tak sama walaupun kedua-duanya berkongsi nama.

Cuma yang samanya; kedua-dua k.o.g memang pemalu.Aku nak snap gambar dia pun susah bukan main.Siap paling-paling muka macam artis.

Hehhhhh.......

Thursday, April 22, 2010

RINDU

Peksa dah habis.Paper design yang aku jawab petang semalam langsung tak menunjukkan ciri-ciri nak dapat 'A'.Macam nak ke parit ada la.Segala ilmu yang aku ada macam tak mampu nak jawab soalan yang ditanya; padahal aku rasa aku dah baca semua.Entah sebab apa aku lupa formula.Aku syak separuh ilmu aku dah tumpah masa aku terbongkok-bongkok mandikan Danish sehari sebelumnya.Dem!

Keluar bilik peksa jiwa rasa semak.Aku menapak ke kereta sebelum drive laju-laju balik Gombak.Balik tengok anak bini lagi bagus; boleh jugak release kepala otak.Dah dekat 2 minggu aku sibuk kerja dan study serentak; sampai tak ada masa nak layan anak-anak.Kesian dia orang; tentu dia orang rindu dengan gurau senda aku.

Sampai Gombak aku main-main kejap dengan Qistina dan Danish.Mengekek-ngekek anak-anak aku tu bila aku ada.Rindu sungguh agaknya.Tak sampai dua jam lepas tu; lepas Isyak, aku keluar bersukan macam biasa kat Selayang Mall.Sebelum keluar wife aku yang sedang melipat kain baju di bucu katil siap pesan suruh aku balik awal.Mungkin dia pun macam anak-anak aku jugak, 'rindu' kat aku.Heh!

Lepas mengerah keringat dengan melompat-lompat pukul bulu itik kat tengah gelanggang; aku makan dengan kawan-kawan sepermainan.Tepat pukul 12.30 malam aku dah sampai kat Gombak.Masa aku sampai Danish dah pun tertidur atas toto kat ruang tamu.Memang dah jadi kebiasaan dia akan tidur dengan adik-adik ipar aku kalau kita orang tidur kat rumah mak mentua aku ni.Aku usap kepala anak sulung aku tu.Cium sekali kat pipi; sekali kat dahi.Kesian!Tentu belum hilang rindunya kat aku.

Pelan-pelan aku masuk bilik; wife aku dan Qistina pun dah tertidur.Aku pandang muka Qistina lama-lama.Walaupun anak kecik aku tu tak boleh bercakap lagi; tapi dari riak eksited yang dia tunjukkan masa aku balik tadi; aku tahu, dia pun macam abangnya jugak, rindu kat aku.

Aku pandang pulak muka wife aku yang tengah nyenyak tidur.Walaupun wife aku ni faham dengan situasi aku sebagai pekerja dan pelajar; tak banyak komplen dan jarang bersungut; aku tahu dia memang rindukan aku.Kalau tidak masakan dia akan tertidur dengan kain baju tersusun kemas di hujung katil dan underwear aku terlipat rapi disisi.Rindu sungguh nampaknya.Hehhhhh........

Tuesday, April 20, 2010

TUMPAH

Masuk ofis balik lepas seminggu bercuti.Masih ada satu paper lagi yang aku kena ambik esok.Subjek design yang padat dengan kiraan.Rasanya dah letih dah otak saraf menghafal step dan formula.Tangan pun dah naik lenguh menekan kalkulator.Kepala pulak dah naik tepu; dah sarat sangat dah dengan ilmu.Cuma tunggu masa; cuma hitung waktu.

Nampaknya aku kena mula control cara jalan sekarang ni.Tak boleh dah nak tunduk-tunduk ikut suka hati.Tak boleh dah nak pusing sana sini ikut sedap kaki.Duduk pun kena tegak tegap.Posisi badan kena tetap.Takde bongkok-bongkok; takde rukuq-rukuq.Leher mesti maintain kedudukan; muka mesti pandang ke depan.Buat kerja pun kena slow-slow; kena pelan-pelan.

"Apahal ko duduk tegak macam majlis formal dari tadi ni?", tanya member ofis aku masa lunch semalam.

"Aku dah study banyak; tu pasal kena duduk tegak-tegak",aku jawab tanpa berpaling.

"Apasal kalau study banyak kena duduk tegak-tegak?",tanyanya lagi dengan nada tak puas hati.

Dengan cermat dan tertib aku menoleh ke sisi; macam gerakan kepala Linda Blair dalam Exorcist, cuma bukan 360 degree.Aku pandang mukanya tepat ke anak mata, terus ke dalam hati; aku nak dia mengerti.Dengan nada seserius mungkin aku jawab:

"Aku takut ilmu aku tumpah.Malas nak study lagi".

Cehhhhh.........

Monday, April 12, 2010

PEKSA

Peksa dah mula.Walau ini bukan kali pertama namun gigilnya terasa seperti malam pertama.Moga aku berjaya dengan jaya hendaknya.

Aminnnnnn......

Friday, April 2, 2010

KIDAL

Hari ni aku nak ajar sains.Baca betul-betul dan fahamkan.

Otak kita ada dua bahagian.Satu belah kanan, satu belah kiri.Kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang berbeza.Otak kanan biasanya lebih berat kepada hal persamaan, fantasi, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna.Otak kiri pula lebih hala ke perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan logik.Daya ingatan otak kanan biasanya bersifat long term memory.Daya ingatan otak kiri pula short term memory.

Orang yang otak kanannya lebih dominan dari otak kiri akan menggunakan tangan kiri (kidal).Orang yang otak kirinya lebih dominan dari otak kanan akan menggunakan tangan kanan.Ramai orang dilahirkan sebagai pengguna tangan kanan tapi tak ramai orang dilahirkan sebagai kidal.Memandangkan otak kanan lebih berat ke arah fantasi dan kreativiti, maka orang kidal biasanya dianggap lebih genius; contohnya Albert Einstein, Isaac Newton dan Henry Ford.

Masa sekolah menengah dulu pun aku ada sorang member kidal.Mamat ni kalau bab pelajaran memang power gila; memanjang top 3 dalam kelas.Kalau bab muzik pulak dia sampai tahap main gitar guna gigi.Sukan dan permainan pulak jangan cakaplah; semua dia ceburi.Dari lumba lari membawa ke polis sentri; dari ragbi membawa ke hoki; keterampilannya memang terbukti, sekaligus membuatkan aku respek gila pada budak-budak kidal ni.

Faham?Kesimpulan yang aku dapat ialah, orang kidal adalah golongan genius dan terpilih; malah aku amat berharap anak-anak aku semuanya kidal nanti.

Sayang sekali aku bukan dilahirkan sebagai seorang yang kidal; malah tak ada yang kidal pun dalam family aku.Wife aku; pun kebetulannya bukan kidal. Anak perempuan kecik aku, si Qistina tu asyik kemam tangan kanan je sekarang ni; tak de harapan jadi kidal nampaknya.Abangnya si Danish tu pulak nampak-nampak gayanya pengguna tangan kanan tegar; dari suap nasi, menulis, tekan remote Astro '611' sampailah cuci bontot dan korek hidung semuanya dia hentam pakai tangan kanan.Memang terbukti ke'kanan'annya.

Tapi ada satu masalah yang aku nampak pada anak lelaki aku ni.Masalah yang agak payah nak aku huraikan di sini.

Ini tulisan Danish.Pejam sebelah mata pun memang korang tahu; cuma no 1, 4, 7 & 8 saja yang betul; yang lain-lain semuanya terbalik, padahal dia tulis guna tangan kanan.Ini macam mana nak kira ni?Kanan ke kidal anak aku ni?

Aku syak otak anak aku yang kidal.Hehhhhh..........

Thursday, April 1, 2010

KARI KEPALA IKAN

Pekena kepala ikan tengahari ni pun best jugak!Sekali sekala mem'bodoh'kan diri apa salahnya.Kalau memanjang nampak pandai sangat pun susah jugak.Kan?

Hehhhhh.........

Friday, March 26, 2010

HARI BUMI

Hari bumi datang lagi macam tahun-tahun yang lepas.Dah macam hari raya pulak dah benda ni; tiap-tiap tahun mesti ada.Tapi, bagi aku kempen ni bagus jugak lah pasal sekurang-kurangnya setahun sekali bumi nak jugak rasa sejuk, rasa selesa.Asyik pemanasan global je; mana boleh tahan.Korang nak ke kalau kepala dengan kaki korang je yang rasa sejuk macam kutub bumi?Dada membawak ke lutut pulak panas nak mati.Mahu?Sekali sekala takpe lah.Tapi kalau selalu boleh bawak demam tahu?

Kalau bumi boleh bercakap dah lama dah kita semua kena tiau.Dahlah datang menumpang; alih-alih buat benda laqho sampai merosakkan ekosistem.Lapisan ozon yang dulu sikit punya tebal dah makin nipis bumbungnya.Pembakaran hutan sana sini.Pelepasan asap industri berleluasa.Pencemaran sungai dan laut serta macam-macam lagi.

Pendek kata bumi sendiri dah naik confius.Kat gurun dah turun salji macam kat kutub.Kat kutub pulak dah panas macam kat gurun.Jadi dengan adanya kempen yang setahun sekali ni, at least kita kasi can lah kat bumi untuk bersenang-lenang walaupun sejam.Mana-mana yang aware tu padamkanlah lampu masing-masing malam esok; dari pukul 8.30 sampai 9.30 malam.

Lepak-lepak kat rumah sambil pasang lilin pun ok jugak sekali-sekala.Layan borak cerita hantu ke.Pekena candle light dinner ke apa ke.Kalau nak main sembunyi-sembunyi pun takpe jugak.Tak pun tidur awal ke atau tunaikan tanggungjawab mana yang patut; lebih awal dari biasa ke.Terpulanglah!Yang penting kita semua sokong 'Earth Hour'.Kesian lah sama dengan beruang panda kat bawah gambo tu ye.Ye tak?

Vote earth!

Tuesday, March 23, 2010

MOHD CHAN ABDULLAH

Hari tu aku pergi Restoran Mohd Chan Abdullah lepas terpengaruh dengan chinese food kat blog student England dan blog businessman berjaya; walaupun menu tak sama aku tak kira; janji chinese food.Restoran yang aku pergi ni dekat dengan Carrefour Wangsa Maju.Ada lagi 4 - 5 branch kat area KL dan Selangor ni; untuk branch-branch lain boleh rujuk sini.

Menunya ada macam-macam
Pening kepala aku nak pilih.Sampai aku terpaksa mintak tempoh 5 minit kat waiter tu untuk order.

Tomyam Seafood
Rasanya tak macam tomyam siam; rasa lain macam sikit tapi kira ok lah.Boleh makan 2 -3 orang ni.Mujur jugak aku order kecik je.Kalau besar dah tentu tak habis.

Baby Kailan Seafood
Sampai tergolek-golek udang dan sotongnya.Memang terbukti betul ke'seafood'annya.Rasa standard; rasa kailan goreng biasa letak sos tiram.

Daging masak 'Kam Heong'
Macam daging masak kicap ada, macam masak sos tiram pun ada.Tapi ada letak udang kering.Sedap jugak rasanya.

Butter Prawn
Ada 6 ekor dan besar-besar udangnya tapi rasa udang adalah tawar dan tak sebati dengan butternya.Patutnya kena perap lama sikit udang ni.Eh!Butter prawn kena perap dulu ke?

Masa lauk-lauk ni semua sampai dan dihidangkan kat atas meja kita orang, aku perasan ada satu couple yang tengah makan kat meja sebelah asyik memerhati dan berbisik-bisik.Apa ko pandang-pandang?Ko tak tahu aku tengah kebulur ni?Dengki la tu pasal dia orang cuma makan nasi yang siap ada lauk je sorang satu.Takde hidang-hidang macam kita orang ni.Ke dia orang hairan pasal kita orang cuma 2 orang, tapi lauknya untuk 4 - 5 orang?Entahlah!Mungkin jugak kot.

Apapun kedainya bersih.Servis cepat.Lauk sedap kecuali butter prawn.Harga pun boleh tahan; RM60 untuk 4 lauk dan kesudahannya kita orang memang tak larat nak habiskan semua lauk tu dan terpaksa mintak tolong waiter tu tapau.

Hehhhhh.......

Friday, March 19, 2010

KEMBAR?

Qistina masa umur 2 bulan....



Macam Upin Ipin kan?

Hehhhhh........

Wednesday, March 17, 2010

SOYA

Sekarang ni kompeni air soya pun dah berani buat lawak kasar dengan aku.

Aku rasa ni pengaruh Raja Lawak Astro hari tu la ni.Pon pon sungguh!

Hehhhhh........

Tuesday, March 16, 2010

MINTAK NYAWA

Perit tekak.Batuk.Sakit dada.Semput.Semua lengkap.
Mintak nyawa.Mintak oksigen.Mintak ventolin.
Aduihhhhh.........

P/s: Tak sempat nak lawat kawan-kawan.Dah lama ketinggalan.Akan qada semuanya bila keadaan mengizinkan.

Monday, March 8, 2010

KAKI

Bayangkan kaki comel ini menjadi keras bak tukul besi.
Menghentam kepala mu tanpa henti.
Menyepak tubuh badan mu tanpa belas di hati.
Adakah sakit yang kau rasai?

Pesanan aku kepada golongan bacul pendera kanak-kanak....cari lawan setanding la baru tahu langit tinggi rendah!Budak-budak kecik bolehla ko buli!

Cehhhhhh.......

Friday, March 5, 2010

MASAK

Tak tahu sebab apa minggu ni aku asyik nak post pasal makan je.Mungkin minggu ni minggu makan aku kot.Heh!Apa pun ni air tangan aku masa Maulidur Rasul hari tu.

Sotong & lala bakar Portugis (ikut sedap hati letak nama).

Resepi ni boleh ambik kat blog hantumakan.Aku belasah je campak-campak semua benda; blend dan tumis.

Kailan goreng biasa.

Nama pun biasa.Ketuk bawang putih; tumis dan guna sos tiram.Campak sotong dan kailan.Siap seperti biasa.

Sotong goreng kunyit.

Kunyit ada sikit je; tu pasal tak kuning sangat.Malas aku nak pergi kedai.Guna je apa yang ada.Dah!Siap tiga menu cepat yang aku makan anak beranak hari tu.

Kalau masak sendiri ni memang aku kurang lalu sikit.Air tangan sendiri tak sama dengan air tangan wife sendiri.Feel dia lain.Nak kata tak sedap; aku tengok sampai bertambah-tambah wife aku makan.Bila aku jeling; dia cakap dia makan untuk Qistina.Semua zat-zat tu untuk anak dara aku tu.Yelah tu!

Kesimpulannya: Sedap la kot!

Hehhhhh..........

TEPPANYAKI (鉄板焼き)

Ini makanan Jepun.Bagi yang tak tahu rujuk sini.

Mr. Teppanyaki,
Bawah Jaya Jusco,
One Utama.

Chicken Teppanyaki

Abaikan pinggan yang sumbing di kiri dan kanannya itu.Fokuskan pandangan pada isi ayam yang digoreng secukup rasa.Tidak terlalu garing.Tidak terlalu raw.Sedang elok.

Fish Teppanyaki

Biasanya dia orang pakai ikan Dory.Berlambak ada jual kat hypermarket.Biasanya RM10 je dah boleh dapat 2 - 3 ketul yang saiz besar tapak tangan (yang frozen).

Fish Teppanyaki (full set)

Abaikan chopstick tu.Tak reti aku nak sepit-sepit.Aku pakai sudu garfu je.Sup dia ada tauhu goreng dan rasa masam-masam sikit.Tak tahu lah masam sebab basi ke atau memang rasa original.Heh!

Er....aku ada kasi tahu tadi Teppanyaki ni makanan Jepun kan?Tapi kenapa 'Mr. Teppanyaki' ni semua tak macam Jepun pun?

Hehhhhh.........

Wednesday, March 3, 2010

KACANG POOL

D-G-07 Ritze Perdana,
No 5 Jln PJU 8/2,
Kat Damansara Perdana

Terpaksa pergi pasal wife aku dah siap meratap tangis peluk kaki nak pergi; dek tergoda dengan pujuk rayu Serina Chef Wan dalam Jalan-jalan Cari Makan, TV3 yang dia tengok entah bila.Nama je cikgu tapi mudah betul terpengaruh dengan media.Heh!

1/2 of the menu

Lagi 1/2 drinks.Katanya sirap bandung kat sini sedap; tapi aku tak tak order.Sakit tekak.Aku order teh Lipton vanilla je.Tak tahu pulak Lipton ada perasa2.

Roti bakar tebal yang sedap

Dia orang sapu mentega.Rangup di luar.Lembut di dalam.Pendek kata roti ni memang enak dimakan begitu saja.Kalah gardenia.

Kacang pool kamben

Aku pernah makan benda ni sekali masa MAHA 2006 kat UPM.Dah lama.Dah lupa rasa dia macam mana.Ini kali ke-2; dan pada pendapat aku, kacang pool ni sedap jugaklah; memang terasa kekambingannya.Cuma agak kurang berbaloilah makan kacang pool 2 orang je dah dekat RM20.Baliknya aku kena topup dengan megi lagi; mana tahan makan kacang.

Hehhhhh..........

Tuesday, March 2, 2010

BAEK PUNYE

Agak-agaknya 'rintangan' apalah yang boleh diredah dengan gaya lompatan macam iklan Carefree ni?
Hehhhhh........

*Main zero-point?

Wednesday, February 24, 2010

MOTIVASI DIRI

Bosan!

Perasaan bosan biasanya timbul kerana kita melihat sesuatu benda itu dari sudut yang sama, dari kacamata yang biasa ataupun apabila kita melakukan sesuatu kerja itu dengan cara yang serupa di dalam waktu yang serupa.Oleh itu; sekali-sekala kita perlu juga melakukan kelainan di dalam hidup kita, melakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang aneh, sesuatu yang berbeza, yang seterusnya dapat mengurangkan perasaan bosan.

Keanehan mampu mengubah penjara menjadi seindah istana, dan mampu mengubah istana menjadi sesempit penjara.Ada tokoh besar 'lahir' di penjara; contohnya Nelson Mandela; kerana beliau melihat penjara melalui pandangan yang berbeza, melalui fikiran dan semangat yang tidak pernah terpenjara.Hanya jasadnya sahaja yang terkongkong di sebalik jeriji besi, namun fikiran, semangat, mental mahupun kreativitinya masih tetap merdeka dan bebas mengembara ke segenap maya.

Seorang gadis biasa seringkali mendambakan kehidupan yang senang lenang di istana, bak seorang puteri raja.Sementara seorang puteri raja yang hidup di dalam istana terlalu amat ingin hidup lepas bebas, bak seorang gadis biasa.Lihat sahaja kepada Puteri Masako Owada dan mediang Puteri Diana; bagaimana kekangan istana membataskan pergerakan dan menjadi penjara seharian mereka.Mereka terkongkong di dalam rutin dan kebiasaan yang tidak pernah cuba diubah mahupun digarap ke dalam pola yang baru.Betapa mereka melihat semua rutin itu dengan cara yang sama, di dalam tempoh waktu yang lama; lantas menimbulkan perasaan bosan yang tidak terhingga.Keindahan hidup di istana nyatanya hanya keindahan sementara.

Sesuatu yang indah itu tidak akan selamanya indah jikalau sudah seringkali dilihat.Keindahan selalunya mendambakan pembaharuan.Ia indah kerana ia baru; kereta baru umpamanya.Namun, jika sesuatu benda itu indah, tetapi ia telah hadir di dalam jangkamasa yang lama, maka ia telah cenderung menjadi sesuatu yang tidak lagi indah; sesuatu yang biasa; isteri tua umpamanya.Oleh itu walaupun kita tidak mampu untuk membuat pembaharuan terhadap sesuatu benda, sekurang-kurangnya kita perlulah mengubah cara kita melihatnya, bagi menghilangkan perasaan bosan.

Bosan membaca?


Sabun mandi ni aku jumpa dalam toilet kat ofis.Aku tak pasti di tahap mana kebosanan orang yang buat benda ni.Aku juga tak pasti sama ada dia perempuan atau lelaki.Kalau dia perempuan; aku syak dia guna kuku atau jari.Kalau dia lelaki; aku rasa dia guna kunci.Tapi apa yang aku pasti; dia memang bosan gila 'terpenjara' di dalam bilik kecil ni; lalu dia ambil keputusan mengubah rupa sabun mandi menjadi begel prosperity mekdi.

Hehhhhh........

Friday, February 12, 2010

AKU TAK BELAJAR TESL; AKU BELAJAR CIVIL

Hari tu aku bawak Danish pergi mekdi Sri Gombak pasal wife aku teringin sangat nak makan prosperity burger.Masa tinjau-tinjau menu board kat atas kaunter tu aku tanya dia, "Abang nak ape?"; dan cepat-cepat dia tunjuk ke arah susunan kereta berbilang warna kat menu tu.

Aku baca sekilas nama menu yang boleh dapat hadiah kereta tu dan aku jadi serba salah tiba-tiba.Apa pelik benar nama menu makanan budak-budak kat mekdi ni?Apa dah tak ada nama lain ke dia orang nak letak?Dan perasaan serba salah tu makin menebal bila budak mekdi tu tanya aku nak order apa.

Aku diam sambil kepala ligat berfikir; kalau tak salah aku, masa aku baca komen Drsinga dalam entri aku sebelum ni;

Dia ada taip;
Gembira & Riang ria = Gay

Tapi setahu aku;
Gembira & Riang ria = Happy

Maka bolehlah aku simpulkan bahawa;
Happy = Gay?

Jadi;
Bolehkah aku order 'Gay Meal' dekat budak mekdi yang tengah tunggu order aku ni?

Hehhhhh.......

Thursday, February 11, 2010

BENDA AJAIB DI KLINIK

Jumaat.Seiring kulit yang mula ditumbuhi sisik, tepat pukul 11.00 pagi aku keluar ofis; menuju Gombak untuk ambik wife aku dan Qistina.Anak kecik aku tu batuk, selsema dan ada kahak.Kesian betul aku tengok.Baru je 2 bulan kenal dunia dah dapat 3 serangkai penyakitnya.

Macam nak menitik air mata aku tengok badan kecik tu terhinggut-hinggut pasal batuk.Sebak wo!Dah la badan kecik comel; termuncung-muncung pulak mulutnya melawan batuk.Kalaulah penyakit-penyakit tu boleh di'trade in' macam beli handphone kat kedai; tentu dah lama aku 'beli' semua penyakit anak aku tu.

Dari Gombak aku 'menjalar' laju menuju Selayang Jaya; mencari Klinik Kanak-kanak Chan.Member wife aku cakap kat situ ok rawatannya; cuma mahal sikitlah.Ah!Peduliknya mahal.Mahal lagi value anak dara aku seorang ni.Dah la nak mendapatkannya seksa; siap nak kena tunggu lama; siap berpeluh jantan betina (itupun kalau peluh ada jantina).

Qistina dengan fesyen rambut Man Bai; tengah nyenyak tidur.

Kita orang tak tunggu lama untuk jumpa dokter.Lepas check pernafasan dokter tu kata anak aku tu ada banyak kahak; takut nanti kena jangkitan kuman.So dia suggest anak aku ambik oksigen untuk kurangkan kahak.Ambik oksigen boleh kurangkan kahak ke?Apa selama ni anak aku tak ambik oksigen ke ape yang sampai ada kahak ni semua?Entahlah!Aku ni nama je anak Ariff tapi aku memang kurang arif pasal ilmu kedokteran; so ikut jelah; janji anak aku elok.

Lepas tu kita orang disuruh masuk ke bilik sebelah.Dalam bilik tu aku nampak ada sofa dan satu benda yang aku agak untuk supply oksigen.Misi tu cakap kena ambik oksigen dalam 5 minit, so aku kena pegang alat tu dan suakan kat hidung anak aku.Masa aku tekan benda tu dia siap keluarkan asap putih; sejuk dan bunyi berdesis (macam tahu-tahu je aku tengah mengular).

Aku suakan dulu benda tu ke hidung aku; mana tahu kalau-kalau asap putih tu gas beracun ke atau boleh kasi lalok ke ape.Sekali sedut je serta-merta aku dah rasa macam berada kat air terjun Gabai; nyaman dan fresh.Wah!Cepat-cepat aku suakan asap putih tu kat hidung anak aku.Mula-mulanya dia terkejut jugak, tapi tak lama kemudian terus kuyu mata anak tu.

Makin lama makin kecik matanya.
P/s: Putih-putih kat kepala tu bukan pasal asap putih tu ye; itu bedak sejuk.

Huh!Best gile benda ni.Tak payah susah-susah pergi riadah kat hutan rekreasi; tak perlu payah-payah pergi berkelah kat tempat tinggi.Sambil lepak depan tv layan Astro pun boleh dapat udara fresh lagi suci.Ajaib sungguh.Kalau buat bisnes benda ni kat site mahunya berebut-rebut Indon beli.Apa pasal sebelum ni aku tak pernah perasan benda ni kat farmasi?Macam maca nak beli?Ada jual ke ni?

Ke aku sorang je yang tak tahu?Maaf ye!Aku ni nama je anak Ariff.Hehhhhh.........

Tuesday, February 9, 2010

MEETING

First time jumpa MB; agak tegas orangnya.
Tapi lembut gaya percakapannya.

Agaknya orang Johor memang lemah lembut belaka.
Walau kadang-kadang ada yang mengaku 'singa'.
Hehhhhh......

Friday, February 5, 2010

UPDATE RINGKAS

bekerja ditahap bangla
berbizi dilevel kuli

aku nak mengular hari ni!

Friday, January 29, 2010

AQIQAH

Ibu ibu, bapak bapak, siapa yang perut lapar......

Saya mewakili tuan rumah Encik Afendi Ariff; ingin menjemput anda semua ke majlis aqiqah dan cukur jambul anak perempuannya, Nur Qistina Asfa pada 30/01/2010 bersamaan hari Sabtu ini dari pukul 11am - 3pm bertempat di Block Q, Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Datang jangan tak datang; ada kamben masak kuzi!Hehhhhhh......

P/S: Ini bukan ajak-ajak ayam ye!Ini ajak makan kamben!

THAIPUSAM

Maka rakyat pun keluarlah:

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang lumpuh datang bertandu,
Yang patah datang berpapah,
Yang pekak leka bertanya,
Yang kurap mengekor angin.

Yang bulat datang bergolek,
Yang pipih datang melayang,
Yang kecil terambing lintang,
Yang jarak bertolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau.

Yang jemnya aku!

Wednesday, January 27, 2010

KAMBING

Bizi gila.Penat kejar kambing pun tak habis lagi ni.Dia punya semput rasa macam hisap rokok sambil jogging.

Lain kali je lah baru cerita.Nak kasi tok janggut minum air garam kejap.

Hehhhhh........

Friday, January 22, 2010

KASANOVA

Petang semalam aku balik kerja awal walaupun paginya aku datang tak awal.Tapi aku balik awal pun pasal kerja jugak; nak pergi cari tali leher untuk sesi presentation kat JKR HQ hari ni.Sementelah sepanjang tempoh peng'kerjaan' aku selama ni mana pernah aku datang ofis pakai aksesori orang koperat tu.Sedang beruk kat zoo pun tak pakai tali; apa jadahnya aku nak pakai tali pulak? Buang tebiat?

Tapi mengenangkan permintaan boski aku masa previous presentation yang ingatkan aku supaya berpakaian rapi, gosok baju letak kanji, rambut siap belah tepi, kasut mesti berkilat boleh suluh dahi; maka aku turutkan jugak dengan berat hati demi kesejahteraan kompeni.

Baliknya aku bawak wife dan anak-anak pergi Jusco Wangsa Maju; malas aku nak pergi sorang.Kesian pulak kat wife dan anak-anak aku yang asyik terperap je kat rumah tiap-tiap minggu masa aku pergi kelas.Sampai kat Jusco, orang tak berapa ramai; mungkin pasal yang lain semuanya leka kerja tak ingat nak datang Jusco.Apalah dia orang ni.Kerja, kerja juga tapi ikatan kekeluargaan nak kena jugak ambik kira.Malam Jumaat pulak lagi.Macam aku ni lain la; malam Jumaat ke tak Jumaat ke; puasa tetap puasa.

Sampai kat bahagian tali leher dan tali pinggang; mata aku jadi rambang tengok tali leher macam-macam jenis; macam-macam warna; macam-macam harga.Kalau ikutkan selera, aku rembat je yang macam kulit ular sawa; senang!Semua warna ada; semua baju boleh match.Tapi wife aku tentang keras; takut nanti aku kerja mengular je katanya.Ceh!Ada ka?

Lepas men'try' dekat 10 utas (@ pasang?@ helai?Aku tak sure apa penjodoh bilangan sebenarnya.Pergi tanya cikgu jawa!) tali leher; aku beli je yang kaler biru bintik-bintik putih; yang wife aku pilih.Dekat RM 30 jugak harganya.Kalau beli t-shirt, dah tentu boleh tutup seluruh badan.Ini beli tie cuma boleh tutup celah dada dan pusat je?Kalau pakai meleret sikit barulah boleh tutup yang bawah.Huh!Sungguh tidak berbaloi aku rasakan!

Penat pilih tie, aku bawak family aku makan kat Mr. Teppanyaki. Aku order ikan, wife aku order ayam; untuk Danish aku order air suam.Kejam?Bukan kejam.Dia dah kenyang.Qistina pulak dah tertido dalam stroller.Masa tunggu order sampai, aku berborak kosong dengan wife aku dan Danish pulak leka bermain dengan 'ular' yang dibuatnya dari kertas tisu; diiringi mulutnya yang tak reti diam.

Tak lama lepas tu ada satu family datang dan duduk kat meja sebelah kita orang; sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan umur 3 tahun; comel!Mula-mula aku tak ambik port sangat dengan kehadiran family tu, tapi bila Danish tiba-tiba jadi diam, bersopan dan tak berbunyi sikit pun, aku mula jadi pelik.Aku pandang Danish dan rupanya dia tengah leka meng'usha' budak perempuan kat meja sebelah tu.

"Oit abang!Usha awek ye?",sergah aku perlahan sambil mencuit bahunya; dia terkejut serentak mengulum senyum, sedang wife aku cuma tersengih.

"Ayah nak tengok muka hensem tak?",tanya Danish kemudiannya sebelum menaikkan keningnya 5 - 6 kali dengan pantas sambil merenung aku.

"Yelah!Hensem sangatlah!"

Mana tah dia belajar!Hehhhhh............

Tuesday, January 19, 2010

PENGALAMAN SAYA MEMBELI PAMPERS DI GIANT

Balik dari ofis semalam aku peletok kejap ke Giant Batu Caves.Nak cari pampers yang wife aku pesan.Qistina yang baru nak masuk 2 bulan tu dah tak muat pakai saiz S katanya.Rasanya anak dara aku tu belum pun cecah 5 kg lagi, walaupun saiz dia besar sikit.Agaknya sebab tu lah bila dia pakai saiz S tu nampak macam pakai bikini je gayanya.

Tapi pelik betul.Kalau nak diikutkan kat plastik pampers tu tulis untuk bayi dari 3 - 8 kg. Memang sah-sah kompeni pampers ni nak menipu.Apa kaitannya saiz budak dengan berat badan?Dia orang ingat anak aku tu dumb bell ke apa?Saiz kecik tapi berat?Pengelat betul.

Sampai kat dalam Giant yang besar tu manusia tak ramai.Maklumlah tengah bulan, gaji pun lambat lagi.Hanya insan-insan loaded macam aku saja yang gagah ber'shopping' waktu-waktu macam ni.Heh!Dengan santai aku tuju ke rak pampers; capai Pureen Premier saiz M macam yang wife aku cakap dan berlalu.

On the way ke cashier aku capai berus gigi Oral-B satu, pasal berus gigi aku yang kat rumah mak mentua aku tu dah tak macam rupa berus gigi.Sekali imbas dah macam berus kaki.Kembang dan berdaki.Masa capai berus gigi tu aku terpandang seorang mamat tak jauh dari situ tengah pilih sabun mandi.

Gaya pakaian macam CEO; dengan slack dan kemeja lengan panjang siap pasang butang.Kalau tak CEO pun busuk-busuk mesti eksekutif jualan ke apa mamat tu.Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan aku yang pakai jeans dan t-shirt tak ada butang ni.Aku agak-agak umur dia dalam lingkungan 27, 28 macam tu.Muka memang macho habis; lagak macam model.Kalau aku ni anak-anak gadis mahunya aku pergi mintak no telepon; tak pun mintak email atau facebook.

Tengah leka aku usha mamat tu, sekali dia pusing dan pandang kat aku; siap senyum.Aku balas segan-segan sambil tunduk; buat-buat belek berus gigi yang aku pegang.Masa aku panggung kepala, mamat tu masih pandang kat aku; kali ni siap senyum simpul.Huh!Dia kenal aku ke?Rasanya mamat ni tak pernah aku jumpa.Nak kata member masa kat U; aku memang takde member muka macho macam ni.Kalau ada yang muka macho pun tak lain tak bukan mesti muka aku la tu.Heh!

Dalam keadaan berfikir-fikir macam tu aku nampak dia melangkah menghampiri.Ah!Sudah!Aku kerah otak supaya berpusing ligat; cuba mengimbas kat mana aku pernah jumpa mamat ni?Tak cukup berpusing aku kasi defrag satu kali; aku kumpulkan semua ingatan yang termampu.Tapi otak aku fail untuk recall muka mamat tu.Macam mana ni?Seketika kemudian dia dah berdiri depan aku dengan senyum meleret.

"Hai hensem......",dia menyapa sambil membengkokkan tangan; untuk bersalaman.

Telinga aku berdesing tiba-tiba.Suara yang terlontar dari mulut mamat tu saling tak tumpah macam suara itik nila kena langgar.Suara jantan yang cuba menjadi perempuan.Suara yang selayaknya aku jawab dengan penerajang.

"Hensem kepala bapak ko!Tak nampak pampers anak aku ni",aku jawab dalam hati sebelum blah tak toleh-toleh lagi.

Astagfirullah!Apakah ini nafsu manusia akhir zaman.Ku sangka lelaki tulen rupanya pondan.Cehhhhh......

*Ke gay?

Friday, January 15, 2010

PONGAL

Patutlah susah benor nak cari air tebu semalam kat area Gombak ni.Habis semua di 'konker'nya.
Hehhhhh......

Monday, January 11, 2010

BUAI

Moga Qistina membesar bagai bintang dan aku tak lagi terkangkang-kangkang mengaki buai di waktu malam.
Hehhhhh..........

Thursday, January 7, 2010

POTONG



Amacam?Aku ingat lepas ni nak bawak dia masuk Idola Kecil pulak lah!
Hehhhhhh......

Wednesday, January 6, 2010

SETAN

Hari tu aku ke Segamat lagi.Ada joint site visit dengan JKR.Laluan Segamat - Tangkak tu memang agak berhutan banat.Dengan ladang kelapa sawitnya; dengan hutan bakaunya; dengan ladang getah; dengan semak samun; dengan jalan bengkang bengkok yang lintas depan pintu masuk Gunung Ledang; dengan kampung-kampung kecik; dengan kubur-kubur tersorok; dengan tempat gajah melintas.Senang cakap; jalan tu memang tempat jin berkubang.

Pergi site balik hari sememangnya meletihkan.Aku sampai Gombak pun dah dekat nak Maghrib.Sampai je depan pintu rumah mak mentua aku; aku nampak wife aku tengah dukung Qistina yang baru lepas menyusu.Pesan orang tua-tua; kalau baru balik dari perjalanan jauh jangan terus tegur atau sentuh budak kecik; takut tersampuk benda-benda halus yang mungkin terikut kita balik.

Berpegang teguh pada petua tu aku bagi salam dan terus masuk bilik air; basuh kaki.Siap berkumur dan basuh muka bagai; aku keluar.Dengan anggapan semua makhluk halus yang mengekor aku dari Johor dah bersuai kenal dengan setan-setan dalam bilik air dan mungkin tengah leka bersembang; aku terus capai dan dukung Qistina.Anak aku tu pun macam ok je; siap boleh muak sampai basah baju aku lagi.

Malamnya aku cepat betul terlelap.Penat, lenguh, sengal dan segala macam rasa letih betul-betul buat aku flat.Pukul 12 lebih aku terjaga bila dengar suara Qistina menangis.Dalam mata yang berat nak bukak aku nampak wife aku tengah porak peranda mendodoi anak aku yang tengah menangis dengan pitching Ziana Zain.Sebagai suami yang prihatin aku bangun dan capai Qistina.

"Dia dah minum?",aku tanya ringkas.Wife aku angguk.

Aku masukkan Qistina dalam buai dan duduk dibirai katil.Dengan mata yang berat nak pejam aku buaikan dia.Berkriuk-kriuk bunyi buai berspring tu di pagi yang hening.Letih guna tangan aku buai guna siku.Penat menyiku aku henjut pakai kaki.Dah letih mengaki pun tak jalan; anak aku still jugak menangis dengan mata yang meliar ke siling.Tak boleh jadi ni.

Aku berdiri dan dukung dia sambil capai henpon; cari surah Yassin.Sambil pasang Yassin aku dodoikan dia ke kiri ke kanan.Dah macam tarian poco-poco dah gayanya.Sampai habis surah Yassin pun anak aku masih menangis tak reti berhenti.Celaka.Kuat betul setan Johor ni.Dibackup pulak oleh setan Gombak yang sedia ada tu; aku syak setan-setan tu tengah team up menyakat anak aku.Haram jadah sungguh.

Jari aku laju tekan hendpon; cari surah Al-Jinn.Kali ni aku peluk Qistina rapat ke dada sambil dodoikan dia disulami surah Al-Jinn.Tak lama lepas tu aku nampak dia dah mula cool down.Mata pun dah tak meliar sangat; dah start kuyu-kuyu.Aku ulang-ulang surah tu sampai dia tidur.Bila Qistina dah nyenyak baru aku letak dia sebelah wife aku yang tah bila tertidur masa aku menari poco-poco tadi.Aku jeling jam kat henpon.Dah pukul 3 lebih.Haduih!Karang nak kena pergi kerja lagi.

Aku duduk sambil pusing-pusingkan pinggang.Badan rasa lenguh.Kaki tangan rasa letih.Nak kena cari buai elektriklah nampaknya gayanya.Tak tahan dah aku nak buai anak pagi-pagi buta dengan mata yang tak larat nak bukak macam ni.Kalau setan tak mengacau tak pe la jugak.Kalau dia kacau?Tak ke mengaki lagi aku nanti.Cehhhhh.........

Monday, January 4, 2010

BESDAY

Tahun baru; umur pun baru.
Anak dua; wife masih satu.

Semalam.
Usia bertambah.
Tanpa ucapan tahniah.
Tanpa hadiah.
Tanpa majlis meriah.
Dah tua-tua ni, rasanya dah tak payah dah.
Heh!

Thursday, December 31, 2009

TEPUK

Hari tu.Aku balik BTP lepas seminggu lepak kat Gombak.Dah rindu sangat dah kat rumah ku syurga ku tu.Sementelah mak mentua aku pun mungkin dah naik meluat kot asyik tengok muka aku hari-hari.So aku pun angkut wife dan anak-anak aku balik sekali.

Bila balik rumah memang banyak benda yang nak dibuat.Nak mengemaslah.Membasuhlah.Cuci itu ini.Sekali aku tengah sibuk basuh pinggan kat dapur; wife aku kat atas.Danish leka men'servis' kereta-keretanya yang kalau nak aku kira dah boleh beli Mamy Poko saiz XL/32, 4-5 bungkus.Qistina pulak nyenyak tidur atas tilam besar depan tv.

Tah apa mimpinya, Qistina menangis tiba-tiba.Mengigau kot."Abang!Tolong tengok adik jap",jerit aku sambil menoleh ke ruang tamu.

"Ok ayah",sahut Danish sambil pantas menerpa adiknya.Memang boleh diharap anak aku tu.Sejak dapat adik ni dia dengan otomatiknya dah bahasakan dirinya 'abang'.Jangan memandai nak panggil nama; tak dilayannya.Aku kembali mengadap pinggan mangkuk.Selang 4-5 saat; Qistina masih tak henti menangis.Danish ni buat apa?Aku jenguk kembali ke ruang tamu.

"La!Abang ni.Jangan la tengok saja.Tepuk-tepuk la adik sikit bagi diam",arah aku pada Danish yang bersila kemas merenung muka adiknya.

"Ok ayah",dia sahut lagi dan aku sambung sental bontot kuali yang kian menghitam.Pantang betul aku kalau periuk belanga berjelaga.Memang aku akan sental sampai boleh buat cermin tilik muka.

Pap!Pap!Pap!Bunyi tepuk apa yang kuat sangat tu?Aku cepat-cepat jengah ke ruang tamu.

"Abang ni!Bukan tepuk tangan la.Tepuk adik bagi diam",arah aku pada Danish yang sakan bertepuk tangan depan muka adiknya.

"Ok ayah",dan aku kembali ligat menyental bontot kuali.

Pap!Pap!Pap!Lain macam pulak bunyi tepuk ni?Aku tinjau lagi ke ruang tamu.

"Ya Allah abang ni!Bukan tepuk lantai la abang.Tepuk badan adik",arah aku pada Danish yang tengah berkerut muka menepuk karpet sambil mengagah adiknya.

"Ok ayah".Kali ni aku tunggu dan lihat.Pelan-pelan Danish tepuk-tepuk badan adiknya sampai budak tu diam.Huh!Letih jugak ye bila dah anak dua ni.

Hehhhhh..........

Thursday, December 24, 2009

LAPTOP

Kalut betul semejak dua menjak ni.Projek Jalan Tangkak - Segamat yang baru dapat ni memang kasi hidup aku porak peranda.Sekarang ni bukan lagi kerja 8 jam sehari; selalunya aku balik rumah pun biasanya dah pagi.Makan pun selalunya yang sempat cuma meggi.Kadang-kadang nak kencing pun tak jadi.Boleh senggugut aku kalau selalu macam ni.

Pen'design'nan jalan sepanjang 50 km tu memang mencabar minda dan jiwa.Compaq Presario yang aku pakai selama ni manalah larat nak cover layout jalan sepanjang tu.Dengan 80GB hard disk yang terpaksa aku topup lagi external 120GB (aku punya sendiri), 1GB ram, Intel dual core tahun 2006, skrin 14" cinonet yang boleh buat aku rabun ayam, yang kalau nak pan through pun berabad nak kena tunggu; memang cepat betul menipiskan iman aku.

Mujur jugak boski aku ni prihatin.Dia siap tolong pergi cari laptop yang high spec untuk aku.Aku agak kokak-kokak pun maunya 3 - 4 ribu harga dia.Lain macam betul handle laptop baru ni.Dengan latest Window7 nya, dengan Centrino duo processornya, 500GB hard disknya, 4GB ram, skrin besarrrrr punya 16"; memang lazat betul nak buat kerja.

"Pergh!Laju giler",aku bersuara sendiri masa handle drawing dengan laptop tu, tapi cukup kuat untuk buat member ofis kat sebelah menoleh.

"Pasal?",dia soal sepatah.

"Ni la laptop ni; laju giler.Aku belum tekan enter lagi kerja dah siap".

Ceh!

Friday, December 18, 2009

HENRIQUE CALISTO

Tahun Baru.Dalam perjalanan ke ofis aku singgah kat Pasar Borong Selayang.Hajat hati nak cari buah.Apa salahnya jadi Tarzan sekali sekala.Selalu sangat makan nasik pun boring jugak.On the way ke gerai-gerai jual buah tu aku lalu ikut pasar basah.

Manusia berselirat, majoritinya pendatang. Dengan Myanmarnya, dengan Laosnya, dengan Siam, dengan Vietnam dan dengan muka-muka yang seangkatannya; secara otomatiknya buat aku rasa macam sedang duduk kat Laos, tengok sukan Sea.

Aku tenung muka sekor-sekor.Macam mana nak bezakan dia orang ni pun aku tak tahu.Tapi firasat aku mengatakan kalau mamat yang aku usha tu tunduk tak berani bertentang mata, tapi masih lagi boleh tersenyum; itu mesti Laos punya orang.

Tapi kalau mamat yang aku usha tu tunduk rapat dengan muka masam tak panggung kepala; itu dah mesti mamat Vietnam punya.Dah la kalah bola.Player sendiri pulak tolong score untuk Malaysia.Hehhhhh…………

* Pesan aku buat Henrique Calisto: Cakap besar tak guna!Lu balik Portugal jelah!

Tuesday, December 15, 2009

TEH TARIK

Balik dari ofis semalam tekak aku tiba-tiba gatal mintak teh tarik; dengan rasa mengidam yang maksimum; tanpa kompromi.Rasa mengidam yang tak ubah macam anak dara mintak kawin.Tak boleh tidak mesti nak jugak.Kalau tak kasi kawin dia ugut nak buat anak.Heh!

Hasutan tekak akhirnya membawa aku ke Restoran Taqwa, Sri Gombak.Masa aku sampai orang takdelah ramai.Malam pun masih muda.Aku duduk sebelum disapa seorang pekerja yang aku rasa memang pure dari India pasal muka dia ada iras-iras Dodayah.

“Minum?”,dia soal pendek.

“Teh tarik kurang manis sama roti kosong satu”,aku jawab acuh tak acuh sambil mata lekat kat tv; tengok bola.Malaysia lawan Laos.Mamat tu angguk dan berlalu.

2-3 minit layan bola dengan Malaysia masih draw 1-1 sama Laos; teh tarik aku sampai.Aku ucap terima kasih sambil mata masih tak lepas dari tv.Sekilas pandang aku capai teh tarik, baca bismillah dan teguk nikmat.Cuma yang hairannya sekali dengan teh tarik tu ada pulak segelas ais kosong dibawaknya.Ah!Pedulik.Mata aku masih leka layan bola.

5-6 minit berlalu; roti yang aku order tak jugak sampai.Takpe!Tarikan bola kat tv masih mampu melalaikan perut aku.8-9 minit berlari; budak-budak Malaysia mula main macam palat seiring perut yang mula meronta-ronta.Mana tahan layan teh tarik je.Masuk angin pulak kang.

Aku angkat kepala sambil melilau mencari ‘Dodayah’ tadi.Itu dia!Leka mengelap meja tak jauh dari aku.

“Macha!”,aku jerit sambil melambai.Dia pantas menghampiri.

“Roti kosong mana?”,aku soal; ringkas.

“Roti kosong?”,dia soal balik; dengan lebih ringkas.

“Ya!Saya suda order roti kosong satu tadi”,kata ku lagi.

“Mana abang ada order makan pun abang?”,dia soal dengan muka suci.

“Kan tadi saya order teh tarik kurang manis sama roti kosong satu?”aku soal pula dengan muka ketat.

“Ada order ka abang?Saya tada tanya abang mau makan apa pun tadi abang?”.

Celaka.Aku sudah sikit hangin.Kalau aku ikutkan perut aku yang lapar,saat tu jugak aku terajang ‘Dodayah’ tu balik India.Secara otomatik aku mula sedar kenapa ais kosong tu hadir tanpa aku order.

“Ini ais kosong apa bikin?Mau kasi mandi?Saya mintak roti kosong bukan ais kosong!”,kata aku sikit keras, sambil mengoyak-ngoyakkan tisu kat atas meja.Kasi dia seram.

“Ayo!Roti kosong ka abanggggg…..Bukan ais kosonggggg?”,soalnya sambil menggelengkan kepalanya ke atas dan ke bawah sebelum berlalu.

Cehhhhh……..mujur jugak Malaysia menang malam semalam.

Wednesday, December 9, 2009

SEGAMAT

Semalam.
Seharian di Johor.
Menawaf dari Tangkak ke Segamat.
Dari Segamat ke Tangkak.
Tak ada yang menggoda.
Tak ada yang istimewa.
Kedai makan yang sedap pun tak jumpa.
Yang ada hanya masjid dan pusara.

Insaf jugak seketika.Hehhhhh..........