Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Hari ni hari last puasa.
Esok pulak dah nak raya.
Dah sampai kampung ke semua?
Moga selamat sejahtera di jalan raya.

Pada sesiapa yang membaca.
Tak kira apa pun kasta.
Atau apa juga bangsa.
(Melayu, Cina, India, mahupun Bangla).
Asalkan kita sama seagama.

Tak kira sama ada yang
masih berkerja.
Atau yang dah over nak raya.
(Apa dah tua-tua tak boleh eksited ke?).
Asalkan kita menyambut Aidilfitri yang sama.

Tak kira sama ada yang di Malaysia.
Atau di negara jiran tetangga.
Tak ketinggalan yang di oversea sana.
(Harap-harap ada ketupat dan lemang time raya)
Asalkan kita bergembira di hari mulia.

Aku ucapkan tulus dari hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga korang semua dirahmati.
Lepas raya InsyaAllah jumpa lagi.

Hehhhhh.....

Tuesday, September 7, 2010

CUTI

Memandangkan sekolah cuti raya 2 minggu dan wife aku pulak cikgu sekolah; maka dia dan anak-anak aku akan bercuti selama 2 minggu, walaupun salah seorang daripada anak aku bukanlah seorang budak sekolah.

Memandangkan company aku cuti raya tak sampai seminggu dan aku pulak adalah salah seorang staff kat company tu; maka aku pun akan bercuti selama 2 minggu (tanpa menghiraukan cuti company aku yang tak sampai seminggu itu), walaupun aku jugak bukanlah seorang budak sekolah.

Anyway
, mana ada orang keje dah minggu ni?Bangla pun tau cuti la!Hehhhhh........

Sunday, September 5, 2010

BERSUKAN

Aku suka bersukan.Paling kurang seminggu sekali aku mesti bersukan.Main badminton kat Selayang Mall contohnya.Kalau seminggu tak bersukan aku mesti rasa pening-pening.Macam kucing kena cacing.Jadi aku perlu bersukan.Kecuali masa bulan Ramadhan.Dah tua-tua ni mana nak sempat.Badan pulak cepat penat.

Masa kecik-kecik dulu pun aku suka bersukan.Paling kurang sehari sekali aku mesti bersukan.Main aci ligan kat rumah jiran umpamanya.Kalau sehari tak bersukan aku jadi tak keruan.Macam tok haji hilang serban.Jadi aku perlu bersukan.Tak terkecuali masa bulan Ramadhan.Budak-budak kan banyak masa free.Letih penat tolak tepi.

Sebelah rumah aku ada gelanggang badminton.Gelanggang simen.Arwah abang aku yang no 2 punya usaha.Dulu masa bulan puasa, abang-abang aku suka main badminton sementara tunggu waktu berbuka.Aku pun selalu joint sama.Selalunya kita orang start game lagi sejam dua nak berbuka.Jadi dia punya letih kira boleh handle juga.

Satu petang, panas terik.Tah apa gila abang-abang aku nak main badminton pukul 3.Mula-mulanya aku rasa berat hati juga.Takut-takut tak larat je.Tapi lepas tengok abang-abang aku melompat sakan, jiwa bersukan sejati aku ni memang tak boleh tahan.Tak tunggu lama, cepat-cepat aku sarung kasut sekolah cap Bata.

4.30 petang.Aku terjelir tepi gelanggang.Peluh jantan betina jatuh berlinang.Baju yang aku pakai basah lencun macam boleh perah.Tekak perit gila.Dia punya haus jangan cerita.Bibir pulak merekah-rekah.Aku rasa keadaan aku masa tu baik sikit dari pelarian Somalia.Dalam hati aku menyumpah-nyumpah.Dah lah main tadi kalah.Dia punya penat pulak rasa macam nak rebah.

"Ni apa bibiaq keqin siap meqekah-qekah ni?",kakak aku yang tengah angkat baju kat ampaian menegur.

"Baqu habih main badminton la kak.Penat ni",aku jawab.

"Dah dah!Pi masuk bilik ayaq.Pi basuh muka ngan bibiaq tu sikit.Bagi segaq".

Serentak itu juga aku bingkas bergegas ke bilik air.Masuk dan kunci pintu.Aku cedok air kolah dengan gayung dan siram ke muka.Perghhh!Dia punya sejuk tangkap sampai kepala.Rasa segar bugar.Aku buka mulut dan basahkan bibir.Huhhh!Rasa macam pakai lip ice.Air yang masuk ke dalam mulut pula terasa manis. Cepat-cepat aku ludah air dalam mulut aku tu ke lantai.Kalau ikut tekak yang haus ni mahunya aku telan seteguk dua buat penghilang dahaga.Tak boleh jadi ni.Boleh batal puasa aku kalau macam ni.

Aku cedok air kolah lagi segayung.Siram lagi ke muka.Sejuknya rasa macam kat Cameron Highland pulak.Tapi tekak tetap terasa kering.Tetap haus macam tadi.Aku bukak mulut lagi dan air yang terasa manis itu memenuhi seluruh ruang mulut aku.Cepat-cepat aku ludahkan semula.Arghh!Macam mana ni?Haus benar rasa tekak aku ni.Aku tenung lagi air kolah yang dah nampak macam air sirap itu lama-lama.

"Hah!Macam mana?Dah ok?",tanya kakak yang baru masuk dari angkat kain kat ampaian, masa dia berselisih dengan aku kat ruang tamu.

"Betui la kak!Dah qasa segaq sikit dah".

"Ha!Kan aku dah kata",jawab kakak aku pula sambil senyum lebar sebelum berlalu mengendung kain ke bilik.

Pelan-pelan aku kesat sisa air yang ada kat bibir aku sebelum melangkah longlai ke gelanggang badminton.Hari tu baru aku tahu; air kolah kat rumah aku tu memang ada rasa ala-ala air sirap rupanya.Dekat-dekat segayung setengah jugak aku telan tadi.

Hehhhhh........

Friday, September 3, 2010

GEREJA GAY

Petikan Kosmo hari ni.

"Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini".

Celaka!Aku tak tahu pun ada jugak golongan ni yang alim?Argh!Fobia....fobia!

Hehhhhh.......

Tuesday, August 17, 2010

KMJ 2010

Kembara Mahkota Johor 2010.Aktiviti tahun Sultan Johor.Sape yang tengok Majalah 3 hari tu tahulah.Baginda siap bawak train sendiri.

Yang ni bukan Kembara Mahkota Johor, tapi Kembara Makan-makan Jalan-jalan 2010.Bukan dalam bulan puasa ni; tapi bulan lepas.

Dari Rawang aku sanggup drive sampai ke Kluang; pasal terpengaruh dengan blog kucing ni.

Lantas menggoda aku ke tempat ni.Pasal sekarang bulan puasa, aku malas nak tunjuk gambar makanan dia.Nak tengok gambar pergi blog kucing tu.Cuma aku nak kasitahu; bungkusan biru melintang tu mee goreng, yang merah menegak tu bihun.Jemput-jemput.Bulan puasa ni aku tak sure dia bukak ke tak.Nak kena tangkap ko pegi la makan siang-siang ni.

Hehhhhh.......

Thursday, August 12, 2010

GEARBOX

Pasar Ramadhan Pinggiran Batu Caves.Orang ramai, sesak dan berasak-asak.Masing-masing sibuk mencari juadah berbuka.Hari first puasa sememangnya mencabar minda.Nafsu time-time nak berbuka rakusnya memang tak agak-agak.Tengok itu nak, tengok ini hendak.Pandang itu lalu, pandang ini mahu.

Sambil dukung Qistina yang beransur sembuh, aku mengekor wife aku dan Danish yang dah jauh ke depan sambil menyelit-nyelit di celah-celah orang ramai.Eksited betul orang dua beranak itu meninjau juadah yang dijual; Danish terutamanya, walaupun dia haram tak puasa.

Dalam menjenguk-jenguk sebegitu aku sampai ke gerai jual pelbagai bahagian sup lembu; dari daging membawa ke perut, dari limpa ke paru, dari tulang hingga ke ekor, pendek kata hampir semua bahagian lembu dijadikan sup.Cuma tolak kulit dan taik lembu saja yang tak dijualnya.

"Mari bang!Macam-macam sup ada bang.Sup daging, sup perut, sup hati,sup limpa, sup campur, sup gearbox semua ada bang", jerit budak yang berjual.

Aku berhenti kejap, ambik bau; sedap jugak aromanya.Kalau ikutkan nafsu hari pertama ni nak jugak aku beli sup campur barang sebungkus dua.

"Abang!Beli sup gearbox bang!",sapa budak tu ramah bila dia nampak aku tercegat.

Sambil senyum aku geleng perlahan.Nafsu je semua ni, kata aku dalam hati dan budak tukang jual tu aku anggap tak ubah macam benda bertanduk yang cuba menghasut nafsu aku.Heh!

"Sup gearbox kita orang special bang!Original punya",kata budak itu lagi tak mahu mengalah.

"Original?Apa yang originalnya?",aku tanya pula dengan agak mushykil.

"Kita orang pakai gearbox Honda bang.Bukan tiruan punya",jawabnya cepat sambil tersengih.

Kalau tak mengenangkan aku ni berpuasa, hari pertama pulak lagi, memang dah lama aku terajang tulang rusuk kiri budak tukang jual sup itu.

Cehhhhh..........

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Tahun lepas puasa tiga orang.
Tapi yang betul-betul puasa cuma dua orang.
Tahun ini puasa empat orang.
Tapi yang betul-betul puasa masih lagi dua orang.
Hehhhhh.........

Saturday, August 7, 2010

SEMINGGU YANG SAKIT 2

Lengkap sudah semuanya.Aku demam selsema.Dalam hati nak jugak pegi klinik Dr. Singa.Tapi sejak-sejak dia dah makin glema ni, aku batalkan saja.Bizi betul agaknya?

Hehhhhh........

Friday, August 6, 2010

SEMINGGU YANG SAKIT

Ahad.Masa aku balik kelas, Danish demam, badan panas.Kasi ubat klinik private pun tak pass.

Isnin.Danish masuk wad HKL lepas suhu badan dia cecah 40+; panas gila.Dia kena viral fever doktor kata.

Selasa.Danish dah boleh keluar walaupun panas masih ada.Bila aku tanya kenapa; wad sesak misi tu kata.Kena pantau kat rumah la nampaknya.

Rabu.Suhu badan Danish tak berubah; Qistina pulak panas tak kebah-kebah.Aku bawak dia orang ke klinik pakar di Selayang.Kasi ubat bontot sorang-sorang, antibiotic, ubat batuk, ubat demam.Seratus lebih jugak melayang.

Khamis.Tengaharinya mak mentua aku kata dua beradik tu ok je tapi petangnya dia call dengan suara cuak, bagitahu aku bibir Qistina dah biru plus gigil satu badan.Aku celapak balik bawak dia ke klinik.Doktor tak tahu apa masalah.Aku nekad ke HKL.Qistina masuk wad.Darah ada kuman.Acute pleuritis.

Jumaat.Demam Qistina dah reda cuma tinggal batuk dan selsema.Tengoklah esok keadaan dia macam mana.Aku balik rumah dengan badan tak ceria; dengan rasa demam, plus selsema.

Aduihhhhh.........

Saturday, July 31, 2010

SEDEKAH

Jumaat.Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

First time dalam hidup aku....tengok orang bagi sedekah kat masjid, tapi mintak duit balance!Terkial-kial budak tukang kutip duit tu kira duit baki kat tengah-tengah masjid.....mungkin hari ini dalam sejarah hidup dia agaknya. Aku tak sure samada nak gelak atau nak kasi penyepak pada orang yang kasi sedekah tu.Ko ingat ni kedai runcit?

Hehhhhh.......

Thursday, July 22, 2010

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Hari tu ada kempen derma darah kat area ofis aku.Kiranya kempen besar-besaranlah yang melibatkan semua company yang ada kat area shop lot ofis aku ni.

Mari derma dare (bukan aku kata; Samy Vellu yang kata).

Rasanya aku ada nampak poster ni kat 2-3 tempat lagi kat area Selangor ni.Mungkin kempen ni dia orang jalankan serentak kot.Comelkan poster dia?Cuba rapat lagi.

Ya!Hari Jumaat lepas, kat ofis pemaju, dekat je dengan ofis aku ni.

Memandangkan aku memang dah lama bercita-cita nak derma darah; sementelah dari minggu lepas lagi dia orang dah datang ofis mintak nama, maka aku dengan paksa relanya mem'volunteer'kan diri (kerana selain daripada lipas dan gay aku juga agak fobia dengan jarum suntik) untuk jadi penderma.Sekali sekala jadi pemuda harapan bangsa apa salahnya.Heh!

Sebenarnya pagi tu aku ada meeting kat JKR pukul 10 am.Balik je dari meeting dalam pukul 12.15 pm, member-member seofis aku ni semua dah pakat derma darah belaka, tinggal aku sorang-sorang je yang belum.Leceh betul!Takde peneman la pulak.Tapi memandangkan niat aku memang suci, aku gagahi juga diri menapak ke ofis pemaju.

Masa aku sampai cuma ada 2 orang je yang tengah derma dan aku lah orang yang ke'last'nya.Lepas isi borang, dengan jawapan yang banyak 'TIDAK' dari 'YA' (ada ke tanya aku lahir kat Russia ke tak?) aku ke kaunter check jenis darah.Lepas timbang berat dan duduk, misi tu tanya aku macam-macam, laju-laju; dah pernah derma darah ke belum, ada makan ubat ke panadol ke, tidur cukup ke 5 jam apa ke; tiba-tiba jari aku bergegar.Entah bila masa dia cucuk jarum kat jari aku!Soalan-soalan tadi tu rupanya trick untuk buat aku leka je.Ceh!Berdenyut hujung jari.Sakit wo!

Dengan dua titis darah aku je, misi tu dah boleh tahu darah aku jenis AB.Huh!Terer betul dia.Kat mana dia belajar agaknya?Lepas check darah aku jumpa doktor pulak.Siap check blood pressure dan tanya soalan yang agak sama macam misi tadi.Angguk lebih kurang lepas tu aku ke kaunter last sebelum derma darah.Misi kat kaunter tu kasi aku sijil dan satu buku merah.

Ni champion punya.Tarak jual.Korang ada?Heh!

Lepas ambik sijil dan buku merah tu aku gerak ke katil derma darah yang hanya ada 2.Yang lain-lain dia orang dah lipat; 1 katil kosong untuk aku dan 1 lagi ada sorang amoi tengah lepak-lepak; baru habis derma darah.Dada aku dah mula dub-dab dub-dab laju; suspen!Misi yang entertain aku tu namanya Ainulasyikin; manis air mukanya tapi dari riak wajah macam dah kawin!Heh!Tutur bahasa dan perbuatannya pun lemah lembut; memang layaklah jadi misi.

Masa tunggu dia prepare segala jarum bagai untuk ambik darah aku, aku dah baca doa macam-macam.Dari Al-Fatihah membawa ke ayat Kursi, dari Qulhuwallah ke Alamnashyroh, pendek kata segala apa yang terlintas; semua aku baca.Neberss gila!Dah habis khatam segala surah, aku tegur amoi katil sebelah, kasi hilang gelabah.Amoi tu pun baru je first time derma darah.Muka dia nampak ok jer, jadi aku pun mesti ok kot, pelan-pelan aku tenteramkan hati.

Lepas eratkan lengan aku dengan alat yang selalu diguna untuk check blood pressure tu, kasi urat-urat aku timbul, pelan-pelan misi nama Ainulasyikin tu sapu lengan aku dengan antiseptic yang sejuknya rasa sampai ke tulang.

"Tahan sikit ye cik",katanya tiba-tiba sambil cucuk kulit lengan aku dan injek masuk angin kasi kulit tu gelembung.Pergh!Dia punya ngilu memang menangkap kalbu.

Saat aku nampak dia pegang jarum bertiub yang sebesar lidi sate dan terus cucuk ke urat di kulit yang gelembung tu, aku pejamkan mata rapat-rapat.

"Aduih!",jerit aku agak kuat bila aku rasakan jarum itu menusuk masuk ke urat lengan aku; namun cukup kuat untuk membuatkan semua staff kat situ memandang ke arah aku.

"Sabar cik sabar",kata Ainulasyikin dengan riak wajah cemas.

Cepat-cepat aku celikkan mata dan pelan-pelan sengih, "Heheh!Acah aje!", sebelum disambut dengan tarikan muka masam hampir kesemua staff kat situ.Huh!Dia orang ni semua stress agaknya.Nak melawak sikit pun tak boleh ke?

Sedang dia orang sibuk mengemas; aku baring santai sambil genggam-genggam paip PVC yang Ainulasyikin bagi, untuk pam darah kasi cepat keluar.Hampir 10 minit lepas tu cukuplah 1 pint darah aku masuk ke dalam beg darah lut sinar tu.Gila hitam darah aku.Entah boleh pakai ke tidak aku tak tahu.Lepas si Ainulasyikin tu cabut jarum sebesar lidi sate tu dari lengan aku, dia tekup lubang luka tu dengan kapas dan suruh aku rileks dulu 5-6 minit; takut-takut aku pening katanya.

Lepas tampal lengan aku dengan plaster luka dia iringi aku balik dengan senyuman; mungkin pasal dah lepas beban kerja dia orang untuk hari tu.Aku balik ofis dengan bekalan 100 Plus, roti dan nasik lemak free.Kepala takde pening, cuma bekas luka agak berdenyut-denyut, siap habis lenguh satu lengan.Sampai ke malam denyut dan lenguhnya tak hilang.Masa aku bukak plaster luka tu malam tu, aku nampak bekas luka aku tu pecah darah kat dalam, bengkak dan berdenyut.

Jadi tak salahlah aku terjerit siang tadi kan?Ni kira cedera parah jugak apa?

Hehhhhh.........

Wednesday, July 14, 2010

PAKWE

Hari tu; hari cuti.Aku temankan wife aku ke arkib Jalan TAR; nak cari kain katanya.Nak hantar balik kampung; kasi adik ipar aku jual, pasal dah nak raya.Huh!Apa lagah sibuk nak raya awal-awal.Setahu aku raya lagi 3 bulan; masih jauh perjalanan.Tapi standardlah; perempuan!Sebut je hindustan dan perayaan; memang dia orang boleh lupa daratan.Heran!

Tapi memandangkan aku tak ada kelas, so aku supirkan saja dia dan anak-anak aku ke sana.Aku ingatkan arkib Jalan TAR lapang tenang; tak ramai orang, pasal tengah bulan rentang.Rupanya aku silap.Tempat tu padat; sendat dengan majoritinya mestilah perempuan; ada yang bertutup rapat dan tak kurang juga yang berpakaian ketat, sampai penat mata aku melihat!

Aku tinggalkan wife aku kat kedai yang selalu dia lawat.Aku dukung Qistina sambil berjalan-jalan, sambil melihat-lihat; bukan perempuan berpakaian ketat yang menduga, tapi kain-kain cantik beranika warna.Danish pulak aku biarkan mengekor kat belakang.

Banyak jugak kain kat arkib ni.Macam-macam pattern, macam-macam corak, macam-macam nama.Sedang leka membelek sehelai kain bercorak zebra, yang aku tengah berkira-kira nak buat kemeja; tiba-tiba aku dengar satu suara halus berbunyi, "Mama!Pakwe la mama!".

Cepat-cepat aku toleh ke belakang.Seorang perempuan yang agak berusia lalu, sambil memimpin tangan seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 4 tahun; melintasi aku.

"Mama!Pakwe!",kata budak perempuan itu lagi sambil melirik ke arah Danish yang leka bermain kereta mainan yang dibawanya.

"Ye!Ye!",balas perempuan berusia itu dengan malas sambil meligas ke kiri dan kanan melihat kain-kain yang bergantungan.

Asthagfirullah hala'zim! Cepat-cepat aku berishtifar dalam hati.Entah apa nak jadi dunia hari ini?Budak sekecik itu dah pandai berpakwe pakwi?

Hehhhhh..........

Tuesday, July 13, 2010

SEJUK

Masa aku sampai ofis pagi tadi, keadaan sekitar masih gelap.Tak sure pukul berapa.Tak tergerak pulak nak tengok jam pasal dah ternampak kelibat boski aku tengah berdiri bersebelahan BMWnya kat parking lot.Aku ingatkan aku dah cukup awal.Dia lagi awal rupanya.Entah apa yang dipandangnya berdiri tegak menghadap jalan. Tengah menyanyi lagu "Negara Ku" kah atau tak pernah tengok jalan jem kah pagi-pagi hening macam ni?Buang tabiat apakah?Pelan-pelan aku menapak keluar dan hampiri boski aku tu.Belum sempat aku sapa dia dah menoleh.

"Eh Fendi!Aku rasa tak payah kerjalah hari ni.Jalan jem teruk ni.Kau baliklah!",katanya sambil menggaru-garu kepalanya sekaligus membuatkan aku terkedu tiba-tiba.Apa kes sampai membuang tabiat sungguh boski aku ni.Aku yang dah sampai ofis disuruhnya balik.Sihat ke tak dia ni?

"Ye?Tak payah kerja hari ni.Kau balik je.Ye?",katanya lagi bila dia nampak aku macam blur-blur ayam; sambil tangannya masih lagi laju menggaru-garu kepala.

Tanpa banyak komplen; macam budak kecik kena tarik telinga, aku u-turn kaki aku ke kereta, sumbat kunci, masuk, tutup pintu, start enjin dan on aircond ke tahap maksimum.Pelik sungguh kelaku boski aku pagi ni.Ada masalah besar kah?Masalah kewangan kah?Tak dapat payment kah?Company nak tutup kah?Masakan ye?Dah dekat sebulan lebih dah aku kerja tahap cipan kepenatan menyiapkan projek Jalan Segamat - Tangkak dia tu.Sampai nak tulis blog pun susah amat.Ke boski aku ni dah sampai masa?Cepat-cepat aku angkat tangan berdoa moga boski aku panjang nyawa.

Aircond kereta, aku rasakan sejuknya lain macam dengan dinginnya yang menyucuk.Cepat-cepat aku tarik jaket yang aku gantung di seat co-pilot dan selubungkan ke badan.Memang sejuk sungguh aircond kereta aku pagi ni.Tak pernah aku rasakan dia berfungsi hingga sesejuk ini.Pelan-pelan aku pejamkan mata.Layan selelap dua pun best jugak sejuk-sejuk macam ni.

Deringan handphone tiba-tiba mengejutkan aku dengan bunyinya yang sayup-sayup; jauh-jauh dan tak henti-henti.Entah siapalah yang sibuk call aku pagi-pagi buta ni?Aku abaikan bunyi tersebut dan terus pejamkan mata; dengan cubaan melelapkan diri namun bunyi handphone yang galak menjerit itu begitu mengganggu halwa telinga aku.Haduih!Cepat-cepat aku tepis jaket yang menyelubung dan bangun berdiri; cuba mencari handphone yang mengganggu itu.

Eh!Macam mana aku boleh berdiri tegak pulak ni?Bukan ke aku dalam kereta tadi?Aku pandang sekitar dengan mata terpisat-pisat dan nampak wife aku masih lagi terlena kat sebelah Qistina yang berselimut separas dada; sementara Danish pulak bergulung macam tenggiling kat atas toto dengan selimutnya yang entah kemana.Lah!Aku kat dalam bilik tidur rupanya.

Sejuk sungguh bilik ni.Cepat-cepat aku capai remote dan matikan aircond.Aku selak pulak selimut mencari handphone yang masih galak menjerit.Aku capai dan pandang sekilas; pukul 6.45am!Alarm rupanya dan pantas pula aku offkan.Aku selak tirai dan jenguk keluar; hujan pagi!Patutlah sejuknya lain macam.Mati-mati aku rasa aku dah sampai ofis tadi.Mati-mati jugak aku ingat boski aku suruh balik tak kasi kerja; dan dah buang tabiat nak mati.Celaka!Rupa-rupanya aku bermimpi!Kan best kalau betul-betul jadi.

Hehhhhh........

Wednesday, June 30, 2010

BUKAN SIBUK DENGAN BOLA

Dah 2 minggu lebih aku sibuk tahap cipan dengan hari-hari kerja yang padat, weekend-weekend yang sendat.Mula-mula aku ingatkan aku dah lupa dah password blog ni.Lepas dah calmdown sikit hari ni, baru aku ingat yang aku ada blog.

Apa khabar kawan-kawan yang masih mahu membaca?Yang singgah sekali sekala?Yang lalu bertanya?Tak sempat nak melawat korang semua.

Cik mimpi apa cerita?Dah jumpa jejaka pujaan Malaya?
Dr Singa dengan isu apa?Doktor yang banyak idea dan semakin leka dengan kamera.
K.o.g makan di mana?Dah banyak tempat makan ko aku terjah.Ternyata Wong Solo memang gah.
Catz dah fly ke mana?Aku cemburu gila dengan anak dara yang kaki jalan dan kadang-kadang kelakar gila.
Hantumakan dah slim?Hari tu sibuk sangat ke gym.
Budak lurpark tak kecoh ke kat England sejak-sejak kalah bola ni?
Faizah ko sehat ke?Dah bulan ke brape?
Nashays.
Jaja.
Kak gerau.
Pett.
Apei.
Jarr.
...
..
.

Sori!Ramai lagi yang tak dapat nak aku nyatakan kat sini!Korang apa cerita?Sibuk tengok bola?Tapi hairan!Majoriti blog yang aku baca ni blog perempuan.Kenapa ye?

Entahlah!Mungkin perempuan rajin tulis blog kot?

*Ke memang perempuan ni kerja dia tulis blog je?

Hehhhhh.............

Friday, June 11, 2010

WORLD CUP

Macam dah tak ade keje lain.Bola sebijik pun nak berebut ke?

Hehhhhh........

Friday, June 4, 2010

TERIMA KASIH DARI SEORANG MACHA

Semalam.Lepas Maghrib.Angin bertiup kuat.Langit gelap pekat.Awan tebal amat.Kilat jengah-jengah sekali sekala dari balik awan.Hari nyatanya nak hujan.Aku drive slow-slow dari ofis dengan nafsu tak bermaya.Dengan badan bisa-bisa.Dengan semangat tak berapa nak waja.Penat balik dari Tangkak tadi nyatanya masih bersisa.

Masa lalu kat Kg. Laksamana menuju ke Taman Gombak Permai, aku nampak ada seorang India yang agak berusia tengah sibuk menahan kereta yang lalu lalang.Tangannya terangkat-angkat, tergawang-gawang; menunjuk-menunjuk ke depan; mintak tumpang.Tiga buah kereta kat depan aku melintas laju, tak ada langsung tanda-tanda nak berhenti.Nak keluar bersalam dengan macha tu apatah lagi.

Sebagai anak Malaysia sejati, dengan sifat toleransi yang tinggi, dengan etika profesional yang terpuji, tanpa riak curiga di hati, aku berhentikan kereta bila sampai turn aku kena tahan dengan macha tu.Cepat-cepat aku turunkan cermin sebelah penumpang dan secepat itu juga dia heret kakinya yang agak tempang mendekati kereta aku.

"Mana mau pegi?",tanya aku sambil meng'off'kan lagu Shahir AF8 yang berkumandang di radio.

"Depan.Dekat juga.",dia jawab sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.

"Naik naik",kata aku sambil bukakan pintu sebelah penumpang untuknya.Dengan senyum lebar dia melangkah masuk.

"Saya banyak hairan",katanya sebaik saja duduk dan menutup pintu.Serentak itu juga bau arak menerawang dari mulutnya dan sepantas itu pula aku menyumpah-nyumpah dalam hati; menyesal dengan keprihatinan diri.

"Saya tahan banyak kereta.Tada satu mau berenti.Sumua kasi lari.Tapi dia orang ada nampak saya tua juga.Saya suda 71 adik.Tada larat.Mau tumpang juga",dia terus berkhutbah panjang sambil aku mula tahan nafas.Kuat betul bau arak yang keluar dari mulutnya.Todi cap kepala gajah agaknya yang dia minum.

"Kalau dia orang tolong sama saya, belakang kalu dia orang eksiden ini tempat, saya ada nampak, saya musti kasi tolong juga.Kita suda kenal bukan?Ada butul adik?",dia tanya sambil menggeleng-geleng lagi.Cepat-cepat aku angguk; mengiyakan walaupun aku tak pasti tahap kemampuan macha tu untuk menolong sesiapa dengan keadaannya yang macam tu.

"Tarak apa.Ini jam adik kasi tolong sama saya.Belakang saya kasi tolong sama adik.Ini orang sumua tada kesian.Tada berenti.Tada suka tolong",ngomelnya perlahan antara dengar dengan tidak, sambil merenung tepat ke depan.

"Mana mau berenti uncle?",aku soal bila dia dah habis mengomel.

"Sini!Sini!Sini simpang pun boleh.Sana saya punya rumah.Saya boleh jalan",cepat-cepat dia tunjuk ke bahu jalan.Ala!Dekat je rumahnya.Tak sampai 200 meter pun.

"Ok uncle.Suda sampai",kata aku sambil berhentikan kereta kat simpang yang dia tunjuk tu.

Dia senyum, buka pintu dan berpaling perlahan sambil pandang tepat ke muka aku.

"Merapa kau tak setia.Daram pencintaan.Terempas aku bagai gan kaca bederai",nyanyi macha tu sambil terus menggeleng-gelengkan kepala dan mengangkat keningnya.

"Terima kasih",katanya lagi sambil mengangkat tangan sebelum menutup pintu.

Aku tergamam seketika.Nak tergelak pun ada.Pelik sungguh cara ucapan terima kasih dari macha ni.Siap ada intro dengan lagu Shidee lagi.

Hehhhhh.........

Wednesday, June 2, 2010

PELANGI

Hari tu ada pelangi besar kat Batu Caves.Cantik!Nampak kat mana pelangi tu jatuh?Keluar je ofis aku terus drive pergi situ.Sampai kat kaki gua Batu Caves tu aku pergi.

Sayang sekali tak ada harta karun yang menanti.Yang ada cuma tok sami bercalit putih di dahi.Entah siapalah yang pandai-pandai pergi buat cerita karut pasal harta karun ni semua?

Hehhhhh.......

Tuesday, June 1, 2010

SAYA ADA SATU MASALAH

Weekend hari tu, lepas makan tengahari, aku duduk-duduk dengan Danish kat sofa sambil tengok tv.Layan tv lepas makan tengahari sambil kipas pasang full speed memang cepat betul kasi mata layu.Siaran Buletin 1.30 kat TV3 yang merapu pasal Samy Vellu nak kena guling tu pun memang tak mampu nak menarik perhatian aku.

Nak menarik perhatian anak aku apatah lagi.Lainlah kalau aku pasang cerita Upin Ipin ke, Wonderpets ke, barulah dia terang mata.Sebaliknya anak aku tu leka benar menggentel telinga froggy masam yang dipeluknya sejak umur dia dua bulan tu; tanda dia nak tidur.Mata pun makin lama dah makin kuyu je aku tengok.

"Kasi kat ayah froggy tu boleh?",aku tanya pendek.Cepat-cepat dia beliakkan mata; terus segar bugar.

"Tak boleh",jawabnya tegas.

"Apasal tak boleh?",aku soal lagi.

"Ni Danish punya",katanya sambil peluk erat froggy tu ke dada.

"Sayang ayah tak?".

"Sayang".

"Ayah dengan ibu mana lagi sayang?".

"Ibu",dia jawab lambat-lambat.

"Ayah dengan adik mana lagi sayang?".

"Adik",dia jawab agak cepat.

"Ayah dengan froggy mana lagi sayang?".

"Froggy",dia jawab cepat-cepat.

Huh!Ranking aku jatuh last sekali.Dengan katak masam pun aku tak boleh nak lawan.Macam mana ni?

Hehhhhh.......

Wednesday, May 19, 2010

OLDTOWN WHITE COFFEE

Aku pernah drive dari Rawang ke Jalan Yap Kwan Seng semata-mata nak minum secawan kopi dan makan sepotong roti kat Oldtown White Coffee ni.


Apa dia orang letak candu ke ape?
Hehhhhh........

Tuesday, May 18, 2010

TEKNIK MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Nak membesarkan anak-anak sekarang ni sememangnya tugas yang mencabar.Ditambah dengan kemodenan teknologi yang sukar dibendung; menjadikan tugas mendidik anak-anak suatu bebanan yang kadang-kalanya sukar ditangani oleh sesetengah ibu bapa.Tak ada bezanya antara anak lelaki mahupun anak perempuan dari segi kesukaran membesarkannya; tapi bagi aku, anak perempuan lagi sukar dijaga, pasal maruah dia lagi tinggi.

Anak lelaki kalau hilang teruna tak nampak sangat kesannya; tak ada orang nak check sangat pun; tapi anak perempuan kalau hilang dara memang 'besar' kesannya; 'besar' impaknya; malah 'besar' semuanya.Tu pasal aku kata anak perempuan ni maruah dia lagi tinggi dan perlukan perhatian yang lebih khusus berbanding anak lelaki.

Peningkatan golongan bohsia dan bohjan; khunsa mahupun pondan; mat dan minah rempit di jalanan;gay ataupun lesbian yang berpakaian jantan; sepatutnya memberikan kita banyak peringatan; betapa anak-anak tidak boleh diabaikan dan perlu diberi perhatian; demi kesejahteraan mereka di masa hadapan.Bagi aku tidak ada pendekatan yang paling sesuai sekali di dalam mendidik anak-anak melainkan dengan kembali kelandasan keimanan; yakni dengan berteraskan sunnah dan juga Al-Quran.

Jadi; salah ke kalau masa umur anak aku 6 bulan, aku kasi dia pakai tudung?

P/s: Genap umur dia setahun aku ingat nak hantar dia pergi belajar Iqra' pulaklah.Amacam?

Hehhhhh.........

Monday, May 17, 2010

LUPA

Macam manalah aku boleh lupa password blog ni entah!
Cehhhhh.......

Friday, April 30, 2010

KUAT

Masa budak-budak dulu badan aku tak adalah besar sangat.Nama pun budak-budak; memanglah tak besar ye dak?Senang cakap; badan aku kurus tapi bukan kering.Kalau nak dikirakan dengan formula BMI (body mass index), yang aku pun tak kenal siapa penciptanya tu, memang dia akan kata aku slim, please put some weight.

Walaupun aku kurus tak kering, tapi aku boleh dikatakan agak kuat juga dari segi fizikal.Masa sekolah rendah dulu kalau ada cikgu yang mintak tolong angkatkan buku teks yang tebalnya sama tinggi dengan budak berdiri, akulah yang mula-mula sekali angkat tangan; volunteer.Masa hari sukan sekolah pulak kalau ada budak-budak yang pengsan masa lumba lari; perempuan utamanya; maka akulah antara para pengangkatnya.Kadang-kadang aku angkat sorang-sorang je, kalau perempuan la.

Meningkat remaja, masa Tingkatan 5, ada sekali aku naik motor Yamaha Sport abang aku pergi bazar Ramadhan beli juadah berbuka.Akibat terlalu lebih ambik lap ikut jalan tanah merah masa nak balik, aku eksiden tergolek sebelah tali air.Lepas tu gempar satu kampung dengan cerita anak Mat Arep eksiden sampai patah tulang selangka, dengan motor pecah muka, tapi masih mampu merempit balik rumah.

Masa lepas SPM aku kerja kilang papan kat kampung.Kerjanya bukan calang-calang.Kena angkut kayu; kena angkat batang balak sebesar dua tiga pemeluk.Kerja kilang papan bukan kerja ringan macam tekan-tekan laptop kat ofis tu.Bukan jugak kerja mudah macam buat-buat selak file masa boss lalu.Kerja kat kilang papan perlu tenaga padu; perlu kudrat jitu korang tahu?Badan kena sihat.Otot kena padat, kalau tak memang tak larat.Sebab tu lah orang-orang kampung kata aku kuat.

Menjangkau dewasa, masa sedang ralit bercinta, aku pernah dukung makwe aku (wife aku la) naik puluhan anak tangga dari jalan masuk sampailah ke aras bawah Menara KL.Semuanya cuma disebabkan dia lenguh panjat tangga.Walaupun berat wife aku masa tu memang berbeza dengan beratnya sekarang; apa tak cukup kuat ke tu?Pendek kata jika nak dikirakan dari segi kudratnya aku memang kuat; sejak kecik lagi.Aku memang gagah sejak azali.

Tapi; kenapa masa aku sakit gigi ni, aku siap boleh tertungging-tungging tumbuk tilam pagi-pagi dinihari?Kenapa masa sakit gigi ni, air mata aku keluar tanpa aku sedari?Kenapa masa sakit gigi, rasa ngilu dan denyutnya macam muka kena langgar lori?Kenapa masa sakit gigi, kalau ada yang memekak kat sebelah aku rasa macam nak maki?Kenapa masa sakit gigi, semua skil mem'blog' aku macam dah lari?

Kesimpulannya; sekuat mana pun aku dari azali; segagah mana pun kudrat aku ni, tapi kalau dah sakit gigi, memang tak boleh mari.Nampaknya aku belum cukup kuat lagi.Seksa wo sakit gigi!

Cehhhhh........

Monday, April 26, 2010

KENAPA SAYA FOBIA DENGAN GAY

Petikan Harian Metro hari ni;

DUA GAY DURJANA
Oleh Hadzlihady Hassan
2010/04/26

KUALA LUMPUR: Gay durjana! Itu gelaran buat dua lelaki bernafsu songsang yang membelasah seorang lelaki selepas cubaan mereka mengurat dan menggoda mangsa yang sedang berehat di Taman Tasik Permaisuri di sini, tidak dilayan.

Berita lanjut baca sini.

Ini salah satu contoh; kenapa aku amat fobia dengan gay.Lembut di dalam, keras di luarnya.

Hehhhhh........

Saturday, April 24, 2010

CHATEAU DE PUAH

Alamat macam dalam gambar; tapi kalau nak exact location cari sini.

Senang je nak cari.Kalau tanya orang pun, ramai yang dah tahu, sejak-sejak restoran ni masuk JJCM TV3 hari tu.Sebenarnya aku datang sini pasal nak rasa masakan Uzbekistan macam yang diwar-warkan.Dah lama sangat dah asyik dok makan masakan Malaysian dan Thailand; dah naik bosan.Itu belum dikira lagi masakan Indian dan Chinian yang boleh dikatakan hari-hari aku telan.Heh!Maklumlah...1Malaysian!

Nasi Bukhara Ayam

Nasi Bukhara Kambing

Sebenarnya ada macam-macam choice lagi tapi aku tak ada keberahian nak pesan takut tak kena selera.Infact rasa kedua-dua dish lebih kurang sama je; macam nasi beriani je pun rasanya, cuma beza dekat ayam dan kambing tu je.Kesimpulannya kalau nak aku comparekan nasi bukhara ni dengan nasi beriani; aku rasa aku akan pilih JM Briani.

Akhirnya; masa nak balik aku jumpa si kucing oren gemok (k.o.g); bukan k.o.g si penulis blog tapi k.o.g original.Memang tak sama walaupun kedua-duanya berkongsi nama.

Cuma yang samanya; kedua-dua k.o.g memang pemalu.Aku nak snap gambar dia pun susah bukan main.Siap paling-paling muka macam artis.

Hehhhhh.......

Thursday, April 22, 2010

RINDU

Peksa dah habis.Paper design yang aku jawab petang semalam langsung tak menunjukkan ciri-ciri nak dapat 'A'.Macam nak ke parit ada la.Segala ilmu yang aku ada macam tak mampu nak jawab soalan yang ditanya; padahal aku rasa aku dah baca semua.Entah sebab apa aku lupa formula.Aku syak separuh ilmu aku dah tumpah masa aku terbongkok-bongkok mandikan Danish sehari sebelumnya.Dem!

Keluar bilik peksa jiwa rasa semak.Aku menapak ke kereta sebelum drive laju-laju balik Gombak.Balik tengok anak bini lagi bagus; boleh jugak release kepala otak.Dah dekat 2 minggu aku sibuk kerja dan study serentak; sampai tak ada masa nak layan anak-anak.Kesian dia orang; tentu dia orang rindu dengan gurau senda aku.

Sampai Gombak aku main-main kejap dengan Qistina dan Danish.Mengekek-ngekek anak-anak aku tu bila aku ada.Rindu sungguh agaknya.Tak sampai dua jam lepas tu; lepas Isyak, aku keluar bersukan macam biasa kat Selayang Mall.Sebelum keluar wife aku yang sedang melipat kain baju di bucu katil siap pesan suruh aku balik awal.Mungkin dia pun macam anak-anak aku jugak, 'rindu' kat aku.Heh!

Lepas mengerah keringat dengan melompat-lompat pukul bulu itik kat tengah gelanggang; aku makan dengan kawan-kawan sepermainan.Tepat pukul 12.30 malam aku dah sampai kat Gombak.Masa aku sampai Danish dah pun tertidur atas toto kat ruang tamu.Memang dah jadi kebiasaan dia akan tidur dengan adik-adik ipar aku kalau kita orang tidur kat rumah mak mentua aku ni.Aku usap kepala anak sulung aku tu.Cium sekali kat pipi; sekali kat dahi.Kesian!Tentu belum hilang rindunya kat aku.

Pelan-pelan aku masuk bilik; wife aku dan Qistina pun dah tertidur.Aku pandang muka Qistina lama-lama.Walaupun anak kecik aku tu tak boleh bercakap lagi; tapi dari riak eksited yang dia tunjukkan masa aku balik tadi; aku tahu, dia pun macam abangnya jugak, rindu kat aku.

Aku pandang pulak muka wife aku yang tengah nyenyak tidur.Walaupun wife aku ni faham dengan situasi aku sebagai pekerja dan pelajar; tak banyak komplen dan jarang bersungut; aku tahu dia memang rindukan aku.Kalau tidak masakan dia akan tertidur dengan kain baju tersusun kemas di hujung katil dan underwear aku terlipat rapi disisi.Rindu sungguh nampaknya.Hehhhhh........

Tuesday, April 20, 2010

TUMPAH

Masuk ofis balik lepas seminggu bercuti.Masih ada satu paper lagi yang aku kena ambik esok.Subjek design yang padat dengan kiraan.Rasanya dah letih dah otak saraf menghafal step dan formula.Tangan pun dah naik lenguh menekan kalkulator.Kepala pulak dah naik tepu; dah sarat sangat dah dengan ilmu.Cuma tunggu masa; cuma hitung waktu.

Nampaknya aku kena mula control cara jalan sekarang ni.Tak boleh dah nak tunduk-tunduk ikut suka hati.Tak boleh dah nak pusing sana sini ikut sedap kaki.Duduk pun kena tegak tegap.Posisi badan kena tetap.Takde bongkok-bongkok; takde rukuq-rukuq.Leher mesti maintain kedudukan; muka mesti pandang ke depan.Buat kerja pun kena slow-slow; kena pelan-pelan.

"Apahal ko duduk tegak macam majlis formal dari tadi ni?", tanya member ofis aku masa lunch semalam.

"Aku dah study banyak; tu pasal kena duduk tegak-tegak",aku jawab tanpa berpaling.

"Apasal kalau study banyak kena duduk tegak-tegak?",tanyanya lagi dengan nada tak puas hati.

Dengan cermat dan tertib aku menoleh ke sisi; macam gerakan kepala Linda Blair dalam Exorcist, cuma bukan 360 degree.Aku pandang mukanya tepat ke anak mata, terus ke dalam hati; aku nak dia mengerti.Dengan nada seserius mungkin aku jawab:

"Aku takut ilmu aku tumpah.Malas nak study lagi".

Cehhhhh.........

Monday, April 12, 2010

PEKSA

Peksa dah mula.Walau ini bukan kali pertama namun gigilnya terasa seperti malam pertama.Moga aku berjaya dengan jaya hendaknya.

Aminnnnnn......

Friday, April 2, 2010

KIDAL

Hari ni aku nak ajar sains.Baca betul-betul dan fahamkan.

Otak kita ada dua bahagian.Satu belah kanan, satu belah kiri.Kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang berbeza.Otak kanan biasanya lebih berat kepada hal persamaan, fantasi, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna.Otak kiri pula lebih hala ke perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan logik.Daya ingatan otak kanan biasanya bersifat long term memory.Daya ingatan otak kiri pula short term memory.

Orang yang otak kanannya lebih dominan dari otak kiri akan menggunakan tangan kiri (kidal).Orang yang otak kirinya lebih dominan dari otak kanan akan menggunakan tangan kanan.Ramai orang dilahirkan sebagai pengguna tangan kanan tapi tak ramai orang dilahirkan sebagai kidal.Memandangkan otak kanan lebih berat ke arah fantasi dan kreativiti, maka orang kidal biasanya dianggap lebih genius; contohnya Albert Einstein, Isaac Newton dan Henry Ford.

Masa sekolah menengah dulu pun aku ada sorang member kidal.Mamat ni kalau bab pelajaran memang power gila; memanjang top 3 dalam kelas.Kalau bab muzik pulak dia sampai tahap main gitar guna gigi.Sukan dan permainan pulak jangan cakaplah; semua dia ceburi.Dari lumba lari membawa ke polis sentri; dari ragbi membawa ke hoki; keterampilannya memang terbukti, sekaligus membuatkan aku respek gila pada budak-budak kidal ni.

Faham?Kesimpulan yang aku dapat ialah, orang kidal adalah golongan genius dan terpilih; malah aku amat berharap anak-anak aku semuanya kidal nanti.

Sayang sekali aku bukan dilahirkan sebagai seorang yang kidal; malah tak ada yang kidal pun dalam family aku.Wife aku; pun kebetulannya bukan kidal. Anak perempuan kecik aku, si Qistina tu asyik kemam tangan kanan je sekarang ni; tak de harapan jadi kidal nampaknya.Abangnya si Danish tu pulak nampak-nampak gayanya pengguna tangan kanan tegar; dari suap nasi, menulis, tekan remote Astro '611' sampailah cuci bontot dan korek hidung semuanya dia hentam pakai tangan kanan.Memang terbukti ke'kanan'annya.

Tapi ada satu masalah yang aku nampak pada anak lelaki aku ni.Masalah yang agak payah nak aku huraikan di sini.

Ini tulisan Danish.Pejam sebelah mata pun memang korang tahu; cuma no 1, 4, 7 & 8 saja yang betul; yang lain-lain semuanya terbalik, padahal dia tulis guna tangan kanan.Ini macam mana nak kira ni?Kanan ke kidal anak aku ni?

Aku syak otak anak aku yang kidal.Hehhhhh..........

Thursday, April 1, 2010

KARI KEPALA IKAN

Pekena kepala ikan tengahari ni pun best jugak!Sekali sekala mem'bodoh'kan diri apa salahnya.Kalau memanjang nampak pandai sangat pun susah jugak.Kan?

Hehhhhh.........

Friday, March 26, 2010

HARI BUMI

Hari bumi datang lagi macam tahun-tahun yang lepas.Dah macam hari raya pulak dah benda ni; tiap-tiap tahun mesti ada.Tapi, bagi aku kempen ni bagus jugak lah pasal sekurang-kurangnya setahun sekali bumi nak jugak rasa sejuk, rasa selesa.Asyik pemanasan global je; mana boleh tahan.Korang nak ke kalau kepala dengan kaki korang je yang rasa sejuk macam kutub bumi?Dada membawak ke lutut pulak panas nak mati.Mahu?Sekali sekala takpe lah.Tapi kalau selalu boleh bawak demam tahu?

Kalau bumi boleh bercakap dah lama dah kita semua kena tiau.Dahlah datang menumpang; alih-alih buat benda laqho sampai merosakkan ekosistem.Lapisan ozon yang dulu sikit punya tebal dah makin nipis bumbungnya.Pembakaran hutan sana sini.Pelepasan asap industri berleluasa.Pencemaran sungai dan laut serta macam-macam lagi.

Pendek kata bumi sendiri dah naik confius.Kat gurun dah turun salji macam kat kutub.Kat kutub pulak dah panas macam kat gurun.Jadi dengan adanya kempen yang setahun sekali ni, at least kita kasi can lah kat bumi untuk bersenang-lenang walaupun sejam.Mana-mana yang aware tu padamkanlah lampu masing-masing malam esok; dari pukul 8.30 sampai 9.30 malam.

Lepak-lepak kat rumah sambil pasang lilin pun ok jugak sekali-sekala.Layan borak cerita hantu ke.Pekena candle light dinner ke apa ke.Kalau nak main sembunyi-sembunyi pun takpe jugak.Tak pun tidur awal ke atau tunaikan tanggungjawab mana yang patut; lebih awal dari biasa ke.Terpulanglah!Yang penting kita semua sokong 'Earth Hour'.Kesian lah sama dengan beruang panda kat bawah gambo tu ye.Ye tak?

Vote earth!

Tuesday, March 23, 2010

MOHD CHAN ABDULLAH

Hari tu aku pergi Restoran Mohd Chan Abdullah lepas terpengaruh dengan chinese food kat blog student England dan blog businessman berjaya; walaupun menu tak sama aku tak kira; janji chinese food.Restoran yang aku pergi ni dekat dengan Carrefour Wangsa Maju.Ada lagi 4 - 5 branch kat area KL dan Selangor ni; untuk branch-branch lain boleh rujuk sini.

Menunya ada macam-macam
Pening kepala aku nak pilih.Sampai aku terpaksa mintak tempoh 5 minit kat waiter tu untuk order.

Tomyam Seafood
Rasanya tak macam tomyam siam; rasa lain macam sikit tapi kira ok lah.Boleh makan 2 -3 orang ni.Mujur jugak aku order kecik je.Kalau besar dah tentu tak habis.

Baby Kailan Seafood
Sampai tergolek-golek udang dan sotongnya.Memang terbukti betul ke'seafood'annya.Rasa standard; rasa kailan goreng biasa letak sos tiram.

Daging masak 'Kam Heong'
Macam daging masak kicap ada, macam masak sos tiram pun ada.Tapi ada letak udang kering.Sedap jugak rasanya.

Butter Prawn
Ada 6 ekor dan besar-besar udangnya tapi rasa udang adalah tawar dan tak sebati dengan butternya.Patutnya kena perap lama sikit udang ni.Eh!Butter prawn kena perap dulu ke?

Masa lauk-lauk ni semua sampai dan dihidangkan kat atas meja kita orang, aku perasan ada satu couple yang tengah makan kat meja sebelah asyik memerhati dan berbisik-bisik.Apa ko pandang-pandang?Ko tak tahu aku tengah kebulur ni?Dengki la tu pasal dia orang cuma makan nasi yang siap ada lauk je sorang satu.Takde hidang-hidang macam kita orang ni.Ke dia orang hairan pasal kita orang cuma 2 orang, tapi lauknya untuk 4 - 5 orang?Entahlah!Mungkin jugak kot.

Apapun kedainya bersih.Servis cepat.Lauk sedap kecuali butter prawn.Harga pun boleh tahan; RM60 untuk 4 lauk dan kesudahannya kita orang memang tak larat nak habiskan semua lauk tu dan terpaksa mintak tolong waiter tu tapau.

Hehhhhh.......

Friday, March 19, 2010

KEMBAR?

Qistina masa umur 2 bulan....



Macam Upin Ipin kan?

Hehhhhh........

Wednesday, March 17, 2010

SOYA

Sekarang ni kompeni air soya pun dah berani buat lawak kasar dengan aku.

Aku rasa ni pengaruh Raja Lawak Astro hari tu la ni.Pon pon sungguh!

Hehhhhh........

Tuesday, March 16, 2010

MINTAK NYAWA

Perit tekak.Batuk.Sakit dada.Semput.Semua lengkap.
Mintak nyawa.Mintak oksigen.Mintak ventolin.
Aduihhhhh.........

P/s: Tak sempat nak lawat kawan-kawan.Dah lama ketinggalan.Akan qada semuanya bila keadaan mengizinkan.

Monday, March 8, 2010

KAKI

Bayangkan kaki comel ini menjadi keras bak tukul besi.
Menghentam kepala mu tanpa henti.
Menyepak tubuh badan mu tanpa belas di hati.
Adakah sakit yang kau rasai?

Pesanan aku kepada golongan bacul pendera kanak-kanak....cari lawan setanding la baru tahu langit tinggi rendah!Budak-budak kecik bolehla ko buli!

Cehhhhhh.......

Friday, March 5, 2010

MASAK

Tak tahu sebab apa minggu ni aku asyik nak post pasal makan je.Mungkin minggu ni minggu makan aku kot.Heh!Apa pun ni air tangan aku masa Maulidur Rasul hari tu.

Sotong & lala bakar Portugis (ikut sedap hati letak nama).

Resepi ni boleh ambik kat blog hantumakan.Aku belasah je campak-campak semua benda; blend dan tumis.

Kailan goreng biasa.

Nama pun biasa.Ketuk bawang putih; tumis dan guna sos tiram.Campak sotong dan kailan.Siap seperti biasa.

Sotong goreng kunyit.

Kunyit ada sikit je; tu pasal tak kuning sangat.Malas aku nak pergi kedai.Guna je apa yang ada.Dah!Siap tiga menu cepat yang aku makan anak beranak hari tu.

Kalau masak sendiri ni memang aku kurang lalu sikit.Air tangan sendiri tak sama dengan air tangan wife sendiri.Feel dia lain.Nak kata tak sedap; aku tengok sampai bertambah-tambah wife aku makan.Bila aku jeling; dia cakap dia makan untuk Qistina.Semua zat-zat tu untuk anak dara aku tu.Yelah tu!

Kesimpulannya: Sedap la kot!

Hehhhhh..........

TEPPANYAKI (鉄板焼き)

Ini makanan Jepun.Bagi yang tak tahu rujuk sini.

Mr. Teppanyaki,
Bawah Jaya Jusco,
One Utama.

Chicken Teppanyaki

Abaikan pinggan yang sumbing di kiri dan kanannya itu.Fokuskan pandangan pada isi ayam yang digoreng secukup rasa.Tidak terlalu garing.Tidak terlalu raw.Sedang elok.

Fish Teppanyaki

Biasanya dia orang pakai ikan Dory.Berlambak ada jual kat hypermarket.Biasanya RM10 je dah boleh dapat 2 - 3 ketul yang saiz besar tapak tangan (yang frozen).

Fish Teppanyaki (full set)

Abaikan chopstick tu.Tak reti aku nak sepit-sepit.Aku pakai sudu garfu je.Sup dia ada tauhu goreng dan rasa masam-masam sikit.Tak tahu lah masam sebab basi ke atau memang rasa original.Heh!

Er....aku ada kasi tahu tadi Teppanyaki ni makanan Jepun kan?Tapi kenapa 'Mr. Teppanyaki' ni semua tak macam Jepun pun?

Hehhhhh.........

Wednesday, March 3, 2010

KACANG POOL

D-G-07 Ritze Perdana,
No 5 Jln PJU 8/2,
Kat Damansara Perdana

Terpaksa pergi pasal wife aku dah siap meratap tangis peluk kaki nak pergi; dek tergoda dengan pujuk rayu Serina Chef Wan dalam Jalan-jalan Cari Makan, TV3 yang dia tengok entah bila.Nama je cikgu tapi mudah betul terpengaruh dengan media.Heh!

1/2 of the menu

Lagi 1/2 drinks.Katanya sirap bandung kat sini sedap; tapi aku tak tak order.Sakit tekak.Aku order teh Lipton vanilla je.Tak tahu pulak Lipton ada perasa2.

Roti bakar tebal yang sedap

Dia orang sapu mentega.Rangup di luar.Lembut di dalam.Pendek kata roti ni memang enak dimakan begitu saja.Kalah gardenia.

Kacang pool kamben

Aku pernah makan benda ni sekali masa MAHA 2006 kat UPM.Dah lama.Dah lupa rasa dia macam mana.Ini kali ke-2; dan pada pendapat aku, kacang pool ni sedap jugaklah; memang terasa kekambingannya.Cuma agak kurang berbaloilah makan kacang pool 2 orang je dah dekat RM20.Baliknya aku kena topup dengan megi lagi; mana tahan makan kacang.

Hehhhhh..........

Tuesday, March 2, 2010

BAEK PUNYE

Agak-agaknya 'rintangan' apalah yang boleh diredah dengan gaya lompatan macam iklan Carefree ni?
Hehhhhh........

*Main zero-point?

Wednesday, February 24, 2010

MOTIVASI DIRI

Bosan!

Perasaan bosan biasanya timbul kerana kita melihat sesuatu benda itu dari sudut yang sama, dari kacamata yang biasa ataupun apabila kita melakukan sesuatu kerja itu dengan cara yang serupa di dalam waktu yang serupa.Oleh itu; sekali-sekala kita perlu juga melakukan kelainan di dalam hidup kita, melakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang aneh, sesuatu yang berbeza, yang seterusnya dapat mengurangkan perasaan bosan.

Keanehan mampu mengubah penjara menjadi seindah istana, dan mampu mengubah istana menjadi sesempit penjara.Ada tokoh besar 'lahir' di penjara; contohnya Nelson Mandela; kerana beliau melihat penjara melalui pandangan yang berbeza, melalui fikiran dan semangat yang tidak pernah terpenjara.Hanya jasadnya sahaja yang terkongkong di sebalik jeriji besi, namun fikiran, semangat, mental mahupun kreativitinya masih tetap merdeka dan bebas mengembara ke segenap maya.

Seorang gadis biasa seringkali mendambakan kehidupan yang senang lenang di istana, bak seorang puteri raja.Sementara seorang puteri raja yang hidup di dalam istana terlalu amat ingin hidup lepas bebas, bak seorang gadis biasa.Lihat sahaja kepada Puteri Masako Owada dan mediang Puteri Diana; bagaimana kekangan istana membataskan pergerakan dan menjadi penjara seharian mereka.Mereka terkongkong di dalam rutin dan kebiasaan yang tidak pernah cuba diubah mahupun digarap ke dalam pola yang baru.Betapa mereka melihat semua rutin itu dengan cara yang sama, di dalam tempoh waktu yang lama; lantas menimbulkan perasaan bosan yang tidak terhingga.Keindahan hidup di istana nyatanya hanya keindahan sementara.

Sesuatu yang indah itu tidak akan selamanya indah jikalau sudah seringkali dilihat.Keindahan selalunya mendambakan pembaharuan.Ia indah kerana ia baru; kereta baru umpamanya.Namun, jika sesuatu benda itu indah, tetapi ia telah hadir di dalam jangkamasa yang lama, maka ia telah cenderung menjadi sesuatu yang tidak lagi indah; sesuatu yang biasa; isteri tua umpamanya.Oleh itu walaupun kita tidak mampu untuk membuat pembaharuan terhadap sesuatu benda, sekurang-kurangnya kita perlulah mengubah cara kita melihatnya, bagi menghilangkan perasaan bosan.

Bosan membaca?


Sabun mandi ni aku jumpa dalam toilet kat ofis.Aku tak pasti di tahap mana kebosanan orang yang buat benda ni.Aku juga tak pasti sama ada dia perempuan atau lelaki.Kalau dia perempuan; aku syak dia guna kuku atau jari.Kalau dia lelaki; aku rasa dia guna kunci.Tapi apa yang aku pasti; dia memang bosan gila 'terpenjara' di dalam bilik kecil ni; lalu dia ambil keputusan mengubah rupa sabun mandi menjadi begel prosperity mekdi.

Hehhhhh........

Friday, February 12, 2010

AKU TAK BELAJAR TESL; AKU BELAJAR CIVIL

Hari tu aku bawak Danish pergi mekdi Sri Gombak pasal wife aku teringin sangat nak makan prosperity burger.Masa tinjau-tinjau menu board kat atas kaunter tu aku tanya dia, "Abang nak ape?"; dan cepat-cepat dia tunjuk ke arah susunan kereta berbilang warna kat menu tu.

Aku baca sekilas nama menu yang boleh dapat hadiah kereta tu dan aku jadi serba salah tiba-tiba.Apa pelik benar nama menu makanan budak-budak kat mekdi ni?Apa dah tak ada nama lain ke dia orang nak letak?Dan perasaan serba salah tu makin menebal bila budak mekdi tu tanya aku nak order apa.

Aku diam sambil kepala ligat berfikir; kalau tak salah aku, masa aku baca komen Drsinga dalam entri aku sebelum ni;

Dia ada taip;
Gembira & Riang ria = Gay

Tapi setahu aku;
Gembira & Riang ria = Happy

Maka bolehlah aku simpulkan bahawa;
Happy = Gay?

Jadi;
Bolehkah aku order 'Gay Meal' dekat budak mekdi yang tengah tunggu order aku ni?

Hehhhhh.......

Thursday, February 11, 2010

BENDA AJAIB DI KLINIK

Jumaat.Seiring kulit yang mula ditumbuhi sisik, tepat pukul 11.00 pagi aku keluar ofis; menuju Gombak untuk ambik wife aku dan Qistina.Anak kecik aku tu batuk, selsema dan ada kahak.Kesian betul aku tengok.Baru je 2 bulan kenal dunia dah dapat 3 serangkai penyakitnya.

Macam nak menitik air mata aku tengok badan kecik tu terhinggut-hinggut pasal batuk.Sebak wo!Dah la badan kecik comel; termuncung-muncung pulak mulutnya melawan batuk.Kalaulah penyakit-penyakit tu boleh di'trade in' macam beli handphone kat kedai; tentu dah lama aku 'beli' semua penyakit anak aku tu.

Dari Gombak aku 'menjalar' laju menuju Selayang Jaya; mencari Klinik Kanak-kanak Chan.Member wife aku cakap kat situ ok rawatannya; cuma mahal sikitlah.Ah!Peduliknya mahal.Mahal lagi value anak dara aku seorang ni.Dah la nak mendapatkannya seksa; siap nak kena tunggu lama; siap berpeluh jantan betina (itupun kalau peluh ada jantina).

Qistina dengan fesyen rambut Man Bai; tengah nyenyak tidur.

Kita orang tak tunggu lama untuk jumpa dokter.Lepas check pernafasan dokter tu kata anak aku tu ada banyak kahak; takut nanti kena jangkitan kuman.So dia suggest anak aku ambik oksigen untuk kurangkan kahak.Ambik oksigen boleh kurangkan kahak ke?Apa selama ni anak aku tak ambik oksigen ke ape yang sampai ada kahak ni semua?Entahlah!Aku ni nama je anak Ariff tapi aku memang kurang arif pasal ilmu kedokteran; so ikut jelah; janji anak aku elok.

Lepas tu kita orang disuruh masuk ke bilik sebelah.Dalam bilik tu aku nampak ada sofa dan satu benda yang aku agak untuk supply oksigen.Misi tu cakap kena ambik oksigen dalam 5 minit, so aku kena pegang alat tu dan suakan kat hidung anak aku.Masa aku tekan benda tu dia siap keluarkan asap putih; sejuk dan bunyi berdesis (macam tahu-tahu je aku tengah mengular).

Aku suakan dulu benda tu ke hidung aku; mana tahu kalau-kalau asap putih tu gas beracun ke atau boleh kasi lalok ke ape.Sekali sedut je serta-merta aku dah rasa macam berada kat air terjun Gabai; nyaman dan fresh.Wah!Cepat-cepat aku suakan asap putih tu kat hidung anak aku.Mula-mulanya dia terkejut jugak, tapi tak lama kemudian terus kuyu mata anak tu.

Makin lama makin kecik matanya.
P/s: Putih-putih kat kepala tu bukan pasal asap putih tu ye; itu bedak sejuk.

Huh!Best gile benda ni.Tak payah susah-susah pergi riadah kat hutan rekreasi; tak perlu payah-payah pergi berkelah kat tempat tinggi.Sambil lepak depan tv layan Astro pun boleh dapat udara fresh lagi suci.Ajaib sungguh.Kalau buat bisnes benda ni kat site mahunya berebut-rebut Indon beli.Apa pasal sebelum ni aku tak pernah perasan benda ni kat farmasi?Macam maca nak beli?Ada jual ke ni?

Ke aku sorang je yang tak tahu?Maaf ye!Aku ni nama je anak Ariff.Hehhhhh.........